MGID

VIDEO TULAR & AKU DI TEMPAT KEJADIAN



Oleh:Amirul Azhan

Oleh kerana sudah terlalu ramai mesej bertanya, meh aku story. 😎 Semalam jam 3.30 petang di tapak Bazaria Wangsa Maju telah direncanakan satu sidang media oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew ι™ˆδ»ͺδΉ”εšε£« bagi menjawab tohmahan-tohmahan yang telah dilemparkan sebelumnya oleh sekumpulan NGO, penjaja dan orang luar. 

Baru sahaja hampir habis satu ayat dibaca (belum sempat dihabiskan), provokasi melampau telah dilakukan oleh kumpulan ini dengan kata-kata kesat, hamun dan ingin menyerang (boleh tengok full video). 

Pasukan polis yang berada bersama ketika itu terpaksa menghentikan sidang media berkenaan dan membawa YB ke kenderaan untuk diselamatkan sebelum sebarang kejadian yang lebih buruk berlaku. 

Yang ditularkan hanya video beberapa saat YB mengejek mereka. Diakui memang tidak manis dipandang tetapi sebagai seorang wakil rakyat dan wanita pulak tu telah diperlakukan sebegitu. Ejekan itu hanya sebagai 'pemuas hati' sementara apa yang dipendamkan. 





Selepas YB meninggalkan tempat kejadian, provokasi terus berterusan berlaku. Anggota polis bertugas terpaksa mengawal keadaan. 

Selepas itu, sidang media diteruskan di Pusat Khidmat Rakyat (pejabat YB) dalam keadaan aman dan harmoni. ✌

Sekian terima kasih. 

Saksi kejadian.



TUDUHAN KONONNYA ANWAR BIAYAI LOKMAN ADAM UNTUK DEDAHKAN ISU VIDEO SEMBURIT TERBUKTI FITNAH



Memasuki tahun baru 2020, isu video semburit yang melibatkan Sdr Haziq bersama pasangannya yang dikatakan mirip Azmin Ali masih hangat diperkatakan, apatah lagi pihak PDRM atau Pejabat Peguam Negara masih berdiam diri tentang status terkini siasatan kes tersebut.  

Ada di antara penyokong Azmin Ali yang mengatakan bahawa tindakan MT Umno, Lokman Adam yang dilihat bersungguh2 untuk mendedahkan kes ini sehingga sanggup ke Indonesia bagi membuat ujian ke atas video tersebut di mana hasil yang diperolehi dari ujian berkenaan menyebut terdapat persamaan orang yang sama di dalam video berkenaan dengan contoh gambar Azmin Ali yang ditunjukkan oleh Lokman, tugas ini dibiayai oleh Anwar Ibrahim.  Itu tuduhan mereka terhadap Anwar kononnya Anwar mahu melenyapkan kerjaya politik Azmin.  

Tuduhan ini ternyata satu fitnah jahat ke atas Anwar Ibrahim dan saya yakin fitnah ini dibuat adalah untuk menyekat kemaraan Anwar sebagai PM ke 8 menjelang Mei 2020.  Kita tahu, Anwar telah menyerahkan sepenuhnya siasatan kes ini kepada pihak Polis dan pihak Polis juga telah menyatakan bahawa siasatan telah dibuat dan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara malangnya tujuh ke lapan kali fail kes tersebut dipulangkan kembali untuk dilengkapkan siasatan. Akhirnya pihak polis telah menghantar video berkenaan ke US untuk dibuat ujian dan sepertimana yang dinyatakan oleh pihak Polis bahawa keputusan ujian berkenaan diyakini boleh diperolehi sebelum akhir tahun 2019.  Saya tidak tahu apakah ujian tersebut telah selesai dibuat dan apakah status kes itu sekarang.

Lokman Adam melalui kenyataannya di sini https://www.youtube.com/watch?v=ObVZU9OEGts , jelas menafikan tuduhan kononnya Anwar membiayai kerja2 beliau.  Lokman secara terus terang menamakan beberapa orang yang telah membiayainya untuk ke Indonesia bahkan mengikut kata Lokman ujian juga turut dilakukan di US, tetapi keputusan ujian di US tidak akan didedahkan kerana Lokman mahu melihat sendiri apa keputusan yang diperolehi oleh pihak PDRM.  

Kita tidak mengikuti apa yang Lokman mahu buat kerana sebagai Pembangkang tentulah Lokman akan bertindak sedemikian bahkan bodohlah kalau Pembangkang tidak mengambil kesempatan atas isu ini.  Tetapi, sebagai sebuah kerajaan yang mahu melakukan reformasi atau "Rules Of Law" , kita tidak perlu menanti Pembangkang menghentam kita tetapi kita mesti bertindak dengan adil dan telus bukan kerana takut kepada serangan Pembangkang tetapi kerana prinsip kita sendiri.

Rakyat bukan mahu melihat Haziq atau Azmin bersalah, tetapi rakyat ingin melihat ketelusan dan keadilan itu dilaksanakan.  Rakyat akan bertanya, mengapa jika rakyat di bawah melakukan perkara yang sama tindakannya pantas tetapi mengapa jika melibatkan nama-nama besar ianya dilihat begitu rumit sekali?  

Apakah untuk melakukan reformasi itu kita terpaksa menanti Anwar untuk menjadi PM sedangkan rakyat mahukan reformasi dilaksanakan seawal kita mentadbir Putrajaya.  Jika tidak mampu atau tiada kekuatan untuk melaksanakannya, PM boleh memikirkan sekarang untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.  

WFAUZDIN NS

KALAU PIHAK BERKUASA NAK KUTIP MUKA MUKA INI DAH BOLEH..

Oleh: Nizam Aka

Kalau Pihak Berkuasa seperti #pdrm atau #polis atau #skmm dan Kementerian Komunikasi nak bertindak terhadap penyebar2 crita fitnah ni,dah terlalu byk bukti yg boleh diambil seperti dibawah...tua tua pun fitnah lagi...

KENYATAAN SETIAUSAHA SEKRETARIAT PH YANG BERBELIT





KENYATAAN SETIAUSAHA SEKRETARIAT PH YANG BERBELIT

Saya telah membaca kenyataan media oleh Ketua Sekretariat PH, YB Dato Safuddin Abdullah yang diviralkan hari ini.  Jika kenyataan ini benar, saya melihat satu kenyataan yang jelas tidak tepat dan adil samasekali.

Saya bersetuju apabila beliau menyatakan tidak timbul soal peralihan kuasa PM di antara Tun M dan Anwar Ibrahim.  Itu semua kita tahu dan sebab itulah kita menentang sebarang usaha secara diam-diam untuk 'sailang' perlaksanaannya.  Memang betul, tiada perjanjian bertulis atau ditetapkan tarikh peralihan kuasa patut berlaku.  Namun, saya percaya sewaktu persefahaman ini dibuat, mereka yang terlibat tentu faham akan semangat persefahaman ini kerana asasnya adalah Tun M dipilih untuk menjadi PM kerana ketika itu Anwar di dalam penjara dan tidak boleh diangkat sebagai PM.  Nah, sekarang Anwar telah bebas, telah pun menjadi Ahli Parlimen dan tiada sekatan lagi untuk beliau memegang sebarang jawatan politik mahupun di dalam kerajaan.  Jika semangat itu dihormati dengan jujur, apakah sukar untuk melaksanakan hasrat yang diinginkan oleh rakyat?

Isu tarikh peralihan kuasa, jika kita kata ianya adalah terletak kepada Majlis Presiden untuk tentukan, maka kenapa Tun M sewenang-wenangnya mengumumkan tarikh dan jangkamas peralihan kuasa tersebut?  Tun M pernah sebut tentang tempuh beliau menjadi PM hanya sekitar 2 tahun sahaja.  Ianya disebut banyak kali.  Tun M pernah sebut beliau akan menyerahkan jawatan PM setelah masalah ekonomi selesai.  Akhir sekali, Tun M sebut akan menyerahkan jawatannya selepas Persidangan APEC hujung tahun ini.  Begitu banyak sekali Tun M meletakkan tarikh tanpa dibawa ke Majlis Presiden?  

Pelik bin ajaib, di dalam banyak-banyak tarikh yang Tun M sebutkan, mengapa Ketua Setiausaha Sekretariat PH memetik kenyataan Tun M iaitu selepas Persidangan APEC tahun ini?  Sekiranya PH tidak mahu rakyat di bawah membicarakan tempuh peralihan kuasa, sewajarnya PH juga melarang Tun M dari bercakap tentang hal tersebut.  Apabila Tun M bercakap dengan berbelit-belit tentang tarikh peralihan kuasa, maka tidak pelik jika ada yang mengulasnya.  

Memang benar Mei 2020 bukanlah tarikh yang terdapat secara hitam putih di dalam persefahaman dibuat sebelum PRU14.  Tetapi tarikh selepas Persidangan APEC hujung tahun ini juga tidak terdapat hitam putihnya.  Kalau PH tidak meletakkan tarikhnya, rakyat berhak mensasarkan Mei 2020 untuk Tun M menyerahkan jawatan kepada Anwar kerana ada asasnya iaitu sekitar dua tahun tempuh itu adalah tempuh yang Tun M sendiri pernah sebut.  Kalau ikutkan rakyat yang mahukan reformasi, jika ditanya bila patut Anwar jadi PM, nescaya mereka akan kata semalam lagi Anwar patut jadi PM.  

Kenyataan Ketua Sekretariat PH itu jelas berat sebelah kerana di samping melarang rakyat membicarakan tempuh peralihan kuasa kononnya biarkan Majlis Presiden PH tentukan, tetapi di dalam masa yang sama memetik kenyataan Tun M yang mahu terus menjadi PM sehingga Persidangan APEC hujung tahun ini.   Adakah itu telah dipersetujui oleh Majlis Presiden?  Jika tidak, mengapa Ketua Sekretariat PH tidak mengeluarkan kenyataan menegur Tun M yang buat pengumuman sedemikian?  

WFAUZDIN NS

MELANTIK MUSTAFFA MOHAMAD KHIANATI PILIHAN RAKYAT



Berikutan perletakan jawatan Dr. Mazlee Malik, selain khabar mengatakan ia bertujuan membuka laluan kepada Mukhriz Mahathir untuk dijadikan menteri kabinet, perkhabaran lain ialah Mustapa Mohamad turut disebut-sebut sebagai penggantinya.
Mustapa yang merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan kini Ahli Parlimen Jeli, tetapi melompat menyertai Bersatu sebaik BN hilang kuasa dikatakan paling layak menggantikan Dr. Mazlee lantaran pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu.
Selain itu, pengalaman beliau memegang beberapa portfolio kementerian di bawah BN menambahkan lagi keyakinan ramai akan perlantikannya itu, di samping Bersatu sendiri ketiadaan Ahli Parlimen atau pemimpin berwibawa yang boleh dilantik sebagai Senator dan seterusnya diadikan pengisi jawatan yang ditinggalkan Dr. Mazlee.
Namun, yang lebih penting tentang asas perlantikan itu ialah kerana Mustapa dianggap sebagai “budak Tun Daim” yang mana bukanlah rahsia lagi bahawa bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu merupakan individu yang berpengaruh terhadap Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Malah, karier politik Mustapa atau Tok Pa adalah bermula sebagai Setiausaha Politik kepada Tun Daim di Kementerian Kewangan dan selepasnya ditonjolkan pula sebagai Senator, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri serta Menteri.
Ketika beliau mengumumkan menyertai Bersatu pada Oktober 2018 lalu, ia juga dilakukan setelah beliau mengadakan pertemuan dengan Tun Daim di Menara Ilham, Kuala Lumpur.
Lebih menarik, pada 31 Disember 2019 iaitu dua hari sebelum Dr. Mazlee mengumumkan perletakan jawatannya setelah dinasihat (dipaksa) berbuat demikian oleh Tun Mahathir, terdapat sebuah laporan media mengenai kenyataan Tun Daim yang mengkritik prestasi bekas Menteri Pendidikan itu.
Beliau menyalahkan kementerian di bawah Dr. Mazlee yang dilihatnya gagal merangka kurikulum berasaskan ilmu untuk pengembangan ekonomi sehingga kejayaan untuk negara sukar dicapai.
Maka, menelusuri semua rentetan itu, bukan saja pengunduran Dr. Mazlee dikaitkan dengan pengaruh Tun Daim, malah tidak memeranjatkan jika Tok Pa yang merupakan anak didiknya dilantik sebagai Menteri Pendidikan yang baru.
Namun, harus diingat Tok Pa adalah bekas pemimpin UMNO, bertanding atas tiket BN, undi beliau pun tentu juga kepada BN dalam PRU14 lalu, maka wajarkah dijadikan menteri di bawah kerajaan PH?
Lebih daripada itu, ketika menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, beliau juga dikatakan pernah menerima wang yang dikaitkan dengan 1MDB daripada Najib Razak, lalu bermoralkah pemimpin seperti beliau dijadikan sebahagian anggota kabinet?
Tidakkah pengundi yang telah memenangkan PH rasa dikhianati dengan perlantikan Tok Pa itu kerana Tun Mahathir dilihat masih memberi jawatan kepada lawan yang sudah dikalahkan?
Lagi pula, apakah PH tiada pemimpin lain yang boleh dijadikan menteri sehingga Tok Pa yang pernah jadi menteri di bawah BN mahu dijadikan menteri lagi di bawah PH?
Apa yang sukar dinafikan, jika benar Tok Pa akan dibawa menyertai kabinet, perlantikan itu pastilah mempunyai serampang dua mata bagi Tun Mahathir.
Selain untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan lantaran ramai menteri yang tidak berpengalaman, mesej lain yang cuba disampaikan oleh Tun Mahathir ialah penghargaannya terhadap pelompat-pelompat parti yang sedia menyalin kulit perjuangan dan menyokongnya.
Ia tentunya bertujuan untuk mendorong atau menarik minat lebih ramai Ahli Parlimen UMNO untuk sama melompat menyertai Bersatu.
Melihat kepada keghairahan sesetengah Ahli Parlimen UMNO mencari projek sehingga sanggup datang ke rumah Azmin pada waktu malam, Tun Mahathir tentu beranggapan mereka pasti akan berlari kepadanya jika ternampak bayang ada jawatan yang boleh digenggam.
Semua percaturan itu tidak lain adalah bertujuan memenuhi nafsu Tun Mahathitlr untuk berkuasa lebih lama, mengkhianati janji peralihan kuasa dan mengulangi watak PM4 di mana beliau mahu memilih penggantinya mengikut suka serta selera hatinya.
Tetapi, apakah pemimpin-pemimpin PH akan berdiam diri saja jika pilihan pengundi itu dikhianati oleh Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 03/01/2020)

POLITIK KOTOR MAHATHIR



1.Januari 2020 , riuh soal Menteri Pendidikan.Sepi soal Perdana Menteri.Itu lah politik kotor Mahathir.

2.2020 adalah tahun peralihan Perdana Menteri bukan tahun peralihan Menteri.

3.Dalam suasana ekonomi semakin mencengkam rakyat, Januari semestinya riuh soal ekonomi, bukan pendidikan.

4.Tapi kalau riuh hal ekonomi kena batang hidung PM dan Menteri Ekonomi yang kita semua tahu apa ceritanya.Makanya mesti cipta keriuhan lain.Pendidikan dan Menterinya jadi mangsa.

5.Dr Maszlee tidak sempurna.Tetapi cukup untuk tangani Pendidikan.Ada isu besar pendidikan hari ini tetapi lebih besar dan parah adalah isu ekonomi.

6.Peralihan PM penting bagi ekonomi.Apatah lagi APEC sidang terbesar ekonomi dunia disini tahun ini.Dan ekonomi Malaysia parah, amat parah.Logiknya Januari cerita ekonomi bukan pendidikan.

7.Yang betulnya Januari cerita peralihan Perdana Menteri bukan Menteri.Peralihan PM kalau berlaku Januari kesan kepada APEC dan ekonomi besar dan manfaat besar kepada rakyat .Tapi itulah politik kotor Mahathir.Manfaat hanya pada kroni dan keluarga.

8.Kita fikir dan percaya buat kali kedua diberi kuasa oleh Allah swt.Politik kotor dulu menjadi bersih.Kelihatannya tidak.Dia tetap suka pada yang kotor.

9.Terkenang doa Almarhum Ust Fadzil Nor suatu ketika dahulu, Mahathir akan panjang umur dan bermain dengan tahi.Yang pastinya tahi kotor politik memang menjadi mainannya dan semakin tua, semakin menjadi.

Mohamad Ezam Mohd Nor
3 Jan 2020, 7 Jamdil Awwal 1441H


Ulamak Berbohong?



Oleh: Ahmad Sayuti Basiron&Miqdad Zakaria.


[ 'ibrah & perjuangan ]

Ulamak Berbohong?

1. Masa ziarah baru ini, Tok Guru mulakan minit-minit pertama itu dgn terus cuba yakinkan saya bahawa, pengkhianatan paling utama Amanah adalah kerana "jadi alat" pada DAP dan alat pada Anwar Ibrahim. Kata Tok Guru, itulah kesalahan paling besar pimpinan Amanah sekarang, yg mereka dah lakukannya sejak berada dlm kepimpinan utama Pas lagi.

Saya tak terkejut pun dgn muqaddimah Tok Guru itu, cuma saya memang mahu dengar sendiri "tahqiq" itu dari mulut Tok Guru. Itulah antara tujuan kehadiran saya.

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157691608174876

2. Sebab bagi Tok Guru, Anwar itu "akhlaq politiknya" adalah sangat buruk, sebab Anwar itu "sangat suka berbohong". Tapi ramai yg terpedaya dengan pembohongan Anwar itu, termasuklah enta dan party Amanah (saya yg berada di hadapannya). 

Contoh pembohongan Anwar, 

3. Anwar Ibrahim itu telah pun berjumpa dgn ramai para ulamak Islam dunia, dan pemimpin dunia, dan berbohong pada mereka berkaitan keadaan sebenar politik Malaysia, untuk meminta sokongan ulamak dunia menyokong Anwar naik menjadi Perdana Menteri melalui Pakatan Harapan.

4. Sebab itulah kata Tok Guru, para ulamak dunia pula bila bertemu Tok Guru pasti akan bersungguh pujuk Tok Guru untuk berikan sokongan pada Anwar untuk naik sebagai Perdana Menteri akan datang.

5. Ramai mereka dah datang jumpa Tok Guru dan arahkan Tok Guru sokong Anwar dan Pakatan Harapan, termasuklah yg bukan Ulamak pun datang daripada Singapore dan juga Amerika.

6. Termasuklah juga yg telah ditipu oleh Anwar itu adalah (antaranya) Syeikh Prof Dr Yusuf Qaradhawi dan juga Presiden Turkey sendiri, Racep Tayyip Erdogan. Keduanya ditipu, dan keduanya memujuk sungguh-sungguh saya sokong Anwar.

7. Kecuali kata Tok Guru, hanya seorang sahaja, iaitu Syeikh Prof Dr Ahmad Raisuny (Pengerusi baru, Kesatuan Ulamak Dunia) yg tidak berjaya ditipu Anwar.

8. Sebab ketika perjumpaan "dua jam" Tok Guru bersama Syeikh Raisuny semalam (i.e. petang Sabtu, 28 Dec 2019) Syeikh Raisuny berkata bahawa beliau meminta Mahathir kekal hingga akhir penggal pilihanraya, dan nyatakan tak sokong Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Wah, yakinnya Tok Guru...!

Saya dgn penuh hormat dan kata yg sangat tersusun, seraya berkata pada Tok Guru yg baru memulakan muqaddimah petang itu, 

8. Saya mohon maaf Tok Guru, saya mohon tawaqquf dahulu dari memegang kata-kata Tok Guru tersebut. Dan izinkan saya bertabayyun (menyelidik) dahulu kenyataan Tok Guru itu, dgn saya bertanya sendiri pada Syeikh Raisuny kelak ketika bertemu.

Saya kata, alasannya adalah,

9. Tahun 2015 dahulu sebaik party Amanah ditubuhkan, Tok Guru berceramah mengatakan Qaradhawi telah menulis surat kepada Tok Guru, dgn menyatakan bahawa party Amanah itu adalah party yg #HARAM hukumnya ditubuhkan di Malaysia selama party Pas masih ada. Tok Guru berkali kata "ada surat" bertulis dari Qaradhawi, dan itulah sandaran Tok Guru bahawa haramnya bersama party Amanah, yg selepas itu dipegang kuat ajaran itu oleh pengikut Tok Guru.

(...secara langsung saya dah jawab kan persoalan kalian sebelum ini, ie. asbab Tok Guru dok kata Amanah party haram selama ini) 

10. Namun lepas itu wakil Amanah telah pergi sendiri berjumpa dgn Qaradhawi, dan Qaradhawi MENAFIKAN sekerasnya bahawa beliau tak pernah sesekali berkata begitu, apatah lagi menulis surat seperti itu kepada Tok Guru. Qaradhawi mengatakan beliau tak akan sesekali berani mengeluarkan hukuman berat sebegitu, pada sesuatu yg asal hukumnya adalah "harus". 

11. Kedua, manakala ditanya pula pada wakil Qaradhawi, Syeikh Prof Dr Ali Mahyuddin QarrahDaghi selaku Setiausaha pada Kesatuan Ulamak Dunia, beliau berkata kepada kami (saya hadir sekali dalam perjumpaan tahun 2016 itu), bahawa kenyataan Tok Guru itu adalah sangat MUSTAHIL dilakukan oleh Qaradhawi kerana ianya sungguh bertentangan dgn prinsip perbezaan pendapat & ikhtilaf yg dipegang & ditulis oleh Qaradhawi sejak sekian lama. Bahkan sangat banyak tulisan Qaradhawi berkaitan keharusan itu.

12. Dan Syeikh QarrahDaghi berkata, ianya pasti satu FITNAH pada Qaradhawi yg pada masa itu merupakan Pengerusi Kesatuan Ulamak Dunia.

13. Oleh itu, saya berkata pada Tok Guru, saya MENOLAK tuduhan tanpa bukti Tok Guru pada Anwar itu, dan saya akan bertanya terus & kongsikan kelak jawapan & pendirian yg diberikan oleh Syeikh Raisuny atas kenyataan yg dibuat oleh Tok Guru itu...

Perbincangan lanjut saya dgn Tok Guru selama 57 min itu disusuli dengan hampir 2/3 isu berkaitan Anwar, dan selebihnya pasal DAP dan Amanah.

Saya sebut pada diri saya,

Mana mungkin ulamak yg sifat wajib mereka adalah "takutkan Allah" sanggup berbohong dengan sengaja. Melainkan jika terbukti sebaliknya, maka itu sudah bukan lagi ulamak namanya...

Itu namanya machiavellian, ahli politik yg menghalalkan segalanya demi kuasa..! 

Jumu'ah barokah.



p/s - perlancaran kitab Syeikh

Malam tadi adalah kali pertama saya berkesempatan bertemu muka Syeikh Raisuny, walau saya telah mengikuti & mengkagumi tulisan beliau sejak dalam party lama lagi.

Bahkan sejak 5 tahun lepas pun (masa dalam party lama) beberapa kali kami mengadakan sessi bedah buku "Kuasa Rakyat" terjemahan sahabat saya Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi dan Ustaz Ridhuan Bakar, yg merupakan tulisan asal Syeikh bertajuk "Ψ§Ω„Ψ§Ω…Ψ© Ω‡ΩŠ Ψ§Ω„Ψ§Ψ΅Ω„" yg rupanya baru malam tadi dilancarkan secara rasmi oleh Syeikh di Shah Alam...

LETAK JAWATAN: DR MASZLEE KURANG PENGALAMAN POLITIK, LEMAH KOMUNIKASI?

IDENTITI MELAYU KAMPUNG BHARU AKAN DIPERTAHANKAN

Sebab-sebab kenapa YTL-yes ditolak oleh KPM sewaktu Maszlee menteri pelajaran:-

Sebab-sebab kenapa YTL-yes ditolak oleh KPM sewaktu Maszlee menteri pelajaran:-

5 SEBAB KPM TIDAK TERIMA TAWARAN YTL SAMBUNG KONTRAK KHIDMAT INTERNET DI SEKOLAH 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memberi lima sebab tidak menerima tawaran daripada YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) untuk menyambung kontrak perkhidmatan internet percuma menerusi 1BestariNet.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas, berkata sebab pertama ialah kos tersembunyi, iaitu bermula kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 hingga kini, YTLC tidak pernah membayar caj elektrik struktur menara telekomunikasi yang dipasang syarikat itu di sekolah dan premis kerajaan.

Katanya, anggaran caj elektrik membabitkan 2,715 tapak bagi struktur berkenaan adalah RM41.881 juta dan ia terpaksa ditanggung kerajaan.

“Laporan Ketua Audit Negara menegur berkaitan caj elektrik supaya kos ditanggung YTLC kerana menara telekomunikasi yang dipasang juga untuk tujuan komersial, selain kegunaan sekolah.

“Kedua, kerajaan berpotensi kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi di mana bagi enam bulan tawaran interim oleh YTLC, kerajaan berpotensi kehilangan penyewaan sebanyak RM32.5 juta.

“Ketiga, kelemahan dihadapi dalam pelaksanaan Projek 1BestariNet Fasa 2 akan berulang; (sebab keempat) tidak dapat meneroka teknologi terkini dan bersesuaian; dan (sebab kelima) dapatan hasil Kajian Impak dan Hala Tuju Pendidikan Digital Negara mendapati kualiti capaian internet yang dibekalkan tidak memuaskan,” katanya dalam sidang media di sini.

Semalam, YTLC menerusi kenyataan berkata, syarikat itu terkejut apabila tawaran mereka untuk memberi internet secara percuma kepada 10,000 sekolah ditolak KPM.

Dalam kenyataan itu, YTLC turut mendakwa KPM memungkiri janji untuk melaksanakan tender terbuka, sebaliknya bersetuju untuk membayar kepada tiga penyedia perkhidmatan internet walaupun ditawarkan perkhidmatan secara percuma.

Mereka juga menegaskan tindakan yang diambil berkaitan 1BestariNet adalah demi kepentingan guru, murid dan sekolah.

Dr Mohd Gazali berkata, keputusan KPM berkaitan 1BestariNet dibuat bagi membolehkan kerajaan menyediakan sistem pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan terbaik, serta mengoptimumkan sumber kewangan negara.

Beliau berkata, KPM tidak pernah meminggirkan mana-mana syarikat telekomunikasi yang layak, termasuk YTL dalam proses tender.

Malah, katanya, YTLC masih boleh mengambil bahagian dalam proses tender untuk perkhidmatan talian internet ke sekolah bagi tempoh mulai 1 Januari 2020 dan seterusnya apabila proses tender secara terbuka dikeluarkan kelak.

“Dakwaan YTLC bahawa KPM melanggar obligasi kontrak dan tidak bertindak dengan niat baik adalah tidak berasas sama sekali dan ia tuduhan tidak adil ke atas kementerian dan kerajaan.

“Perlu ditegaskan KPM tidak melanggar kontrak dengan YTLC. Kontrak 1BestariNet sudah tamat pada 30 Jun 2019 dan bukan ditamatkan,” katanya.

Beliau berkata, bagi menyediakan perkhidmatan sepanjang enam bulan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2019, KPM memanggil syarikat telekomunikasi utama, termasuk YTLC untuk diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang diperlukan, iaitu tempoh sementara sebelum tender baharu dibuka.

“Ada syarikat memberi maklum balas dan ada yang tidak. Susulan itu, KPM melantik tiga syarikat iaitu TM One, Maxis dan Celcom Axiata yang sudah mengemukakan tawaran berdasarkan liputan terbaik oleh syarikat mereka,” katanya.

Dr Mohd Gazali juga menyifatkan dakwaan YTLC tidak berasas apabila menyatakan pihaknya ada menawarkan penyelesaian lengkap perkhidmatan internet percuma dan Frog VLE bagi tempoh sementara sehingga tender baharu dibuat, namun ditolak.

“Pihak kementerian juga sudah memberi maklum balas kepada permintaan YTLC yang dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dengan syarat yang diputuskan kementerian,” katanya

ADAKAH KEMPEN MEMBAWA MAZLEE SIA SIA, ATAU MUKRIZ MAHATHIR SEDANG DIRANCANG KE MANA MANA KEMENTERIAN.



Tidak berapa lama selepas Dr. Mazlee Malik mengumumkan pemulangan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan semalam, tiba-tiba muncul kempen di media sosial agar jawatan itu dikembalikan semula kepadanya.
Sehingga artikel ini ditulis, hampir 300 ribu sudah menandatangani menyokongnya.
Sementara sebelum ini, Dr. Mazlee banyak dikecam atas beberapa pendekatan atau kenyataannya, kini setelah beliau meletakkan jawatan, ramai pula yang seolah-olah merindui dan ingin beliau kembali.
Sebenarnya, mengharapkan untuk Dr. Mazlee dikembalikan ke jawatannya adalah sesuatu yang mustahil, sekurang-kurangnya dalam waktu yang terdekat ini.
Asasnya ialah Dr. Mazlee bukan berundur dengan sukarela atau dengan kehendak hatinya.
Beliau sebenarnya dinasihatkan (atau dalam bahasa lebih mudah – dipaksa) untuk meletakkan jawatannya.
Dalam kenyataannya semalam, Dr. Mazlee antara lain menyebut – Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya Mazlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuatkuasa 3 Januari 2020.
Kenyataan itu jelas menggambarkan Dr. Mazlee telah diminta atau dipaksa untuk berundur atas dasar ketaatan kepada kepimpinan parti dan kerajaan yang mahukannya berbuat demikian, walaupun beliau berat hati untuk melakukannya.
Dalam hal ini, selain Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu, siapakah lagi yang boleh meminta atau memaksa Dr. Mazlee untuk meletakkan jawatan?
Mustahil Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu yang meminta atau memaksa Dr. Mazlee untuk meletakkan jawatan, malah kalau beliau berbuat demikian pun, tidak mungkin Ahli Parlimen Simpang Renggam itu akan menurutinya.
Bermakna, yang boleh meminta atau memaksa Dr. Mazlee untuk meletakkan jawatan dan permintaan atau paksaan itu pula tidak boleh ditolak hanya jika ia dilakukan Perdana Menteri.
Tetapi, apakah sebabnya yang mendorong Tun Mahathir meminta atau memaksa Dr. Mazlee meletakkan jawatan?
Apakah ia berkaitan isu-isu yang berlegar di sekitar Kementerian Pendidikan atau ada sebab-sebab lain?
Dalam kenyataan medianya juga, Dr. Mazlee ada menyebut – Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan dan isu sarapan percuma.
Dalam hal ini, adakah Tun Mahathir meminta atau memaksa Dr. Mazlee meletakkan jawatan kerana adanya tekanan daripada DAP, NGO tertentu atau tauke-tauke berkaitan kontrak di Kementerian Pendidikan?
Atau Tun Mahathir ada perkiraan lain berkaitan politik?
Menguatkan lagi asas bahawa perletakan jawatan Dr. Mazlee adalah atas permintaan atau kehendak Tun Mahathir kerana hanya beberapa ketika selepas beliau mengumumkan perletakan jawatannya, dengan pantasnya keluar kenyataan media oleh Pejabat Perdana Menteri yang memakluman perletakan jawatan tersebut telah diterima.
Betapa pantasnya kenyataan media itu dikeluarkan seolah-olah ia telah disiapkan atau ditaip sebelum pun Dr. Mazlee mengadakan sidang medianya lagi.
Lantaran itu, oleh kerana yang meminta atau memaksa Dr. Mazlee meletakkan jawatan adalah Tun Mahathir sendiri, maka adalah membuang masa saja mengadakan sebarang kempen untuk mengembalikan beliau semula ke jawatan tersebut.
Selain mungkin Tun Mahathir ada muslihat atau perkiraan lain di sebalik tindakannya terhadap Dr. Mazlee itu, beliau juga diketahui jarang tunduk kepada tekanan.
Walaupun kerap melakukan U-Turn, Tun Mahathir pasti tidak akan berbuat demikian jika untung tidak memihak kepadanya. U-Turn Tun Mahathir adalah U-Turn yang boleh membawa untung.
Dalam hal ini, tidak nampak ada untungnya kepada Tun Mahathir jika Dr. Mazlee dikembalikan semula sebagai Menteri Pendidikan.
Sebaliknya, dengan ketiadaan Dr. Mazlee, Tun Mahathir mungkin ada ruang yang lebih terbuka untuk mencatur sesuatu, bukan mengenai rakyat atau negara, tetapi lebih tentang dirinya.
Semua ini hanya akan dapat diketahui atau dibaca selepas pengganti Dr. Mazlee diumumkan atau melalui rombakan kabinet dalam waktu terdekat ini.
Mungkinkah Mukhriz Mahathir yang kini merupakan Menteri Besar Kedah akan dibawa ke Pusat dalam rombakan kabinet nanti? (ShahbudinHusin 03/01/2020)

KITA MESTI KEMBALI KE MANIFESTO KITA DAN KEKALKAN PERALIHAN MEI 2020



Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia.

Tahun 2019 merupakan tahun yang mencabar bagi negara kita di pelbagai sudut. Walaupun Pakatan Harapan dapat membawa beberapa pencapaian luar biasa - termasuk dasar ekonomi pro-rakyat, pembaharuan institusi yang berterusan dan mengurangkan usia pengundian ke 18 tahun - namun hakikatnya kita harus lebih ke hadapan terutamanya dalam reformasi ekonomi. 

Banyak perlu dilakukan, bukan sahaja dari segi mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan menurunkan kos sara hidup, tetapi juga menjamin masa hadapan ekonomi kita, untuk memastikan pekerja kita dapat bersaing dalam menghadapi perubahan teknologi yang berlaku dengan begitu pantas.

Usaha segera perlu dilakukan untuk mengurangkan kesenjangan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat kita. Perkara ini semakin membimbangkan, ia bukan sahaja berlaku antara kaum yang berbeza, tapi juga dalam kalangan kaum yang sama.

Masalah ini pasti akan menimbulkan kebangkitan politik identiti agama dan kaum yang melampau yang kita sedang lihat berlaku sekarang, seperti di beberapa negara di seluruh dunia. 

Hakikatnya, Malaysia tidak boleh menjadi aman dan progresif tanpa keadilan sosioekonomi.

Tahun 2020 yang ikonik mestilah menjadi tahun pembaharuan untuk rakyat.

Pakatan Harapan mesti meneruskan proses reformasi institusi dan memaksimumkan pemodenan ekonomi kita. 

Kita mendapat berita peletakan jawatan YB Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan pada tahun baru ini. 

Saya berterima kasih kepada Dr Maszlee atas khidmatnya kepada negara. Saya yakin beliau akan terus berkhidmat kepada kawasannya di Simpang Renggam dan rakyat Malaysia umumnya dengan baik. 

Portfolio Kementerian Pendidikan bukanlah sesuatu yang mudah dan walapun kami ada berbeza pandangan, hakikatnya Dr Maszlee dapat mencapai perkara konkrit walaupun perlu menghadapi banyak cabaran.

Mahu tidak mahu, Pakatan Harapan mesti berusaha untuk menyampaikan agendanya dengan berkesan kepada rakyat Malaysia, serta memperkasakan individu yang berada di dalam kerajaan.

Selain itu, kita perlu menggandakan usaha kita untuk menunaikan manifesto kita.

Antara yang rakyat mahukan jawapan yang jelas adalah peralihan yang dijanjikan sebagaimana Muafakat Pakatan Harapan yang diumumkan pada 6 Januari 2018. 

Majlis Presiden Pakatan Harapan harus secara jelas memberikan komitmen kepada tarikh peralihan dari Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ketujuh kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kelapan pada Mei 2020 sebagaimana yang pernah dinyatakan kepada rakyat. 

Ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan demi kebaikan negara kita. Sama ada penduduk kawasan saya yang saya temui di pasar, penjawat awam di Putrajaya mahupun ahli perniagaan - mereka mahukan jawapan yang jelas dalam perkara ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Ahli Parlimen Setiawangsa

ANWAR PM, AMBIL SEMULA MAZLEE MALIK




Mazlee Malik tidak ikut Tun M ke hulu ke hilir.  Mazlee Malik tidak lakukan adegan semburit.  Mazlee Malik bukan menteri yg buat perjumpaan di rumahnya waktu malam tawarkan projek kepada MP-MP dari Umno.  Mazlee Malik bukan menteri yg berpoya2 bercuti bersama keluarga ke luar negara sampai berhutang ratusan ribu dengan syarikat.  Mazlee Malik bukan pernah buat majlis kahwin anaknya yg grand dan hebat jutaan ringgit sama hebat dgn majlis kahwin anak Rosmah.  Tetapi, beliau diminta letak jawatan juga.

Tidak sampai 48 jam, Mazlee Malik terus dapat sokongan rakyat.  Atok dikecam sehebatnya.  Maka, bagi yang menyokong Mazlee Malik perlu bersabar seketika.  Anwar jadi PM sebelum Mei ini, intan permata yang bernilai ini pasti akan dikutip oleh Anwar.  Tun M perlu mengikuti jejak langkah Mazlee Malik sebelum Mei 2020.

WFAUZDIN NS

SENDIRI HANCING : 80 % JANJI MANIFESTO PAS DI SEMUA PRU DULU & KINI..KELANTAN & TERENGGANU TIDAK DILAKSANAKAN !!!*

Baca!!

*SENDIRI HANCING : 80 % JANJI MANIFESTO PAS DI SEMUA PRU DULU & KINI..KELANTAN & TERENGGANU TIDAK DILAKSANAKAN !!!*

Di Antaranya...

1. Jika menang PRU14 di Terenggnu akan laksana Hukum Hudud

2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera.( Kelantan dan Terengganu).

3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar . (Kelantan Dan Terengganu).

4. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada Rakyat negeri.

5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas.

6. Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan.

7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah.

8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan.

9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan .

10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan. Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar dimana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd.

11. Air paip yang bersih dan terawat. (Majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah 'air tebuk' / telaga tiub) semenjak tahun 2000.) Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar dan perlancongan, terutama sektor perhotelan & pelbagai Taman Tema untuk melabur di Kelantan.

Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan  hartanah di Kelantan.

12. Tambatan Banjir Kota Bharu - sehingga kini masih belum dilaksanakan.

13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan Pas.

14. Pelabuhan Tok Bali.

15. AFTA City di Rantau Panjang.

16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian.

18. Projek Agro Tourism DiPergau Jeli.

19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor.

20. Pelabuhan Darat diKuala Krai.

21. Petrokimia City, di Bachok.

22. Eco - Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas.

23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang - Kg.Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.

24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Dimana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2, 471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003. 

25. Masjid Baru di Kampung Sireh. 

26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh. 

27. Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota Bharu.

28. Tembatan Banjir disepanjang Koridor Sungai Golok.

29. Lebuh Raya Rakyat, Machang - Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta tidak tahu kemana.

30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn Bhd.

31. Masjid Baru di Tok Bali 

32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali. 

33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk tempatan.

34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta. 

35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013. 

36. Kegagalan menangani hakisan pantai di Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).

37. MPKB - BRI dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.

38. Kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan 5, 000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.

39. Projek Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Lojing. 

40. Kegagalan kerajaan Negeri mengekalkan pelbagai kilang asing supaya kekal di Kelantan. Akibat kekurangan pelbagai kemajuan infrastruktur serta insentif menarik daripada kerajaan Negeri  dan dasar tidak mesra pelabur parti Pas. 

Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke pelbagai negeri lain. 20,000 pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut.

41. Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati. 

42. Projek pembangunan Lundang. 

43. Projek Pembangunan wakaf Mek Zainab.

44. Projek Bandar Baru Tunjong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 2,000 ekar. Gagal dilaksanakan kerajaan negeri. Kini  kes saman oleh pihak Bank menanti.

45. Projek Batutta Ville diatas tanah milik MPKB - BRI dijalan Telipot ( kawasan Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010. MOU disaksikan oleh Exco Yb Takiyuddin.

46. Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Projek MPKB - BRI bersama syarikat swasta. Pembangunan sebanyak 5  Fasa. Fasa 4 & 5 terbengkalai.

47. Projek Madinatur Raudhah diatas tanah milik kerajaan negeri sebelah di Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu. Tanah secara Kontra basis. 

48. Projek MPKB - BRI Highrise Tower diatas tapak pasar lama Arked MPKB di Kota Bharu. 

49. Projek Bazaar Tok Guru - Kota Bharu. Tapak asal IPD Kota Bharu. Gagal dimajukan serta gagal juga menjadi tempat yang popular diKota Bharu berbanding di tempat lama Arked MPKB. Tingkat 1 sahaja dipenuhi peniaga. Tingkat 2 dan 3 kosong. Peniaga banyak yang rugi dan bungkuss. Pelan layout pun hancusss..Aduhaii

50. Projek Airport City di Pengkalan Chepa milik MPKB - BRI. Seluas 200 ekar. Kegagalan kerajaan Pas Kelantan.

51. Projek Kandis Eco Tourism Bachok seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan..

Lebai Oh Lebai...
Tak Nampak Janji Manifesto Sendiri Berserabai..

Orang lain hancing kata lobai .....tapi kat punggung  dan jubah lobai tertepek taik taik hijau sambil berlari keliling kampung menipu Ahli lobai. Tak sedar lalst langau dok ikut ...Adoii.

πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ€£πŸ˜›

Ex Pas Kelantan.

(function() { var d = document, w = window; w

MASA MANA DAP DAN ANWAR TERINGIN NAK BERSAMA PAS? BARU 18 KETUL DAH PERASAN.PADA HAL HAPA PUN TAK BUAT ?

  PAS boleh terima parti lain asalkan tanpa Anwar Ibrahim dan DAP February 25, 2021  Pas boleh menerima parti lain termasuk yang bukan beras...