Jul 17, 2022 Hari kedua kongres PKR kecoh, apabila Rafizi ramli, yang secara rasminya dipilih dan disahkan menjadi Timbalan Presiden PKR, tidak kelihatan berada diatas pentas, seperti mana ketua AMK, dan ketua Wanita PKR! Kemunculan rafizi, yang dilihat duduk bersama dilantai dengan perwakilan lain, menimbulkan ketidakselesaan kepada ahli! Sehinggakan seorang perwakilan dari kedah, memohon kepada presiden Anwar Ibrahim, untuk Rafizi diberi peluang berucap, pada hari penutupnya besok!
Apa yang berlaku dihari kedua kongres ini, sememangnya amat memalukan, dan sepatutnya tidak berlaku! Walau apa pun berlaku pertembungan kepimpinan, antara presidennya Anwar Ibrahim, dengan timbalannya Rafizi, protokol kongres hendaklah dilakukan secara profesional! Siapa yang mengaturkan semua ini? Masih ada lagikah saki baki kartel, dalam kepimpinan PKR?
Dan yang menjadi lebih menariknya, sewaktu sidang media pada petangnya, bukan sahaja Rafizi juga tidak bersama, Tian Chua pula yang kelihatan!