YANG MAKAN GAJI DENGAN KAIS PAGI MAKAN PAGI-SIRI 1


Adakah kita wajib panik...tutup ekonomi

 

ATAU IKUT CARA NEGARA-NEGARA LAIN

 

Mungkin artikel hari ini tidak popular kerana ia bukan troll kpd parti memerintah. Rakyat pula sdg sibuk bicara siapa PM Malaysia. Malah artikel ini ditulis dikala rakyat Malaysia sdg paranoid kes yg meningkat... tiba2 saya memberi pandangan yg berbeza.

 

Maaf mungkin ada antara kalian tidak suka, tidak bersetuju dgn pendirian saya kali ini. Tak mengapa kita bebas berlainan pendapat...jgn cemuh kerana ia sekadar pandangan. Jgn cemuh juga jika kalian malas membaca ... just abaikan dan scroll.

Pada Mei lalu saya menentang sekeras kerasnya apabila kerajaan bertindak membuka PKP kpd PKPB. Atau maksud lain mahu membuka sektor ekonomi secara berperingkat menjelang Jun.

 

Secara jujur ia bukan lagi menjadi pegangan saya apabila melihat 'kemusnahan' sgt besar kpd masyarakat. Bila saya bertemu dgn ramai org....ramai yg sudah diberhentikan kerja di bumi Sabah ini.

 

Cousin sendiri di KL sudah dua org dibuang kerja dan seorang separuh gaji. Seorang engineer terpaksa jual daging berlada secara delivery. Seorang pilot Air Asia katanya dia pasrah sahaja memandangkan ekonomi masih terlalu perlahan dan menerima dgn hati terbuka gajinya ditolak separuh ketika ini.

 

Dlm Whatsapp group kakitangan kerajaan mahukan PKP. Kakitangan swasta pula mengatakan kakitangan kerajaan hanya pentingkan diri sendiri. Tidak bekerja bergaji siapa tak suka...bagaimana jika PKP kerajaan tidak membayar gaji?

Saya tertarik dgn kata seorang rakan FB, ' Bila kita masih lagi makan gaji ( kakitangan kerajaan ), adakah kita prihatin kpd mereka yg kais pagi makan pagi?

 

Adakah kakitangan kerajaan setuju jika PKP diadakan selama sebulan gaji mereka tidak diberi dlm tempoh tersebut? Sebab itu kita kena fikirkan dan kita cuba melihat kaedah yg dilakukan oleh negara lain. Takut mati, takut berjangkit... semua org mempunyai perasaan itu tetapi kita belajar dari pengalaman awal Covid19.

Hampir sebulan saya membuat research mengenai beberapa negara menangani Covid19. Saya tertarik dlm satu berita CNN mengatakan Taiwan, Singapura dan Korea dianggap antara negara terbaik mengawal Covid19.