Kepala HOTAK engkau.Masa ulamak jahat PAS kecam orang lain.



Aman Muhamad



 Masa ulamak jahat PAS kecam orang lain.









Kecam sahabat Nabi.

Kecam PMX.

Memfitnah bahkan melakukan Qazaf terhadap Sahabat Nabi.

Termasuklah Qazaf terhadap PMX.


Namun bagi ulamak jahat ini, ada dia rasa bersalah?

Ada dia rasa masa dia kecam tu dosa dia berpindah kepada orang yang dia kecam?


Bila Allah balas apa yang dia buat.

Seluruh negara pula yang kecam dia.

Dia berlakon mangsa.

Dia play victim.

Dia kata dosa dia akan dipindahkan kepada orang yang keca dia.


Contoh tipikal seorang ulamak jahat.

Sejak dulu sampai sekarang.

Ialah tidak pernah berasa bersalah.

Jangan lupa, ulamak jahat yang tikam Saidina Ali.

Dia tikam sambil baca ayat al-Quran.

Dia ditangkap dan dihukum.

Sampai ke sudah tidak pernah berasa bersalah.

Dia yakin apa yang dia buat terhadap Saidina Ali.

Adalah suruhan Tuhan.


Ulamak jahat adalah sejahat-jahat makhluk di atas muka bumi.

Sejahat-jahat DAP.

Ulamak jahat PAS lebih jahat lagi.


:)



PEMBOHONGAN FAKTA SEJARAH OLEH HADI AWANG

 



Aman Muhamad



Antara pemesongan fakta sejarah oleh ulamak jahat Presiden PAS sebelum ini boleh dibaca dalam hantaran Facebooknya bertarikh 7 Mac 2026, iaitu dalam bulan Ramadan yang lalu, apabila ulamak jahat ini mendakwa imam-imam Sunni membela Syiah.







Ini adalah satu fitnah yang sangat jahat ke atas imam-imam Sunni kerana tiada langsung catatan sejarah oleh mana-mana kitab Sunni yang kata mereka pernah membela Syiah.


Fitnah jahat ulamak jahat Presiden PAS yang memfitnah Imam Hanafi mati kerana membela Imam Syiah adalah satu pembelotan sejarah yang jelas, kerana Imam Hanafi mati bukan kerana membela Syiah, tapi tidak mahu bersekongkol dengan kerajaan khilaffah Abbas yang zalim.


Tapi disebabkan ulamak jahat Presiden PAS ini mahu membela Syiah, sanggup dia menipu dan membelit fakta-fakta sejarah kononnya imam-imam Sunni membela Syiah di zaman mereka.


Orang Islam yang bermazhab Ahlus Sunnah Wal Jama'ah wajib tolak PAS yang telah menghina dan memfitnah imam-imam ASWJ dengan fitnah yang karut dan jiik.


Semoga Allah melaknat PAS dan para penyokongnya yang menhina para Sahabat Nabi, dan menghina para Imam-Imam Sunni yang mujtahidin.


🤲





Al - I'tiraf, Syair Abu Nawas - Male Acoustic Blues Cover


 

DENGAR ZIKIRNYA, BUKAN ORANGNYA


 

MUHONG


 

MALAYSIA TIDAK BOLEH BERGANTUNG PADA BUROH ASING SELAMANYA


 

Dalam ‘Cerdik’ Ada Penipuannya, Dalam Penipuannya Ada Dendam Kesumat Di Hatinya

 

Apabila gagal memperoleh sesuatu yang dihajati, mereka mula menggunakan kecerdikan untuk membalas dendam.

PENDAPAT, 23 Mei – Tulisan kali ini mengajak para pembaca merenung dalam-dalam tentang episod penipuan dan ‘melangkah’ ke arah pengkhianatan seorang pemimpin yang hilang arah pedoman.

Dalam kehidupan termasuk dunia politik, tidak semua kecerdikan digunakan untuk membawa kebaikan. Ada individu yang petah berbicara, pintar menyusun strategi dan pandai mempengaruhi orang ramai, namun di sebalik kecerdikan itu tersembunyi niat yang tidak disangka-sangka.

Pepatah “dalam cerdik, ada penipuannya dan dalam penipuannya, ada dendam kesumat di hatinya” menggambarkan sifat manusia yang menggunakan kepintaran untuk memenuhi kepuasan nafsu peribadi, bukan demi kepentingan dan hakikat sebenar.

Golongan seperti ini biasanya tampil dengan imej meyakinkan. Mereka bijak memainkan emosi rakyat, memutar fakta dan mencipta persepsi sehingga orang lain mudah terpengaruh.

Kata-kata mereka kedengaran indah, tetapi hakikatnya penuh helah dan muslihat. Mereka hingga berani menyerang secara terbuka, termasuk menggunakan sindiran, fitnah dan permainan persepsi untuk menjatuhkan pihak yang dibenci.

Apa yang lebih membimbangkan, tindakan itu sering didorong oleh dendam kesumat yang lama tersimpan di dalam hati. Apabila gagal memperoleh sesuatu yang dihajati, mereka mula menggunakan kecerdikan untuk membalas dendam. Segala usaha dilakukan bagi memburukkan individu atau pihak tertentu walaupun terpaksa mengorbankan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Seperti mana yang kita lihat pada hari ini, kita diminta menilai sesuatu isu dengan mendalam dan tidak mudah terpedaya dengan permainan emosi atau propaganda yang sengaja dicipta. Kecerdikan tanpa kejujuran akhirnya hanya membawa kerosakan, manakala dendam yang ‘dipelihara’ pula mampu memusnahkan nilai kemanusiaan.

Setinggi mana pun ilmu dan kepintaran dimiliki, tidak kira hatta dari luar negara, tetapi bukan digunakan untuk membina masyarakat yang lebih baik, wajar untuk kita menjauhi pemimpin yang bersifat pendendam menjadi toksik membawa barah kemusnahan kepada masyarakat dan negara.

Kebijakan bukannya digunakan sebagai alat menipu dan menyebarkan kebencian.

Kebijakan luhur datang dari hati yang bersih, bukannya lahir daripada kesumat lama yang entah bila selesainya.






Pelaburan RM250 Juta Mahsuri Food Jana Peluang 250 Pekerjaan Baharu Di Negeri Sembilan

 


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir merasmikan kilang Mahsuri Food di Bandar Enstek, Nilai pada 22 Mei 2026. Foto Media MNBS

SEREMBAN, 23 Mei – Satu lagi kejayaan dirintis kerajaan Negeri Sembilan apabila perasmian kilang baharu Mahsuri Food di Bandar Enstek, Nilai semalam, menandakan pelaburan strategik bernilai RM250 juta yang menjadi bukti keyakinan pelabur terhadap potensi negeri itu.

Projek ini amat bermakna kerana ia bakal mewujudkan 200 hingga 250 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk teknikal dan R&D, merancakkan ekonomi setempat melalui limpahan manfaat kepada sektor logistik dan perniagaan kecil.

Ia aekali gus memperkukuh kedudukan Negeri Sembilan sebagai peneraju hab industri makanan halal yang progresif dan stabil.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir merasmikan kilang Mahsuri Food di Bandar Enstek, Nilai pada 22 Mei 2026. Foto Media MNBS

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, kewujudan kilang ini merupakan antara bentuk pelaburan yang amat diperlukan Negeri Sembilan kerana bukan sahaja merancakkan ekonomi negeri, malah membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan.

“Saya juga melihat pemilihan Bandar Enstek sebagai lokasi pelaburan amat tepat memandangkan kawasan ini semakin berkembang sebagai hab pertumbuhan baharu yang mempunyai akses logistik dan infrastruktur yang baik.

“Kehadiran industri seperti Mahsuri Food akan memberi limpahan manfaat kepada ekonomi setempat termasuk sektor logistik, pembekal tempatan, kontraktor serta peniaga kecil di kawasan sekitar,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Para pekerja mahir yang ceria menyambut kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang merasmikan kilang Mahsuri Food di Bandar Enstek, Nilai pada 22 Mei 2026. Foto Media MNBS

Untuk rekod, Negeri Sembilan mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai antara peneraju industri makanan halal dengan sokongan pelaburan moden, teknologi automasi serta pasaran antarabangsa yang semakin berkembang.

