[��SIRI 78��] "APA SELEPAS 13 OKTOBER?"

SELAMAT HARI JADI BUAT BANG MAT

 

DSAI


Selamat hari jadi kepada sahabat lama dan pejuang rakyat Mohamad Sabu. Saya mendoakan beliau sentiasa sihat dan teguh mendukung agenda rakyat.

Image may contain: 2 people, people standing

SURAT YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (Ku Li) KPD DATO' SPEAKER MENANYAKAN "USUL TIDAK PERCAYA" YANG PERNAH DIKEMUKAKAN KE DEWAN RAKYAT.

 


1. CUBA anda baca betul-betul persoalan yang ditimbulkan oleh Ku Li dalam surat bertarikh 25 September 2020 ini. Apa yang boleh kita "digest" dari surat ini? Cuba kita lihat di mukasurat pertama Ku Li menyebut "pencadang mendakwa". Adakah ini bermakna YB Langkawi, kerana cadangan VoNC olehnya telah diletakkan di nombor paling corot dan tidak dibacakan?

2. Ku Li menyebut dengan jelas bahawa perkara VoNC ini sepatutnya menjadi amat penting dan kesan perlembagaan terhadapnya mesti dilaporkan kepada Kebawah DYMM SPB YDPA.



3. Di mukasurat 2 Ku Li memetik Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang menuntut seseorang Perdana Menteri mendapat kepercayaan Dewan Rakyat sebagai pra syarat beliau menuntut hak yang sahih sebagai Perdana Menteri. Bukankah kita ada duluan mengenai hal ini sewaktu Tun Hussein Onn menggantikan Tun Abdul Razak yang meninggal dunia? Bermakna PM yang dilantik TANPA menang PRU masih perlu membawa Usul "UNDI PERCAYA" (VoC) ke Dewan Rakyat untuk keabsahan jawatan Perdana Menteri.

4. Di sini juga Ku Li memaklumkan Dato' Speaker bahawa beliau enggan menerima jawatan GLC kerana percaya Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan mengenai Hilang Kelayakan menjadi Ahli Parlimen sekiranya dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

5. Menurut Ku Li sub-seksyen ini telah dipersetujui bagi MENCEGAH Ahli-ahli Parlimen menerima "sogokan" politik. Implikasi dari kenyataan ini sangat besar. ANDAInya DIKUATKUASAKAN undang-undang ini yang pernah ditimbulkan persoalannya di SocMed oleh seorang peguam wanita yang pernah bertugas di pejabat AG, bermakna hampir kesemua Ahli Parlimen yang menyokong PN sudah hilang kelayakan.


6. Pada mukasurat 3 Ku Li menekankan mengenai keperluan menghormati Perlembagaan, mengelak sogokan politik yang mencemarkan integriti, memberi amaran ekpada Dato' Speaker yang beliau juga tertakluk kepada sumpah jawatan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan kerana Negara ini terbina dengannya.

7. Dato' Speaker diberikan peringatan bahawa Ku Li juga akan meneliti samada keengganan Dato' Speaker memberi keutamaan kepada VoNC adalah kecuaian terhadap Perkara 43 dan 62 Perlembagaan Persekutuan.

8. Anda baca sendiri surat jawapan dari Dato' Speaker yang awal-awal lagi menyalahkan susunan yang dibuat oleh MANTAN Speaker Tan Sri Arif. Tak perlu saya ulas panjang surat berkenaan anda pun faham yang Menteri Undang-undang Lebai Takiyuddin yang boleh memutuskan samada VoNC yang merupakan Private Bill boleh dijadikan keutamaan kerana Peraturan Mesyuarat Memperuntukkan Rang Undang-undang oleh KERAjaan mesti didahuluikan.

9. JIKA begitu keadaannya sampai bila pun Rang Undang-Undang Persendirian (Private Bill) seperti VoNC (Vote of No Confidence) ini boleh "DILENGAH-LENGAHKAN". Takkan kita lupa betapa pembentangan dan perbahasan ARWAH Pindaan kpd RUU355 boleh ditangguh-tangguhkan sampai kesudahannya tak dibahaskan di era BN dulu? Tidakkah En. Azalina sewaktu tu menjadi Menteri Undang-undang? Mungkin beliau mampu memberi gambaran yang lebih terperinci.

10. Melalui surat ini timbul beberapa persoalan. Adakah Ku Li sedang "build the case against the Prime Minister". Apa maksud jawapan yang "memuaskan hati"?? JIKA tak puas apa penyataan awamnya? Timbul pula persoalan KUNUNnya PT95 di belakang Ku LI. Seawal 25 September 2020 mereka berpakat? Tapi semua itu hanya Teori Konspirasi yang belum terbukti. Eloklah kita sama-sama tunggu apa yang akan terjadi berbanding percaya dengan spekulasi. Masanya akan tiba jua.

11. Dalam keadaan sekarang Menteri Undang-undang masih menentukan usul apa yang patut didahului. Legislative tidak sepatutnya dikuasai oleh Excutive. Speaker di Parlimen seharusnya bebas dari campurtangan Executive dalam menentukan tugasnya. Ini perlukan REFORM Parlimen bagi mengatasi masalah sebegini.

Wallahualam.

- Zus Din

14 Oktober 2020

 

UMNO BUKAN SAJA MAHU BERPISAH DENGAN BERSATU, MALAH SEDIA KEHILANGAN PAS

 Ada dua perkara besar yang diputuskan oleh Biro Politik UMNO dalam mesyuaratnya semalam.

Pertama, menimbang untuk meninggalkan kerajaan PN dan akan memberi syarat baru yang mana perjanjiannya akan dilakukan secara bertulis serta perlu dilaksanakan segera jika ingin meneruskan kerjasama dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Kedua, mencadangkan kepada Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) agar MN didaftarkan sebagai sebuah gabungan politik yang sah.

Kedua-dua perkara besar yang diputuskan itu pula memberi kesan kepada hubungan UMNO dengan dua parti lain.

Pertama, kepada Bersatu dan kedua, kepada Pas.

Dalam perkara pertama yang dituntut UMNO, kita tidak pula diberitahu apakah syarat-syarat baru yang diminta itu.

Mungkin antaranya adalah berkaitan pembahagian kementerian kanan tertentu yang harus diberi kepada wakil UMNO, sesuai dengan kedudukan parti itu sebagai pemegang kerusi terbanyak dalam PN.

Tidak mustahil juga ia turut melibatkan jaminan nasib pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang berdepan kes mahkamah kerana seperti yang kita sedia maklum, semua pendakwaan itu dilakukan semasa era Tun Mahathir Mohamad dahulu.

Apa pun syarat-syarat yang diminta UMNO, ia pasti sukar untuk dipenuhi oleh Muhyiddin, kecuali jika beliau memang tidak mahu berada lebih lama sebagai Perdana Menteri.

Dalam erti kata lain, pertimbangan UMNO untuk meninggalkan PN, sambil memberi syarat-syarat baru, ia adalah suatu bentuk tekanan dan alasan untuk parti itu berpisah dengan Bersatu dan sedia menjatuhkan Muhyiddin bila-bila masa.

Setelah dibuli dalam PRN Sabah, UMNO kini jelas telah mengeluarkan taringnya untuk mereka pula mahu membuli Bersatu.

Berkaitan perkara kedua iaitu mendaftarkan MN, ini pula sebenarnya adalah satu bentuk kata dua kepada Pas.

Pas dan UMNO sebelum ini bermuafakat dalam MN, tetapi gabungan itu tidak didaftarkan secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan atau RoS.

Kemudian, apabila Muhyiddin mengambil keputusan mendaftarkan PN, Pas mengambil keputusan setuju menyertai PN, walaupun UMNO awal-awal bertegas tidak mahu menyertainya.

Dengan menyertai PN yang diketuai Bersatu dan bermuafakat bersama UMNO dalam MN, bermakna Pas berkubang mencari ikan di dua kolam dalam waktu yang sama.

Tetapi, sesebuah parti tidak boleh berada di dalam dua gabungan pada waktu yang sama.

Ertinya, apabila UMNO mencadangkan agar MN didaftarkan secara sah, ia adalah suatu bentuk kata dua atau pilihan kepada Pas – terus bersama PN atau kembali kepada MN.

Yang nyata, dengan dua perkara besar yang diputuskan oleh Biro Politik UMNO semalam, tanpa keraguan bahawa UMNO bukan saja tiada masalah untuk meninggalkan Bersatu, malah juga bersedia kehilangan Pas jika parti itu akhirnya lebih mementingkan kedudukan serta jawatan berbanding kesetiaan.

Dalam hal ini, keberanian UMNO membuat pendirian terkait Bersatu dan Pas tentu saja harus diberikan pujian kerana ia menampakkan parti itu sudah sedia untuk bangkit dan kembali berkuasa melalui pengukuhan semula BN.(Shahbudindotcom 14/10/2020)

USUL UNDI TIDAK PERCAYA


Ku Li mahu speaker benarkan usul tidak percaya terhadap
Muhyiddin



UNDI TIDAK PERCAYA...JAWAPAN BALAS SPEAKER



Spekaer jawab minta KU LI 
 berunding dengan Takiyuddin. Makna, sidang parlimen akan datang tambah panas.


 

KU LI JUGA DIBURUKKAN SEPERTI ANWAR


UMNO ANCAM TARIK DIRI, PN SEMAKIN TIDAK MENENTU


SAYANG NAMA HADI TAK DILETAK

 Image may contain: 1 person, text that says "1:43 WhatsApp Tweet Iskandar Samad @iskandarsamad Siapa PM minggu depan? Translate Tweet TSMY DSAI 11% Ku Li 76% Tun M 9% 4% ote.2ours11in.lef 3:54PM 3:54 13/10/2020from Kuala Lumpur, Persekutuan WilayahPersekutuan Kuala Lumpur Twitt... 14 Retweets 7 Quote Tweets 14 ikes Armand @Armand52638 52m Repvingto@iskandarsamadand Repl @iskanda samad @ian sodium23"

Prime Minister Slayer? Mahathir's Last Fight | Insight | Full Episode

APAKAH KU LI AKAN KERJASAMA DENGAN PT95 UTK SAILANG DSAI?

 

Teori Konspirasi sedang berlegar di SocMed tentang Ku Li yang mengadap YDPA selepas DSAI diterima mengadap baginda. Macam-macam Teori termasuklah yang mengatakan Ku Li dicalonkan sebagai TPM oleh DSAI tapi cuba disailang oleh PT95 lalu ditawarkan sebagai PM jika MP-MP di belakang Ku Li sanggup membuat U-turn dan tidak menyokong DSAI. Benarkah?
Saya hanya membaca Teori berkenaan dalam Whatsapp group. Tidaklah berniat untuk mengesahkan atau menolaknya kerana dalam Politik apapun boleh berlaku, tambahan pula demi kuasa.
CUMA, bagi mereka yang mungkin terlepas pandang akan dokumentari dari CNA sebulan yang lalu mengenai PT95 yang bertajuk PRIME MINISTER'S SLAYER - Mahathir's Last Fight Link video penuh : https://www.youtube.com/watch?v=hGXisHaySao cuba TUMPUKAN atas "EXCERPT" atau keratan video berkenaan pada segmen yang mana Ku Li beri pandangan beliau dan PT95 menceritakan dari sisi dia pula. Offcoz mempertahankan bahawa dia benar belaka. But that is beside the point.
Dari sini anda nilaikan sendiri, dalam isu kemungkinan berlaku perubahan kuasa sekarang ini, ADAKAH ANDA RASA Ku Li akan berpakat atau bekerjasama dengan PT95 untuk sailang DSAI walhal dia sangat kenal Org Tua itu?
Meskipun ternyata saya ada pendirian sendiri, anda nilaikan melalui yang terakam dalam video ini. Wallahualam.
- Zus Din
14 Oktober 2020
0:00 / 25:15

PKPB tidak akan berlaku jika kerajaan wajibkan kuarantin 14 hari dari Sabah




Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tidak akan berlaku jika kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari kepada mereka yang kembali dari Sabah, kata jurucakap Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye.

 

Beliau berkata, ini adalah disebabkan majoriti peningkatan bilangan kes di sekitar Lembah Klang adalah disebabkan individu yang dari Sabah sejak awal bulan September.

 

"Sekiranya mereka dapat melakukan kuarantin dua minggu bagi mereka yang kembali dari Sabah sejak awal, kita mungkin dapat menghindari PKPB sekarang," katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today.

 

Walaupun sudah agak terlambat untuk melaksanakan PKPB, Boon Chye berharap ia dapat mengekang wabak COVID-19 daripada terus berleluasa.

 

"PKPB akan dapat mengekang penyebaran virus dan menurunkan kadar jangkitan.

 

"Sekiranya ia tidak menjadi juga, ia akan menjadi satu bencana," katanya.

 

Boon Chye yang juga bekas timbalan menteri kesihatan menggesa kerajaan supaya memastikan rakyat jelas dan tidak keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) ketika PKPB.

 

"Jangan umumkan langkah baru setiap hari. Apa sahaja langkah di bawah PKPB, ia mesti dilaksanakan selama dua minggu. Jenis aktiviti harus diseragamkan, supaya semua orang dapat mengikuti dan memahami," katanya.


Boon Chye bagaimanapun meluahkan kebimbangannya terhadap kekurangan tenaga kerja dalam sektor kesihatan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri bagi melakukan kegiatan seperti mengesan kontak rapat, pemeriksaan dan pengujian, dan juga untuk merawat pesakit baru COVID-19.

 

“Mereka kekurangan kakitangan untuk menangani aktiviti kesihatan awam kerana terpaksa merawat begitu banyak pesakit dalam jangka masa yang singkat, terutamanya di Sabah. Banyak hospital merasakan tekanan.

 

"Di atas kertas kelihatan baik-baik saja, tetapi kami tahu, di lapangan, kakitangan sangat tertekan. Ia membimbangkan. "


Justeru, Boon Chye berpendapat rancangan KKM untuk mengambil seramai 1, 899 pekerja kesihatan secara kontrak adalah langkah pertama yang baik.


"Buat masa ini 1, 899, tetapi saya rasa mereka merancang untuk membawa masuk 2,000 orang. Semoga 2,000 orang dapat diambil bekerja dengan segera. "

 

Katanya, kementerian juga harus membuka kriteria pekerjaan untuk aktiviti kesihatan awam seperti mengesan kontak rapat.


"Ini sebenarnya tidak memerlukan seseorang untuk menjalani latihan kesihatan awam. Ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.


"Kementerian boleh memberikan latihan dan dalam waktu empat minggu mereka dapat melakukan tugas mudah seperti mengesan kontak rapat."

 

Jangan terkejut jika UMNO beri sokongan kepada Anwar - Tajuddin

 

Wan Syamsul Amly
Jangan terkejut jika UMNO beri sokongan kepada Anwar - Tajuddin
Tajuddin menegaskan, sokongan itu juga tidak mustahil diperolehi daripada parti-parti lain seandainya mereka merasakan ketua pembangkang itu boleh memberi apa yang dimahukan. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: UMNO sedia memberi kerjasama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Presiden PKR itu mempunyai formula yang boleh membahagiakan semua pihak di dalam parti itu sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, sokongan itu juga tidak mustahil diperolehi daripada parti-parti lain seandainya mereka berpendapat Ketua Pembangkang itu boleh memberi apa yang dimahukan.
Katanya, UMNO sendiri sudah tidak berpuas hati sejak Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan di mana mereka tidak memperoleh peluang berkhidmat kepada rakyat seperti yang diharapkan.
Ujarnya, ia sekali gus membantutkan kekuatan UMNO untuk kembali sebagai sebuah parti yang boleh memperjuangkan nasib rakyat terutamanya kaum Melayu.
"Kalau UMNO merasakan (peluang) dia dikurangkan, pihak kerajaan PN kena melihat perkara ini supaya dapat diatasi. Kalau tidak nanti masalah perhubungan ini akan menjadi lebih rumit dan orang lain akan mengambil kesempatan untuk membawa satu cadangan lain
"Umpamanya, sekarang mungkin Anwar ada formula yang boleh membahagiakan pihak yang sanggup bekerjasama dengannya, (kalau sekiranya) pihak lain, UMNO, GPS (Gabungan Parti Sabah) atau Warisan.
"Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku," katanya semasa dihubungi di sini, pada Rabu.
Pada Selasa, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu sedang membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.
Tegasnya, parti itu turut memberi syarat baharu kepada kerajaan PN jika mahu meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.
Dalam pada itu jelas Tajuddin, kerjasama PN dilihat tidak boleh berkekalan sekali gus gagal bertahan untuk jangka masa panjang.
Oleh itu ujarnya, Kerajaan PN perlu mengutamakan faktor kesaksamaan selain kekuatan sama rata kepada semua parti gabungan itu sendiri dalam pentadbiran negara.
Katanya, ia sekali gus langkah mengelakkan usaha mana-mana pihak untuk melemahkan parti lain dan membina kekuatan sendiri di dalam PN.
BACA: UMNO belum bincang pendirian terhadap dakwaan Anwar - Zahid Hamidi
Anwar pada Selasa turut mendakwa mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan PN.
Dalam sidang media khas, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, telah menyampaikan bukti berupa surat akuan sumpah dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menerima senarai Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar dalam majlis menghadap pada Selasa.
Al-Sultan Abdullah juga telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Lantik PM berdasarkan kepercayaan majoriti, bukan SD

  LANTIK PM BERDASARKAN KEPERCAYAAN MAJORITI, BUKAN SD

(function() { var d = document, w = window; w

Kes pembunuhan model Mongolia: Keluarga Altantuya berjaya dalam rayuan di Mahkamah Rayuan

  September 25, 2021  Keluarga Altantuya Shaaribuu berjaya dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan hari ini, untuk mendapatkan salinan kenyat...