PH Tidak Perlukan PPBM Raih Sokongan Melayu - Rafizi.

 PH Tidak Perlukan PPBM Raih Sokongan Melayu - Rafizi.

Keyakinan begini yang kita mahukan. Amat tepat. Seperti yang Rafizi katakan, orang yang mengundi berdasarkan sentimen agama akan mengundi PAS manakala yang sentimennya adalah kaum, akan memilih UMNO.
Yang mengundi PH mahukan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan hidup. Jadi itu sebenarnya yang PH perlu tawarkan. Kalau PH pun main sentimen kaum dan agama, apa beza PH dengan mereka?
Kekalahan PH dalam semua PRN adalah kerana kurangnya keyakinan rakyat terhadap politik. Rakyat tidak melihat PH berbeza dengan UMNO dan PN. Jadi untuk apa lagi rakyat keluar mengundi?
Rafizi juga katakan kajian Invoke mendapati 60 ke 70 peratus pengundi mengatakan keadaan ekonomi amat penting. Pengundi yang akan mengundi atas sentimen agama atau kaum hanya 9 peratus saja.
Wow... Walaupun tidak aktif, nampaknya Rafizi masih bekerja melalui Invoke untuk memahami kehendak pengundi dan keadaan politik semasa. Patutlah bila aktif semula, Rafizi sudah tahu apa yang perlu PH lakukan.
Kehadiran semula Rafizi dalam arena politik tanah air umumnya dan Keadilan khasnya telah segera mengubah lanskap politik negara. Semoga Rafizi terpilih sebagai Timbalan Presiden Keadilan dan seterusnya membawa Keadilan dan PH ke mercu kejayaan. Guane boh?


APAKAH KESAN PADA HELIKOPTER RINGGAN MD 530G YANG LEWAT DI TERIMA.


Di khabarkan 6 buah helikopter ringan MD 530G sudah di terima TETAPI berita sedih kuga muncul bahawa syarikat Helikopter MD yang berpengkalan di USA sudah pun di istiharkan Muflis.
Untuk rekod pesanan helikopter ringan sudah di pesan sejak awal tahun 2016 dan gagal tiba seperti dalam perjanjian pada sebanyak 2 buah pada tahun 2017 dan 4 buah lagi pada 2018. Harga pembelian untuk 6 buah helikopter ini adalah USD76.4 juta atau RM320 juta. Secara purata harga sebuah helikopter ini adalah USD12.73 juta atau RM53.5 juta.
Bila di semak model asas helikopter ini MD 530F hanya berharga USD2.5 juta atau RM10.5 juta dan untuk 6 buah cuma berharharga USD15 juta atau RM63 juta. Adalah di fahamkan helikopter ini akan di pasang dengan persenjataan ringgan untuk menembak seperi senapang dan meriam kecil. Namun dengan harga yang 5 kali ganda dari harga asas model ianya boleh di persoalkan.
Keadaan harga yang tak masuk akal memerlukan siasatan terperinci untuk memastikan perbelanjaan dana rakyat bebas dari unsur rasuah dan penyelewengan.
Lebih malang lagi sekarang apabila syarikat pembekal telah muflis dan ia berkemungkinan besar akan memberi kesan besar dari segi pembekalan barang ganti serta khidmat selepas jualan.

Sedia berdebat dengan Najib, Rafizi tipu kamu juga Anwar?, Bongkar niat ...






Antara paparan Sekilas Fakta 4 April 2022 1) 'Najib ingat Anwar takut?' - Rafizi akan sampaikan cabaran debat Najib
2) 'Saya sedia berdebat bila-bila masa' - Anwar sahut cabaran Najib
3) 'Rafizi tipu kamu juga ke, Anwar? - Najib setuju debat isu Sapura
4) 'Muhyiddin jumpa Dr M bongkar niat sebenar, Umno perlu menilai Bersatu' - Zahid
5) 'Memalukan' - Howard Lee kecam MCA kerana 'agungkan parti pelampau'
6) PKR perlu perbincangan lebih inklusif dengan DAP, Amanah - Pasukan Rafizi








[[LIVE]]1.4.22 Saif V Rafizi. Bagaimana Memilih?

ANWAR- IDEALISME BERLANDASKAN HUKUM DAN HAK RAKYAT


 Acara pemilihan yang akan datang harus dimaknai dengan idealisme serta latar yang berlandaskan hukum dan hak rakyat dalam mempersiapkan parti ke arah pilihanraya umum yang akan datang. Wadah ini mesti terus di depan menjadi jurubicara rakyat serta warga yang tertindas.

Selamat ulangtahun ke-23 buat KEADILAN!
May be an image of text that says "Selamatt Menyambut Ulangtahun 1999-2022"

BERBANGGA DENGAN PERJUANGAN PKR


TU DIA- KITA TAKUT NEGARA INI PUN KENA JUAI...KAH..KAH...KAH .PEMUDA PH LAPOR TANAH LAPANGAN TERBANG DIJUAL

 

Pemuda PH Perak lapor polis tanah lapangan terbang dijual





Mohamad Hairul Amir Sabri (tengah) menunjukkan laporan polis dibuat hari ini. Turut hadir Ketua Pemuda DAP Perak, Chaw Kam Foon (dua dari kiri) dan Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim (tiga dari kiri). (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak hari ini membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, Perak Tengah.

Ketua Pemuda PH negeri, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan supaya individu bertanggungjawab dibawa ke muka pengadila“Kami berharap pihak berkuasa dapat memulakan prosiding untuk menyiasat penjualan tanah ini dan mendedahkan siapa sebenarnya dalang dalam isu ini,” katanya dipetik Utusan Malaysia selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini.

Hairul yang juga ketua Pemuda PKR Perak berkata, laporan itu antara lain menggesa pihak berkuasa segera memulakan siasatan dan satu lagi laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

“Dakwaan tanah itu telah dijual seperti yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini menjadi persoalan dan perhatian umum, sebab itu kami buat laporan supaya pihak berkuasa boleh ambil tindakan.

“Saya percaya, polis dan SPRM mempunyai tanggungjawab serta kuasa untuk melaksanakan siasatan ke atas isu penjualan tanah ini.”

Baru-baru ini, Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membuat laporan polis berhubung penjualan tanah itu dan memberi jaminan kerajaan negeri akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Isu penjualan tanah lapangan terbang itu timbul selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming mendakwa tanah terbabit sudah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Saarani memaklumkan penjualan tanah itu dilakukan di bawah pentadbiran PH terdahulu kepada syarikat swasta bagi tujuan pembangunan bercampur di kawasan terbabit.

NAJIB CUAI MENJAGA PELABURAN RAKYAT SEMASA MENJADI MENTERI KEWANGAN-RAFIZI

 

NAJIB CUAI MENJAGA PELABURAN RAKYAT SEMASA MENJADI MENTERI KEWANGAN






Selepas saya mendedahkan bagaimana Sapura membayar RM983 juta kepada pengarah eksekutif sepanjang tempoh Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, dia cuba mencuci tangan dengan memberi alasan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan tidak ada kuasa dalam urusan syarikat swasta.

Katanya, Sapura hanya menjadi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada tahun 2019, oleh itu dia tidak berkuasa untuk campur tangan walaupun keputusan-keputusan Sapura membayar sedemikian rupa kepada pengarah eksekutif merugikan pelaburan PNB sebagai pemegang saham minoriti.

Sebagai Menteri Kewangan ketika itu, berhubung isu kewangan Sapura secara keseluruhannya, Najib mempunyai dua tanggungjawab dan tugasan yang jelas:

1. Pertama – untuk memastikan pasaran modal negara (iaitu pasaran saham) berkembang sihat dan berupaya menarik minat pelaburan dalam dan luar negara, baik dari kalangan pelabur institusi atau pelabur perseorangan.

2. Kedua – untuk memastikan pelaburan PNB di dalam Sapura dan transaksi kewangan Sapura dengan badan korporat lain yang berkepentingan rakyat (seperti bank-bank, PETRONAS dan lain-lain) memberikan nilai pulangan

terbaik

kepada rakyat.

TUGAS MENGAWAL SELIA PASARAN MODAL

Keupayaan pasaran modal negara (seperti yang dikendalikan Bursa Malaysia) menarik pelabur bergantung kepada kepercayaan pelabur bahawa hak dan kepentingan mereka akan dilindungi. Sebahagian besar pelabur (dari dalam dan luar negara) akan menjadi pemegang saham minoriti dalam syarikat-syarikat di pasaran saham negara.

Sekiranya kerajaan dan badan yang mengawal selia pasaran modal tidak memastikan hak pemegang saham minoriti dijaga, mudahlah syarikat-syarikat mengambil wang dari pelabur awam dan seterusnya membelanjakan wang itu seolah-olah keseluruhan dana itu dari poket mereka (sedangkan hanya ~40% dari pemegang saham majoriti, selebihnya dari pemegang-pemegang saham minoriti).

Untuk memastikan pemegang saham majoriti tidak boleh membelanjakan wang syarikat sehingga berlaku tidak adil kepada pemegang saham minoriti, ada dua peruntukan undang-undang yang digubal, iaitu:

i. Akta Syarikat 2016

ii. Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

Dalam kedua-dua akta ini, kuasa dan tanggungjawab diperuntukkan khusus kepada Menteri Kewangan untuk memastikan hak pemegang saham minoriti terjaga demi menjamin perkembangan sihat pasaran modal negara.

Selain dari kuasa khusus kepada Menteri Kewangan untuk melindungi hak pemegang saham minoriti, akta-akta ini juga memperuntukkan keadaan-keadaan seorang pemegang saham minoriti dikira telah dianiayai oleh pemegang saham majoriti, contohnya:

- Penyalahgunaan harta syarikat oleh pemegang saham majoriti

- Keuntungan dialihkan dan dibayar kepada pemegang saham majoriti sehingga menidakkan bayaran dividen kepada pemegang saham minoriti

- Kegagalan membayar dividen yang secukupnya kepada pemegang saham minoriti

Dalam isu pembayaran RM983 juta kepada pengarah eksekutif yang mewakili pemegang saham majoriti dalam keadaan kepentingan pemegang saham minoriti terabai, alasan bahawa keputusan-keputusan itu adalah hak syarikat swasta semata-mata adalah alasan kurang cerdik dari Najib.

Sapura bukanlah syarikat swasta biasa, ia adalah syarikat awam yang mengambil wang dari rakyat biasa yang menjadi pemegang saham minoriti. Tindak-tanduknya tertakluk kepada akta-akta tertentu untuk menjaga kepentingan awam yang menjadi pemegang saham minoriti.

Sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengawal selia pasaran modal dan melindungi hak rakyat biasa yang menjadi pemegang saham minoriti, Najib cuai sehingga menyebabkan sedemikian bayaran kepada pengarah eksekutif sedangkan dia ada kuasa untuk memperbetulkan keadaan di bawah akta-akta tertentu.

AMANAH MENJAGA PELABURAN PNB

Selain dari tugas am sebagai Menteri Kewangan untuk mengawal selia pasaran modal, Najib juga bertanggungjawab memastikan pelaburan PNB di dalam Sapura memberi pulangan

terbaik

kepada rakyat.

Tanggungjawab itu datang dari dua perspektif:

1. Pertama – sebagai Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra yang memiliki PNB. Dia bertanggungjawab memastikan portfolio pelaburan PNB memberi pulangan yang

terbaik

kepada rakyat.

2. Kedua – sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab memastikan pelaburan GLIC (seperti PNB) dan GLC mengikut Program Transformasi GLC 2005-2015.

Secara khusus, Perkara 3.2.4 dalam Manual Transformasi GLC 2005-2015 menetapkan bahawa GLIC (termasuk PNB) perlu menghantar laporan setiap tiga bulan kepada Jawatankuasa Transformasi GLC (PCG) yang dipengerusikan Najib sendiri untuk menilai portfolio pelaburan mereka.

Ini bermakna, walaupun Sapura bukan dikira GLC semasa Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dia bertanggungjawab sebagai pemegang amanah PNB untuk membantah sebarang urusan yang merugikan PNB.

Lebih dari itu, kawal selia portfolio pelaburan PNB (termasuk pelaburan bukan majoriti seperti pelaburan di dalam Sapura) tertakluk pula kepada Program Transformasi GLC yang dipengerusikan beliau sendiri.

Najib boleh cuba menipu rakyat dengan alasan-asalan mudah yang diberikan oleh admin media sosialnya, tetapi dia tidak boleh lari dari rekod cuainya yang diketahui dunia.

Sebab itu, gesaan Najib supaya Kerajaan Persekutuan menyelamatkan Sapura menggunakan wang rakyat perlu disanggah untuk menunjukkan wajah sebenarnya Najib kepada pengundi atas pagar.

RAFIZI RAMLI

 

BUKAN MARAH...NASIHAT

 

Yang ramai kecam juga dalam kalangan IBU AYAH, katanya pergi bukan guna duit Ustazah pun, kenapa nak sibuk hal orang, dan lain-lain yang lebih pedih.

Duhai IBU AYAH, bukankah kalian yang selama ini berkata sayang pada anak-anak sampai Syurga dan berdoa untuk berkumpul disana. Bukankah kalian yang selalu inginkan anak-anak selamat daripada bahaya dunia, jika mereka sakit kalian tak tidur lena dan sanggup korban apa sahaja.

Tiada kasih sayang yang lebih tulus seorang Ibu Ayah melainkan mereka berusaha dengan hati, perkataan dan tindakan untuk melindungi anak-anak daripada melalui jalan yang salah dan terpesong daripada menuju ke Syurga. Itulah bukti kasih sayang sejati.

Adakah kalian begitu naif bahawa suasana konsert sebegini akan berlakunya percampuran lelaki dan perempuan, kadang minuman najis berjaya dicuba, lebih jauh lagi ia boleh menjadi langkah pertama menuju kepada penzinaan. Jika sebelum ini kita dihadapkan dengan fakta konsert M****** pun dah jumpa banyak K***** bersepah bila waktu pagi ketika pihak yang membersih kawasan menjalankan tugas.

Suasana terkinja-kinja dan saling hilang kawalan diri, walaupun asalnya si anak ni seorang yang pemalu dan sopan,namun suasana sangatlah mempengaruhi seseorang, pakaian pula tak boleh dibayangkan, pasti akan disesuaikan dengan konsert supaya tak dilihat janggal. Bertemulah dengan kawan baru, sekelip mata no. tel saling bertukar, merasai nikmat kebebasan atas nama ‘sporting’ IBU AYAH.

Iya, istilah jangan jaga tepi kain orang terus dilaungkan walaupun kain tu dah terselak hingga membuka aib sendiri. Kita hanya ingin tarik kain tu supaya aibnya juga terpelihara, kerana prihatin dan tanggungjawab. Kami selaku pendakwah menanggung amanah yang akan dihisab kelak. Saat melihat KEMUNGKARAN YANG DIBENARKAN SECARA TERBUKA OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Adakah iman tidak bersuara, atau lesu juga bersama ayat sangka baik,

“Alahai itu Justin Bieber je, itu sekadar hiburan je, bukan selalu sekali sekala je, kadang-kadang remaja perlu diberi kebebasan nanti memberontak, jika berdosa nanti taubatlaaa”

Tuan Puan,

Saat Arab Saudi Anjur konsert Riyadh Season ramai yang kecam dan menginsafi bahawa itu adalah petanda akhir zaman, rasa terkejut kerana baru nak melepasi Musibah Wabak, ingatkan menjadi lebih kuat Ibadat, tapi rupanya Penjaga Tanah Suci membuka pintu Maksiat dan lain-lain.

Terlalu sedih, bila budaya ini sampai ke Tanah Air sendiri, Malaysia yang dicintai, masing-masing boleh mengubah rasa itu kepada sesuatu yang dianggap biasa, normalisasi sengaja buat maksiat lepas tu taubat telah menjadi tipudaya yang sangat berjaya hawa nafsu dan syaitan. Istilah terlambat bila berlaku sesuatu yang mudharat akan cuba dicantikkan juga dengan ayat “adalah hikmah disebalik” Description: 😣, walaupun hakikatnya musibah itu sendiri dicari bukan diberi.

Allahu Akbar, kita tahu tiket dah habis pun terjual. Satu konsert yang harganya sangat mahal begitu mendapat sambutan di Negara Islam Malaysia. Selepas ini, nantikanlah konsert lain pula bakal menyusul, atas nama hiburan itu keperluan, maka suburlah budaya hedonisme. Terbentuk jelaslah generasi hamba hiburan, itulah nanti menjadi sumber pendapatan pihak penganjur yang tamak.

Ini bukan doa atau sangka buruk, menulis daripada pengalaman menguruskan kes masalah sosial remaja dan penyesalan Ibu Bapa. Janganlah normalisasikan pendidikan, “bagi depa rasa dulu apa yang nak, esok dah jemu depa berhentilah..”. Nauzubillah, bimbang Ibu Bapa dan anak tak sempat taubat sebelum mati.

Saya tak sedih dikecam dan dihina, siapa saya ni untuk dihormati dan dimuliakan, banyak kekurangan dan dosa sendiri yang lebih menjadikan diri ini hina. Kesedihan adalah apabila melihat sesuatu kemungkaran namun ramai yang berdiam.

Terima kasih semua yang memberikan sokongan dan doa, ini adalah perjuangan kita, moga menjadi saksi dan catatan amal soleh kita bersama. Sayang dan kasih sahabat semua kerana Allah dan Rasulullah. Di atas jalan ini kita bertemu, semoga di Syurga Allah kita bersatu. Takbir, ALLAHU AKBAR Description: ✊.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Asma’ binti Harun



2 Ramadhan 1443H

#UAHSahabatDuniaAkhirat

 

Rafizi bertegas Najib bertanggungjawab bayar CEO Sapura RM983 juta


Bekas perdana menteri, Najib Razak dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ‘berperang mulut’ berhubung masalah dihadapi Sapura Energy Bhd. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Pertikaian antara Rafizi Ramli dan Najib Razak berhubung Sapura Energy Bhd berterusan, dengan naib presiden PKR itu bertegas bekas perdana menteri itu perlu bertanggungjawab terhadap RM983 juta yang dibayar kepada bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu.

Rafizi berkata, walaupun Sapura bukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ketika Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, beliau masih bertanggungjawab sebagai pemegang amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan boleh membantah sebarang urusan yang merugikan PNB.

“Najib bertanggungjawab memastikan portfolio pelaburan PNB memberi pulangan terbaik kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga mendakwa Najib cuba “mencuci tangan” dengan memberi alasan perdana menteri atau menteri kewangan tiada kuasa dalam urusan syarikat swasta.

Rafizi berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan Najib bahawa Sapura bukan GLC sehingga 2019, oleh itu ia bukan di bawah bidang kuasanya ketika menjadi perdana menteri.

Najib bagaimanapun berhujah, dana simpanan awam seperti PNB akan melabur dalam bentuk ekuiti “ratusan atau ribuan” syarikat tersenarai awam di dalam dan luar negara.

Katanya, syarikat itu mempunyai lembaga pengarah untuk menjaga kepentingan syarikat dan rakyat untuk memantau pelaburan mereka.

“Takkan perdana menteri dan menteri kewangan nak pantau hal ehwal setiap syarikat tersenarai,” soalnya dalam catatan Facebook.

Terdahulu, Rafizi mendakwa CEO Sapura ketika itu menerima RM983 juta dalam pelbagai pembayaran dari 2009 hingga 2018, ketika Najib menjadi perdana menteri.


(function() { var d = document, w = window; w

Adam Adli dahului saingan ketua Pemuda PKR

  FMT Reporters  - May 29, 2022          A dam Ahli yang baharu menyertai PKR tidak sampai setahun lalu bertanding jawatan ketua pemuda part...