“Semoga pembukaan kilang baharu ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi di Negeri Sembilan serta terus membuka peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi rakyat dan memacu pembangunan negeri secara mampan,” ujarnya lagi.



SAYA CINA, TETAPI SAYA BERPANDANGAN BAHAWA TIADA KEPERLUAN UEC DIKKTIRAF



Adrian Lim Chee En

 









 SAYA CINA, TETAPI SAYA BERPANDANGAN BAHAWA TIADA KEPERLUAN UEC DIKKTIRAF

Statistik KPM menunjukkan bahawa sejak lima tahun ke belakang ini, cuma 1 - 2 ribu pelajar daripada 400 ribu pelajar di seluruh negara memilih untuk mengambil UEC tanpa SPM.
2025: 413,299 pelajar SPM (10,944 pelajar UEC -> 9,580 pelajar UEC ambil SPM)
2024: 378,606 pelajar SPM (10,617 pelajar UEC -> 8,689 pelajar UEC ambil SPM)
2023: 373,525 pelajar SPM (10,472 pelajar UEC -> 8,306 pelajar UEC ambil SPM)
2022: 373,974 pelajar SPM (11,430 pelajar UEC -> 8,930 pelajar UEC ambil SPM)
2021: 382,156 pelajar SPM (11,497 pelajar UEC -> 8,758 pelajar UEC ambil SPM)
Setiap tahun, cuma 1 - 2 ribu pelajar daripada 400 ribu pelajar di seluruh negara memilih untuk mengambil UEC tanpa SPM.
1 in 200 atau 0.005% students mengambil UEC tanpa SPM.
0.005%!!!
Maka persoalan yang timbul ialah, kenapa perlunya dibangkitkan isu UEC sehingga mencetuskan polemik yang begitu besar di seluruh negara?
Adakah ianya berbaloi untuk mengakibatkan ketegangan dalam kalangan 99.995% semata-mata nak “beri hadiah” kepada ibu bapa 0.005% pelajar yang menduduki UEC tanpa SPM, di mana 0.005% ini tidak minta pun!
Saya bukan salahkan ibu bapa 0.005% ini, kerana 0.005% yang mengambil UEC tanpa SPM ini, ibu bapa mereka sedar & tahu bahawa UEC tidak diiktiraf oleh IPTA mahupun sektor awam. Dalam keadaan sedar akibatnya, mereka masih membuat keputusan supaya anak-anak mengambil UEC tanpa SPM, maka itu hak mereka lah kerana mereka tidak mempunyai rancangan untuk menghantar anak-anak ke IPTA mahupun mohon pekerjaan di sektor awam di masa akan datang.
So… bagi hadiah yang tidak diminta kepada 0.005% VS mengakibatkan ketegangan dalam kalangan 99.995%
Was it really worth it??
Sejak seminggu ini, saya juga dapati satu kumpulan Cina tak habis-habis mendesak supaya UEC diiktiraf sepenuhnya.
Kumpulan ini keahliannya 100% Cina. 100% Cina!
Tidak ada kaum lain dalam kumpulan mereka waima 1% pun.
Seperti “UEC on steroids”, dari pimpinan peringkat tertinggi ke peringkat bawah, dari Presiden ke Timbalan Presiden ke Naib Presiden, dari sayap Wanita ke sayap Pemuda, kumpulan 100% Cina ini mengeluarkan berpuluh-puluh kenyataan media dalam bahasa Cina di pelbagai laman media sosial dan akhbar.
Ada dalam kalangan mereka juga berjawatan dalam kerajaan negeri.
Saya kepilkan tangkap layar posting-posting berbahasa Cina dari kumpulan 100% Cina ini untuk tatapan semua.
“统考” yang ditulis dalam kenyataan-kenyataan kumpulan 100% Cina mereka bermaksud “UEC”.
Ye. Saya Cina. 100% Cina. But I will say it again.
Enough is enough lah! Saya Cina yang berpandangan bahawa tiada keperluan UEC diiktiraf.






PAS dan UMNO tiada beza



EM JAY