H1N1 BALA DARI TUHAN KERANA KEMUNGKARAN

Dato Nik Aziz Nik Mat menyifatkan bahawa wabak H1N1 sebaai bala dari Tuhan keatas umatnya yang engkar akan suruhan Tuhan.Beliau ditemui di pengkalan kapal, Pengkalan Kubor sebaik menyambut ketibaan delegasi MISI ROYALTI 2009 yang membuat pelayaran ke Pelantar Minyak Cakrawala, sempadan Malaysia Thailand 4 hingga 5 Ogos.Misi itu dikepalai Exco Kanan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.


Menurut Nik Aziz lagi, bukan itu sahaja malahan ada ulama yang takut menegur pemimpin yang terang-terang membuat dan melakukan kezaliman.malah ada ulama terkenal yang suatu ketika dahulu nampak condong dan berani bersuara kini bertukar nada setelah kemenagn akibat rampasan kuasa di salah sebuah negeri Pakatan Rakyat.

PAS HANTAR SENARAI CALON ESOK

PERMATANG PAUH-PAS negeri akan menghantar senarai nama calon ke peringkat pusat bagi memutuskan senarai calon bagi DUN Permatang Pasir.Menurut ustaz Salleh Man selaku pesuruhjaya PAS negeri , menjelaskan bahawa pihak PAS akan mengutuskan esok , dan dalam masa yang sama telah bersiap sedia untuk gerakerja pilihanraya.

"Jentera kami dan masyarakat sentiasa bersedia kerana mahu mengekalkan calon PAS di peringkat negeri Pualau Pinang.Walau sebuah kerusi kita berkesan selama ini melalui Datuk Hamdan kerana beliau aktif dengan memebantu masyarakat"

Menjelaskan sama ada beliau sendiri akan terpilih sebagai calon"Saya tidak berani nak cakap kerana kita punya ramai calon yang berkelayakkan." demikian jelas beliau merendah diri.

Pada pilihanraya lepas, Datuk Hamdan menewaskan calon Bn Ahmad shahar dengan majoriti 5400 undi.Ahmad Shahar kini dilantik sebagai pegawai setiausaha esekutif 2 Umno negeri.Walau pun tewas beliau kini mempu menggunakansebuah toyota wish dan membeli sebuah rumah teres di Taman Mengkuang.Jika dilihat dari segi pendapatan dan isteri yang tidak bekerja beliau tidak mampu untuk memiliki kereta dan membeli sebuah rumah kerana tugas beliau hanyalah seorang penyelia kemas.

SEDIKIT VIDEO GMI BARU-BARU INI








1ST MALAYSIA LEADER-MALAYSIA BOLEH

'Bukti SPRM tak pilih bulu'
KUANTAN 4 Ogos - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu membuktikan badan itu tidak menjadi alat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.



ADA LAGI 18 KES SEPERTI YANG DISEBUT OLEH SEORANG MENTERI BEBERAPA TAHUN LALU.NAMUN DIAM SEHINGGA KINI.RAKYAT SUDAH BOSAN LA DENGAN DRAMA SEBEGINI KERANA TERASA SEOLAH OLAH DI PERBODOHKAN DAN KERANA ITU BN AKAN TEWAS.PERCAYALAH,JIKA APA YANG DIAMBIL KEATAS PIHAK PEMBANGKANG NAMUN BERBEZA PULA DI PIHAK PEMERINTAH ,RAKYAT MEMANDANG SEBAGAI SATU LAKONAN DAN MENJADI EJEKAN RAKYAT .




KES PERTAMA MELIBATKAN KHIR TOYO





KES TERIMA SAMAN DAN KHIR MASIH BERDIAM DIRI UNTUK MENJUAL RUMAHNYA




LAGI KES KHIR TOYO--

KAMPUNG BUAH PALA -JALAN PENYELESAIAN NYA TERLAKSANA





Pulau Pinang-Kisah kampung Buah Pala , sebuah kampung yang telah dianggap sebagai sebuah kampung tradisional yang mana didiami berbagai masyarakat kini telah menjadi sejarah apabila ianya di bangunkan oleh pihak pemaju.Semalam atas usaha kerajaan negeri Pulau Pinang, pihak pemaju bersetuju untuk memberikan sebuah rumah kepada 23 penghuni. Masalahnya bukan soal rumah, malah ianya juga akan terjadi kepada mana-mana kampung pun dalam Malaysia.

Di Kuala Lumpur, ramai taukeh-taukeh yang berminat dengan Kampung Baru.Nilai berbilion ringgit menjadi idaman para peraih untuk mendapat keuntungan.Maka kerana itu tidak hairanlah kes di kampung Buah Pala ni mencelikkan sebahagian besar rakyat untuk membuka mata akan isu kampung Buah Pala.Ia bukan soal kaum India, ianya soal bagaimana tanah tersebut diambil dengan harga di bawah nilai sebenar dan dijual dengan mudah kepada pemaju dan kontraktor.

Mungkin ini tidak menjadi soal kepada SPRM untuk menyiasat berbanding kes Tan Beng Hock, namun, nilai bahan yang bersejarah bagi penduduk Malaysia sebenarnya tidak di hargai. Jika tidak masakan Stadium Merdeka di roboh hanya kerana keuntungan , begitu juga dengan lain -lain memorial yang diruntuh untuk di perniagakan.Bayangkan tempat di mana Tunku Abdul Rahman mengistiharkan kemerdekaan negara di runtuhkan, inikan pula kampung Buah Pala.


Apa yang menjadi saya berminat untuk mengkajinya ialah bagaimana sebuah tanah yang dimiliki Syarikat pegawai-pegawai kerajaan Pulau Pinang, ialah menjualkannya kepada syarikat ini dengan begitu mudah dan dibawah paras harga yang rendah dan nilai sebenarnya. Apakah dengan tindakan ini ada pihak SPRM misalnya dapat menyiasat???Tidak adakah pihak atau ahli politik terutamanya di pihak kerajaan Barisan Nasional dan juga Umno hanya menolong diri sendiri dan menyalahkan pihak lain terutamanya kerajaan negeri padahal tanah tersebut di jual oleh meraka dan angkara mereka sendiri.Adakah Umno yang selama ini menjalankan urustadbir kerajaan negeri sebelum ini langsung tidak mahu mengaku bertanggungjawab diatas kejadian ini malah dalam masa yang sama menunggu masa untuk menghentam kerajaan Pakatan Rakyat.Tidak adakah mana-mana EXCO dari Umno yang terlibat???

Ianya masih menjadi misteri kenapa kerajaan Bn masih lagi mahu merampas tanah orang miskin di Kampung Buah Pala dengan mengunakan akta mahkamah dan juga parlimen , sedangkan tanah tersebut adalah tanah yang dimiliki oleh orang miskin di kampung Buah Pala.

Tidak ada bukti nyata bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberi primium untuk membeli semula tanah ini. Tidak ada juga mana-mana bukti yang menyatakan bahawa tanah tersebut akan di kembalikan kepada kerajaan negeri.Ianya masih lagi dibawah tanah milik persekutuan.dan dengan menggunakan mahkamah tinggi tanah tersebut telah bertukar tangan. Hanya anda yang mampu memikirkannya untuk mengubahnya.


ORANG CINA BERNIAGA BERJUTA DI KUALA LUMPUR TAK KALUT NAK MINTA PUN....


Semalam tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.

Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).

Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju UNTUK MEMINTA DARI PENGANJUR ANTI ISA... MINTA LA SAPA ADA DUIT NAK BAGI....

Kuala Lumpur -Dr Hatta Ramli dalam satu kenyataan akhbar sewaktu dihubungi menjelaskan bahawa sepatutnya pihak peniaga meminta kepada KDN dan pihak berkuasa kerana kekecohan bukan bermula dari peserta tetapi dari pihak berkuasa yang melepaskan gas pemedih mata.Penganjur, kata beliau tidak mengarahkan sebarang bentuk kekecohan kecuali ditembak gas pemedih mata maka mereka lari untuk menyelamatkan diri.

Namun dalam masa yang sama,tidak ada sebarang kejadian rompakan,pecah kedai, curi barangan kedai dan sebagainya yang dikatakan kerugian tersebut. Malah dakwaan sebuah pasaraya bahawa selama 2 jam kejadian tersebut, mereka kerugian 2 ratus ribu ringgit amat di ragui dan meminta LHDN menyiasat pendapatan sebenar pasaraya tersebut....

Kepada peniaga yang berani membuka kedai pada hari tersebut, jumlah jualan berlipat kali ganda kerana orang ramai membeli barangan dalam kedai mereka.Ini peniaga yang berjaya mengaut keuntungan dan bukan seperti persatuan di atas yang menunggu peluang meminta sedekah.........minta pada Umno.....