Batu Sapi : Laluan Pakatan Rakyat Lebih Sukar?

Batu Sapi : Laluan Pakatan Rakyat Lebih Sukar?

Posted by admin | Friday, October 15, 2010


Print
ShareThis

Politik Sabah kembali menjadi tumpuan sejak ahli parlimen P185 Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya baru-baru ini. Parlimen Batu Sapi yang terletak di pinggiran Bandar Sandakan, merupakan salah satu daripada tiga parlimen yang terletak dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan.

Berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2008, pemilih Bumiputera Islam membentuk 60.14% manakala Bumiputera Bukan Islam 2.31%, cina 37.31 % dan lain-lain 0.31%

Jika pilihanraya berlaku, ianya akan menguji sejauh manakah rakyat menerima dan berpuashati dengan pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman setelah dua tahun pilihanraya umum 2008 berlangsung.

PKR : DUA KALI GAGAL MENJADI CALON

Disebalik keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu meletak calon mereka di parlimen Batu Sapi pada pilihanraya kecil nanti, satu perkara yang mungkin tidak dapat dinafikan ialah parti tersebut sebenarnya gagal mengemukakan calon mereka sebanyak dua kali iaitu pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 dan pilihanraya ke-12 tahun 2008.

Kegagalan calon PKR itu menyebabkan Datuk Edmund Chong dari PBS-BN menang tanpa bertanding pada tahun 2004 dan sekali lagi pada tahun 2008 Datuk Edmund Chong nyaris-nyaris menang tanpa bertanding gara-gara calonnya ditolak pencalonan atas sebab –sebab tertentu. Walaubagaimanapun kehadiran calon Bebas telah berjaya menafikan calon PBS-BN menang tanpa bertanding.

Salah seorang pemimpin PKR negeri, Datuk Kong Hong Min dalam satu kenyataan beliau membidas Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Fauziah Salleh kerana mendahului Pakatan Rakyat Sabah dengan memberi kenyataan kepada media elektronik dan portal berita The Malaysia Insider. Beliau kesal kerana Pakatan Rakyat (PR) Sabah telah mengambil pendirian bersama untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bercanggah sehinggalah Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri bermesyuarat dan memutuskan parti manakah yang akan mewakli Pakatan di Batu Sapi.

Namun demikian, sesetengah pemimpim PKR termasuklah bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Ansari Abdullah dan Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim terus mengeluarkan kenyataan dengan membelakangi persefahaman yang telah dicapai.

Menurut sumber yang dipercayai Ansari diantara nama yang disebut-sebut calon PKR di Batu Sapi disamping Setiausaha Cabang Batu Sapi Zainudin Hassan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Zaini. Thamrin dikatakan calon yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffry Kitingan bersama dua orang lagi calon yang tidai didedahkan indentiti mereka. Manakala Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim difahamkan lebih berminat bertanding di DUN Sekong pada pilihanraya ke-13 nanti walaupun disenaraikan calon utama.

Soalnya apakah munasabah Pakatan memberi peluang sekali lagi kepada PKR walhal parti itu telah gagal mengemukakan calon selama dua kali pilihanraya?

KEPUTUSAN PILIHANRAYA LEPAS

Merenung kembali sejarah penyertaan PKR dalam pilihanraya 2008, PKR telah meletak calon mereka di 19 kerusi parlimen berbanding DAP 5 kerusi dan PAS kosong. Manakala diperingkat DUN PKR telah meletak calonnya di 54 kerusi manakala DAP 10 dan PAS hanya 2.

Taburan parti-parti yang bertanding peringkat parlimen Sabah PRU-12

Taburan parti-parti yang bertanding peringkat DUN Sabah PRU-12

Taburan keputusan P185 Batu Sapi PRU-12 mengikut daerah mengundi



PAS LEBIH POPULAR DI BATU SAPI

Seorang penganalisa politik tempatan ketika diminta pandangan beliau berkata, “PKR tidak sepatutnya bertanding di Batu Sapi kerana imej mereka terjejas berikutan kegagalan projek 16 september, ramainya ahli parlimen mereka keluar parti dan insiden pergaduhan semasa pemilihan parti yang sedang berlaku sekarang. PKR dilihat sebagai sebuah parti yang tiada integriti, mementingkan diri, tamak dan kucar kacir “, katanya.

Beliau mencadangkan agar Pakatan menilai semula kewajaran PKR mewakili Pakatan di Batu Sapi.

“Adalah lebih baik PKR menyelesaikan dahulu hal ehwal rumahtangga mereka. Pemilihan 2010 masih lagi berjalan, manakala persepsi negatif yang ditimbulkan media sangat memberi kesan. Sebahagian besar penduduk Batu Sapi amat bergantung dengan media elektronik yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional kecuali pengundi dikalangan kaum tionghua”. Katanya.

Dalam satu tinjauan awam yang dibuat di Batu Sapi baru-baru ini, misalnya di daerah mengundi Jalan Sibuga, apabila ditanya siapakah tokoh yang dihormati 51.69% memilih Tun Dr Mahathir Mohamad, 27.97% memilih Dato Seri Najib Razak, 3.39% memilih Dato Seri Anwar Ibahim, 3.03% memilih Datuk Nik Abdul Nik Mat dan 1.69% memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Manakala di Daerah Mengundi Jalan Batu Sapi apabila ditanya sejauh manakah mereka yakin kepada Pakatan Rakyat 25.45% menyatakan yakin, 61.82% tidak yakin dan 12.73% berkecuali.

Apabila ditanya parti manakah di kalangan Pakatan yang mereka sokong, 58.18% memilih PAS, 20% PKR, 1.82% DAP dan 18.18% berkecuali.

Di Daerah Mengundi Lupak Meluas apabila ditanya soalan yang sama 25% memilih PAS, 17.24% PKR, 2.59% DAP dan 55.17% tidak membuat keputusan.

-Detikdaily

Disebalik pelbagai kelemahan dan masalah rakyat yang gagal diselesaikan oleh ahli Parlimen lalu kajian menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional kekal kukuh dengan undi popular melebihi 80%.

SEKIRANYA ANDA SUKA UNTUK MEMBERI KOMEN DALAM BELANJAWAN ,MAKA BERILAH PANDANGAN ANDA

MUKA DEPAN AKHBAR FITNAH


Lihatlah isu yang dimainkan oleh akhbar utusan...Inilah fitnah terbesar yang sedang dimainkan menjelang pilihanraya. Selain memansuhkan GST , untuk sementara waktu, kini serangan akan tertumpu kepada DSAI, dan juga perbicaraan ini akan berlangsung sehinga pilihanraya. Seba itulah , perbicaraan ini tidak dilangsungkan berterusan dan di tunda ke beberapa mingu sehinga menjelang pilihanraya umum.

Penangguhan GST gambaran pilihan raya tahun depan

Penangguhan GST gambaran pilihan raya tahun depan

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Keputusan penangguhan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seolah-olah mengesahkan kemungkinan kerajaan akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 2011.

OSK Research dalam nota penyelidikan meramalkan Pilihan Raya Umum akan diadakan pada separuh kedua 2011 selepas pilihan raya Negeri Sarawak pada awal tahun depan.

Selain isu GST, firma penyelidikan itu turut meramalkan pengurangan subsidi dan kenaikan tarif akan ditangguhkan sehingga pilihan raya berakhir.

''Keputusan tersebut mengambil kira sensitiviti politik berhubung pelaksanaan GST,'' katanya.

OSK Research berkata, ramalan berhubung pilihan raya itu dibuat selepas mengambil kira berita-berita positif yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur, sentimen pasaran yang dijangka meningkat pada separuh pertama 2011.

Sementara itu AmResearch tidak menolak kemungkinan kerajaan akan memperkenalkan GST pada tahun depan, setelah mendapat bantahan kuat daripada orang ramai.

''Tahun depan mungkin waktu terbaik kerana persekitaran ekonomi dijangka lebih stabil dan kondusif,'' katanya.

Menurut AmResearch, GST menerima banyak bantahan disebabkan kebanyakan orang masih belum mengetahui maklumat GST secukupnya.

Semalam, Kementerian Kewangan dalam kenyataan akhbarnya berkata, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaannya.

Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik, kata kementerian itu.

Bagaimanapun, ia berkata, kerajaan menyedari akan kepentingan GST dalam memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mapan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Kerajaan kali pertama mengumumkan cadangan pelaksanaan cukai GST sebanyak empat peratus pada bacaan kali pertama di Parlimen pada 16 Disember 2009.

Namun, Rang Undang-Undang GST yang dijadualkan dibentangkan buat kali kedua di Parlimen pada Mac 2010 untuk pelaksanaan cukai tersebut menjelang suku ketiga 2011 ditangguhkan.

Pelaksanaan GST dicadangkan bertujuan untuk mengurangkan defisit bajet daripada tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2009 kepada 5.4 peratus pada tahun depan.



RAKYAT DIINGAT AGAR MEMILIH PARTI YANG AKAN MEBANTU RAKYAT...TIADA LAIN SELAIN PAKATAN RAKYAT

GST..PILIHANRAYA MAKIN DEKAT