SELAGI ITULAH DSAI DIPERLUKAN.

 

Masa DS Anwar dah berlalu. Keadilan perlu mencari pengganti DS Anwar. Siapa setuju?

Macam ni la. Selagi ada perkataan 'perlu mencari' itu, selagi itulah DS Anwar masih diperlukan. Bukan sahaja dalam Keadilan, bahkan dalam PH sendiri pun. Kerana belum ada lagi yang layak gantikan beliau.

Nurul Izzah dan Rafizi adalah dua calon yang paling hampir boleh menggantikan DS Anwar. Tapi mereka masih belum betul-betul teruji. Salah satunya dalam menghadapi kerenah manusia.

Kalau kita tengok, DS Anwar begitu gigih melayan kesemua kerenah manusia dalam PH. Jika tidak kerana kesabaran DS Anwar, PH dan Keadilan telah lebih awal lagi berkubur.

DS Anwar bukan sahaja diserang hebat oleh musuh bahkan dari dalam kumpulan sendiri pun beliau turut menjadi sasaran. Namun DS Anwar masih utuh berdiri. Berapa ramai yang mampu bertahan sepertinya?

Itu dalam Keadilan. Kalau dalam PH? Takkanlah pemimpin parti lain pun tak ada yang kuat begitu?

Mungkin ada. Tapi setakat yang kita sudah lihat, pemimpin PH yang lain tak mampu membaca isu rakyat. Cuba lihat hari ini. Siapa yang benar-benar aktif membawa suara rakyat di parlimen?

Satu lagi perbezaan, sewaktu DS Anwar menjawat Timbalan PM dan Menteri Kewangan, beliau tegas mempertahankan amanah yang digalasnya. Dan itu punca beliau dipecat.

Tapi pemimpin PH yang jadi menteri, tidak ada yang benar-benar berani melawan Mahathir sebagai PM. Ketika itu yang berani menegur Mahathir hanya Rafizi dan Nurul Izzah. Tapi mereka bukan menteri.

Yang menteri, walau selepas hilang jawatan pun atas perbuatan Mahathir, masih berusaha nak ajak Mahathir kembali. Macam gila talak. Kemudian biarkan DS Anwar terus jadi sasaran.

Tiada yang mampu bertindak setegas DS Anwar lagi. Apatah lagi mempertaruhkan jawatan menteri demi menegakkan prinsip. Jadi bagaimana nak kata mereka layak gantikan DS Anwar?

Cuba lihat UMNO. Mereka lebih teruk ketandusan pemimpin. Mereka hanya ada Najib. Tapi Najib bukan tokoh yang dimahukan rakyat. Namun apa yang UMNO buat?

Mereka tak tekan Najib suruh berundur. Sebaliknya mereka songsangkan pemikiran rakyat. Untuk seketika mereka tutup cerita kuasa. Mereka cuba juarai isu rakyat dengan Najib sebagai 'moderator'.

Setelah yakin rakyat bersama mereka, baru mereka cakap soal kuasa. Tak pula mereka sebut tentang gantikan Najib. Jika diikutkan, dengan pertuduhan yang Najib hadapi, masanya telah tamat.

Itu kesilapan PH. Kalau PH boleh berbuat seperti UMNO, tak timbul pun soal masa DS Anwar sudah berlalu. Itu cuma retorik pembenci DS Anwar yang diketuai oleh Mahathir.

Keadilan masih perlukan DS Anwar. Begitu juga PH. Malah rakyat juga masih perlukan kepimpinan DS Anwar. Setidaknya untuk 2 kali PRU lagi Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: