[SIRI 13] BICARA SANTAI PKP BERSAMA YB KHALID SAMAD










[SIRI 13] BICARA SANTAI - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERSAMA YB KHALID SAMAD TAJUK: PN - RETAK MENUNGGU BELAH? TARIKH: 22 APRIL 2020 MODERATOR: JAMZURI ARDANI

MASIHKAH ANDA NAMPAK HIJAU SELEPAS PKP?








“Kita harap usaha ini dapat meningkatkan penghayatan pelbagai lapisan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup hijau," ujarnya. Selain itu Tuan Ibrahim berkata sepanjang tempoh PKP pencemaran alam sekitar semakin berkurang, langit semakin biru dan sungai semakin jernih. Tuan Ibrahim sedang berhalusinasi di alam Firdausi, mungkin. "Maaf Menteri MEWA, tak pasti selepas PKP nanti, rakyat boleh teruskan lagi hidup atau tidak? Justeru, nak bergaya hidup hijau itu rakyat cuba lah ya. "Setakat ini gaya hidup hitam dan gelap lebih terjamin rasanya bila ada yang mungkin hilang kerja, maka hilang sumber pendapatan dan lain-lain," sindir Ahli Parlimen Sepang, Muhammad Hanipa Maidin di Facebook beliau. Hanipa berkata, beliau tidak pasti sama ada rakyat boleh naik kenderaan awam, kerana syarikat bas atau perkhidmatan teksi/grab belum tentu boleh terus beroperasi selepas PKP.

CATATAN UZTAZ EBIET LIEW DI SIASAT DAN MASIH RAMAI YANG TIADA TEMPAT TINGGAL.

Dia memiliki hati "emas" kerana membantu rakyat asnaf, anak2 yatim, ibu2 tunggal serta ibu2 ditinggalkan wujudnya malaikat yg membantu dikalangan kita kenapa ada yg dengki? 😭😭

😭
Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kaseh sangat.

Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Semenjak pkp ini saya asyik fikir jika ini penghujungnya hayat saya. Saya nak beri sehabis baik. Beratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar saya dah hantar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Takde viral pun. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis.

Duit saya sendiri dah lebih sejuta ringgit saya belanjakan masa PKP ini.. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner dan orang yang putus makanan, susu anak dan tiada tempat tinggal.

Ada 20 rumah lagi keadaan macam tu perlu dibantu. Takde air. Takde elektrik. Rumah macam pondok. Macam nak roboh. Anak kecil. Kalau saya letak gambar semua menangis tengok. Maafkan saya. Anak-anak kecil tu semua sabar yer tunggu lepas PKP. Rayalah begitu dulu yer.

Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Sorry pada pegawai tadi. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. PKP ini saya dapat kenal siapa kawan dan siapa saja nak berlawan dengan saya. Tapi saya takkan pernah bermusuh atau berdendam dengan sesiapa. Saya maafka semua. Saya maafkan kerana Allah. Saya mengadu pada Dia semua sedih dan susah saya.

Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Rumahku syurga. Saya cuma akan menangis jika ada orang susah. Saya akan doakan mereka. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya Redha. Saya minta maaf pada semua yer. Saya salah. Kepada Allah saya berserah-ebitlew

LAGI KEBAL PKP....



Shahbudin Hussein
Pada 17 April, Khaled Nordin bertemu MB Johor, Hasni Mohamed di Saujana, JB dan hari ini pula beliau berjumpa Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Noraini Ahmad di Putrajaya.

Ke sana ke sini, jalan sana jalan sini, penting sangatkah?

Bukankah perjalanan rentas negeri dikira melanggar PKP?

Imej mungkin mengandungi: ruang tamu dan dalamImej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk



LEBIH BAIK AZMIN DIAM DARI BERKATA KATA. NAMPAK SANGAT RAKYAT CERCA.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Lain kali tak payah la kata apa-apa. Tak la kena maki bertalu-talu .. Keluarga pun tak malu..

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Imej mungkin mengandungi: 4 orang

GABUNGAN ‘TIDAK SELESA UMNO-BERSATU’ BERAKHIR PRU 15?

KURUNG RAKYAT KEPUTUSAN MUDAH, BAGAIMANA DENGAN ORANG SUSAH? – EZAM

Covid-19: Serlahkan peranan Parlimen



Pojok oleh Langgak

Ketika berlaku krisis seperti pandemik Covid-19, institusi Parlimen mempunyai peranan dan fungsinya. Institusi itu perlu menjalankan tanggungjawabnya untuk meneliti usaha kerajaan dalam menangani  impak kesihatan awam dan ekonomi disebabkan wabak itu. 



Parlimen adalah tiang seri kepada amalan demokrasi di negara ini justeru itu, adalah penting bagi Parlimen untuk diisytiharkan sebagai perkhidmatan penting negara. Dalam keadaan sekarang, pendekatan ‘lakukan apa sahaja’ perlu dilakukan untuk memenangi peperangan menentang musuh tidak kelihatan ini. 

Sebab itu, veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan idea Parlimen bersidang untuk sehari pada 18 Mei depan sebagai amat mengejutkan dan bertentangan dengan prinsip demokrasi. 

Tambahan pula, dikatakan beberapa pelanggaran kelaziman dan Peraturan Mesyuarat Parlimen, berdasarkan notis mesyuarat bertarikh 17 April 2020.

Setiausaha Dewan Rakyat telah memaklumkan bahawa di dalam keadaan wabak Covid-19 sedang menular ini, mesyuarat Parlimen akan berjalan tanpa sesi pertanyaan Jawab Lisan, Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, serta apa-apa Usul daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sepatutnya, Parlimen diberikan ruang seluas-luasnya untuk bersidang menerusi pendekatan-pendekatan atau prosedur-prosedur pencegahan jangkitan Covid-19 termasuk menitikberatkan penjarakan sosial di dalam dewan. 

Kemungkinan mengadakan sidang Parlimen kecemasan secara alam maya atau atas talian bagi membincangkan cara membendung penularan pandemik berkenaan dan kesannya ke atas ekonomi juga perlu diteroka. Berbekalkan kepesatan teknologi ketika ini, saya percaya Malaysia mampu menjadi pemangkin. 

Apa yang penting, proses demokrasi perlu berjalan sederap dengan usaha memerangi penularan pandemik berkenaan. Aspek kesihatan awam dan ekonomi negara perlu diperjuangkan secara seimbang. 

DIA SURUH KERAJAAN POTONG GAJI KAKITANGAN AWAM? APA KATA KITA JANGAN BELI DI KEDAI DIA..


MOHD ASRI  BAKAR

Tokey kepada sebuah Pasaraya MAMAK terbesar di Malaysia tu...dia jugak adalah AJK Bahagian UMNGOK di Kota Bharu, Kelantan. Masa BE End memerintah...dia dapat banyak projek-projek  besar seperti menyediakan perkhidmatan kedai runcit 2M.

Masa PH memerintah....macam-macam dia mintak. Macam-macam jugaklah dia kutuk dan perli Kerajaan PH.

Dia masih ahli seumur hidup UMNGOK...dan beberapa hari lepas dia mintak KERAjaan memotong gaji semua kakitangan awam bagi membantu mengatasi masalah kewangan negara. Dia tak bantu apa-apa pun sebenarnya, tetapi dia nak MEMATIKAN orang lain jer.


Walaupun ada di kalangan kita ini bukannya bekerja di sektor awam...KITA NAK CADANGKAN KEPADA SEMUA WARGA NETIZEN...AGAR PASARAYA MAMAK NI DI PULAUKAN!!!.
Jangan risau....Pasaraya ini mempunyai lebih  ..% warga India dan ini tidak menjejaskan pekerja-pekerja tempatan yang bekerja di situ!.

Kita PULAUKAN!!!....keranA hasil pendapatanNya itu, turut di salurkan kepada partai UMNGOK bagi menjayakan kegiatan-kegiatan yang jahat dan tidak bermoral!!!.


KALI NI NAJIB NAMPAK BIJAK



Rasanya kita boleh setuju dengan Najib dalam hal ini. Lanjutkan PKP seharusnya disertai dengan tambahan bantuan untuk rakyat yang makin terjejas dalam kehidupan.
Tapi apa Muhyiddin buat? Adakah beliau tambah bantuan untuk rakyat walaupun PKP sudah memasuki fasa 4?
Kalau Muhyiddin tak mampu, eloklah lantik Najib sebagai penasihat khasnya...dan jangan lupa beri taraf menteri sekali....

Tak sampai 2 bulan, kerajaan PN dah jual aset negara

Tak sampai 2 bulan, kerajaan PN dah jual aset negara
"Rupanya ini trend standard BN. Tahun 2015 dan tahun 2016 pun sama," tulis Liyana Marzuki, bekas pegawai kanan MITI dalam fb beliau.

“Eh tak sampai 2 bulan, kerajaan dah mula jual aset negara?” Itulah komen yang dibuat terhadap tindakan kerajaan melalui Khazanah yang dilaporkan akan menjual 74 juta sahamnya dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Menurut laporan media, Khazanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjual 1.45% sahamnya dalam TNB dengan harga RM1.17 bilion.
“Rupanya ini trend standard BN. Tahun 2015 dan tahun 2016 pun sama.
“Bolehlah penyokong MN (Muafakat Nasional) teruskan meratib ‘jual aset negara, ini semua salah DAP,” tulis Liyana Marzuki, bekas pegawai kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Facebook beliau.
Tulisan ini dipercayai mempersendakan tindakan penyokong Umno dan Pas sebelum ini yang sentiasa mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menjual harta negara.
Menurut media, langkah penjualan saham TNB ini akan mengurangkan pegangan Khazanah dalam TNB sebanyak 1.3%.
Harga yang diminta untuk penjualan ini adalah antara RM11.83 dan RM12.30 setiap satu.
Harga saham TNB dalam niagaan terakhir semalam adalah RM12.30 setiap satu.
April tahun lepas, Khazanah mempunyai 85 juta saham dalam TNB.

Politik putar angin dalam agenda Melayu-Islam

Politik putar angin dalam agenda Melayu-Islam

SENYAP dan sunyi, tiada lagi dendangan suara sahut menyahut membangkitkan unsur-unsur kebencian serta kecurigaan dalam masyarakat, hilang sudah daripada pandangan, tiada lagi kata-kata yang membangkitkan resah perkauman, nada-nada “Islam terancam, hak-hak orang Melayu sudah terhakis, Raja-raja Melayu dihina, Cina telah menguasai Malaysia, maruah Melayu sudah tergadai, LGBT semakin berleluasa.”
Hampir 20 bulan suara-suara ini bergema di media sosial, nampaknya tiba-tiba sahaja kicauan ini terhenti dan hilang daripada pandangan, ghaib daripada skrin media sosial, sebaik sahaja tertegaknya kerajaan yang diistilahkan sebagai “pintu belakang, tebuk atap (PBTA),” kononnya dikatakan sebagai kerajaan Melayu-Islam.
Bermakna kumpulan yang begitu ghairah bermain dengan emosi perkauman dan sentimen keagamaan ini adalah kumpulan yang secara aktif bersekongkol dengan PBTA dan juga merupakan sebahagian daripada perancang dalam merealisasikan PBTA itu sendiri, tidak dapat dinafikan akan hakikatnya, bahkan merupakan sesuatu yang jelas dan nyata.
Golongan ini dapat ditafsir sebagai golongan “hipokrit-oportunis-cauvinis,” berkisar disekitar pemikiran berteraskan naluri kekecewaan melampau di atas kekalahan dan kehilangan kuasa dalam Pilihan Raya Umum 14 (PRU14), menjadikan mereka hilang pedoman akhirnya terjerumus ke dalam tindakan politik berteraskan matlamat menghalalkan cara.
Membina kehidupan politik berteraskan sentimen perkauman dan superioriti agama, menjadikan seolah-olah mereka adalah kumpulan suci yang maha suci dalam beragama serta penuh sempurna tata cara amalan beragama.
Mengikut Nurcholis Majid pemikiran sebegini diistilahkan sebagai dorongan pemaksaan fahaman, mencetus kepada kelahiran ideologi politik keagamaan bersifat sakral keulamakan kelompok, manakala diluar daripada kelompok mereka adalah golongan pendosa.
Kumpulan ini hakikatnya menjadi penyumbang kepada kemusnahan sistem serta perosak kepada kestabilan proses politik, sekali gus menyah peduli akan realiti prinsip demokrasi dan keutuhan nilai hakiki, sesuatu yang paling sadis adalah mempermainkan nilai agama dengan “membenarkan apa yang pernah diharamkan dan mengharamkan apa yang pernah dibenarkan.”
Inilah hakikat dan realiti yang berlaku mewarnai dimensi politik Malaysia semasa, politik boleh ditafsir dengan pelbagai senario, politik bagi golongan “hipokrit-oportunis-cauvinis” hakikatnya tidak mengenal erti kemanusiaan, nilai moral, mahu pun etika. Tentunya jauh sekali membina kerangka tindakan dalam konteks pemikiran integriti mahu pun bersandarkan tingkah laku akauntibiliti. Definisinya menjadi relatif dan subjektif, memandangkan fokusnya adalah membina rangkaian kuasa serta memutlakkan kuasa dengan menyingkirkan musuh yang dikenali, mahu yang tidak dikenali.
Politik talam dua muka dan gergaji dua mata, dipadankan pula dengan politik “makan keliling” dan politik “putar angin”, merupakan budaya politik yang melebar bersifat praktis mutlak dalam kalangan politik Melayu-Islam. Moral dan etika bagi golongan ini adalah dikira sahih, asalkan tujuan dan matlamat dapat dicapai, biar pun bertentangan sekali dengan nilai peradaban, jauh sekali akan ikatan adat. Kerakusan kuasa politik menjadikan wujudnya golongan yang kehilangan adab dan adat, itu realitinya
Berdasarkan hakikat ini, menang mandat rakyat melalui pilihanraya, bukan bermakna sesebuah parti yang beroleh majoriti akan terus kekal sebagai kerajaan yang memerintah, risiko kehilangan majoriti hakikatnya mempunyai aras kemungkinan yang tinggi, memandangkan politik hakikatnya tidak mengenal mandat rakyat lebih-lebih lagi dalam konteks persekitaran politik yang diacum emosi perkauman, sentimen keagamaan serta penjanaan pemikiran takfiri.
Faktor kesetiaan kepada prinsip bukan menjadi pengikat kepada pendirian ahli-ahli politik, khususnya apabila wujudnya keinginan dorongan nafsu untuk berkuasa, maka bertukar kumpulan politik tidak dirasakan bersalahan dengan moral. Kesetiaan boleh sahaja terlerai dengan leburnya komitmen politik, khususnya didorong oleh persaingan kuasa serta kepentingan agenda peribadi.
UMNO dan PAS, sebaik sahaja terbentuknya kabinet PBTA 9 Mac 2020, telah mengumandangkan suara bahawa kerajaan yang mereka dokongi kini sebagai kerajaan Melayu-Islam, diperbesarkan maklumannya oleh beberapa penulis pro UMNO-PAS dalam media arus perdana dan juga media sosial.
Namun MCA dengan lantang telah mendesak supaya momokan kerajaan Melayu Islam itu tidak disinonimkan dengan kerajaan PBTA hari ini. “Saya tidak mahu dengar selepas ini orang kata, ini kerajaan Melayu Islam.” Itu kata Presiden MCA.
Namun kenyataan ini tidak mendapat apa-apa tindak balas daripada para pemimpin UMNO mahu pun PAS, tidak pula kedengaran suara yang membantah dan menjerkah kenyataan Presiden MCA tersebut. Situasi ini amat berbeza dengan realiti yang berlaku sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, pastinya andaikata kenyataan sebegini terkeluar daripada mana-mana pemimpin DAP, pastinya akan dicincang lumat untuk merasionalkan bahawa PH tidak membela Islam, tidak berjuang untuk Islam dan kesimpulannya Islam sedang terancam, bukan Islam telah menguasai menjajah Islam, “semuanya kerana DAP, DAP telah menguasai kerajaan” itulah bunyi ratib yang akan diiramakan.

Dalam aspek lain, apabila UMNO-PAS membisu terhadap bantahan Presiden MCA tersebut, bermakna UMNO-PAS secara tersirat mengiktiraf gesaan dan bantahan yang disuarakan oleh Presiden MCA tersebut. Keadaan ini menjelaskan bahawa UMNO amnya dan PAS khususnya tidak berminat ke arah pembentukan kerajaan Melayu-Islam sebagaimana mereka laungkan sewaktu PH berkerajaan.

Ternyata laungan mereka hanya merupakan sebagai retorik untuk memasung pemikiran para penyokong mereka, hakikatnya wajah Islam PAS amat kelam dan kabur, beronakan sumpah-sumpah. Keadaan ini menjelaskan bahawa kerajaan Melayu-Isam itu adalah satu metos yang dicanangkan UMNO-PAS semata-mata untuk menjuarai pengaruh dalam kalangan masyarakat Melayu yang kononnya bersemangat Islam.
PAS menjadikan Islam sebagai bidak percaturan untuk porak-peranda pemikiran masyarakat Melayu.
Kicauan ini bukan sahaja datangnya daripada penyokong kelas rendah UMNO-PAS, sebaliknya dituruti serta oleh mereka yang “berkelulusan tinggi” setahap jawatan mufti, mahu pun dalam kalangan sesetengah ahli akademik yang kononnya pembela Melayu, dizahirkan Melalui Kongres Maruah Melayu, kononnya sebagai aspirasi mempertahankan hak-hak orang melayu.
Persoalannya hak apakah itu? Apakah hak-hak orang Melayu yang telah hilang dan pupus serta dicantas? Tanah Rizab Melayu yang kini hanya berjumlah 20 peratus, tidak pula diperjuangkan oleh UMNO-PAS dan UMNOlah yang menjadi petualang kepada mengecilnya saiz peratusan Tanah Rizab Melayu.
Peruntukan Perlembagaan secara mutlak tidak membicarakan soal “hak keistimewaan orang Melayu,” sebaliknya peruntukan 153 menekankan soal “kedudukan istimewa orang Melayu” dua frasa yang membawa makna yang berbeza. Hakikatnya, pada masa yang sama mengiktiraf kedudukan orang bukan Melayu dalam konteks realisasi negara bangsa Malaysia. Apakah ini bermakna, seterusnya akan disusuli pula dengan Kongres Maruah Melayu kedua?
Ternyata, segala bentuk nada perkauman yang dikumandangkan sewaktu PH berkuasa, merupakan nada yang dizahirkan daripada kumpulan Melayu terdesak yang berselindung disebalik tabir Islam. Islam dijadikan jenama bagi mengesahkan segala tindakan serta mengekalkan sokongan, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam pemikiran kelas ketiga.
Hakikatnya, golongan ini merupakan kumpulan yang terjerat dengan pemikiran pemusnah serta terperangkap dalam tingkah laku “homo homini lupus.” Islam dijadikan bahan dagangan untuk keuntungan semerta.
Rasuah, penyalahguanaan kuasa dan penglibatan dalam pengubahan wang haram yang menjadi pola korupsi, dianggap halal dan benar, asalkan sahaja pelakunya adalah orang Islam, gambarannya, seolah-olah apa pun jenis korupsi, salah guna kuasa dan tingkah laku devian, bukan merupakan satu kesalahan selagi “orang itu adalah orang Islam dan menyokong kumpulan Islam berkaitan (UMNO-PAS).”
Konotosi yang dikaitkan, “seburuk-buruk orang Islam, menyamun mancuri dan merompak, dia masih tetap Islam, masih mengucap syahadah, lebih baik daripada bukan Islam, maka orang Islam itu perlu diberikan pembelaan, perlu disokong dan perlu dipertahankan.” Seolah-olah jenama Islam itu menghalalkan segala perbuatan anti-moral dan pelanggaran integriti. Hanya dengan perkataan maaf, itu sudah cukup untuk menghalalkan pelanggaran undang-undang, kerana membukti bahawa wujudnya “iman dihati.”
Setelah wujudnya kerajaan PBTA, maka didapati tidak ada lagi sebarang bentuk tindak balas terhadap kenyataan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk bekerjasama dengan Dong Zong, sebagaimana diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan I, wal hal pemuka-pemuka perkauman inilah yang menjaja agar Dong Zong ini diharamkan, lenyap sudah agitasi mereka ini, hanya kerana nafsu mereka untuk berkuasa telah dipenuhi, meskipun kuasa itu dioerolehi melalui rangkaian manipulasi sistem demokrasi. Kegilaan terhadap kuasa, menjadi golongan ini bersikap bebal dalam berpolitik.
Namun bagi golongan ini, itu bukan sesuatu yang memualkan asalkan dendam mereka tercapai untuk menelungkupkan PH, soal mandat rakyat itu bukan sesuatu yang penting. Isu-isu yang berkaitan dengan usaha mengharamkan sekolah vernakular kerana dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan, nampaknya semakin tersisih, penentangan terhadap “Unified Examination Certificate (UEC)” yang begitu lantang dibantah, kononnya bertentangan dengan dasar pendidikan kebangsaan, nampaknya sudah semakin menyepi, hampir dilupakan, tidak ada lagi api pemebakarannya dinyalakan.
RUU355 yang sebelum ini menghimpunakan segala jenis manusia berbaju ungu di padang Merbok juga telah menjadi kusam, jelasnya “ungu padang merbok” hanya sebagai alat politik PAS untuk menundukkan serta memukau para penyokong PAS dan membangkitkan pesona masyarakat Islam terhadap wajah kelam PAS, maka jelas bahawa hudupnya PAS itu meniti di atas perangainya yang “menjadikan Islam itu sebagai perkakas politik, memperdagangkan agama” bagi membolehkannya bernafas, sebaliknya pada masa yang sama memperlihatkan melebarnya amalan politik hipokrisi.
Hakikatnya kerajaan yang lahir di atas penafian mandat rakyat, tertegak di atas pengkhiatan terhadap pilihan rakyat, merupakan kerajaan yang bersifat memusuhi moral intelektual dan mematikan aspirasi peradaban. Segala retorik perkauman, gembar-gembur ancaman terhadap Islam dan penyebaran lslam liberal, hilang lenyap daripada kebisingan di media sosial, juga media arus perdana, apalagi hilang terus daripada disyarahkan, khususnya oleh golongan “ulama sampul.”
Bermakna Selama 20 bulan, sejak hari pertama Pakatan Harapan membentuk kerajaan, pihak yang bertubi-bertubi menyerang dengan emosi perkauman dan acuman sentimen Islam, menjadikan Islam sebagai alat politik kepartian, adalah secara jelas ditaja dan digerakkan oleh UMNO-PAS. Golongan yang menjadi duri dalam daging, sebagai usaha berterusan untuk memecah belahkan ikatan sosial, menajamkan konflik perkauman dan melebarkan pergeseran agama.
Golongan ini hakikatnya akan menggunakan apa sahaja medium, pentas ceramah politik, masjid, surau dan media sosial untuk menghuru-harakan pemikiran masyarakat, bahkan lebih jauh daripada itu wujudnya usaha dan percubaan untuk menakwil keislaman pihak yang tidak sehati dan sejiwa dengan fahaman anutan mereka.
————————
Penulis adalah pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

MENGENALI PAS DULU, PAS SEKARANG





Lupa Akhirat : Dunia Pilihan Pas.

TINTA MERAH.
15 April 2020 - Jual Lumpur.

Dulu dulu diatas mempertahankan prinsip dan dasar  perjuangan unggul parti Pas, maka pemimpin mereka berceramah dihadapan ahli dan penyokong Pas diseluruh pelusuk dunia, bahawa Pas sanggup tidak mempunyai kuasa  pemerintahan diPutrajaya (alasan semata mata disebabkan Pas selalu kalah dalam PRU ) asalkan prinsip Islam Pas untuk menegakkan Negara Malaysia berlandaskan hukum Islam dapat dilaksanakan. Inilah "Nyawa Pas" kata Hadi.

Pas sanggup menentang sesiapa sahaja yang melawan prinsip yang Pas amalkan ini. Pas sanggup Syahid, malah jika ahli Pas menghadiri Mesyuarat Pas sekalipun dan mati ketika bermesyuarat maka ahli Pas sudah dianggap Syahid lebih afdhal jika mati dalam solat ketika sujud menghadap Allah (viral rakaman lobai Pas memberi tazkirah kepada ahli Pas) Hebat sekali darjat parti Pas.

Negeri yang Pas perintah adalah cuma Kelantan semenjak dari tahun 1990 lagi. Salah satu negeri termiskin  yang ada diMalaysia. Jadi segala dasar parti Pas sememangnya selari dengan kemahuan rakyat diKelantan serta pemikiran rakyatnya sedikit tertutup pada waktu tersebut. Apatah lagi ketika itu bukannya dizaman kecanggihan  IT dengan tiadanya bentuk hiburan dibenarkan malah panggung wayang keluarga juga diharamkan kononya tempat pembiakan maksiat, maka segala bentuk ceramah Pas menjadi medium hiburan utama bagi rakyat kelantan untuk menghilangkan kebosanan duduk diam diam dirumah. Ke sana ke sini... Ke sana ke sini....... diceramah Pas inilah anak anak muda Kelantan membanjirinya untuk mengisi masa lapang pada waktu malam. Apatah lagi, ceramah Pas tentang negara Malaysia yang sekular, kafir, korup, yang mengikut perlembagaan penjajah British yang kafir dan tidak mengikut hukum Islam ataupun isu seperti Malaysia mempunyai pusat kasino perjudian terbesar diAsean ataupun Kilang arak dibuka dilembah Klang serta dibiarkan arak dijual secara berleluasa kepada rakyat selalu didendangkan oleh tok tok jogho Pas kepada anak muda Kelantan dan diselitkan dengan kata makian, cercaan dan lawak jenaka serta diselang selikan dengan laungan kalimah Allah Maha Besar untuk menaikkan semangat audians. Ia juga umpama satu bentuk  perkaderan sarkas parti Pas kepada anak muda Kelantan.

Bila sampai masa perlukan pekerjaan selepas keluar daripada university, maka anak anak muda kelantan ini akan mencari pekerjaan diluar Kelantan, kerana dikelantan tiada pekerjaan setaraf yang ada berdasarkan kelayakan profesional mereka. Maka yang cerdik pandai lagi berkaliber mula bekerja diluar Kelantan. Ini hakikatnya sehingga sekarang.  Mereka ini digelar Perantau yang mengecapi pembangunan pesat diLembah Klang namun meninggalkan kemunduran kepada keluarga mereka diKelantan.

Sehingga kini, isu bekalan air paip seperti bewarna air kencing dialami oleh rakyat kelantan yang mengunakan khidmat AKSB. Malah ketiadaan air paip bersih masih belum ada bentuk solusinya sehingga menjejaskan pembangunan bersepadu diKelantan. Bukti yang jelas, adalah menyebabkan penutupan Hotel berjenama dunia bertaraf 6-star dalam bandar Kota Bharu.

Kononnya diatas alasan prinsip ingin menegakkan hukum hudud ini jugalah Pas telah mengambil keputusan drastik untuk keluar daripada blok pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kononnya lagi Pas tidak bersetuju dengan alasan utama PR disebabkan negara Malaysia adalah negara majmuk, bukannya seperti di Brunei atau di Pakistan atau negara Arab yang 90% rakyatnya adalah Islam.

Halikatnya, itu adalah alasan budak sekolah pra-tadika semata mata. Ini kerana diSelangor, walaupun telah keluar daripada PR, Pas tetap bersama menerima gaji dengan kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh PKR demi kuasa/dunia seperti jawatan Exco Negeri, Ahli Majlis Perbandaran, lantikan diGlc kerajaan negeri seperti PKNS, lantikan sebagai tok penghulu/pengawa dan sebagainya. Bukannya disebabkan atas dasar dan prinsip parti Pas yang berjuang demi hukum hudud.

Setelah Pas merasa seronok dapat bersama memerintah sebuah negeri  Selangor yang kaya raya sebagai pusat ekonomi negara, dimana Selangor mempunyai simpanan tunai melebihi rm3 billion dibawah pemerintahan PR ( untuk rekod, semasa Umno memerintah Selangor tiada simpanan malah defisit yang banyak dikumpul oleh kerajaan Umno) dibandingkan dengan negeri Kelantan yang miskin, maka pemimpin Pas mula merasai nikmat dan mencintai dunia, telah menjadi idaman bagi setiap pemimpin Pas serta ahlinya.

Maka lahirlah istilah "KING MAKER" oleh parti Pas. Demi kuasa, Mercedes-Benz dan laba dunia semata mata sehinggakan hudud, diumpamakan sebagai 'nyawa' Pas telah hilang didalam Manifesto parti  Pas, edisi Pru-14. Namun waktu itu, imej Pas masih lagi bersih pada mata rakyat/perantau pantai timur dan kedah (negeri majoriti melayu) kerana Pas telah menipu pengundi kononya Pas tetap menentang  Umno yang korup didalam Pru-14. Walaupun Pas menafikan, seramai 158 calonnya yang bertanding diparlimen adalah bertujuan untuk memecahkan undi kaum melayu (PH) serta memenangkan Umno. Namun Perancangan Allah Maha Agung, melebihi perancangan Hadi dan Jibby.

Sekarang, bilamana RM telah menguasai Pas maka sediki demi sedikit perjuangan Islam sebagai Addin telah dibuang oleh Pas. Kebanyakan larangan dahulunya , Pas sebagai jaguh ketika menjadi pembangkang, boleh dikatakan kesemuanya Pas sudah tidak melarangnya lagi. Adakah sekarang kalian ada mendengar pemimpin Pas atau Menteri Pas setelah menjadi kerajaan pusat sebagai pemerintah negara, mengesa atau memaksa kerajaan menutup pusat judi digenting, nombor ekor, penjualan arak secara terbuka di7 eleven/kedai 24 jam, penutupan kilang arak - malah Hadi tidak mengulas sedikit pun komen surat kebenaran Kerajaan untuk menjual arak dimusim MCO (secara rasmi telah menjadi khadam kafir MCA) , pusat urut pelacuran, pub disko, LGBT, mengharamkan riba malah ruu355/Hudud pun sudah dikuburkan oleh Hadi sendiri diTanjung Piai. Itu adalah sebahagian contoh perjuangan yang Pas dokong selama ini dihina sendiri oleh Hadi. Apatah lagi kononnya ahli Pas Memali Syahid ditipu oleh Hadi.

Mentaliti pemimpin Pas juga agak MEWA didalam urusan pentadbiran negara/negeri. Dimana pemerintahan dinegeri Pas pun caca merba. Arahan penutupan pawagam seperti dikelantan alasannya akan mendatangkan masalah sosial remaja, hotel yang tidak mengasingkan kolam renang lelaki dan perempuan, penutupan aurat dimedia utama atau iklan, pengasingan laluan lelaki dan wanita dikaunter pembelian pasaraya, tidak membenarkan wanita bekerja pada waktu malam, tidak boleh duduk bersebelahan dengan bukan muhrim dalam pengangkutan awam adalah nampaknya selari dengan gaya pemikiran Timbalan Menteri Pas, sehingga kan ditegur oleh Big Boss Pas sendiri iaitu MCA. Sedangkan dinegeri Pas yang lain dibenarkan pula larangan ini malah pemakaian bikini yang separuh bogel oleh pelancong asing pun dibenarkan oleh exco kerajaan negeri Pas atas alasan hak bukan Islam atau non muslim... ...😛😛 Abisss tu yang Pas dok bising dulu sebab DAP bantah Hudud tu kenapa..Lagipun depa bukan non muslim pun seperti Pas selalu kata DAP tu kan kapir.. Dah memang hak depa la kan.

Nah sekarang, bila pemimpin Pas dah mula kelabu mata melihat dedak yang diberikan oleh jibby sebelum pru14, pemimpin Pas yang belum cukup puas dengan nikmat dedak Jibby, secara pelahap dan rakus pula untuk merasai nikmat  Ghanimah. Demi keadilan kepada pemimpin Pas yang tiada tempat didalam kabinet kerajaan pusat maka Pas amat menantikan jawatan Pengerusi GLC pula seperti yang dijanjikan kepada Ahli Parlimen Pas selari dengan langkah Sheraton, umpama kata nitezen hari ini...masyukkkkkk..masyukkk 😜.

Rakyat sekarang yang cerdik sudah nampak lakonan Pas. Dahulu amat sukar untuk melihat lakonan drama Melayu pemimpin Pas kerana tiada bukti Pas sebegitu. Lagipun waktu itu Pas masih bersih sebagai Pembangkang yang tiada ujian material lagi daripada Allah Yang Maha Esa. Difikiran ahli Pas yang telah didoktrinkan pemimpin Pas adalah umpama Malaikat yang tiada satu pun cacat celanya. Lagipun menurut Pas Malaikat selalu turun untuk mengundi bagi pihak Pas. Malah jika dizaman Nabi ada, Nabi pun mungkin kalah jika nak dibandingkan dengan pemimpin Pas. Nabi tidak berbohong tapi pemimpin Pas boleh berbohong kerana dibenarkan dalam Islam, dalil Pas.

Itulah kelebihan pemimpin Pas. Ayat ayat Quran dipermainkan, dimanipulasikan demi menghalalkan cara tingkah laku pemimpin Pas. Umpama Al-Quran itu ekslusif atau diberikan khas buat parti Pas sahaja. Malah dakwa Hadi juga, parti Pas adalah  "Parti Allah" seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada tahun 1986. Oleh itu, gesaan supaya  semua ahli Pas memboikot akhbar rasmi kerajaan adalah supaya berita melibatkan pemimpin Pas dan parti Pas tidak diketahui oleh ahli Pas yang MEWA. Sebagai contoh, berita  yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada tahun 2001 dan  akhbar Berita Harian pada tahun 2013 iaitu keputusan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja Raja Melayu dan JAKIM yang telah bersetuju untuk mefatwakan "Amanat Hadi" adalah salah, songsang dan sesat tidak diketahui oleh majoriti ahli Pas.
Lagipun Hadi sendiri berkata ahli Pas sepatutnya tidak boleh cerdik daripada pemimpin Pas. Ahli Pas patut dilahirkan bodoh supaya senang nak minta derma Tin Milo. Ini diakui pula setelah Menteri Pas, sebagai Timbalan Presiden Pas sendiri menukarkan Kementeriannya sendiri dengan singkatan kepada nama MEWA, mengikut kamus Bahasa Melayu adalah BODOH.

Sekarang setelah Pas telah mempunyai kuasa sebagai Pemerintah di Putrajaya dan sebagai Menteri, sebagai CEO, sebagai Pengerusi GLC, sebagai lembaga pengarah GLC, sebagai mana mana lantikan politik nescaya dan pasti dan logiknya Pas akan mengikut tanpa bantahan kata Bigg Boss besar, mengikut kata Kapitalis, mengikut kata Sekular, mengikut kata Penjajah malah mengikut kata Pelabur yang menjanjikan komisen/syer, sudah pasti Hudud atau undang undang Islam yang ingin ditegakkan  sebagai nyawa Pas akan dikuburkan. Kalau ada pun cuma wayang lakonan tok tok jogho Pas semata mata.

Kenapa ? Kerana Dunia kini sudah menjadi milik Pas, sebelum ini Pas adalah Fakir Miskin yang selalu mengkritik kerajaan.

Tinta Merah.
15 April 2020.

PANDAI TIME KENA KAT KORANG..




Pandai yek...time kena kat korang:
1. "Bro..ni bulan puasa lah ni. Mehla kita beramal ibadah. Stop la dulu berpolitik".
2. "Bro, ko tak boleh terima ker KERAjaan baru ni? kan ini semua Qada' dan Qadar dari Allah....ko nak lawan ketentuan Allah ker bro?".

Aku taknak cakap banyakla...korang MEWAun dan Caingok2 semua,
boleh tolong scroll @ semak semula posting2 atau statement2 korang tahun lepas PADA BULAN RAMADHAN 2019.

Takde satu pun status2 atau statement2 korang yang menunjukkan bahawa korang REDHA dan menerima Qada' dan Qadar Allah di atas kemenangan MUTLAK Pakatan Harapan, TIADA (walaupun satu ayat)!!!. Masa korang duk kutuk, caci dan hina tu pun, bulan Ramadhan jugak....tetapi korang tetap duk maki hamun dan fitnahkan PH. Check ler balik...dan jangan jadi seperti orang2 Munafiq cam penganut2 PASik.

PN yang berkuasa hari ini, kan....korang rasa, mereka menang celah kangkang mana dan sape?. PRU bila tew? Berapa ramai yang benar2 sokong PN sebenarnya ni?.

Bila aku tulis ayat "Bala dan Kemurkaan Allah terhadap Negara dengan hadirnya Cov-19 nih...sebenarnya kerana ada pemimpin2 yang telah bersubahat dalam menjatuhkan KERAJAAN yang di pilih secara adil dan sah", maka, tulisan dan maksud aku itu jelas dan BENAR!.

Ya betul...COVID-19 telah menyerang seluruh dunia. Tetapi itu semua di sebabkan oleh kejahatan beberapa jenis/spesis manusia di Malaysia dan wabak ini turut menjangkiti atau terkena tempias kepada hampir seluruh negara2 lainnya. Mungkin negara China menjadi asbab sahaja untuk memulakan wabak ini. Kasihan sungguh kita kepada mereka2 yang tidak bersalah. Allah memang amat murka jika ada kumpulan2 mirip kepada Abdullah bin Ubbay (seperti Adi Bawang n the gang) yang kini telah bersekongkol dan bersubahat dengan geng2 penyamun/perompak/perasuah seperti yang pernah di lakukan oleh pemimpin2 UMNGOK sdn bhd.

Menjatuhkan KERAJAAN RAKYAT..yang di pilih oleh rakyat juga adalah satu kesalahan serta DOSA besar dari segi moral dan majoriti pilihan rakyat.

Jika QADA" dan QADAR Allah yg memilih PH untuk memerintah negara tetapi kemudiannya menjadi kebencian kepada korang...sehingga menghina dan memfitnah di bulan Ramadhan, KORANG JANGANLAH NAK CERITA PASAL IBADAH dan IMAN!.

Jadi...dengan mudahnya, sebagai seorang pejuang Islam dan lelaki Melayu yang kental ini.....dengan beraninya aku memberitahu kalian bahawa "Menentang pasukan jahat yang penuh dengan kefasiqan, kemunafiqan dan kejahatan sepertimana yang kalian telah lakukan...juga adalah suatu IBADAH!".

Terima kasih,

Yang benar, ikhlas, jujur, tampan dan beriman kepada Allah

Mohd Asri Bakar.


Surat terbuka tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya Malaysia



Dari       : MAJLIS MUAFAKAT PENDIDIKAN JOHOR DAN PERIMAU JOHOR (MALAYSIA)

Kepada : ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI                                                         
Tarikh    : 23 APRIL 2020

TUNTUTAN SUPAYA SEMUA ETNIK ROHINGYA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL TERMASUK JUGA PRESIDEN.

Menurut perkara diatas surat tuntutan anda kepada kerajaan Malaysia telah dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu kami sebagai rakyat Malaysia dengan nada yang tegas menyatakan bahawa kami tidak boleh menerima sama sekali tuntutan yang anda lakukan terhadap Kerajaan kami, ini kerana tuntutan anda itu tidak munasabah sama sekali dan tidak masuk akal.

Seperti yang anda maklum etnik anda cumalah pelarian atau pendatang tanpa izin yang meminta bantuan berlindung di negara ini.

Sehubungan dengan itu atas dasar kemanusiaan rakyat negara ini memberi peluang kepada etnik anda berlindung dibawah status "PELARIAN" dan bukannya sebagai "RAKYAT atau "PENDUDUK TETAP" dan suka diingatkan bahawa MALAYSA tidak terikat dibawah perjanjian UNCHR termasuk negara2 ASEAN yang lain.

Namun setelah diberi peluang, anda bertindak melakukan tuntutan terhadap kerajaan kami yang memberi peluang anda hidup dengan tuntutan yang melampau dan tidak masuk akal.

Sehubungan dengan itu juga kami Rakyat Malaysia menuntut supaya anda:

1. PULANG KE NEGARA ASAL
2. JANGAN LAGI BERNIAGA DI DALAM NEGARA INI
3. ANDA SELAKU PRESIDEN SILA KELUAR DARI NEGARA INI
4. ANDA BUKANLAH RAKYAT MALAYSIA TETAPI ANDA HANYALAH PENDATANG HARAM YANG MENUMPANG DI NEGARA INI

Jadi dengan termaktubnya tuntutan tersebut maka kami rakyat Malaysia dengan sebulat suara menuntut agar kerajaan Malaysia menghantar keluar etnik anda dari Malaysia dan buat tuntutan ke atas negara kamu sendiri.

TERIMA KASIH
Presiden
MOHD RIDHWAN BIN HAJI OTHMAN



(function() { var d = document, w = window; w

Polis panggil Ahli Parlimen Batu Pahat bantu siasatan dakwaan langgar SOP......KEH...KEH

  FMT Reporters  - July 24, 2021  Gambar tular di media sosial menunjukkan Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon makan bersama dua wa...