MySejahtera milik kerajaan, mengapa sukar ambil alih? - Chang Lih Kang

'' failed to upload. Invalid response: RpcError

 


Sistem pemantauan kesihatan MySejahtera dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.



Namun rakyat tertanya tanya mengapakah perundingan untuk mengambil alih sistem tersebut kelihatan sukar dan memakan kos yang tinggi sehingga RM300 juta, sedangkan kegunaan sistem berkenaan mungkin tidak diwajibkan lagi kepada rakyat selepas fasa endemik Covid 19.



Bagi Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, Menteri Kesihatan perlu menjelaskan lebih banyak fakta kepada rakyat



Katanya, apa yang dijelaskan Khairy berkenaan pengambilalihan itu baru baru ini tidak masuk akal dan meragukan, seolah-olah beliau cuba melindungi pihak lain.



"Saya rasa memang tidak munasabah penerangan Khairy itu sebab ini melibatkan isu keselamatan data rakyat Malaysia. Saya rasa tak ada masalah kalau agensi kerajaan ke agensi kerajaan yang lain dalam proses pengambilalihan aplikasi itu. Dari Majlis Keselamatan Negara ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan ia lebih mudah.



"Kalau ini pun (Khairy) tidak boleh lakukan, saya rasa rakyat hilang keyakinan terhadap beliau dan juga agensi kerajaan pun tidak boleh percaya. Sangat tidak masuk akal keadaan ini.



"Apa yang kita selalu bimbang ialah kemungkinan (dakwaan) kerajaan jual data kepada orang lain terutama syarikat swasta ataupun syarikat luar negara. Itu menjadi persoalan kalau data itu dipindahkan ke KKM kita tak ada masalah," katanya ketika dihubungi.



Sehubungan itu, menurut Ahli Parlimen Tanjung Malim itu lagi, Khairy selaku menteri yang bertanggungjawab perlu mendedahkan latar belakang syarikat pengendali MySejahtera sebelum ini secara jelas kepada rakyat



"Khairy perlu telus, sekurang-kurangnya kena beritahu latar belakang syarikat itu sama ada syarikat ini berpangkalan di dalam Malaysia atau di luar Malaysia sebab ia melibatkan data-data yang sangat berharga dan ia patut didedahkan kepada umum.



"Hal ini kerana ia melibatkan data rakyat Malaysia yang begitu banyak dan begitu sensitif," katanya lagi.

 

 

No comments: