Nak menang kena ada kombinasi jentera parti, kualiti pemimpin dan calon Perdana Menteri. SIAPA CALON PM PAS




 Dalam Malaysia ini untuk memerintah kena menang sekurang-kurangnya 112 kerusi dari 222 kerusi Parlimen yang di pertandingkan. Tak kisahlah menang kerusi parlimen dengan 50K majoriti atau 50 majoriti, parlimen kita guna konsep first pass the post. Dalam PRU15 PH, dapat dalam 38% dengan undi popular 5.9 juta. Untuk jadi kerajaan, sesebuah gabungan kena bertanding semua kerusi 222 atau berkerjasama dengan parti yang lain untuk membentuk kerajaan selepas menang, jadi kalau masuk PRU dan hanya mampu bertanding 50 kerusi, biasanya matlamat bukan hendak jadi kerajaan tapi lebih pada “king maker” atau mengacau sahaja.



Lanskap politik negara banyak berubah lepas PRU15, kita tengok ada gabungan politik atas nama kerajaan perpaduan sebab tak ada gabungan yang cukup jumlah untuk tubuh kerajaan dengan sendirinya. Walaupun gabungan ini rapuh, setakat ini dari segi ekonomi, kepercayaan pelabur asing, tukaran matawang terbaik di Asia Tenggara. Ini bukan datang bergolek tapi di atas kemahuan politik, contohnya subsidi bersasar; Budi Madani, subsidi elektrik, pengapungan harga ayam, penstrukturan gaji progresif, semakan skim persaraan awam, penyelerasan semua gaji penjawat awam, reformasi urus tadbir dan anti rasuah , pelan induk perindustrian dan pelan hala tuju peralihan tenaga negara. Tapi bukan semua cerah dan ada pelangi, ada juga kritikan tentang SPRM yang di gunakan menekan sesetengah ahli politik yang tidak sehaluan dan berberapa perkara lain yang boleh di perbaiki. Secara keseluruhan, kerajaan madani ini dapat mengharungi isu luaran macam perang tarif dan perang US-Iran dengan stabil, bayangkan kalau kita tak mulakan budi madani akhir tahun lepas, sudah tentu keadaan lebih teruk.


Ambil contoh budi madani yang pakai IC untuk 300 liter untuk semua rakyat Malaysia yang ada lesen, salah satu alternatif penyelarasan selain dari kaedah ini adalah menggunakan data PADU yang akan mengira pendapatan keluarga dalam PADU yang pendapatan boleh guna bersih ( lebih tepat dari B40, M40 dan T20), Sudah tentu kalau guna data PADU, penyelarasan semula akan lebih tepat tapi untuk mereka yang mananya T20 dan M40, kebanyakan tidak akan tersenarai dalam penerima subsidi. Kalau ini berlaku mungkin the right thing for the country direction, tapi it’s a political disaster buat kerajaan yang memerintah. Jadi budi Madani adalah salah satu langkah kompromi terbaik yang mana kebanyakan rakyat masih dapat rasa subsidi walaupun nilai penjimatan kurang dari laksanakan penyelarasan guna data PADU.


Ini yang di namakan Ekonomi yang Ideal vs. Realiti Politik.

Di sinilah teori ekonomi bertembung dengan dinding realiti pilihan raya. Sistem FPTP (First-Past-The-Post) di Malaysia bermakna undi popular dari setiap segmen adalah nyawa kepada sesebuah kerajaan. Menggunakan PADU secara ekstrem akan mencetuskan tindak balas politik (backlash) yang teruk disebabkan oleh:


A. Kemarahan Golongan M40 (The Squeezed Middle)
* Kelompok M40 adalah kelompok yang paling sensitif. Gaji kasar mereka kelihatan "selesa" pada kertas, tetapi komitmen bandar mereka sangat tinggi.
* Jika algoritma PADU memutuskan bahawa seorang pekerja profesional dengan gaji RM7,000 di Kuala Lumpur "tidak layak" menerima bantuan kerana formula NDI menganggap mereka masih mampu, kelompok ini akan berasa dihukum kerana bekerja keras.
* Kelompok M40 adalah kelompok yang paling lantang di media sosial dan merupakan swing voters (pengundi atas pagar) yang menentukan naik turun sesebuah kerajaan.


B. "Welfare Shock" & Kehilangan Hak Istimewa (Entitlement)
* Rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan sistem subsidi pukal sejak berpuluh tahun. Berpindah ke BUDI MADANI (sistem berasaskan kelompok) pun sudah cukup mengejutkan (welfare shock).
* Jika kerajaan menapis pula menggunakan PADU di mana penarikan subsidi dilakukan secara mendadak dan meluas (merangkumi petrol RON95, kesihatan, dan pendidikan), rakyat akan merasai impak inflasi serta-merta pada kos sara hidup harian mereka.
* Dalam psikologi pengundi, mereka tidak mengira berapa bilion kerajaan dapat jimat; mereka hanya mengira berapa ratus ringgit wang mereka yang hilang setiap bulan di pam minyak atau kedai runcit.


C. Naratif Pembangkang yang Mudah: "Kerajaan Tarik Balik Bantuan"
* Dari sudut komunikasi politik, formula rumit PADU (NDI, PAKW, algoritma geografi) sangat susah untuk diterangkan kepada mak cik dan pak cik di kampung atau pekerja kilang di pinggir bandar.
* Pihak lawan politik tidak memerlukan formula rumit untuk menyerang. Mereka hanya perlu satu naratif mudah: "Kerajaan hari ini zalim, semua benda ditarik, rakyat makin susah." Naratif ringkas ini jauh lebih menangkap emosi pengundi berbanding slaid pembentangan ekonomi yang menunjukkan "penjimatan fiskal negara."
"Secara ekonomi, data PADU adalah 'pisau bedah' yang sangat tajam untuk memotong pembaziran subsidi, bermakna kerajaan boleh jimat jauh lebih banyak duit berbanding kaedah kelompok BUDI MADANI. Namun secara politik, pisau bedah yang terlalu tajam ini akan melukai terlalu ramai pengundi kelas pertengahan (M40) yang memegang kunci kemenangan pilihan raya, sekali gus menukar penjimatan kewangan menjadi kerugian undi yang amat besar."
Semua ahli politik masuk pilihan raya nak menang kerusi, masuk dengan manfesto tersendiri, kalau terlalu populis akan memakan diri waktu perlaksanaan dan perlu ada kemahuan politik untuk laksankan manfesto tersebut.


Jadi kalau masuk bertanding kurang dari 222 kerusi, regardless bombastik mana pun manfiesto, macam mana nak laksanakan kalau tak dapat jadi kerajaan? Sudah tentu kalau Pakatan Harapan masuk bertanding secara solo pun PRU16, peluang untuk tubuh kerajaan lebih tinggi dari mana-mana parti tunggal yang masuk bertanding. Dan nak masuk dalam PRU bukan murah, ingat waktu PRU15 ada parti politik sangat mewah kempen dia, boleh bayar influenser beratus-ratus ribu, bila masuk mahkamah baru kita tahu itu semua dana dari Janawibawa, dan ada juga parti yang disahkan oleh mahkamah rasuah semasa plihan raya. Dan PRU16 akan jadi medan yang berbeza.


Nak menang kena ada kombinasi jentera parti, kualiti pemimpin dan calon Perdana Menteri. Malaysia bukan di UK, buat satu dua ceramah yang reteorik boleh terus menang. Di Malaysia ahli politik kena pandai bergaul dengan pengundi, salam empat mata, baru ada connection dengan pengundi. Setakat ini kerajaan negeri PH dan Madani dari segi ekonomi terbukti lebih baik dari mana-nama kerajaan sebelum ini. Ini yang rakyat terbanyak mahu, peluang perkerjaan, pendidikan , kos sara hidup dan kestabilan ekonomi, urus tadbir bersih dan integriti, dan jaminan kestabilan politik dan kesejahteraan sosial. Walau pun dari kestabilan politik dan integriti boleh di perbaiki lagi.

Tak ada pengundi yang nak bekalan air terputus, anak-anak terpaksa merantau luar negeri sebab tak ada peluang pekerjaan dan sampah tidak di angkut. Benda ini jadi sebab pemimpin yang di angkat tidak kompeten, regardless kalau ada PHD pun, tapi kalau tak reti nak mentadbir macam bonus pun mengemis Federal, proof is in the puding. Bagi pendapat peribadi saya, Pakatan Harapan masih lagi di lihat sebab koliasi yang releven untuk masuk PRU16 di atas sebab-sebab yang di sebut di atas.


Kalau tidak alternatif macam PN ( yang track rekod tidak kompeten dan mereka sendiri tak ada kestabilan politik walaupun ironic tagline bersih dan stabil masa PRU15) akan memerintah, nauzubillah kalau lebai-lebai ini dapat kuasa selama 5 tahun, yang pasti perkara pertama yang mereka buat perbanyakkan lantikan politik yang tak ada fungsi, tukar kereta baru, tambah isteri dan bina rumah besar untuk diri sendiri, sedangka isu perkauman dan agama yang mereka selalu hasut akan jadi status quo macam tahun 2020-2022.
MMMS




No comments: