Mengapa begitu terkesan dengan perangai Ahmad Maslan?
ANWAR BUKAN KALI PERTAMA DIKHIANATI
Hari ini ramai yg marah2 dgn Ahmad Maslan yg berpantun di Parlimen mengatakan kerajaan Madani kerajaan kencing.
Beberapa tahun lalu Raja Pantun ini berpantun menganjingkan PAS… memang perangai dia begitu. Malah Mat Maslan mengakui bahawa Anwar adalah mentor dia dlm perjuangan politik.
Tanya saya… jgn diendahkan. Belajarlah byk2 dgn Anwar Ibrahim. Ketika dia hampir di puncak menjadi Timbalan Perdana Menteri 1998, Mahathir khianat Anwar. Anwar tetap bersabar dan teruskan perjuangan.
Sekali lagi ketika hampir menjadi PM pada 2019, Mahathir dan Muhyiddin khianat Anwar. Kita semua berkata maka berakhir sudah harapan utk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.
Langkah Sheraton melihat keangkuhan Muhyiddin, Azmin Ali dan Zuraida. Zuraida buat content… “ Bye Bye Anwar… bye bye Kak Wan.” Tapi Anwar tetap bersabar dan teruskan perjuangan.
Ketika itu Anwar tenang sahaja di rumah mengadakan majlis agama seperti lazimnya. Baginya, jika Allah kata bukan rezekinya menjadi Perdana Menteri beliau redha.
Tak sampai 3 tahun Allah ambil nikmat Muhyiddin, Azmin dan Zuraida. Zuraida seperti org gila berkempen sorang2 di atas jalan raya. Azmin pula tiba2 muncul video mengaibkan dirinya dan keluarga.
Muhyiddin pula bukan sahaja dikhianati BN, malah dikhianati PAS. Begitulah nasib mereka Allah tunjukkan kpd kita sebuah cerita pengkhianatan.
Kun Fayakun, Allah kata jadi, maka jadilah. Beratus juta dihabiskan dan beribu fitnah dicipta sejak 1998 utk menidakkan Anwar menjadi PM 25 tahun lamanya.
Tapi bila Allah kata Anwar tetap menjadi PM maka jadilah. Kita semua yg bersama Anwar pun tidak pernah terfikir Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Terbaru UMNO pula mengkhianati Anwar secara tiba2. Mencipta pelbagai tohmahan… sdgkan 2019 dahulu Mahathir telah arahkan UMNO diharamkan tapi Anwar bangkit membela UMNO dgn ugutan, jika UMNO diharamkan PH akan keluar dari kerajaan.
Tapi hari ini pemimpin2 UMNO mengejek Anwar malah jasa Anwar pertahankan UMNO tidak dipedulikan. Kita tersinggung perkara biasa tapi redha sahaja.
Tenang2 sahaja… yakinlah Allah bersama kita. Jika PRU16 nanti kita bukan lagi kerajaan terima sahaja… pasti ada hikmah sebaliknya.
Mungkin bangsa Melayu akan mula melihat betapa mereka kehilangan insan bernama Anwar yg sanggup berkorban utk mereka selama hari ini. Kita berserah sahaja pada Allah.
Lihatlah ada org mendoakan pecah perut Anwar tapi apa berlaku skg. Ingatlah…kita di dunia ini ada Pengarahnya… Dia yg Maha Berkuasa. Allah dah tunjukkan kumpul lah segala kekuatan manusia, jika Dia mahu Anwar jadi PM, maka jadilah.
Tidak ada apa perlu kita malukan dlm perjuangan ini. Anwar bukan curi wang rakyat atau khianati rakyat. Percayalah suatu hari nanti FITNAH akan kalah dengan kebenaran. Yg penting kita jgn sombong dgn kuasa.
