APA PUN PERBUATAN INI MEMALUKAN




Khir Toyo hanya 1% dari kes jerung


Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.


APA PUN AKU TAK PANDAI LA NAK MENILAI HARGA RUMAH 3.6 JUTA NI.TAPI LA KAN ..KALAU LOGIKNYA DENGAN TANAH DAN DAKWAAN DAN KEMAMPUAN SEORANG MENTERI BESAR , LEBIH BAIK KALAU DI TANYA PADA TUAN GURU NIK AZIZ DI KELANTAN.

DAN....AKU JUGA RASANYA ..RAMAI RAKYAT MALAYSIA TAHU LA KEPUTUSANNYA.KALAU PEMBANGKANG...ADOI...SECEPAT KILAT DI BAWA KE MAHKAMAH....INI PUN SEMUA ORANG FAHAM.....

HADIAH PENYAPU ELOK JUGA LA...................


Serang Pakatan: Najib lancar perang pilihan raya


Serang Pakatan: Najib lancar perang pilihan raya
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam ucapan di Konvensyen BN semalam sebagai keras dan tindakan terdesak.

Anwar berkata, ucapan Najib yang juga Perdana Menteri itu jelas menggambarkan rasa cemasnya terhadap perkembangan politik semasa dan salah satu cara untuk mengalihkan kepincangan pentadbiran BN.

"Ucapan serangan Najib keras dan melambangkan sikapnya yang terdesak dengan perkembangan politik sekarang, nak alih isu kepincangan dalam pentadbiran dan rasuah dalam BN sendiri. Ini nampak lain dari 'style' Najib yang biasa.

"Maknanya ini pelancaran perang untuk menghadapi pilihan raya," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, isu 'keluarga dalam PKR' yang dibangkitkan Najib sangat tidak relevan kerana kedudukan Najib juga berlatar belakangkan hubungan keluarga.

"Beberapa isu beliau bangkitkan begitu aneh seperti isu keluarga dalam parti dan sebagainya, datangnya dari seorang yang naik atas kapasiti ayahnya Perdana Menteri, lantik sepupu sebagai Menteri Dalam Negeri dan masih membangkitkan isu peribadi," katanya merujuk kepada ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan sepupunya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoal dakwaan Najib bahawa Pakatan Rakyat anti nasional.

Saya nak tumpu tentang Pakatan ini, beliau memberikan gambaran seolah-olah Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Isu apa?Anti nasional isu apa? Kita berpegang pada perlembagaan. Adakah menentang rasuah itu anti nasional?Cara melayani tunjuk perasaan aman rakyat menuntut hak mereka itu juga anti nasional?" soalnya.

Tambahnya, jika benar Najib seorang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membalas hujahnya secara bersemuka.

"Kalau benar beliau pemimpin bertanggungjawab, beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan tak bertangugjawab dan harus beri ruang kepada pembangkang untuk menjawab. Ini seorang Menteri bercakap di hadapan ahlinya, tak beri ruang untuk kita menjawab. Ini membelakangkan semangat demokrasi dan perbahasan segar," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan nada sinis mengucapkan terima kepada kasih kepada Najib kerana memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan.

"Saya ucap tahniahlah kepada Najib kerana tak dapat sembunyikan rasa cemasnya.

"Terima kasih juga kepada beliau kerana serangan beliau itu memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan bagi rakyat Malaysia," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula meminta satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan RM 52 bilion saham bumi untuk membuktikan keihklasan BN.

"Kalau Perdana Menteri serius menangani rasuah kita harap beliau boleh adakan suruhanjaya siasatan diraja ke atas skandal saham bumi sebanyak 52 bilion ringgit yang telah dilesapkan kerana sungguhpun RM52 bilion saham yang harus diberikan kepada golongan melayu ataupun bumiputera miskin sudah hilang, tiada sebarang tindakan diambil.

"Kenapa tak ada sebarang tindakan BN terhadap skandal ini?Jelas mereka hanya nak kekalkan kekayaan kroni mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Bagan.

Najib dalam ucapan dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA semalam menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan nepotisme dan anti nasional.

SENTIASA BERINGAT: JANJI JANJI MANISMU KERA...JAAN Bn

Harga RON 95 kekal tahun ini...

E-mel Print PDF

Pada 3 November menteri yang menjaga hal ehwal perdagangan dan penggunaan kata HARGA RON 95 KEKAL TAHUN INI. Pada 3 Disember, sebulan selepas itu, harga RON 95 dinaikkan.

KUALA LUMPUR – 3 NOV. Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.

Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.

“Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.

Sumber: Utusan Online

TERKINI..KHIR TOYO DITAHAN SPRM?

KHABAR ANGIN..KHIR TOYO DITAHAN SPRM

VIDEO DEMONTRASI AIR SELANGOR








BAJU ITAM BELAH


5122010---MASJID NEGARA MEMENTUM RAKYAT

LAGI GAMBAR DAN PERISTIWA MENYUSUL KEMUDIAN







SEMENTARA GAS PEMEDIH MATA BERTERUSAN DI LEPASKAN





12.UNIT UDARA JUGA BERLEGAR






11.JUGA PANCUTAN AIR BAGI MENGHALANG KE ISTANA





10. BOM GAS TIDAK TERKIRA BANYAKNYA




9.MULA BERPECAH






8. PIHAK POLIS MENGGUNAKAN GAS PEMEDIH MATA DAN JUGA AIR ASID


MASIH BERTEMPUR










7. MASIH BERTEMPUR DENGAN BARISAN FRU DAN PGA










6.INGIN MELINTASI BARISAN POLIS



5. RAKYAT TERUS BERGERAK




4.REMPUHAN RAKYAT TIDAK DAPAT DIKAWAL



3.MULA BERTEMPUR DENGAN PIHAK POLIS


2.DI HADAPAN STESEN KTM POIS MEMBUAT PENGHADANG MANUSIA


1..RAKYAT MULA BERGERAK TURUN DARI MASJID NEGARA