GAMBAR-GAMBAR DAN VIDEO : AKTIVITI DSAI SEPANJANG MINGGU




24, Oktober 2019





Sesi bersama mahasiswa kali ini diteruskan di Universiti Malaya.
Pelbagai perkara dibangkitkan bersama mahasiswa terkait isu kemiskinan, pengangguran, martabat insan dan masa depan belia.
Saya juga tekankan mahasiswa perlu bersama berperanan dalam mencorak masa depan yang lebih gemilang dan bermaruah.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, skrin dan telefon

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman

Hadir ke Mahkamah Shah Alam bagi memberi dukungan kepada saudara Rafizi Ramli dalam kes Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) petang tadi.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri



Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis atas perkenan menerima patik mengadap malam tadi.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan dalaman


23 0KTOBER

Menyampaikan ucaptama di ‘Seminar of Peaceful Coexistence: Strengthening The Malaysia-Thailand Relationship’ bertempat di Hotel Holiday Inn, KL. Saya bangkitkan tentang hubungan dua hala kedua-dua negara dan juga aspek keadilan rentas kaum, agama dan negara.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan teks
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman


22 OKTOBER 

Sempat meluangkan masa bersama sahabat dan juga tokoh Parti Ennahda Tunisia Rachid Ghannouchi semalam.(TURKI)

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman


21 OKTOBER

Terima Anugerah Doktor Falsafah Tevdi Toreni dari Fatih Sultan Mehmet Vakif University (FSMVU).
Tiada penerangan foto disediakan.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, ruang tamu dan dalaman



Dato’ Seri Anwar Ibrahim berucap di TRT World Forum, Istanbul.

20 OKTOBER
Bertemu sahabat dan juga Presiden Turki Recep Tayyip Erdo─čan di Istanbul hari ini. Banyak yang dikongsi dan disentuh terkait isu-isu semasa umat dan dunia.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, sut
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman


DAP junjung kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan’




Tentu ada yang tertanya-tanya mengapa DAP, yang sering dimomokkan dengan pelbagai tohmahan oleh pihak lawan, masih mahu mendekati orang Melayu serta budayanya, malah menganjurkan majlis bagi menghargai sumbangan mereka. 
Bagi pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, jawapan bagi persoalan itu mudah; DAP tidak pernah memusuhi atau membenci orang Melayu mahupun budaya Melayu.
“Mungkin ada yang bertanya, mengapa tiba-tiba seorang wakil rakyat DAP seperti saya mahu meraikan Aidilfitri bersama dengan penggiat seni dan sastera?
“Apatah lagi kalau ikut dakyah seteru politik kami, sayalah bencana yang paling besar dalam negara buat orang Melayu.
“Mengapa saya, yang dikatakan musuh orang Melayu, mahu meraikan mereka yang bergiat dalam seni dan sastera Melayu pula?
“Jawapannya mudah. Kami dalam parti DAP tidak pernah memusuhi atau membenci orang Melayu mahupun budaya Melayu,” katanya pada  majlis “Rumah Terbuka Aidilfitri Meraikan Penggiat Seni dan Sastera” di Rumah Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur, semalam. 
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, turut menegaskan bahawa DAP menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 
“Pada masa yang sama, kami juga junjung hak mana-mana orang untuk mengajar dan belajar bahasa-bahasa lain. Inilah asas negara kita. Ini yang kami pegang teguh,” tambahnya. 


PATUT ADA 100 LAGI MACAM RONNIE LIEW...YANG LAIN PULA BAGAIMANA? MULUT DAH TERSUMBAT,?



Jika diperhalusi, walaupun kenyataan AJK Pusat DAP, Ronnie Liu berkaitan Tun Mahathir Mohamad dan Bersatu baru-baru ini dilihat kasar dan tidak wajar, niat beliau tidak lain adalah untuk memastikan PH sentiasa berada di landangan perjuangannya yang sebenar.
Lebih daripada itu, kenyataan beliau juga adalah sebagai tindak balas terhadap tindak-tanduk Tun Mahathir sendiri yang selama ini dilihat banyak kekaburan, mengelirukan dan seolah-olah mahu menjadikan PH akhirnya berpecah.
Yang sangat ditakuti, selain petandanya tidak susah untuk dicari, kalau Tun Mahathir sebagai PM7 benar-benar mahu kembali seperti PM4 dahulu yang berkuasa mutlak dan bebas melakukan apa saja mengikut kehendak hatinya.
Dalam hal ini, bukan saja Tun Mahathir, malah semua pendokong PH harus sedar bahawa PH yang mentadbir negara sekarang tidak sama dengan BN dahulu.
Oleh kerana Tun Mahathir diberi kuasa buat kali kedua ini melalui PH, mengembalikan semula watak PM4 yang sinonim dengan BN ke dalam PH tentulah sesuatu yang tidak dialu-alukan sama sekali.
Untuk itu, teguran Ronnie Liu adalah agar Tun Mahathir bukan saja mesti sedar Bersatu yang dipimpinnya hanya mempunyai kerusi yang sedikit, malah juga mesti insaf BN yang pernah dipimpinnya dahulu sudah pun ditolak rakyat.
Dengan PH diberikan mandat mentadbir negara dengan slogan Malaysia Baru, apa yang rakyat mahukan ialah perubahan dan pembaharuan.
Jika rakyat mahukan cara lama tentang bagaimana negara ini diurus dan bagaimana seorang Perdana Menteri berlagak bak maharaja, sama ada dalam politik atau ekonomi, lebih baik mereka kekalkan saja BN untuk terus mentadbir negara ini dalam PRU yang lalu.
Apabila rakyat memilih PH dan sanggup menolak BN yang telah berkuasa selama 60 tahun, keinginan rakyat kepada perubahan dan pembaharuan bukanlah suatu yang main-main.
Bagaimanapun, mempermainkan harapan rakyat dengan banyak berdolak-dalik serta liat menunaikan janji hanya akan menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada PH dan menggelapkan masa depannya, sedangkan mungkin untuk berapa lama lagi Tun Mahathir sudah pun tiada lagi di dunia ini.
Tetapi, meski selepas ketiadaan Tun Mahathir, PH mesti terus hidup dan bernyawa.
PH juga tidak harus dibiarkan mati kerana nafsu tak bertepi yang ada dalam diri Tun Mahathir.
Makanya, tindakan Ronnie Liu mengeluarkan kenyataan kasarnya lebih berupa peringatan kepada Tun Mahathir agar tidak lari daripada landasan perjuangan PH dan tujuannya adalah murni serta suci.
Oleh itu, DAP tidak harus mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadapnya, malah Adun Sungai Pelek itu seharusnya diberikan ucapan terima kasih, kalau pun tidak mahu memberinya pingat atau jamuan makan malam.
Dalam menghadapi pelbagai isu semasa yang sesetengahnya macam sengaja dicetuskan oleh Tun Mahathir untuk mewujudkan ketidaktentuan dan perpecahan dalam PH, bukan saja tindakan Ronnie Liu itu harus dialu-alukan, bahkan sepatutnya ada 10 atau 100 lagi watak sepertinya dalam PH.
Kalau semua orang takut bersuara, lemah kerana dedak jawatan dan kedudukan serta selalu tunduk seperti seseorang mengadap maharaja, PH ini tidak akan ke mana-mana serta mati begitu saja akhirnya.
Apakah kita mahu PH ini jadi begitu akhirnya?
Kalau Ronnie Liu dilihat kasar dan kurang ajar, bagaimana dengan Azmin Ali, Khairuddin Abu Hassan, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa nama yang lain yang terang-terang menolak konsensus PH berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim?
Tidakkah mereka itu lebih khianat, pengkhianat dan lahanat kepada PH?
Apakah dalam PH ini hanya menegur dan mengkritik Perdana Menteri saja yang dilihat salah, manakala mengutuk bakal Perdana Menteri yang sudah dipersetujui dianggap tindakan terpuji?
Kepada DAP, sekali lagi ditekankan, Ronnie Liu adalah pembawa suara penyelamat untuk PH dan mengenakan hukuman kepada beliau, apalagi tunduk kepada tekanan Armada Bersatu yang tidak sabar-sabar mahu hukuman dijatuhkan dalam tempoh seminggu, tindakan itu hanya akan membuatkan DAP hilang taringnya.
Jika DAP tunduk dan takut kepada Tun Mahathir sebagaimana semua orang berjaya ditundukkannya di era PM4 dahulu, parti itu bukan saja berpotensi menjadi seperti MCA, malah sekarang pun sudah tiada bezanya dengan MCA. (ShahbudinHusin 25/10/2019)

KUCAR-KACIR PERALIHAN KUASA ROSAKKAN EKONOMI – PENGANALISIS

AMANAH TEGAS PERALIHAN KUASA DR MAHATHIR – ANWAR SEPERTI DIJANJIKAN

PENERBIT KOMIK KONTROVERSI LETAK JAWATAN DALAM JBC

(function() { var d = document, w = window; w

Polis panggil Ahli Parlimen Batu Pahat bantu siasatan dakwaan langgar SOP......KEH...KEH

  FMT Reporters  - July 24, 2021  Gambar tular di media sosial menunjukkan Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon makan bersama dua wa...