ELOK GANTI


MSO


 Menitik Malam.

DR SOLEHAH GANTI ZAILAH?






Dalam politik bila seseorang tokoh diberi anugerah dan pengiktirafan menandakan jangka hayat politiknya sudah mahu berakhir. 


Di muktamar Pas lalu Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof telah diberi anugerah tokoh ikon.


Zalain sudah jadi ahli parlimen Rantau Panjang empat penggal berturu turut bermula 2008 hingga ke hari ini.


Seorang wakil rakyat hebat kerana menaiki lori tanpa hidupkan injin untuk hantar barangan kepada mangsa banjir.


Dengan penganugerahn itu Zailah tidak lagi akan dicalonkan untuk pilihan raya akan dagang. Tidak dinafikan selama jadi wakil rakyat Rantau Panjang Zailah dapat memuashati semua orang tanpa pilih bulu.


Sekiranya Zailah direhatkan kerusi Rantau Panjang kosong. Bukan mudah juga untuk Pas mencari ganti orang seperti Zailah.


Sekiranya Pas terus mahu meletakkan muslimat di Rantau Panjang individu yang dikira sesuai  ialah bekas Prof Universiti Islam Antarbangsa Dr Solehah Yaakob.


Solehan adalah orang kampung Lubuk Stol dimana sebelum ini  kampung itu berada dalam kawasan parlimen Rantau Panjang.


Kekuatan Solehah bukan sahaja taraf pendidikan akdemiknya sebagai ahli bahsa Arab tetapi ahli sejarah purba Islam mengkagumkan. Dengan ilmu dimilikinya beliau dapat membawa kemajuan di Rantau Panjang yang gagal dilaksanakan Zailah.


Selain itu parlimen Rantau Panjang tidak asing bagi Solehah kerana bapak saudaranya Allahyarham Haji Zakaria Ismail permah jadi ahli Parlkmen Rantau Panjang tahun 1974.


Kalau Solehah bertanding di Rantau Pakang teringin juga saya dan bini hendak balik jengok kampung halaman. Trims.




KENA BASUH KAT THREAD


Nasrul Hisham






 Di Klate dijamunya air paip karat kat rakyat selama leboh 30 tahun. 


Lps tu, pasang cita-cita besar nak bantu rakyat di Selangor. 


Ketua Walaun Muda PAS kena basuh kat Thread ?




CHECKMATE


 

"KELUAR SAJALAH, TAK MAU KERJA" ! PMX JAWAB UMNO ?


 

@thekapitanMY BERHENTI PERBODOHKAN ORANG MELAYU


 

KENA KAPIAQ NGAN PARTI JALANG

 


Aman Muhamad



Antara sebab aku dikafirkan oleh penyokong PAS, kerana aku dikatakan menghina ulamak PAS.





Bagaimana pula dengan penyokong PAS menghina ulamak yang lain?

Apakah penyokong PAS tidak menjadi kafir?


Tapi jangan risau, aku tidak akan mengkafirkan penyokong PAS yang menghina ulamak baik seperti Syeikh Wazir.


Cuma aku nak tanya balik kepada tukang posting ni:


Apa hukum Presiden PAS arah ahli dan penyokong PAS undi calon kapir MCA dan GERAKAN yang sokong judi?


minta dia jawab.


;)


p/s: Aku adalah pencinta ulamak baik seperti Syeikh Wazir.


4 TAHUN NAMUN BANYAK YANG DILAKSANAKAN.

 

Putera Daily



Empat tahun mentadbir bukan tempoh yang panjang untuk membaiki segala masalah negara yang terkumpul sejak bertahun-tahun. Tetapi sekurang-kurangnya, asas perubahan sudah mula dibina di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI.






Daripada usaha memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan hinggalah membanteras rasuah dan ketirisan, banyak perkara memerlukan masa sebelum hasilnya benar-benar dapat dirasai secara menyeluruh oleh rakyat.


Membina semula negara bukan macam tekan suis, hari ini buat keputusan, esok semuanya terus berubah. Ada pembaharuan yang perlu melalui proses panjang sebelum kesannya sampai kepada kehidupan rakyat biasa.


Sebab itu kestabilan dan kesinambungan pentadbiran cukup penting. Kalau dasar yang sedang berjalan kerap bertukar arah kerana perubahan politik, akhirnya banyak usaha mungkin terhenti separuh jalan.


Anwar kini sudah meletakkan beberapa asas untuk membawa Malaysia bergerak ke hadapan. Cabaran seterusnya adalah memastikan asas itu diterjemahkan kepada lebih banyak pekerjaan, pendapatan lebih baik dan kos kehidupan yang lebih terkawal.


Dalam soal rasuah dan ketirisan pula, usaha membersihkan sistem juga bukan kerja sehari dua. Lagi banyak kebocoran dapat ditutup, lagi banyak wang negara boleh digunakan untuk pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan bantuan kepada rakyat.


Begitu juga dengan pelaburan. Pengumuman pelaburan bukan noktah terakhir. Pelaburan itu perlu direalisasikan, kilang perlu dibina, perniagaan perlu berkembang dan akhirnya peluang pekerjaan serta pendapatan mesti sampai kepada rakyat.


Sebab itulah ada pandangan bahawa Anwar wajar diberikan satu penggal lagi untuk menyelesaikan apa yang sudah dimulakan. Bukan sekadar meneruskan projek, tetapi memastikan pembaharuan yang dibuat benar-benar menjadi sebahagian daripada sistem negara.


Akhirnya rakyat yang akan menilai. Kalau asas yang dibina hari ini dianggap berada pada landasan betul, persoalannya sama ada kita mahu memberikan masa untuk melihat hasil sepenuhnya atau menukar arah ketika perjalanan masih belum selesai.


Malaysia sudah melalui terlalu banyak episod ketidakstabilan politik. Kalau negara mahu bergerak lebih jauh, kesinambungan dasar dan kestabilan perlu diberi perhatian. Jangan sampai asas yang sudah dibina dengan susah payah akhirnya terhenti separuh jalan.