PULANG WANG SAJA TIDAK CUKUP, JHO LOW SENDIRI MESTI DIBAWA PULANG

 

Selepas Pejabat Peguam Negara atau AGC memaklumkan mereka menolak semua tawaran Jho Low berhubung cadangan penyelesaiannya dengan Kerajaan Malaysia, bekas Peguam Negara, Apandi Ali dengan pantas tampil mengesahkan dirinya adalah wakil yang diminta berbuat demikian.

Dalam satu kenyataan, Apandi berkata, beliau dihubungi oleh firma Washington DC, Kobre & Kim pada akhir Mei lalu yang meminta bantuannya untuk mengaturkan pertemuan dengan AGC.

Beliau berkata, tujuan pertemuan itu adalah untuk membincangkan pemulangan wang kepada Kerajaan Malaysia yang didakwa diselewengkan Jho Low daripada 1MDB.

“Saya aturkan beberapa pertemuan, di mana wakil dari Kobre & Kim sendiri datang ke Malaysia.

“Dalam pertemuan itu, yang dibuat di Pejabat Peguam Negara, kerajaan diwakili oleh Peguam Negara sendiri dan pegawainya serta pegawai kanan SPRM.

“Selepas pertemuan itu, yang ketika itu nampak positif, ia tiba-tiba dibatalkan oleh AGC atas sebab yang hanya mereka tahu,” kata Apandi lagi.

Dalam hal berkaitan, The Edge melaporkan, Jho Low menawarkan penyelesaian berjumlah RM1.5 bilion bagi membebaskan dirinya daripada sebarang pertuduhan jenayah berkaitan 1MDB.

Dengan perkembangan terbaru ini, walaupun penyelesaian tidak menjadi kenyataan kerana tawaran Jho Low itu ditolak oleh AGC, beberapa kesimpulan mudah boleh dibuat daripadanya.

Pertama, ia dengan sendirinya mengesahkan Jho Low mengakui kesalahannya mencuri wang melalui 1MDB.

Jika tidak, bagaimana beliau sedia membuat tawaran dengan memulangkan RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia?

Keseluruhan wang yang diselewengkan Jho Low ialah kira-kira AS$4.5 bilion sebelum ianya diagih-agihkan dan dengan itu keputusan AGC menolak tawaran itu adalah wajar sekali.

Jumlah tawarannya jelas tidak memadai dengan keseluruhan wang yang dicurinya melalui 1MDB.

Begitu pun, jika sekarang Jho Low sedia menawarkan RM1.5 bilion, berapa banyak lagi wang curi 1MDB masih ada dalam poketnya?

Tidakkah tawaran RM1.5 bilion itu sebetulnya amat kecil jumlahnya dan beliau mungkin memiliki banyak lagi bakinya?

Kedua, dengan firma Kobre & Kim yang mengaku mewakili Jho Low telah berhubung dengan Apandi untuk menguruskan pertemuan dengan AGC, ini bermakna bilionaire yang gemar berfoya-foya itu masih ada dan boleh dihubungi.

Apa sebenarnya status Apandi dalam hubungannya dengan Kobre & Kim?

Ketiga, jika Jho Low sendiri memperlihatkan kesedian membuat tawaran yang menunjukkan dirinya adalah bersalah, bagaimana dengan Najib Razak?

Masihkah beliau mahu berpropaganda dan memutar fakta seolah-olah dirinya tidak bersalah dan semua wang yang masuk ke akaun peribadinya kononnya adalah sumbangan daripada Raja Arab Saudi?

Ataukah dengan tindakan terbaru Jho Low ini lebih menjadikan Najib semakin berdepan kesukaran dalam perbicaraan kes 1MDB sedang berjalan sekarang?

Apa pun, jika ada lagi tawaran lain seperti itu selepas ini, pihak AGC harus bertegas bahawa yang paling dikehendaki sekali oleh rakyat Malaysia ialah Jho Low itu sendiri.

Beliau mesti diusahakan untuk dibawa pulang bagi menghadapi pertuduhan jenayah yang dilakukannya yang telah menyebabkan negara menanggung hutang berpuluh bilion dan berpuluh tahun tempoh masa untuk membayarnya.

Kalau Apandi boleh menjadi wakil bagi pihak Kobre & Kim untuk bertemu dengan AGC, tidak bolehkah AGC dan Apandi, demi kepentingan negara, sama-sama pula bekerjasama menekan Kobre & Kim untuk memastikan Jho Low dapat dibawa pulang ke Malaysia? ShahbudinHusin 17/07/2022.



'Kongres hari ini mengecewakan musuh politik KEADILAN'




 Kongres Nasional KEADILAN yang dijangkakan oleh musuh politik dan pemerhati politik akan menjadi kecoh hari ini dengan drama berbalas komen media semalam hari ini kecewa kerana tidak berlaku pertentangan pada hari terakhir kongres.


Hal itu dibangkitkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan dan penangguhannya petang ini.


"Kita bersyukur menamatkan kongres ini dengan semangat, nafas baharu.


"Ya, tentunya seperti disebut mengecewakan banyak pihak, pihak lawan membuat andaian menjangka yang berbeza tetapi ini dia denyut nadi KEADILAN," katanya.


Anwar menegaskan singgungan Rafizi adalah perkara biasa baginya kerana pemimpin seperti Rafizi adalah anggota yang setia dan pemimpin yang kuat bekerja.


Beliau juga menyatakan rasa gembiranya dengan barisan kepimpinan baharu yang masih muda dan akan menjadi penerus perjuangan KEADILAN pada era akan datang.


"Sementara mengekalkan semangat reformasi perlu ada anjakan (tenaga baharu).


"Saya sebagai presiden tidak rasa curiga atau bermasalah, kerana kalau saya faham makna perjuangan, erti pembelaan nasib rakyat maka menjadi kewajipan kita untuk (menyertai) semangat perubahan menegakkan keadilan ini.


"Kita saksikan hari ini dari 4 Naib Presiden, AMK, Wanita dan saudara Rafizi (Timbalan Presiden)," katanya.

'Jika kita menang harga minyak pasti turun'




 Propaganda cybertrooper BN dan PN sering memperolok olokkan pidato Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan janji menurunkan harga minyak


Sedangkan janji berkenaan tidak dibuat Pakatan Harapan pada manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 kerana Anwar masih di dalam penjara


Namun hari ini, Anwar menjawab bahawa janji janji yang terdahulu akan ditunaikan seandainya PH diberi peluang sekali lagi menang PRU ke 15.


"Ramai yang sindir pasal apa 'menang hari ini, turun minyak esok', pasal apa tak jadi?


"Mengapa tak jadi? Kita tak perintah. Saya tak jadi PM nak buat macam mana?


"Kalau sekarang dengan harga minyak sekarang, tidak ada sebab minyak tidak boleh turun (kerana negara untung harga dunia tinggi). Dengan harga minyak sawit sekarang, tidak ada sebab minyak sawit untuk masak tidak boleh diturunkan.


"Ia tidak boleh diturunkan kerana pihak penguasa yang di atas itu memikirkan cara menyelamatkan korperat di atas, dan kita memikirkan cara menyelamatkan rakyat di bawah. Itu bezanya," kata Anwar dalam sesi ucapan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN ke 16, tengah hari tadi.


Selain itu, kata beliau, dengan meluasnya agenda reformasi maka janji mutu pendidikan lebih baik, kemudahan kesihatan yang baik dan sebagainya juga akan turut ditunaikan.


Oleh itu, beliau berkata, tugas besar anggota KEADILAN adalah meyakinkan rakyat bahawa parti telah dipimpin oleh pemimpin terbaik dan akar umbi perlu bersatu padu dalam saf yang kuat.


"Tugas besar memerlukan pengorbanan dan kebijaksanaan. Bermula dengan barisan kepimpinan yang harus berpadu dan sederap dalam satu suara, saudara di peringkat bawah pun harus bersama dalam derap satu suara. Tidak ada lagi pasukan selain pasukan KEADILAN yang mahu kita pertahankan.


"Siapa yang pilih kekal dengan KEADILAN adalah keluarga kita dan kita akan pastikan tidak ada yang terpinggir dan tersisih asalkan tunjuk komitmen dalam perjuangan mempertahankan parti.

Tolak khemah besar bukan tolak semua mahu berkerjasama - Rafizi

 

Pertelingkahan sama ada perlukah khemah besar atau tidak telah mewarnai naratif berkempen antara dua kem sepanjang Pemilihan KEADILAN 2022.


Bagaimanapun dengan pengakuan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli dalam sidang media tengah hari tadi bahawa khemah besar bukan bermakna menolak semua pihak yang ingin bersekutu, maka strategi pilihan raya KEADILAN semakin jelas hala tujunya.


Menurut Rafizi, parti politik lain yang mempunyai prinsip sama menentang BN boleh dipertimbangkan asalkan perjuangan mereka selari dengan KEADILAN.


Beliau menjawab ketika wartawan bertanya apakah akan wujud perbezaan pendekatannya dan Anwar dalam isu kerjasama politik.


"Saya tak rasa ada perbezaan seperti digembar gemburkan.


"Hari ini KEADILAN telah menyatakan bahawa kita akan memperkukuhkan dari segi dasar atau polisi. Kalau ada di kalangan tertentu yang mereka juga menolak Umno - BN, mereka tidak terpalit rasuah dan ada nilai nilai tambah, sudah tentu itu boleh dibincang (sebagai sekutu).


"Namun bukan (kerjasama) itu menjadi strategi yang utama (pilihan raya). Strateginya kita sebagai Pakatan Harapan, KEADILAN sebagai tulang belakang memperkukuh parti, mencari jalan penyelesaian (masalah rakyat), membuat penawaran dan kalau ada perti lain yang mereka mahu kerjasama, mereka tertakluk kepada ini (terima reformasi sistem)," katanya.


Dalam pada itu, Rafizi jelas menolak amalan kerjasama lepas bersama pasukan Tun Mahathir apabila KEADILAN terlalu banyak berkompromi tetapi akhirnya kerjasama itu dihancurkan oleh parti Bersatu.


Kerjasama kali ini, kata Rafizi, akan lebih tertumpu kepada soal dasar dan pelaksanaan agenda rakyat.


"InshaAllah akan mengelakkan pengalaman kita yang lepas, sehingga kita terpaksa berkompromi beberapa perkara dan akhirnya bila banyak rundingan itu (berkisar) siapa dapat apa, kerusi, jawatan.


"Ia tidak pergi ke soal dasar, soal pelaksanaan (agenda rakyat).


"Jelas mana mana pihak yang merasakan mahu kerjasama untuk melawan BN, mereka juga faham (kehendak PH). Itu akan memudahkan usaha kita masuk pilihan raya," katanya lagi.

(function() { var d = document, w = window; w

DIA DAH DITOLAK DI DUN PENANTI. PERMATANG PAUH. BALIK LAH KEDAH USTAZ OIIIII....MAI CARIMAKAN DI PENANG PUN SUSAH JUGA...KULIAH DIA PUN BANYAK SEMBANG JUGA.

BALIK PE LAWAN DI KEDAH NU...   Kata dah PAS dah tukar zikir harian tapi walaun tak percaya..dulu ratib DAP DAP sekarang TOLAK PH, PH 22 BUL...