HARGA BARANG MELAMBUNG, KERAJAAN GAGAL KAWAL

Tiada lagi penggiliran ke sekolah mulai 17 April, kata menteri

 


Radzi Jidin berkata murid bagi kumpulan A akan hadir tanpa penggiliran
 bermula 17 April manakala kumpulan B pada 18 April.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan hadir tanpa lagi menggunakan sistem penggiliran bermula 17 dan 18 April ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin, berkata bagi murid kumpulan A melibatkan Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan hadir tanpa penggiliran bermula 17 April.

“Bagi kumpulan B iaitu murid di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Sabah Sarawak, Putrajaya dan Labuan sistem tanpa penggiliran bermula 18 April.

“Keputusan itu dibuat selepas kita melihat pengoperasian harian sekolah rendah bermula 21 Mac lalu yang secara bersemuka dan sekolah menengah bermula 4 April berjalan lancar,” katanya melalui rakaman video dimuat naik di Facebooknya.

Radzi berkata, sebelum itu kementerian mengadakan perbincangan secara panjang lebar mengenai kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan murid dan guru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Pematuhan SOP penting walaupun kita telah beralih ke fasa endemik namun masih mengekalkan sop ditetapkan. Ia penting terutama semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran dan saya memohon jasa baik ibu bapa sentiasa ingatkan anak-anak mengenai pematuhan sop sebagai satu keutamaan,” katanya.

Sebelum ini, KPM memutuskan sekolah rendah yang mempunyai jumlah enrolmen melebihi 600 pelajar, dikehendaki mengadakan pembelajaran bersemuka secara penggiliran bagi murid tahun tiga hingga lima.

Bagi murid berkeperluan khas (MBK), penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT), prasekolah, Tahun 1, 2 dan 6 bagaimanapun perlu hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

“Semua ketetapan ini turut terpakai kepada murid sekolah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM.

“Bagaimanapun, sekolah rendah swasta yang mempunyai enrolmen melebihi 600 pelajar, boleh mengemukakan permohonan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya tanpa penggiliran. KPM akan membuat pertimbangan sebelum kelulusan diberikan,” kata Radzi dipetik sebagai berkata.



APA LAGI "BOSSKU".......

 


Najib perlu fail permohonan diwakili Peguam Diraja selewat-lewat akhir Mei




Pada 8 Dis 2021 Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman
 penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dijatuhkan ke atas Najib
 Razak kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

PUTRAJAYA: Najib Razak perlu memfailkan permohonan untuk melantik Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom mewakili beliau dalam rayuan terakhirnya bagi kes membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selewat-lewatnya pada akhir Mei.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul, yang mengesahkan perkara itu, berkata jika permohonan itu tidak berjaya, bekas perdana menteri tersebut perlu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

“Sementara itu, pendengaran rayuan utama akan ditetapkan selepas permohonan QC dimuktamad. Pembelaan akan menulis kepada mahkamah untuk memaklumkan tarikh yang sesuai untuk QC menghadiri pendengaran rayuan utama selewat-lewatnya pada 18 April.

“Pembelaan turut memohon pelanjutan masa untuk memfailkan petisyen bagi rayuan utama selama dua minggu lagi. Bagaimanapun, mahkamah telah mengarahkan mereka untuk memfailkan permohonan rasmi selewat-lewatnya pada 11 April,” katanya.

Ads by Kiosked

Beliau berkata demikian kepada media selepas prosiding maya yang berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yussof dan Siti Hajar Mustaffa.

Pada 25 Jan lalu, firma guaman Tetuan Shafee & Co telah menyerahkan surat kepada setiausaha Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengenai hasrat Najib melantik QC untuk membantu beliau berhubung isu kompleks dan persoalan undang-undang dalam rayuan kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Najib kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

TARIKH SIDANG KHAS KEDUA RUU LOMPAT PARTI PERLU DITETAPKAN 11 APRIL INI

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengulangi pendirian tegas kami bahawa meluluskan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama di dalam Perjanjian Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MOU).

Amatlah jelas bahawa Pakatan Harapan tidak akan berkompromi dalam perkara ini.

Kita memahami keperluan untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi memberi punca kuasa untuk menggubal Akta Anti Lompat Parti.

Justeru, Pakatan Harapan akan menyokong Pindaan Perlembagaan pada sidang khas Parlimen 11 April ini.

Namun, syarat utama ialah draf RUU Anti Lompat Parti perlu disegerakan, dan perkara ini telah ditegaskan Jawatankuasa Pemandu MOU yang telah bermesyuarat semalam.

Ketua Pembangkang juga telah menyampaikan pendirian Pakatan Harapan ini kepada Perdana Menteri semalam.

Oleh itu, kami menggesa Perdana Menteri untuk menyatakan komitmen bahawa RUU Anti Lompat Parti tersebut akan dibentang untuk diluluskan di Parlimen dalam masa terdekat, manakala tarikh Sidang Khas kedua ini perlu ditetapkan dan diumum di Parlimen pada 11 April.

Kami turut menggesa agar Menteri yang bertanggungjawab membentang Pindaan Perlembagaan pada 11hb April turut menyatakan dengan jelas di Parlimen apakah prinsip-prinsip asas RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibentang dan diluluskan dalam Sidang Khas kedua nanti.

Pakatan Harapan percaya dengan meluluskan Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya dan demokrasi berparlimen akan dapat mula dipulihkan.

DS Anwar Ibrahim

Parti Keadilan

Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah

Negara (AMANAH)

Anthony Loke

Parti Tindakan

Demokratik (DAP)

DSP Madius Tangau

Pertubuhan

Kinabalu Progresif

Bersatu (UPKO)

8 April 2022.



TAFSIRAN LOMPAT PARTI PUNCA DITANGGUH?


PELITUP LOGO SIRIM: KENAPA SELEPAS 3 TAHUN?

 Pelitup logo SIRIM: Kenapa selepas 3 tahun?

RUU ANTI LOMPAT PARTI: SATU LAGI SIDANG KHAS DIPERLUKAN


OWH MACAM PAS LOMPAT DARI PERJUANGAN HUDUD KEPADA MENYOKONG PENYAMUN KOT

 

Teliti sebelum bentang RUU Anti Lompat Parti, kata Hadi





Abdul Hadi Awang berkata, isu lompat parti dilalui PAS sejak 1959
 sehingga dua negeri, Kelantan dan Terengganu tumbang akibat
 tindakan wakil rakyat yang melompat parti pada 1960. (Gambar
 Bernama)

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu diteliti secara menyeluruh sebelum dibentangkan di Parlimen, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berpandangan penaksiran mengenainya perlu dilakukan berdasarkan perjuangan untuk menyelamatkan rakyat, bukan diri sendiri.

“Kita perlu sedar lompat parti ada sebab-sebabnya…jika disebabkan dasar dan perjuangan betul, ia tidak boleh ditolak, tapi jika disebabkan perjuangan salah, kita boleh tolak.

“Sebab itu kita berpendapat perlu kepada penaksiran kerana perjuangan kita adalah untuk selamatkan rakyat, bukan selamatkan diri,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, ahli PAS tidak digalakkan mengikut kehendak parti jika dasar perjuangan diubah.

Menurutnya, isu lompat parti telah dilalui PAS sejak 1959 sehingga dua negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu tumbang akibat tindakan wakil rakyat yang melompat parti pada 1960.

Katanya, PAS sudah lama berusaha menangani masalah lompat parti dan disebabkan itu parti itu memperkenalkan kaedah baiah.

“Mana-mana wakil rakyat daripada PAS yang melompat parti diwajibkan meletakkan jawatan dan jika enggan melepaskan jawatan akan dilaknat Allah.

“Saya dimaklumkan pembentangan RUU Anti Lompat Parti sebagai persediaan awal termasuk di peringkat asas Perlembagaan,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa Bersatu cuba melengahkan pembentangan RUU tersebut, Hadi berkata, PAS dan parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan dan ia memerlukan perbincangan.

“Jika Ahli Parlimen Bersatu cuba untuk melengah-lengahkan pembentangan RUU itu, kita parti dalam Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perbincangan kerana kita sebahagian daripada kerajaan.

“Saya secara peribadi tidak dimaklumkan berlakunya pergolakan dalam Bersatu, mungkin hanya perbezaan pendapat dan bukannya satu pergolakan,” katanya.


DULU KATA KE MUJAHID..SEKARANG APA MACIAM..MULUT PENUH SAGON KA ?

 Barang order. Barang sampai.

Sekarang semua tersedak Sagon pura-pura sibuk beribadat padahal dulu sembang bukan main kemas kata perlu hanya 5 hari sahaja. Aryoyo355 jadi arwah, kos haji makin naik, apa lagi boleh di harapkan dengan lebai ini? Demikianlah rider.

BEZANYA KENAIKN KOS HAJI




 

25+ PELUANG KERJAYA DI INVOKE




INVOKE adalah sebuah syarikat pemula teknologi (“tech startup”) yang membangunkan produk berbentuk platform berasaskan data (“data-driven platforms”).

Sebahagian besar dari 150 tenaga INVOKE adalah dari kalangan anak muda di bawah umur 30 tahun (60% Melayu/Bumiputra Sabah Sarawak, 30% Cina dan 10% India). Mereka berkelulusan dari universiti-universiti ternama dari seluruh dunia dalam bidang kejuruteraan perisian (“software engineering”), sains data (“data scientists”), pemasaran digital, seni kreatif digital dan lain-lain. 30% dari tenaga muda INVOKE mendapat ijazah kelas pertama di universiti dan lulus A dalam semua mata pelajaran di peringkat SPM.

Gaji untuk siswazah tanpa pengalaman bermula RM3,200 sebulan. Purata kenaikan gaji tahunan adalah di antara 8% hingga 20% bergantung prestasi. Kebiasaannya anggota kerja INVOKE yang berumur 24-25 tahun mendapat gaji sekitar RM4,000 hingga RM5,000 (bergantung bidang dan prestasi) selepas bekerja 2 tahun.

Jumlah tenaga kerja di INVOKE meningkat 60% - 70% setiap tahun. Kami bermula dengan seramai 50 orang dalam tahun 2019 dan kini mencecah 150 orang. Kami dijangka mencecah 200 orang tenaga kerja dalam tahun 2023.

Pengambilan seterusnya ialah untuk jawatan-jawatan dalam bidang kejuruteraan perisian, sains data, pemasaran digital, seni kreatif digital dan komersial.

Untuk memohon, sila klik capaian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat jawatan, syarat kelayakan dan cara memohon melalui www.adnexio.jobs :

Jurutera perisian (10-15 kekosongan, terbuka kepada siswazah dalam apa-apa bidang teknikal yang berminat menjadi jurutera perisian)

https://adnexio.jobs/jobs/4377

Saintis data (3-4 kekosongan)

https://adnexio.jobs/jobs/5429

Pemasaran digital (3-4 kekosongan)

https://adnexio.jobs/jobs/4378

Seni kreatif (3-4 kekosongan)

https://adnexio.jobs/jobs/5428

Komersial (Bahasa Inggeris dan Mandarin) (1-2 kekosongan, menguruskan pasaran Asia Timur seperti Taiwan, Singapura & Cina)

https://adnexio.jobs/jobs/5427

Komersial (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) (1-2 kekosongan)

https://adnexio.jobs/jobs/4289

Untuk maklumat lanjut, layari www.invokeisdata.com