SIAPA LEBIH PANTAS BERTINDAK ISU PENGHINAAN AGAMA?
ISU PENGHINAAN TERHADAP AGAMA - SIAPA LEBIH PANTAS DAN SERIUS BERTINDAK, KERAJAAN UMNO/BN ATAU KERAJAAN PH SEKARANG?
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)
Saya ingin mengimbau kisah lalu, kes penghinaan ke atas agama Islam pada tahun 2012 iaitu di era rejim kleptokrasi Umno/Bn memerintah. Seorang India, Gopinath Jayaratnam, 28, dari Taman Klang Jaya, telah menulis kata-kata penghinaan ke atas agama Islam di laman sosial pada 25 September 2012.
Hasil dari laporan Polis yang telah dibuat, beliau telah didakwa mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama. Beliau telah dikenakan jaminan sementara menunggu sebutan kes berjumlah hanya RM 3 ,000 sahaja. Bila kes tersebut akan mula dibicarakan? Kes tersebut hanya dibawa ke mahkamah pada 21 Julai 2014. Ertinya, lebih kurang dua tahun baru dibicarakan.
Pada tahun ini, di era kerajaan PH juga telah berlaku kes yang sama. Seorang warga emas, Foo Sing didakwa menggunakan laman Facebook “Foo Sing Wai” memuat naik karikatur berunsur penghinaan ke atas Nabi, Isteri Nabi dan agama Islam, pada 18 Februari 2019. Beberapa laporan Polis telah dibuat termasuk laporan dari Menteri Di JPM, Mujahid Yusof dan berikutan dari itu warga emas ini telah didakwa pada 27 Februari 2019 mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan dan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kes tersebut akan disebut semula pada 05 April 2019 dan beliau telah dikenakan jaminan sebanyak RM 20, 000. Beliau dimasukkan ke penjara kerana gagal membayar jaminan.
Ertinya, tidak sampai 10 hari beliau melakukan kesalahan, beliau telah diseret ke mahkamah dan tidak sampai dua bulan akan terus dibicarakan. Jaminannya bukan RM 3,000 tetapi RM 20, 000.
Bukan habis setakat itu sahaja, kerajaan PH melalui Menteri Agama di JPM, YB Mujahid telah menyatakan untuk meminda undang-undang di Parlimen bagi meningkatkan hukuman kepada mana-mana pihak yang sengaja melakukan penghinaan ke atas mana-mana agama di negara ini.
Begitulah seriusnya kerajaan PH di dalam menangani isu ini. Belum sempat PEMBANGKANG Umno/Pas berdemontrasi, kerajaan telah pun bertindak. Namun, untuk menunjukkan hero dan pejuang Islam kononnya, mereka tetap berdemo juga termasuk penyokong rejim dahulu yang mereka sendiri lembab tangani isu sensitif ini. Itu pun puak-puak berfahaman agama masih kata kerajaan di era Najib dan Umno itu lebih Islamik dari kerajaan PH. Begitulah, apabila mulut dan mata sampai ke otak telah dipenuhi dedak.
WFAUZDIN NS
Meski diasak musuh, DAP tetap junjung Perlembagaan
Pada 1
oleh Pentadbir
DAP dan pemimpinnya saban hari diserang oleh UMNO dan PAS dengan pelbagai fitnah. Walaupun telah berkali-kali dinafikan, malah menang banyak saman fitnah di mahkamah, modal fitnah berkenaan diulang-ulang pihak berkenaan semata-mata untuk meraih laba politik.
Sebagai contoh, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 23 November 2018 mengarahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung artikel fitnah yang diterbitkan akhbar itu pada 10 April 2015.
Artikel bertajuk “Pengundi Atas Pagar Jadi Penentu?” itu antara lain menuduh Guan Eng, yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang, masuk campur dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang berhubung isu tanah wakaf.
Itu bukan kali pertama lidah rasmi UMNO itu kalah saman. Jika dibuat carian di laman maya, akan terburai segala kedangkalan dan fitnah mereka yang dibuktikan tidak benar oleh mahkamah. Ini sudah cukup menjelaskan fitnah yang disebarkan UMNO terhadap DAP menerusi lidah rasminya itu kebanyakannya adalah bersifat pembohongan semata-mata.
Bukan itu sahaja, DAP juga dituduh kononnya ingin menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu dan memusuhi kaum Melayu. Namun demikian, segala hujah-hujah laskar siber upahan serta pemimpin UMNO dan terbaharu PAS telah dipatahkan dan dijelaskan oleh pihak DAP berulang kali.
Namun, fitnah yang sama disebarkan berulang kali sehingga ia dijadikan kebenaran kepada pihak yang menyebarnya. Adakah fitnah dan pembohongan seumpama ini sebenarnya sudah menjadi makanan ruji pihak yang membenci DAP?
Peruntukan institusi Islam di Pulau Pinang meningkat
Pihak UMNO dan PAS menuduh DAP memusuhi orang Melayu dan Islam. Jika benar dakwaan ini, mengapakah kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Ketua Menteri yang merupakan seorang pemimpin DAP terus-menerus menyalurkan pelbagai peruntukan untuk dimanfaatkan oleh institusi Islam?
Di Pulau Pinang, peruntukan untuk institusi Islam meningkat saban tahun. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam Belanjawan 2019 mengumumkan peruntukan RM56.8 juta bagi mengukuhkan serta memartabatkan institusi Islam. Peruntukan itu meningkat dari RM50 juta pada tahun 2017 dan RM53 juta pada tahun 2018.
Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi elaun para imam di Pulau Pinang dan imbuhan kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran.
Justeru, di manakah kebenaran tuduhan pihak yang berkenaan terhadap DAP? Kerana berdasarkan fakta di atas adalah sangat jelas bahawa DAP menghormati kesucian agama Islam dengan menyalurkan pelbagai peruntukan untuk institusi agama berkenaan.
DAP junjung Perlembagaan
Deklarasi Shah Alam yang dibahaskan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para perwakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada Januari 2012 menjadi bukti paling ampuh bahawa DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia.
Antara intipati deklarasi tersebut adalah seperti berikut:
- Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
- Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
- Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
Ketiga-tiga pendirian itu sudah cukup untuk menangkis dakyah yang disebarkan berulang kali oleh pemimpin UMNO dan PAS. Justeru, mengapa kedua-dua parti tersebut masih memainkan isu yang sama, sedangkan DAP telah berkali-kali menegaskan pendiriannya yang menyokong serta mendukung Perlembagaan, institusi Raja-Raja Melayu serta institusi Islam.
Adakah pemimpin UMNO dan PAS ketandusan modal sehingga terpaksa mengitar semula fitnah lama dan mempersembahkannya dengan cara lain semata-mata untuk terus kekal relevan dalam arena politik negara? Sampai bila agakanya UMNO dan PAS akan menyebarkan agenda sempit mereka ini?
Ternyata, pengulangan fitnah yang tidak berasaskan bukti dan fakta membuat rakyat muak dengan taktik jahat mereka. Keputusan Pilihan Raya Umum 9 Mei adalah manifestasi rasa muak rakyat terhadap sentimen perkauman dan keagamaan yang dimainkan UMNO serta PAS.
TUN MAHATHIR KATA UMNO SUDAH HANCUR
Tun Mahathir kata Umno sudah hancur
Dalam menyeru sokongan untuk Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bahawa lawan mereka Umno BN, “sudah hancur”.
“Sia-sia saja kalau pilih calon BN. Sebenarnya, BN dah tak ada.
“Qolu innalillahi wa innailaihi rojiun. Sudah habis.
“Yang ada Umno, Umno pun dah hancur. Tak ada ahli. Banyak yang minta mahu jadi ahli parti PH,” katanya dalam program kempen sempena PRK Semenyih malam tadi.
Innalillah merupakan ucapan yang diungkapkan apabila orang Islam apabila mendengar berita kematian seseorang.
Selepas kekalahan pada pilihan raya umum lalu, BN dilihat kehilangan punca apabila satu per satu parti komponen dan wakil rakyat meninggalkan gabungan itu.
MCA, parti komponen utama BN, sebelum ini mengusulkan agar BN dibubarkan. Selain MCA, BN kini hanya terdiri daripada Umno dan MIC.
Selain itu, Umno yang selama ini menjadi parti tunggak dalam BN turut menghadapi masalah dalaman yang menyaksikan sekumpulan wakil rakyat meninggalkan parti itu.
Justeru, Mahathir menyeru agar pengundi Semenyih menyokong calon PH Muhammad Aiman Zainali pada PRK Sabtu ini memandangkan dia calon dari parti kerajaan.
“Saya fikir orang Selangor tahu apabila kerajaan didirikan oleh parti lawan (Pakatan Rakyat) dulu, Selangor mendapat banyak perubahan.
“Bantuan-bantuan kepada rakyat diberi. Saya dengar kata ada bas percuma. Macam-macam lagi.
“Dan apabila Aiman menang dia akan duduk DUN Selangor dan dia akan dibantu menteri besar Selangor,” katanya.
Sementara itu, Mahathir turut mengakui dirinya tidak sentiasa betul, namun yakin bahawa menjatuhkan Najib Razak dari tampuk kuasa pada pilihan raya umum (PRU) lalu adalah tindakan tepat.
Kenyataan itu dilihat mengulangi kenyataan serupa sebelum ini apabila Mahathir berkata tindakannya menyokong Najib sebagai perdana menteri merupakan salah satu kesilapan yang dikesalinya.
“Saya mungkin salah kadang-kadang (dalam membuat keputusan), tapi saya tak salah bila jatuhkan Najib,” katanya.
KONVENSYEN PASTIKAN TANAH RIZAB MELAYU TERJAMIN
Konvensyen pastikan Tanah Rizab Melayu terjamin
Konvensyen Tanah Rizab Melayu (TRM) 2019 merumuskan sembilan resolusi termasuk menubuhkan Lembaga Nasional Tanah Rizab Melayu bagi menyelaras bentuk penggunaan, mengawal transaksi dan memastikan ia terpelihara daripada penyelewengan, salah guna dan pelupusan.
Resolusi tersebut dibaca oleh Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Zainal Kling dan diserahkan kepada penasihat timbalan perdana menteri, Mohd Salmi Mohd Sohod ketika perasmian penutup TRM di UiTM hari ini untuk diambil tindakan.
Menurut resolusi itu, lembaga tersebut wajar bekerjasama dengan semua badan korporat Melayu, jabatan kerajaan dan lembaga awam lain untuk pembangunan tanah rizab dengan memastikan hak milik, nilai dan manfaat kekal terpelihara bagi kepentingan orang Melayu.
Selain itu, resolusi juga meminta supaya kerajaan negeri melakukan audit tanah rizab untuk memastikan keluasan yang masih ada, status pemilikan dan mengambil kembali tanah rizab yang bertukar tangan secara proksi.
“Kerajaan negeri wajar memastikan semua kawasan tanah rizab yang dibangun dan terlupus daripada status tanah rizab Melayu diganti seperti diperuntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 89,” kata Zainal ketika membacakan resolusi itu.
Resolusi juga meminta supaya kerajaan persekutuan mengkaji pelbagai kaedah lain penggunaan tanah dan pembangunan tanah bagi memastikan pembangunan serta nilai tanah rizab Melayu bertambah dan menjadi tunjang pembangunan bangsa seperti pajakan, “joint venture”, REITs dan sebagainya.
Kerajaan diminta supaya membangunkan prasarana dan kemudahan sosial di sekitar tanah rizab supaya pemilik mendapat manfaat secara langsung ataupun tidak langsung.
Selain Lembaga Nasional Tanah Rizab Melayu, resolusi juga mencadangkan diwujudkan Lembaga Pembangunan Tanah Rizab Melayu dengan peruntukkan modal bagi melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan yang bermanfaat kepada masyarakat Melayu.
Lembaga ini juga akan berperanan sebagai pelindung kepada tanah rizab yang tergadai, terbahagi kecil-kecilan dan terlupus oleh proses pembangunan.
Dalam usaha memeliharan dan memulihara tanah ini, resolusi mencadangkan supaya sebuah Institut Kajian Tanah Rizab Melayu ditubuhkan di UiTM bagi mengkaji, mencadang pelbagai kegunaan dan menyimpan semua bentuk data mengenai tanah rizab Melayu.
RAFIZI DEDAH IDENTITI PEMIMPIN PAS TERIMA DANA 1MDB
Rafizi dedah identiti pemimpin Pas terima dana 1MDB
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB.
Dalam sidang media di ibu kota hari ini, Rafizi menamakan individu misteri itu sebagai bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa.
Rafizi juga membuat akuan berkanun (SD) berhubung perkara itu.
Beliau mendakwa bekas timbalan presiden PAS itu menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Nasharuddin, yang kalah kepada pemimpin agresif PAS ketika itu Mohamad Sabu, sering dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduan antara partinya dan Umno.
Beliau kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib.
Rafizi pada 6 April lalu mendakwa mempunyai bukti seorang yang rapat dengan kepimpinan PAS menerima dana itu yang disalurkan langsung daripada akaun peribadi Najib.
Rafizi kemudian terus berteka-teki selama seminggu dan hanya memberi bayangan individu itu sebagai pernah menjadi pemimpin PAS dan pernah ditegur oleh bekas mursyidul am allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ramai pihak telah membuat spekulasi bahawa Rafizi memang merujuk kepada Nasharuddin, termasuk penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menamakannya.
Malaysiakini telah berulang kali cuba menghubungi Nasharuddin melalui pelbagai cara – panggilan telefon, pesanan teks, e-mel dan faks – untuk mendapatkan reaksinya tetapi tidak berbalas.
Malaysiakini terus cuba mendapatkan penjelasannya selepas Rafizi menamakannya hari ini.
Najib telah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.
Sementara itu, akaun berkanun Rafizi itu menyebut beliau mendapat maklumat itu daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan ke atas dana 1MDB.
Katanya, bekas pegawai yang tidak dinamakan itu, mempunyai maklumat sahih dan terperinci mengenai siasatan berkaitan, termasuk aliran dana 1MDB yang didakwanya mengalir ke akaun Najib, seterusnya tokoh-tokoh politik lain.
Rafizi berkata beliau diberitahu bahawa pembayaran dibuat dalam bentuk cek melalui “peguam tertentu”.
“Perkara ini ada unsur salah guna kuasa yang boleh disiasat bawah pelbagai undang-undang negara sekiranya bayaran kepada seorang mantan pimpinan PAS itu adalah pertukaran kepada usaha melunakkan suara PAS (sebagai parti pembangkang utama) dalam isu-isu bersabit skandal 1MDB dan pemindahan wang ke akaun YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,” menurut SD itu.
Rafizi juga berkata beliau nekad mendedahkan nama Nasharudin memandangkan beliau dilantik sebagai anggota panel perundingan dan pencegahan rasuah SPRM.
“Sebagai seorang penerima dana rakyat 1MDB (melalui SRC International Sdn Bhd) yang telah disiasat oleh SPRM, beliau tidak layak berada di kedudukan itu dan wajar meletakkan jawatan segera,” katanya.
Rafizi berkata beliau akan membuat laporan kepada SPRM dengan harapan kertas siasatan terhadap dana SRC yang dilapor dipindahkan ke akaun Najib dibuka kembali.
SD itu dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah di Sungai Besi semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)