KANTOI ASKAR WATANIAH SUPPORTS PAS KANTOI! OBSCURE & INSULT COMMENTS AGA...


Tindakan seorang anggota Rejimen Askar Wataniah yang juga penyokong Pas meninggalkan sejumlah komen jelik dan lucah di media sosial mengundang kecaman orang ramai, termasuk aktivis politik. Antaranya, pemimpin muda UMNO, Wan Mahussin Wan Zain yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan serta mencemarkan imej parti berkenaan. “Aduh… gilalah Pemuda Pas ni, memalukan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook beliau.Terdahulu, tular beberapa tangkap layar gambar dan komentar tidak senonoh oleh penyokong tegar Pas berusia 30 tahun itu. Antaranya, foto dia memakai kopiah dan kemeja-T berlogokan Pas dengan kapsyen, “Saya bangsa Melayu. Saya beragama Islam. saya warganegara Malaysia…” Pada 2021, penyokong Pas yang berbaju terpampang ‘Rej 502’ berserta logo Askar Wataniah berswafoto dengan uniform Pasukan Simpanan Tentera Darat itu tergantung di dinding. Semakan mendapati ‘Rej 502’ merujuk kepada Batalion Ke-502 (AW 502), iaitu salah satu unit tempur di bawah Rejimen 500 Siri (Rejimen Infantri Askar Wataniah). Sementara itu, dalam satu hantaran di media sosial, lelaki berkenaan bergambar bersama bendera Pas dengan kapsyen, “Ini kali saya pilih hijau”. Malah, sepanjang tahun ini, dia beberapa kali dilihat meninggalkan komentar jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf. Tidak kurang mengejutkan ramai netizen apabila pemuda sama meninggalkan komentar tidak senonoh dalam satu gambar wanita berpenampilan hampir telanjang.





Perpecahan Bersatu bakal lemahkan PAS, tingkatkan perolehan kerusi Umno ...

BEKAS HAKIM PALING BANGGANG DALAM PARLIMEN SANGAT MEMALUKAN NEGARA!

Berapa ‘Harga’ PMX Nak ‘Let Go’ ‘Light Stick’ G-Dargon?

 


Komen netizen memang mencuit hati tatkala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi hadiah yang diterimanya selaku ketua kerajaan yang menyaksikan persembahan G-Dragon sempena APEC 2025 di Gyeongju, Korea Selatan

KUALA LUMPUR, 5 Nov – “PMX! Berapa nak let go (jual) ‘light stick’ tu? Saya bida harga paling tinggi.”

PMX, even if you sell the lightstick at a high price, the fan will still buy it.

Itu antara komen rata-rata peminat penyanyi Korea Selatan, G-Dragon yang membanjiri ruangan media sosial selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi beliau menerima cenderahati istimewa daripada bintang K-pop terkenal tersebut.

Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘menjentik’ peminat Kpop di kalangan remaja pada 4 November 2025.

Anwar sebelum ini memuat naik gambar di media sosialnya memaparkan beliau telah menerima sekeping cekera padat album G-Dragon berserta tanda tangan penyanyi itu dan satu set ‘light stick’ selepas menghadiri majlis makan malam pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju, Korea Selatan baru-baru ini.

Difahamkan peranti itu hanya boleh dimiliki sekiranya para peminat penyanyi itu menjadi ahli kelab peminat eksklusif yang pastinya sukar kerana berada di luar Korea Selatan.

“Lupa nak kongsi, tempoh hari saya dan pimpinan APEC dapat hadiah dari G-Dragon,” kata Anwar.

Anwar berkongsi di media sosial menerima hadiah istimewa daripada G-Dragon ketika menyaksikan persembahan pada majlis makan malam sempena APEC 2025 di Gyeongju, Korea Selatan pada 31 Oktober 2025.

Beberapa minit kemudian, ruang komen hantaran Anwar itu terus dibanjiri kata-kata netizen, malah ada yang sempat bergurau sanggup membayar dengan harga mahal untuk memilik dua cenderahati istimewa tersebut.

“PMX, tolong bagi tahu harga paling mahal berapa? Saya sanggup beli. Saya tahu PMX tak perlukan pun dua barang itu…please (tolong),” rayu Adinda.

Selain itu, ada juga peminat G-Dragon memohon untuk Anwar menjualnya pada harga lebih murah kepada individu bertuah.

Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘menjentik’ peminat Kpop di kalangan remaja pada 4 November 2025.

“Salam hormat YAB PMX boleh tak jual dua-dua dengan harga rahmah?,” soal Cvera Cvd.

Ada juga peminat tegar penyanyi legenda kumpulan BigBang itu yang cemburu manja melihat Anwar memperoleh dua cenderahati tersebut.

“Kami tunggu bertahun nak dapat pegang lightstick original G-Dragon bagi sendiri, PMX pula yang dapat dulu!,” seloroh Anisaa.

Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘menjentik’ peminat Kpop di kalangan remaja pada 4 November 2025.

“Tak aci (adil), nak juga,” kata Nadiah Noh.




‘Penangan’ G-Dragon, PMX Masih Belum ‘Move On’, Netizen ‘Berebut’ Hadiah

 


Anwar berkongsi di media sosial menerima hadiah istimewa daripada G-Dragon ketika menyaksikan persembahan pada majlis makan malam sempena APEC 2025 di Gyeongju, Korea Selatan pada 31 Oktober 2025.

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Nampaknya ‘penangan’ menyaksikan persembahan bintang K-pop terkenal, G-Dragon selepas menghadiri majlis makan malam pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju, Korea Selatan baru-baru ini, masih belum ‘move on’ sekurang-kurangnya buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari pertama kembali bertugas selepas dinasihatkan doktor untuk berehat selama dua hari, menyaksikan hantaran di Facebooknya berkongsi menerima hadiah istimewa daripada penyanyi berkenaan, sebelum terlupa untuk dikongsikan dengan pengikutnya hari ini.

“Lupa nak kongsi, tempoh hari saya dan pimpinan APEC dapat hadiah dari G-Dragon,” katanya.

Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘menjentik’ peminat Kpop di kalangan remaja pada 4 November 2025.

Hantaran berkenaan kini telah melepasi lebih 18,000 reaksi pelbagai dengan lebih seribu komen ditinggalkan netizen sejak dimuat naik petang tadi.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong tampil membuat persembahan selama 10 minit pada majlis makan malam rasmi APEC 2025 yang berlangsung di Grand Ballroom, Lahan Select Hotel, Gyeongju pada 31 Oktober lalu.

Sebagai duta promosi APEC Korea 2025, penyanyi legenda kumpulan BigBang itu mempersembahkan tiga lagu popularnya iaitu Drama, Power dan Home Sweet Home.

Anwar menghadiri mesyuarat APEC di republik itu untuk memperkukuh dua hala yang konstruktif serta kerjasama ekonomi global dalam majlis makan malam dihoskan presiden Lee Jae-myung

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin APEC menyaksikan persembahan hebat bintang K-pop Korea dan diraikan dalam Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Presiden Republik Korea, Lee Jae Myung, di Gyeongju pada 31 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut menambah tanda pagar #KpopForever pada hantaran berkenaan, sekali gus mencuit hati peminat K-pop tempatan.

Malah hadiah yang diterima Anwar serta ketua negara yang hadir pula menjadi ‘rebutan’ netizen yang geli hati melihat seolah-olah Perdana Menteri masih belum ‘move on’ dan ‘membakar’ perasaan mereka dengan tanda pagar (hashtag) #BelumMoveOn serta meihat hadiah eksklusif yang diterima.

Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘menjentik’ peminat Kpop di kalangan remaja pada 4 November 2025.

Harith Hasnan dengan nada melawak menulis “Ni dah melampau ni. Kita wajib turunkan Anwar sebab dia dapat lightstick GD free gitu je 😭 #TurunAnwar,” tulisnya.

best part is sharing moments like this with world leaders. shows that even in serious matters, we can still find joy. K-pop brings us together in a unique way. love it,” menurut komen ditulis Rohani Abu.

 

”Bestnya dapat hadiah dr G-Dragon. Bhg kita pun nak chill mcm gini. Diplomasi budaya mmg seronok, semua orang boleh feel. Kpop dijiwa, takkan pernah move on,” tulis Aashif Amir.

Antara komen-komen netizen yang ditinggalkan di Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘menjentik’ peminat Kpop di kalangan remaja pada 4 November 2025.

Malah ada juga yang merayu supaya Perdana Menteri membawa konsert BigBang ke Malaysia dan diadakan selama tiga hari kerana amat sukar melihat mereka beraksi secara langsung di luar Korea Selatan.

“PMX pls next year 20th anniversary BigBang. Bagi 3 hari konsert 😭😭 susah sgt dptkan tgk live dia,” luah Katherine Yap.

Krisis Bersatu Serlah Sikap Sebenar Pas Terhadap Muhyiddin

 



Keengganan Pas menyelesaikan isu dalaman Bersatu berpunca daripada menantu Muhyiddin sendiri semakin menampakkan kesan besar terhadap perpaduan dalam Perikatan Nasional (PN) seolah-olah hanya menunggu ‘retak menanti belah’.

PENDAPAT, 5 Nov – Hubungan dingin antara Pas dan Muhyiddin Yassin bukan lagi suatu rahsia umum di kalangan pemerhati politik tempatan gara-gara usul mencalonkan semula namanya sebagai bakal perdana menteri diumum pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu awal bulan September lalu.

Keengganan Pas menyelesaikan isu dalaman Bersatu berpunca daripada kes menantu Muhyiddin semakin menampakkan kesan besar terhadap perpaduan dalam Perikatan Nasional (PN) seolah-olah hanya menunggu ‘retak menanti belah’.

Walaupun malam tadi mesyuarat MPT Bersatu diadakan dan dihadiri hampir kesemua pemimpin tertinggi parti itu, nampaknya kelompongan dan desakan ahli MPT terhadap pengunduran Muhyiddin tidak dapat diselindungkan lagi.

Muhyiddin secara sedar atau pun tidak memerlukan sokongan Pas lebih daripada Pas memerlukan sokongannya untuk menjadi perdana menteri tetapi sikap Pas seolah-olah sudah mula meminggirkannya sedikit demi sedikit. Foto Juani Fadhli

Sikap berdiam diri dan keengganan campur tangan bagi meredakan kemelut parti sekutu itu menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat bahawa PN gagal menunjukkan kesepakatan sebagai blok pembangkang yang matang dan berwibawa, atas hujah dangkal Muhyiddin sendiri kononnya PN sudah bersedia untuk menggantikan Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia turut diburukkan lagi dengan sindirian ahli parlimen Jelutong, RSN Rayer terhadap Muhyiddin yang merampas kuasa dan melakukan khianat terhadap kaum India ketika menjadi perdana menteri era ‘Covid-19’.

Dakwaan tersebut dibuat Rayer ketika bangun mencelah penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo di Dewan Rakyat pada Selasa.

Rayer menempelak Muhyiddin apa yang dilakukannya kepada masyarakat India ketika menjadi perdana menteri tebuk atap dengan sokongan Pas sehingga dijatuhkan pada Ogos 2021.

Rayer mendakwa pembangkang selalu membangkitkan isu-isu sekolah Tamil di Dewan Rakyat namun tidak pernah berbincang mengenai isu pembangunan sekolah Tamil termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jeram.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan dengan lantang bahawa kelmarin kita lihat (Ahli Parlimen) Pagoh (Muhyiddin) berkata kerajaan (di bawah Perikatan Nasional) sudah bersedia ke Putrajaya.

“Tetapi semasa Pagoh mentadbir sebelum ini, beliau tidak pernah berbincang mengenai SJKT Ladang Jeram. Dia hanya ‘merampas kuasa’ (dan) melarang kita untuk mengadakan sidang media di Parlimen mengenai isu sekolah Tamil.

Tak disangka-sangka Muhyiddin Yassin dimalukan semahu-mahunya dalam Muktamar Agung parti rakan sendiri di hadapan ribuan perwakilan parti itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial.

“Tolonglah Pagoh, jangan tipu kaum India lagi. Sudah cukup,” katanya.

Itu merupakan salah satu bukti kegagalan Muhyiddin walau apa cara yang cuba dilakukan untuk menutup pekung akibat pemecatan Wan Saiful Wan Jan dan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, rakyat sudah semakin hilang keyakinan terhadap keupayaan PN untuk mentadbir negara apabila parti komponennya saling berselisih tanpa jalan penyelesaian yang jelas.

Pas dilihat lebih mementingkan agenda politik sendiri berbanding memperkukuh pakatan, sedangkan asas kejayaan sebuah gabungan politik bergantung pada persefahaman dan kejujuran antara parti.

Ketika Bersatu berdepan krisis kepimpinan yang kian parah, Pas hanya berpeluk tubuh, seolah-olah menunggu masa untuk mengambil kesempatan politik daripada kelemahan sekutu mereka.

Abdul Hadi disifatkan ‘terlalu bersih’ hingga terlupa dalam Pas sendiri sudah dua kali keputusan PRU-15 dibatalkan ekoran perbuatan merasuah pengundi di Kuala Terengganu dan Kemaman. Foto Arkib

Akibatnya, PN kini semakin dipinggirkan oleh rakyat yang sudah muak dengan drama politik cantas-mencantas yang tidak pernah berkesudahan.

Lebih memburukkan keadaan, impian PN untuk menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 kini tinggal angan-angan semata-mata tanpa satu dasar jauh sekali hala tuju jelas untuk memberi saingan kepada Anwar yang semakin lama semakin kukuh diterima rakyat.

Walaupun mereka kononnya memiliki ‘empat lori’ calon perdana menteri, hakikatnya tiada seorang pun mampu diyakini sebagai tokoh penyatu.

Kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Oktober 2025 lalu mencetuskan rasa bangga warganet kerana Malaysia menerima pujian dunia.

Tanpa keberanian Pas untuk bertindak menyelesaikan kemelut Bersatu, PN hanya akan terus menjadi gabungan yang retak menanti belah — terperangkap dalam bayangan cita-cita besar yang tidak pernah menjadi kenyataan.



‘Minta Macam-Macam Tapi Tak Sokong Belanjawan’, Ahmad Maslan Tempelak Pembangkang

 


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan sempat menemui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pada 4 November 2025. Foto Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan hari ini menempelak sikap wakil rakyat pembangkang yang meminta pelbagai peruntukan pembangunan di kawasan mereka, namun tidak menyokong untuk mengundi Belanjawan 2026.

Beliau memberikan reaksi itu kepada soalan tambahan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) mengenai perancangan kementerian menaik taraf jalan termasuk cadangan penyambungan lebuh raya dari Senai-Desaru ke Mersing serta Lebuhraya Pantai Timur 4 (LPT4) dari Pekan ke Mersing, selain status terkini projek bypass Mersing.

“Mersing ini pembangkang, minta bukan main banyak lagi. Semalam pembangkang-pembangkang ini tak menyokong pun belanjawan, tetapi minta berjela-jela.

Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Dr Ahmad Maslan ketika hadir mengundi Belanjawan 2026 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 4 November 2025. Foto Ahmad Maslan

“Kenapa tak sokong semalam, lepas itu minta itu, minta ini…belanjawan semalam pun untuk rakyat, tapi mereka tak sokong,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 120 Ahli Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju dan 35 tidak hadir.

Sementara itu, Ahmad berkata Kementerian Kerja Raya sentiasa berusaha menaik taraf lebuh raya dan jalan utama di Johor, sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi serta aliran trafik di kawasan itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menempelak sikap pembangkang yang tidak menyokong Belanjawan 2026 tetapi meminta pelbagai projek daripada Kerajaan MADANI. Foto Ahmad Maslan

Beliau berkata terdapat sembilan zon perdana JS-SEZ yang direka bentuk, bagi memastikan sambungan infrastruktur yang lancar melalui jaringan jambatan, lebuh raya dan pelabuhan.

Ahmad berkata Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya telah memberikan kelulusan kepada sejumlah projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Ini termasuk pembinaan lorong tambahan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari Yong Peng Utara ke Senai Utara (Fasa 1) dan projek naik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang daripada empat lorong kepada enam lorong dari Persimpangan Bertingkat Perling ke susur naik PLUS.

Projek pelebaran Lebuhraya PLUS laluan Senai Utara-Machap sedang giat dilaksanakan bagi memastikan hubungan darat terus ditingkatkan. Foto Fazli Salleh

Beliau berkata sejumlah projek baharu juga diluluskan dalam Rancangan Boleh Pinda 1 RMK13 bagi menyokong pembangunan JS-SEZ, antaranya kerja awalan naik taraf Jalan Parit Panjang dari Pekan Air Baloi, Pontian ke Persimpangan Tol Sedenak dan projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru dari Jambatan Sungai Johor ke Desaru.

Ahmad menjawab soalan asal Muhammad Islahuddin mengenai kesediaan kementerian untuk menaik taraf lebuh raya dan jalan utama di Johor yang semakin sesak akibat pertambahan kenderaan, serta pembangunan pesat di Iskandar Malaysia khususnya dalam menghadapi pelaksanaan JS-SEZ.


Azmin terancam di Selangor, kalau Hamzah arahkan seorang ADUN Bersatu tarik sokongan…


 


Kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor dilihat berada dalam keadaan goyang susulan perkembangan perebutan kuasa dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Aktivis politik, Wan Abdul Hadi Hakimi Wan Mohd Nawi berpendapat majoriti Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu kini telah beralih menyokong Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk mengambil alih jawatan Presiden parti.


Menurutnya, Hamzah yang juga Ketua Whip PN kini mendapat sokongan kuat daripada blok Ahli Parlimen Bersatu termasuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Wan Saiful Wan Jan, masing-masing wakil rakyat Machang dan Tasek Gelugor.



Hal ini, jelasnya, menjadikan jumlah seramai 19 orang yang didakwa cukup untuk menggulingkan Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin.

“Sebelum ini, 120 Ketua Bahagian Bersatu isytihar sokong Hamzah, tinggal 82 bahagian bersama Mahiaddin. Itu pun sudah ada yang mula beralih arah,” katanya.

Wan Hadi mendakwa, pertembungan terbesar antara kedua-dua kem dijangka bermula di Selangor, susulan kedudukan PN di negeri itu yang mempunyai 22 ADUN, iaitu 11 daripada Pas dan 11 daripada Bersatu.

Beliau berpendapat kedudukan Azmin yang juga ADUN Hulu Kelang bergantung sepenuhnya kepada sokongan kesemua ADUN Bersatu, sedangkan sokongan itu kini dikatakan retak.


“Kalau Hamzah arahkan seorang ADUN Bersatu tarik sokongan daripada Azmin, cukup untuk gulingkan Azmin sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor. Cukup seorang saja,” tegasnya.

 

Dalam masa sama, Wan Hadi berkata, hanya dua ADUN Bersatu — Dr Afif Bahardin (Taman Medan) dan Hilman Idham (Gombak Setia) — yang dilihat jelas kekal bersama Azmin, manakala baki lapan ADUN lain tidak menunjukkan pendirian yang jelas.



Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pasar Mas itu juga berkata, ADUN Selat Klang sejak tahun lepas sudah menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, sekaligus menambah tekanan kepada Azmin.


Barua Pas

Mengulas percaturan kepimpinan Bersatu pula, Wan Hadi menggelar Hamzah sebagai ‘barua’ kepada Pas.

“Belakang Hamzah yang buat ‘kerja’ ini adalah Pas. Pas mahu orang yang jadi Presiden Bersatu adalah orang yang dia boleh ‘pegang’ dan ikut cakap dia.


“Selagi Mahiaddin kekal sebagai Presiden Bersatu, Pas tak boleh pegang Bersatu. Lantikan-lantikan penting dalam PN pun ramai yang pro Mahiaddin,” tegasnya.


Sehubungan itu, Wan Hadi berkata, Pas bila-bila masa boleh mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang Selangor sekiranya wujud “arahan”.


Beliau menyifatkan konflik dalaman Bersatu kini berada pada tahap paling serius sejak parti itu ditubuhkan.



“Bersatu hari demi hari sudah memang tidak boleh diselamatkan, huru-hara teruk sangat dah. Gaduh dalam Bersatu lain macam berbeza dengan parti-parti lain,” kata Wan Hadi lagi.









SDG Atasi Purata Global, Catat Kemajuan 49 Peratus – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Awar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara Tahun 2025 di Putrajaya pada 5 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 5 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Malaysia mencatat unjuran kemajuan 49 peratus dalam pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SG) menjelang 2030, jauh mengatasi purata global pada kadar 18 peratus.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, pencapaian memberangsangkan itu dimaklumkan kepadanya pada Mesyuarat Majlis SDG Negara 2025 yang dipengerusikannya, pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Awar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara Tahun 2025 di Putrajaya pada 5 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Bagaimanapun, beliau menegaskan masih banyak cabaran yang perlu ditangani terutama membabitkan 10 Fokus Utama SDG negara.

“Ia termasuk isu malpemakanan kanak-kanak, kesihatan mental, pengurusan murid berkeperluan khas hinggalah peluang pekerjaan buat golongan kurang upaya,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Awar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara Tahun 2025 di Putrajaya pada 5 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, usaha memperkukuh agenda SDG memerlukan kerjasama menyeluruh antara Kerajaan Persekutuan, negeri, sektor swasta dan masyarakat sivil.

Kerajaan MADANI katanya, kekal komited terhadap agenda SDG yang bergerak seiring pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi mencapai kemajuan yang terangkum, mampan dan sejahtera.

Perdana Menteri Datuk Seri Awar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara Tahun 2025 di Putrajaya pada 5 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim