@sinarharianofficial 'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina



 

Prabowo ni sangat lah tak function. Lebih banyak merosakkan Indonesia daripada membina.




 Ahmad Faizuddin



Sejumlah pakar dan pegiat lingkungan menilai klaim keberhasilan pemerintah memadamkan kebakaran hutan dan lahan di Indonesia hingga 80% "tidak sesuai fakta di lapangan dan mudah dipatahkan". Sebab nyatanya, kabut asap pekat masih mengepung sejumlah wilayah bahkan meluas ke luar negeri.
Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, menyatakan bakal membawa isu kabut asap lintas batas dalam Pertemuan Menteri Luar Negeri ASEAN di Manila, Filipina, November mendatang.
Sedangkan di dalam negeri, organisasi sipil dan warga terdampak di Kalimantan Barat melayangkan gugatan class action terhadap Presiden Prabowo ke pengadilan.
Mereka menuduh pemerintah pusat hingga daerah lalai menangani karhutla.
Sebelumnya, Prabowo menyatakan akan meminta masukan para ahli untuk mengatasi asap kebakaran karhutla, sambil menyebut hujan merupakan solusi akhir memadamkan api.
"Masalah asap nanti kami minta masukan para profesor bagaimana. Saya kira memang benar ujungnya hanya hujan air ya," ujar Prabowo di Istana Merdeka, Jakarta, 12 Oktober lalu.

Memartabatkan Islam tak selesai dengan sebut perkataan Islam kuat-kuat.

 




Memartabatkan Islam tak selesai dengan sebut perkataan Islam kuat-kuat.

Institusi agama, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat tetap memerlukan sumber.
Untuk 2027, PMX umum peruntukan hal ehwal Islam RM3.1 bilion, naik daripada RM2.6 bilion.
Tambahan RM500 juta itu boleh dinilai pada angka. Bukan sekadar rasa-rasa.
Ini peruntukan hal ehwal Islam secara keseluruhan, bukan semuanya untuk satu jabatan sahaja.
Peruntukan bukan juga bukti semua projek telah siap. Pelaksanaannya tetap perlu diperiksa.
Tetapi hala tuju PMX jelas: urusan agama diberi sokongan dalam belanjawan negara.
Kita patut menilai ke mana dana pergi dan bagaimana manfaat sampai kepada masyarakat.
Syiar agama lebih kukuh apabila institusi berfungsi, ilmu berkembang dan kebajikan terjaga.
Pada gabungan kepimpinan negara dan sokongan kepada institusi Islam ini, siapa lagi tokoh politik Malaysia yang setanding PMX ketika ini?

Musim buka sekolah, kedai kasut dan kedai buku sama-sama menunggu duit ibu bapa.





 Musim buka sekolah, kedai kasut dan kedai buku sama-sama menunggu duit ibu bapa.

Kalau anak seorang pun terasa. Kalau beberapa orang, darab sendiri belanjanya.
PMX umum Bantuan Awal Persekolahan 2027 dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 setiap murid.
Tambahan RM50 seorang. Empat anak yang layak, jumlah bantuan menjadi RM800.
Bukan semua kos persekolahan selesai. Tetapi sebahagian beban dapat ditampung.
Pengumuman ini untuk sesi persekolahan 2027, bukan bayaran tambahan yang masuk hari ini.
Bantuan akan disalurkan di sekolah mengikut aturan dan kelayakan yang ditetapkan.
PMX membawa isu belanja sekolah masuk ke dalam keputusan belanjawan.
Bagi ibu bapa yang sedang menyusun perbelanjaan, perubahan kecil pada setiap anak boleh memberi makna besar.
Kalau keprihatinan terhadap keluarga dinilai melalui keputusan begini, siapa pemimpin politik lain yang boleh berdiri setanding PMX sekarang?

@thekapitanMY INGATKAN DIA NAK SURUH UNDI PAS...


 

@jasonyew_ Join "You cuai, you jaga! Selagi diberi mandat, saya


 

@jasonyew_ Join "Pasal apa orang baik nak berhenti? Yang


 

TAHUN SEBELUM NI KENA KUTUK DENGAN RAKYAT...MACAMANA NAK BUAT BUDGET ? HUTANG ? PATUT LAH MINYAK MASAK HILANG TAK KISAH ?

 

Aman Muhammad



Tahun lepas Ketua Pembangkang PN bentang "Belanjawan alternatif" tapi jadi bahan jenaka sebab kandungannya sangat mengarut dan merepek.

Jadi tahun ni Ketua Pembangkang PN kata takkan bentang apa jua bentuk "Belanjawan Alternatif".
Inilah yang rakyat Malaysia akan dapat jika angkat puak ni jadi kerajaan.
BN patut jadi kerajaan solo, bukan bersama PN.
Biar PH dan PN jadi pembangkang.
Selepas PH tumbang, PAS pula akan tumbang di SG4.




BERHATI HATI BILA MEMBUAT POSTING. BILA DAH MINTA MAAF TU KIRA OK...CUMA KENA BUAT LAH DENGAN LEBIH BAIK..

 

Iswardy Morni



Edy dulu masa masuk kelas aku aku dah ajar benda macam ni jangan main main. Boleh kena saman. Kau nak jugak jadi ceplos. Lantakla. Aku dah send dengan Nik Nazmi . Terpulang pada dia la.







Jerebu: Singapura Terus ‘Sengsara’ Catat Rekod Terburuk Dalam Sejarah

 

IMG_8240

Keadaan jerebu teruk melanda Singapura hingga laluan kapal laut juga terjejas dari daratan pada 15 Oktober 2026. Foto AFP

SINGAPURA, 15 Okt – Bahagian barat Singapura terus merekodkan bacaan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) pada tahap sangat tidak sihat akibat jerebu.

Sementara itu kadar zarah terampai mencatat bacaan PM2.5 setiap jam, turut menunjukkan peningkatan ketara di seluruh negara itu.

Semalam, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (National Environmental Agency – NEA) dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan Singapura mula mengagihkan pelitup muka susulan keadaan jerebu yang semakin buruk.

Bacaan IPU jerebu di seluruh Singapura yang direkod pada jam 11 malam 15 Oktober 2026. Foto Air Quality Index

NEA berkata, pengagihan pelitup muka dimulakan selepas paras PM2.5 mencapai tahap sangat tinggi, selain mengambil kira kemungkinan bacaan PSI 24 jam memasuki kategori sangat tidak sihat, iaitu melebihi 200.

Persatuan Penduduk (PA) turut membantu mengagihkan pelitup muka N95 kepada penduduk Singapura yang rentan termasuk warga emas, wanita hamil, kanak-kanak dan remaja serta individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma.

Bagi melengkapi pengagihan oleh PA, mesin layan diri pelitup muka turut disediakan di 37 hab pengangkutan awam dan pejabat perkhidmatan sosial.

Keadaan jerebu teruk melanda Singapura hingga laluan kapal laut juga terjejas dari daratan pada 15 Oktober 2026. Foto AFP

Pada masa sama, bilik berhawa dingin di kelab masyarakat dan beberapa pusat jawatankuasa penduduk akan dibuka bagi membolehkan penduduk berlindung daripada keadaan berjerebu.

Lebih 300 kelab masyarakat (CC), pusat jawatankuasa penduduk dan pusat rangkaian penduduk turut menyediakan bilik berhawa dingin sebagai pusat perlindungan jerebu untuk orang ramai.

Sehingga jam 10 malam tadi, bacaan PSI di semua kawasan Singapura berada pada tahap tidak sihat, antara 189 hingga 276.

Kebakaran hutan menyebabkan jerebu tebal melanda Palangkaraya, Kalimantan hingga IPU mencecah bacaan 700 pada 14 Oktober 2026. Foto Iin Aminah

Bagaimanapun, bacaan di bahagian barat meningkat kepada 210, sekali gus mencatatkan paras tertinggi di kawasan berkenaan bagi musim jerebu ini.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesyorkan penggunaan pelitup muka setara dengan N95 termasuk KN95, FFP2 dan KF94.




BERANI MAHASISWA NI . PERKARA PALING BODO BILA KUTIP DUIT UNTUK BEBAS PERASUAH












 

PARTI JALANG NI BIASA TAK ADA PENDIRIAN


 

SAJA ULANG- INI DAJJAL YANG FITNAH PENANG TAK DAK AZAN. AKHIRNYA MINTA MAAF....BUKAN APA, JAHIL DALAM BIDANG AGAMA.


 

PAS TAK BERAPA NAK CAKAP TENTANG RASUAH....PERNAH PAS SEMBANG SOAL RASUAH ?


 

PEMANDU TEKSI DIBELA


 

WALAUNCAI TAK FAHAM ...NI JENIS BACA DENGAR TAK FAHA, DENGAR PENERANGAN


 

PANAS!! MENTERI JAWAB ISU KELEWATAN PENGHANTARAN BAJA BERSUBSIDI


 

PERASUAH MASIH DIPUJA ?


 

ARTIKEL | Gaji minimum: Langkah ke arah upah yang lebih bermaruah untuk rakyat

 


OLEH SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI

Dalam Belanjawan MADANI 2027 yang dibentangkan 9 Oktober 2026, antara pengumuman penting yang wajar diberi perhatian ialah kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan. Berkuat kuasa mulai Jun 2027.

Kenaikan gaji minimum – Apa yang berubah?

Melihat angka, kenaikan ini ialah RM300 sebulan atau kira-kira 17.6%. Bagi pekerja yang menerima gaji minimum dan menikmati kadar baharu selama 12 bulan penuh, ini bersamaan tambahan RM3,600 setahun (sebelum potongan berkaitan).

Menurut ucapan rasmi Belanjawan 2027 oleh Anwar Ibrahim, lebih empat juta pekerja dijangka tertakluk pada kadar gaji minimum baharu. 

Maknanya, dasar tersebut ada kesan yang besar terhadap pasaran buruh dan kehidupan jutaan pekerja dan keluarga.

Mengapa kenaikan ini penting?

Kerana pendapatan pekerja mestilah mengambil kira realiti kos kehidupan. 

Harga makanan, sewa rumah, pengangkutan dan keperluan harian telah memberi tekanan kepada isi rumah. Khususnya golongan berpendapatan rendah.

Apabila gaji tak meningkat seiring dengan kos hidup, nilai sebenar pendapatan semakin mengecil. Maknanya, pekerja masih terima gaji setiap bulan, tapi kemampuan untuk menyimpan, beli aset dan meningkatkan taraf hidup menjadi terhad.

Sebab itulah gaji minimum bukan sekadar angka dalam slip gaji. Ia merupakan perlindungan asas supaya pekerja tidak dibayar terlalu rendah.

Namun, persoalan sama ada RM2,000 yang diumum Kerajaan benar-benar mencukupi untuk kehidupan yang bermaruah masih perlu dan boleh dibincangkan secara terbuka.

Antara kepentingan pekerja dan kemampuan perniagaan

Dalam ucapan Belanjawan 2027, Kerajaan menyatakan bahawa bahagian pampasan pekerja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia masih rendah, iaitu 33.9%. 

Angka ini mengingatkan kita bahawa pertumbuhan ekonomi tidak seharusnya dinilai melalui keuntungan syarikat dan nilai pelaburan semata-mata. Kita kena lihat juga sejauh mana hasil pertumbuhan itu sampai kepada golongan pekerja.

Namun, kenaikan gaji minimum tidak secara automatik menyelesaikan masalah kos sara hidup.

Jika harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat, sebahagian manfaat kenaikan gaji tetap akan terhakis. Oleh itu, dasar upah perlu disertai usaha mengawal tekanan harga dan meningkatkan pendapatan sebenar rakyat.

Kerajaan turut umumkan pengecualian daripada pelaksanaan kadar baharu bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang hasil jualan tahunannya bawah RM50 juta. 

Ini bagi memberi ruang kepada perniagaan menyesuaikan model operasi.

Perincian skop pengecualian ini penting kerana ia menentukan pekerja dan majikan yang terlibat dalam pelaksanaan kadar baharu.

Kita perlu akui bahawa sesetengah perniagaan kecil beroperasi dengan margin keuntungan yang terhad. Pelaksanaan kenaikan gaji perlu mengambil kira kemampuan mereka. 

Namun penyelesaian jangka panjang tidak boleh bergantung pada pekerja yang terus dibayar murah demi mengekalkan kos operasi yang rendah.

Sebaliknya, perniagaan perlu dibantu meningkatkan produktiviti melalui teknologi, pendigitalan, latihan kemahiran dan penambahbaikan proses kerja. 

Matlamatnya supaya syarikat dapat berkembang, pekerja menerima upah lebih baik dan ekonomi negara menjadi lebih berdaya saing.

Satu lagi pengumuman penting ialah pembaharuan kerangka pendapatan pekerja dengan kadar gaji permulaan RM2,500 sebulan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan. 

Ini merupakan usaha yang perlu diperhalusi supaya kelayakan, kemahiran dan tanggungjawab pekerja dapat diterjemahkan kepada struktur gaji yang lebih munasabah.

Gaji wajar dan keadilan sosial

Kita juga perlu bezakan gaji minimum dengan ‘gaji kehidupan wajar’. Gaji minimum ialah paras upah minimum yang ditetapkan melalui dasar dan peraturan. 

Sedangkan gaji kehidupan wajar mengambil kira keperluan untuk menjalani kehidupan yang lebih munasabah, lebih bermaruah. Kedua-duanya berkaitan, tetapi tidak semestinya sama.

Dalam Belanjawan 2027, Kerajaan menyambut baik komitmen syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meningkatkan penanda aras gaji kehidupan wajar daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan. 

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 230,000 pekerja.

Tapi persoalannya, bagaimana amalan membayar upah yang lebih munasabah ini boleh diperluas ke sektor swasta?

Pada pandangan saya, disinilah perbahasan gaji minimum perlu menyentuh soal ‘keadilan sosial’.

Ekonomi yang berkembang sepatutnya membuka peluang kepada rakyat untuk menikmati hasil kemajuan, bukan hanya kepada golongan pemodal. 

Warga pekerja mesti diberi perlindungan yang sewajarnya, sementara perniagaan terus diberi ruang untuk berkembang dan mencipta peluang pekerjaan.

Inilah asas kepada sebuah ekonomi yang lebih seimbang – pasaran perlu kekal produktif (berdaya saing), pada masa sama kepentingan kaum pekerja serta golongan rentan tidak boleh dikesampingkan.

Kemajuan ekonomi dan keadilan sosial bukan dua matlamat yang bercanggah. Menerusi dasar yang baik, kedua-duanya boleh bergerak seiring.

Pelaksanaan juga mesti disertai penguatkuasaan. Pekerja perlu mengetahui hak mereka, majikan mesti memahami kewajipan undang-undang. 

Pihak berkuasa pula perlu memastikan tiada pihak mengambil kesempatan melalui pembayaran gaji bawah kadar yang ditetapkan.

Namun ada satu persoalan penting yang berkaitan – kedudukan pekerja asing! Kerana Malaysia turut merupakan sebuah negara yang terlibat dengan pengambilan pekerja asing.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia, terdapat 2,070,246 pekerja asing aktif setakat Jun 2026.

Dan Perintah Gaji Minimum tahun 2024 telah turut meliputi pekerja bukan warganegara dalam sektor swasta, kecuali kategori tertentu yang dikecualikan.

Oleh itu, pelaksanaan kadar RM2,000 perlu diperjelas melalui peraturan rasmi, termasuk skop pengecualian majikan, supaya tidak timbul kekeliruan tentang pekerja yang dilindungi.

Ukur kejayaan melalui kehidupan rakyat

Kejayaan dasar ini akhirnya perlu diukur melalui hasil sebenar. Adakah pendapatan pekerja meningkat? Adakah kuasa beli mereka bertambah baik? Adakah perniagaan mampu menyesuaikan operasi? Adakah produktiviti negara turut berkembang?

Angka RM2,000 ialah satu langkah dasar. Keberkesanannya bergantung pada pelaksanaan yang adil dan berkesan.

Persoalan sama ada kadar gaji minimum perlu dilaksanakan secara konsisten kepada pekerja tempatan dan pekerja asing di Malaysia dan mengapa Malaysia perlu beralih daripada model buruh murah kepada model ekonomi ‘upah yang lebih baik’ untuk pekerja masih perlu diperhalusi.

Hal ini sangat penting. Sekurang-kurangnya demi mengatasi isu mengekalkan bakat tempatan di tanah air sendiri sekaligus mengurangkan penghijrahan tenaga mahir ke negara lain.

Kemajuan sesebuah negara bukan sekadar diukur melalui pertumbuhan ekonomi. Tetapi juga menerusi kemampuan rakyat yang bekerja keras untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan bermaruah.