LIHAT SENDIRI

 Lu bacalah sendiri wahai rakyat marhaen yang malang.

Lepas tu APA KOMEN LU?
May be an image of text that says "Senarai CEO Syarikat yang Dibayar Gaji Paling Tinggi di Malaysia 2018 No. 1 www.ekonomirakyat.com.my Syarikat 2 3 Genting Berhad Genting Malaysia Berhad 4 Sapura Energy Berhad 5 6 I0I Corporation Berhad IHH Healthcare Berhad Maxis Berhad 7 Gaji (RM) 168,000,000 80,610,000 71,920,000 39,010,000 33,890,000 31,800,000 27,840,000 23,500,000 13,670,000 13,170,000 8 9 10 Public Bank Berhad Airasia Group Berhad YTL Corporation Berhad Astro Malaysia Holdings Berhad Ekonomi Rakyat Rak Sumber Suruhanjaya Sekuriti"

KERAJAAN INI PATUT TUKAR

 Kerajaan Gagal ini wajib kita tukar.

1965 : (1SG = 1.00MYR)
2022 : (1SG = 3.12MYR)
May be an image of 11 people and text that says "3SGD = 9MYR SR A picture worth worth a thousand words It took 3 Prime Ministers in Singapore to make their country world class.. Whereas 9 Prime Ministers in Malaysia made their country a 3rd world class country (CORRUPTION EXPERT)"

UMPAN DUIT UNTUK SAMBUT NAJIB

 

Sorry la tapi aku tak boleh nak tahan dah. Syok bila baca apa yang Rafizi kata tentang perang online dan sebagainya sebab benda ni dah lama aku sebut.

Bila kita dapat tahu orang sehebat Rafizi senada dengan kita, dia punya kembang memang lain sikit walaupun sebenarnya Rafizi tak kenal aku. Hahaha.. Perasan sikit pagi ni.
Tak berapa lama dulu ada orang beritahu aku yang Najib bayar orang untuk sambutnya di Pavilion. Dia rancang supaya orang tegur dan salam bila dia lalu.
Aku percaya tapi aku tak ada bukti. Jadi aku simpan saja cerita tu. Sebab itu bila Rafizi kata perkara yang sama, aku yakin ianya berlaku Dan aku juga tertanya-tanya kenapa PH tak boleh buat perkara yang sama.
PH sebaliknya buat yang bertentangan. Bukan nak naikkan imej pengerusi macam Najib popularkan Bossku, ramai-ramai pula serang DS Anwar. Sampai PH kalah di Melaka angkara PH Melaka pun DS Anwar juga yang diserang.
BN menang bukan sebab pembangkang berpecah tapi sebab PH retak. Kalau pembangkang berpecah macam sekarang pun tapi PH utuh, BN takkan dapat banyak peluang.
Jadi sekali lagi aku nak seru semua pemimpin utama parti-parti dalam PH supaya jaga adab anak buah masing-masing. Menegur tak salah tapi bukan sampai menghina.
Sekarang kita kena naikkan imej Pengerusi PH supaya boleh lawan imej Najib. Dan PH akan ada kelebihan kerana Rafizi boleh gandakan aura DS Anwar. Ala-ala booster gitu.
Keterampilan DS Anwar akan redakan gelombang yang cuba dibuat oleh Najib. Aku percaya, jika imej DS Anwar mekar, ramai rakyat yang berkecuali akan kembali menyokong PH.
Kalau anda ada kenal sahabat handai yang hilang kepercayaan kepada politik, cubalah pujuk untuk mereka zahirkan kembali sokongan buat PH. Kita usahakan bersama. Guane boh?
May be an image of 1 person and text that says "malaymail Rafizi Ramli: Najib's online popularity 'choreographed', lack of counter narrative from Opposition MALAYSIA By Shahrin Aizat Noorshahrizam March 27, 2022 at 9:50 AM Min read f Follow US on Instagram and subscribe to our Telegram channel for the latest updates. Ayuh Mak Ayuh dE Malaysia. Rafizi Ramli speaks to the audience during the Ayuh Malaysia campaign in Kuala Lumpur March 26, 2022. -Picture by Ahmad Zamzahuri"

AUNS NAK PERTAHAN LEBAI BAB BALAK






Che Ibrahim Mohamed

llf6Sghho0h6aoe2di  · 

Budak budak Pas ni cuba nak sembunyikan bangkai gajah dengan kopiahnya!!

Hutan Simpan Jelawang tidak ada dalam warta kerajaan Kelantan, yang ada ialah HSK Gunong Stong Tengah yang diwartakan sebagai Taman Negeri kerana Air Terjun Jelawang dan Gunong Ayam yang sering dikunjungi pelancong. Dulu di sini ada Stong Perdana Resort milik anak syarikat kerajaan Kelantan, ambo tak cerap apa status terkini, khabarnya telah dijual.....

Tetapi HSK di sebelahnya iaitu HSK Gunong Stong Selatan, HSK Gunong Stong Utara dan HSK Gunong Berangkat sudah terang benderang.... Jom ambo bawa pergi tengok!!!

Kalau tak silap ambo, dalam kawasan HSK Gunong Stong Tengah pun akan dimulakan pembalakan tidak lama lagi sebab ambo masuk baru ni(ikut laluan selepas Lepan Anjur), kerja kerja marking/tagging balak sudah siap.

 

TERKINI!! KEBAKARAN BESAR DI KG BARU CINA MENTAKAB KHABARNYA

DAH SEDAR DARI LAMUNAN KHEMAH BESAR

 

Baru sekarang pemimpin PH kata jika nak menang PRU15 kena sentuh isu marhaen dan selesaikan isu jumlah keluar mengundi yang rendah. Sebelum ini sibuk cakap khemah besar.

Terkadang bila difikirkan, netizen lebih sesuai jadi pemimpin. Sebab benda ni semenjak PRN Melaka lagi kita dah sebut dah, tapi dorang baru nampak sekarang. Benda bukan susah nak faham pun.

Tapi tak apa. Setidaknya dah sedar juga. Sekarang masanya untuk bertindak. Rafizi dah buat landasan untuk semua. Pertama, perjuang isu rakyat. Kedua, teruskan menyerang UMNO/BN. Mulakanlah dari landasan yang ada ini.

Page BN banyak menggelupur. Dah mula serang Rafizi dengan macam-macam isu. Isu lama pun keluar balik. Tapi biasalah orang dah nak lemas. Nampak taik pun dorang berpaut.

Kita tak perlu layan sangat Isu yang mereka bawa. Buat masa ini, rakyat lebih tertarik dengan cerita duit negara diselewengkan ketika rakyat susah. Bukan kisah Rafizi begitu begini.

Inilah petanda mereka sedang takut. Orang yang takut selalunya lebih lemah dan vulnerable. Inilah masanya untuk lumatkan BN. So tunggu apa lagi? Serang la. Guane boh?

Raja Gelap

RAMADHAN DATANG DENGAN REGA TEPUNG NAIK...KEH ..KEH BMF...BMF

 


Hanya tinggal beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Ramadan pada tahun ini. Para peniaga khususnya sudah membuat persiapan untuk menjual juadah kuih-muih kepada pelanggan mereka di bazar ramadan dan sebagainya.
Tetapi mereka terpaksa menanggung kos kenaikan harga barangan termasuk tepung gandum menjelang ramadan ini.
Dilaporkan harga tepung gandum telah mula meningkat sejak beberapa bulan yang lepas dan dijangka terus meningkat lagi. Kenaikan ini dikatakan me­lebihi RM23.50 bagi sekotak dengan kuantiti 10 pek.
Tidak mustahil dengan kenaikan tepung gandum ini kita yakin kenaikan lain akan melingkari barangan asas lain juga dan keperluan rakyat mencanak naik.
Keadaan ini sekaligus memberi tekanan serta bebanan kepada peniaga untuk memperolehi keuntungan,disamping itu mereka terpaksa menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna.
Justeru,persoalannya,apakah tindakan Kerajaan melalui KPDNHEP dalam menangani kenaikan tersebut? Hampir setiap kali ramadan masalah kenaikan ini tidak dapat diselesaikan.
[Admin]

Rafizi tonjol pasukan hadapi pemilihan PKR

Rafizi aktif semula dalam parti mesti dialu-alukan - Anwar



Presiden PKR Anwar Ibrahim menasihatkan agar anggota partinya tidak memainkan isu pemimpin tertentu bercuti, tidak aktif dan sebagainya pada pemilihan parti PKR pada Mei ini. Anwar juga menyifatkan calon Rafizi Ramli yang kembali aktif, Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution merupakan calon-calon yang penting bagi pemilihan parti itu.

PAS SENTIASA BERUBAH

 MOHD SHAH RIM


PAS sentiasa berubah ubah ikut perubahan iklim...


May be an image of 1 person and text that says "Zulhilmi Rashid @zlhlmirshd Tahun 2017 PAS bantah SOSMA. Kali ini PAS menyokong SOSMA. Lebih pelik yang jadi jurucakap PAS masa 2017 tu sekarang jadi Menteri Agama. Dulu dia takde kuasa, sekarang dia ada kuasa dia lupa apa dia cakap. Betul-betul gila babi lepas dah ada kuasa. Terus hilang ingatan. Translate Tweet"

SELAGI ITULAH DSAI DIPERLUKAN.

 

Masa DS Anwar dah berlalu. Keadilan perlu mencari pengganti DS Anwar. Siapa setuju?

Macam ni la. Selagi ada perkataan 'perlu mencari' itu, selagi itulah DS Anwar masih diperlukan. Bukan sahaja dalam Keadilan, bahkan dalam PH sendiri pun. Kerana belum ada lagi yang layak gantikan beliau.

Nurul Izzah dan Rafizi adalah dua calon yang paling hampir boleh menggantikan DS Anwar. Tapi mereka masih belum betul-betul teruji. Salah satunya dalam menghadapi kerenah manusia.

Kalau kita tengok, DS Anwar begitu gigih melayan kesemua kerenah manusia dalam PH. Jika tidak kerana kesabaran DS Anwar, PH dan Keadilan telah lebih awal lagi berkubur.

DS Anwar bukan sahaja diserang hebat oleh musuh bahkan dari dalam kumpulan sendiri pun beliau turut menjadi sasaran. Namun DS Anwar masih utuh berdiri. Berapa ramai yang mampu bertahan sepertinya?

Itu dalam Keadilan. Kalau dalam PH? Takkanlah pemimpin parti lain pun tak ada yang kuat begitu?

Mungkin ada. Tapi setakat yang kita sudah lihat, pemimpin PH yang lain tak mampu membaca isu rakyat. Cuba lihat hari ini. Siapa yang benar-benar aktif membawa suara rakyat di parlimen?

Satu lagi perbezaan, sewaktu DS Anwar menjawat Timbalan PM dan Menteri Kewangan, beliau tegas mempertahankan amanah yang digalasnya. Dan itu punca beliau dipecat.

Tapi pemimpin PH yang jadi menteri, tidak ada yang benar-benar berani melawan Mahathir sebagai PM. Ketika itu yang berani menegur Mahathir hanya Rafizi dan Nurul Izzah. Tapi mereka bukan menteri.

Yang menteri, walau selepas hilang jawatan pun atas perbuatan Mahathir, masih berusaha nak ajak Mahathir kembali. Macam gila talak. Kemudian biarkan DS Anwar terus jadi sasaran.

Tiada yang mampu bertindak setegas DS Anwar lagi. Apatah lagi mempertaruhkan jawatan menteri demi menegakkan prinsip. Jadi bagaimana nak kata mereka layak gantikan DS Anwar?

Cuba lihat UMNO. Mereka lebih teruk ketandusan pemimpin. Mereka hanya ada Najib. Tapi Najib bukan tokoh yang dimahukan rakyat. Namun apa yang UMNO buat?

Mereka tak tekan Najib suruh berundur. Sebaliknya mereka songsangkan pemikiran rakyat. Untuk seketika mereka tutup cerita kuasa. Mereka cuba juarai isu rakyat dengan Najib sebagai 'moderator'.

Setelah yakin rakyat bersama mereka, baru mereka cakap soal kuasa. Tak pula mereka sebut tentang gantikan Najib. Jika diikutkan, dengan pertuduhan yang Najib hadapi, masanya telah tamat.

Itu kesilapan PH. Kalau PH boleh berbuat seperti UMNO, tak timbul pun soal masa DS Anwar sudah berlalu. Itu cuma retorik pembenci DS Anwar yang diketuai oleh Mahathir.

Keadilan masih perlukan DS Anwar. Begitu juga PH. Malah rakyat juga masih perlukan kepimpinan DS Anwar. Setidaknya untuk 2 kali PRU lagi Guane boh?

Raja Gelap

 

RAFIZI-JADUAL KINI KEMBALI BERUBAH

 



BALANCING ACT

Satu perkara yang saya belajar dari pengalaman lepas ialah supaya aturan hidup kita semuanya seimbang.

Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan jadual baru. Sebelum ini, sepenuh masa saya hanyalah untuk isteri, anak dan keluarga; kemudian untuk kakitangan saya di INVOKE yang menjadi keluarga kedua saya.

Seminggu selepas kembali ke gelanggang politik, tiba-tiba jadual dipenuhi dengan pertemuan, temuramah dengan media dan lain-lain.

Jika saya tidak berhati-hati, jadual saya penuh dengan soal politik dan orang yang kita kasihi akan terpinggir.

Catatan ini adalah satu ingatan kepada saya dan semua di luar sana untuk mencari keseimbangan di antara tuntutan kerjaya, kasih sayang kepada keluarga, kesihatan peribadi dan ikhtiar kepada pokok-pokok kita 🤣

(1) Pertemuan denga Menteri Kesihatan Singapura Hon. Ong Ye Kun dan Sdri Nurul Izzah Anwar

(2) Terserempak dengan rakan media dari Awani, Berita Harian dan Sinchew

(3) Sempat paksa diri untuk bakar lemak

(4) Usaha menyelamatkan pokok saya yang akarnya telah rosak masih berterusan setiap hari 😅

 

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN ANWAR TERKAIT HARGA BARANG DAN JUGA NILAI RINGGIT