
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Amir Hamzah pada pada Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 12 di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bukit Kiara pada 22 Mei 2026.
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Malaysia tidak boleh terus mengharap pergantungan kepada tenaga buruh asing murah sekiranya mahu meningkatkan pendapatan rakyat dan memperkukuh daya saing negara, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, untuk itu, kerajaan kini memberi tumpuan terhadap latihan teknikal dan pendidikan vokasional (TVET) serta pembangunan sumber manusia tempatan bagi memenuhi kehendak sektor industri.
“Kita meningkatkan latihan melalui TVET dan universiti, namun negara tidak boleh terus bergantung kepada buruh asing murah selama-lamanya,” katanya pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 12 di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bukit Kiara di sini.

Pada masa sama, Anwar mengakui isu gaji rakyat telah lama diabaikan termasuk melibatkan golongan Bumiputera.
Katanya, kajian mendapati peningkatan pendapatan Bumiputera sebelum ini lebih banyak dinikmati golongan kaya dan kroni berbanding rakyat biasa.
“Cabaran utama kini ialah menghapuskan polisi lapuk serta budaya rasuah yang telah lama bertapak walaupun kita berdepan tentangan kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, sasaran kerajaan adalah meningkatkan pampasan pekerja kepada sekitar 40 hingga 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Katanya, angka itu masih rendah ketika ini iaitu sekitar 33.5 peratus pada tahun 2023.
“Data menunjukkan gaji penengah rakyat Malaysia hanya sekitar RM3,167 dan hanya 12 peratus pekerja sektor formal menerima pendapatan RM10,000 ke atas.
“Ini menunjukkan kita perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya.
No comments:
Post a Comment