PM Anwar Serah Sumbangan Kepada Pesakit Kanser Sempena Tahun Baharu Cina

 


Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada Pau Chin di Semambu, Kuantan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser payudara tahap empat, Chai Pau Chin di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.

Sumbangan wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang, yang menziarahi Pau Chin di kediamannya.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada Pau Chin di Semambu, Kuantan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban ditanggung dan membawa sedikit keceriaan kepada Pau Chin serta keluarganya.


“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat beliau dalam menempuh dugaan ini,” kata hantaran semula di Facebook Perdana Menteri hari ini.




DIA GAGAL JAGA DI DALAM NEGERI KEDAH-4 GERAN KERAJAAN PUSAT- 1 PINJAMAN. 2021- SISTEM LANTIK- AKMAL NASIR KECEWA - SANUSI HERDIK | LRA JADI BATU NESAN



Dah 4 tahun LRA tak siap. Akmal turun bantu. Diherdik pulak. Apa jenis manusia ini?



TIBA TIBA PAS TERPALING CINA! SEBELUM INI FITNAH PEMIMPIN PEMIMPIN CINA ...


Ingat dulu, ketika Sheraton Move, memekak mereka ini mahukan Kerajaan Melayu Islam. Katanya Melayu dan Islam terancam. Mereka jatuhkan Kerajaan supaya mereka dapat memerintah 33 bulan, dimana 90% pemimpin Melayu Islam di dalam Kabinet. UMNO+Pas+Bersatymenerajui ketika Covid. Namun apa terjadi? Judi naik dari 8 ke 21 kali, arak Timah Malaysia dilancarkan, Jana Wibawa jadi projek curi duit rakyat, Pas rasuah pengundi, Menteri Pas langgar PKP dan ke Thailand berkahwin lari. Bukan itu sahaja, mereka bergaduh sakan. Saban bulan, kita dengar tak puas hati. UMN rasa dianaktiri. Dua menteri Kabinet buat open war, yang satu dipanggil Penyu dan satu lagi dipanggil Kunyit. Orang tengok pun naik pening. To top that, mereka derhaka Agong lagi. Sebab nak berpegang kepada kuasa, mereka buat darurat berpanjangan, Agong ditolak tepi. Bila tak dapat berkuasa, bekas PM mereka menghina Agong pula. Itu ceritanya, “Kerajaan Melayu Islam” kita. Sebagai Melayu dan Islam, malu saya nak mengaku. Tiada langsung perangai Melayu dan Islam disitu. Rasuah dikatakan sedekah, menipu dikatakan harus, fitnah disucikan. Manakala, pemimpin mereka memperlekeh Raja Melayu. Saya dah tulis banyak kali kerajaan Melayu Islam itu hanya wayang dan naratif politik semata. Takkan kekal lama. Masin mulut saya. Nahhhh… sekarang mereka sudah tukar wayang gambar. Sejak jatuhnya kerajaan 33 bulan. Set-set ini makin liberal ya. Acah-acah pro berbilang bangsa. Tetiba Tahun Baru Cina semua berpusu-pusu nak blend in jadi Cina. Yee Sang dan Tarian Cina, pendakwah kata khurafat tapi pemimpin PN buat jugak. Punya bangga mereka memakai baju merah sambil Yeee Sang, Yee Sang angkat chopstick Pemuda Pas buat ucapan Tahun Baru Cina. Hanya dalam bahasa Mandarin ya. Tiada langsung bahasa Kebangsaan. Sanggup tadah telinga dikecam. Dulu Kalau orang lain buat, mereka akan kata Bahasa Melayu terancam. Itulah dia tuan puan. Politik ini seperti gusti. Mereka olok-olok bergaduh dan membenci. Tetapi sebab kuasa sanggup telan ludah sendiri. Satu data yang kita kena hadam selalu. Melayu Islam di Malaysia hanya 58%. Dalam konteks bina negara, penduduk majoriti kena berkongsi kuasa. Ini yang Pemimpin PN baru tersedar. Pengundi Melayu mereka sudah tepu. Itu sebab pengundi Cina 21% pula mereka buru. Sebagai pengundi dalam negara multi racial ini. Our role wajib selalu award the centrist. Mereka yang progresif dan moderate. Yang tidak terpaling kanan atau kiri. Dalam Islam pun minta kita ber-wasatiyah. Duduk tengah-tengah. Namun, kita tengok betul-betul politikus. Sebab nakkan undi kita, banyaknya wayang. Ini contoh-contoh langkah desperate politikus, bila sudah langgar dinding. Unta pun boleh terbang.


Habislah!? Anwar mengamuk besar sebentar tadi!? Mana Najib!?




CEPAT TENGOK VIDEO INI : SAMAN DISELESAI CARA MEDIASI- RAFIZI VS TUAN IBRAHIM ISU KASA.

TAHNIAH DS MAT SABU TINDAKAN BERANI! PERASUAH DIDAKWA! DAN CUBAAN MAHATH...



Bekas pegawai Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah AS$300,000 daripada syarikat pembekal baja Singapura. Tertuduh, Nordin Ibrohim, 77, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Mengikut kertas pertuduhan, Nordin didakwa menerima suapan iaitu wang berjumlah – AS$200,000 dan AS$100,000 – daripada Kim Jong Kwa, Pengarah Syarikat Sung Chang Asia Pte. Ltd. Mengikut fakta kes, Kim Jong Kwa didakwa memindah wang daripada akaun bank milik syarikatnya ke akaun bank milik tertuduh sebagai upah membantu syarikat itu dilantik sebagai pembekal baja kepada pesawah oleh NAFAS. Nordin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Plaza Mont Kiara di sini antara 16 November dan 21 Disember 2022, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. ========================================================================== Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kedudukan wakil rakyat Umno dalam kerajaan hanya 'lalat'. Mahathir menggunakan perumpanaan itu sebagai memetik pandangan pemimpin DAP terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh baru-baru ini. "Yang berhormat ahli Umno, mengikut Nga Kor Ming, Umno hanya lalat. Nga Kor Ming adalah singa. "Sebab takut singa, Umno terima jadi lalat. Inilah Umno sekarang. Tidak lebih dari lalat


TIBA TIBA NAK JADI TERPALING CINA. TAK INGAT KAH KAMU SEMASA JADI KERAJAAN 33 BULAN DULU ? BUKANKAH LAUNGAN MELAYU TERANCAM SANGAT SINONIM ?


 Tiba-tiba semua nak berlakon jadi terpaling Cina…

OLEH LIYANA MARZUKI



Ingat dulu, ketika Sheraton Move, memekak mereka ini mahukan Kerajaan Melayu Islam. Katanya Melayu dan Islam terancam.


Mereka jatuhkan Kerajaan supaya mereka dapat memerintah 33 bulan, dimana 90% pemimpin Melayu Islam di dalam Kabinet. UMNO+Pas+Bersatymenerajui ketika Covid.


Namun apa terjadi? Judi naik dari 8 ke 21 kali, arak Timah Malaysia dilancarkan, Jana Wibawa jadi projek curi duit rakyat, Pas rasuah pengundi, Menteri Pas langgar PKP dan ke Thailand berkahwin lari.

Bukan itu sahaja, mereka bergaduh sakan. Saban bulan, kita dengar tak puas hati. UMN rasa dianaktiri. Dua menteri Kabinet buat open war, yang satu dipanggil Penyu dan satu lagi dipanggil Kunyit. Orang tengok pun naik pening.


To top that, mereka derhaka Agong lagi. Sebab nak berpegang kepada kuasa, mereka buat darurat berpanjangan, Agong ditolak tepi. Bila tak dapat berkuasa, bekas PM mereka menghina Agong pula.


Itu ceritanya, “Kerajaan Melayu Islam” kita. Sebagai Melayu dan Islam, malu saya nak mengaku. Tiada langsung perangai Melayu dan Islam disitu.


Rasuah dikatakan sedekah, menipu dikatakan harus, fitnah disucikan. Manakala, pemimpin mereka memperlekeh Raja Melayu.


Saya dah tulis banyak kali kerajaan Melayu Islam itu hanya wayang dan naratif politik semata. Takkan kekal lama. Masin mulut saya.


Nahhhh… sekarang mereka sudah tukar wayang gambar.

Sejak jatuhnya kerajaan 33 bulan. Set-set ini makin liberal ya. Acah-acah pro berbilang bangsa.



Tetiba Tahun Baru Cina semua berpusu-pusu nak blend in jadi Cina. Yee Sang dan Tarian Cina, pendakwah kata khurafat tapi pemimpin PN buat jugak. Punya bangga mereka memakai baju merah sambil Yeee Sang, Yee Sang angkat chopstick.


Pemuda Pas buat ucapan Tahun Baru Cina. Hanya dalam bahasa Mandarin ya. Tiada langsung bahasa Kebangsaan. Sanggup tadah telinga dikecam. Dulu Kalau orang lain buat, mereka akan kata Bahasa Melayu terancam.


Itulah dia tuan puan. Politik ini seperti gusti. Mereka olok-olok bergaduh dan membenci. Tetapi sebab kuasa sanggup telan ludah sendiri.


Satu data yang kita kena hadam selalu. Melayu Islam di Malaysia hanya 58%. Dalam konteks bina negara, penduduk majoriti kena berkongsi kuasa.


Ini yang Pemimpin PN baru tersedar. Pengundi Melayu mereka sudah tepu. Itu sebab pengundi Cina 21% pula mereka buru.


Sebagai pengundi dalam negara multi racial ini. Our role wajib selalu award the centrist. Mereka yang progresif dan moderate. Yang tidak terpaling kanan atau kiri.


Dalam Islam pun minta kita ber-wasatiyah. Duduk tengah-tengah.

Namun, kita tengok betul-betul politikus. Sebab nakkan undi kita, banyaknya wayang.


Ini contoh-contoh langkah desperate politikus, bila sudah langgar dinding. Unta pun boleh terbang.




Penduduk Tongod Anggap STR Sebagai ‘Penyelamat’

 

Penduduk Tongod juga mencadangkan agar inisiatif kerajaan yang lain seperti program Jualan Rahmah MADANI diperluas ke Tongod untuk meringankan kos sara hidup. Foto Arkib

TONGOD, 30 Jan – Penduduk di Tongod, daerah yang dikenali sebagai daerah paling miskin di Malaysia, melihat bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai ‘penyelamat’ yang memberikan peluang untuk bertahan sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang paling memerlukan.

Tongod mencatat kadar kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia iaitu 5.9 peratus berdasarkan Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIS) 2022 oleh Jabatan Perangkaan.

Ibu tunggal dari Kampung Tongod, Jolleta Salim, 45, berkongsi bahawa STR membantu menampung kos rawatan dua anaknya berusia 15 dan 20 tahun yang menghidap talasemia dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, terletak 190 kilometer dari Tongod.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 yang jauh melangkaui kadar inflasi negara mencerminkan tekad kerajaan untuk memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat negara ini bertambah baik. Foto Kementerian Kewangan

Bantuan itu katanya menjadi ‘penyokong’ penting dalam menempuh hidup sebagai ketua keluarga dan membiayai lima anaknya dengan latar ekonomi yang semakin mencabar.

“STR memberi manfaat kepada semua penduduk di daerah Tongod terutamanya yang kurang berkemampuan. Selain kos rawatan, saya guna STR untuk menampung perbelanjaan sekolah dan barang dapur,” katanya kepada Bernama.

Seorang petani dari Kampung Kiliwatong, Morven Janal, 44, pula berharap kerajaan meneruskan STR yang disifatkan cukup besar ertinya kepada penduduk di luar bandar terutama mereka yang tidak berpendapatan tetap sepertinya.

Beliau yang menghidap penyakit resdung sejak empat tahun lepas menggunakan duit bantuan STR untuk menampung kos rawatan termasuk perjalanan ke hospital yang melebihi RM100 setiap kali janji temu dengan pakar di hospital sama.

“Saya berjimat dengan duit STR ini, selain untuk kos kesihatan, bantuan ini juga menampung keperluan keluarga termasuk persekolahan lima anak,” katanya.

Suri rumah dari Kampung Sanan Entilibon di sini, Patrisiah Lumin, 44, berkata banyak faedah diperoleh daripada STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang membantu menampung kos rawatan kesihatan serta pendidikan lima anaknya.

“Pendapatan keluarga hanya bergantung kepada hasil bertani suami. Dengan bantuan ini kami mampu beli buku, pakaian sekolah anak dan menampung kos rawatan darah tinggi dan kencing manis saya,” katanya.

Patrisiah juga berharap bantuan STR mahupun SARA diteruskan setiap tahun kerana bantuan itu penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga.

Beliau juga mencadangkan agar inisiatif kerajaan yang lain seperti program Jualan Rahmah MADANI diperluas ke Tongod untuk meringankan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Pegawai Pembangunan Masyarakat di Tongod Kamrin Satah berkata terdapat 1,082 penerima STR di daerah Tongod dengan 502 penerima diberikan baucar secara tunai manakala 580 penerima dibayar menerusi akaun bank.

“Pemberian STR ini menepati sasaran kerana penerima sedia ada merasakan ia dapat meringankan beban mereka, terutamanya yang mempunyai tanggungan ramai,” katanya.



MAJLIS AGAMA MANA YANG BOLEH SAHKAN.

Rougf  Ab Man




 Mohon PENCHERAHAN..


majlis Fatwa mana yang mengesahkan

Andai Sikap Ulama yang ingin memecah-belah kan Ummah..

Makanya adalah wajar Menolak kefahaman Mubafiqin 

Nauzubillah min zaliq Qhalla : 

Bawak mai tunjuk hadis

Cukup dengan kita SEDAR dosa Fitnah

*BUKAN sekadar bayar Saman..

Biar tak jadi PEMIMPIN

Daripada Jadi Pemfitnah 

Nauzubillah min Zaliq .

Tak cukup sebar 'FITNAH' dlm ucapan2 sehingakan dalam DOA pon sanggup memFITNAH, Islam kah kita, tuhan pon nak ditipunya❓❗



Ehhh.. SIAPA YANG KELUARKAN KENYATAAN YA.?

 


KUALA LUMPUR, JAN 30 - MCA akan memastikan tiada insiden berulang membabitkan sensitiviti umat Islam seperti kekhilafan membabitkan MCA Johor baru-baru ini.



Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, beliau telah membuat teguran kepada MCA negeri itu dan mengarah langkah memperketat pengurusan laman sosial yang hanya boleh dikendalikan Ketua Pentadbir MCA Johor.


Katanya, MCA Johor juga telah membuat permohonan maaf atas kejadian itu dan pada masa sama ia sama sekali tidak mewakili pendirian parti.


“Saya pun sudah tegur dan minta perkara ini dapat dilihat sebab kita tak mahu kekhilafan ini berulang,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA semalam.


#BeritaKS



Razman Jelik Rifaat Jijik


Zuwairi Md Yusof






Kita di kejutkan dengan perangai jelik dan jijik anak beranak dari Perak bulan ini apabila si anak mempertahankan si bapak yang juga Pesuruhjaya PAS Perak dan Adun Gunong Semanggol dengan posting palatao dia itu.Terbaru kita di gemparkan pula dengan posting si Rifaat yang berani melemparkan tuduhan ke atas khutbah Jumaat esok yang di sediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak.Ini sudah melampaui batas harap ada laporan polis di buat ke atas Rifaat sebab berani memfitnah wakil kepada Sultan Perak yang ingin berdakwah kepada umat Islam di Perak melalui khutbah Jumaat mingguan.


Kepada seluruh rakyat Perak sekalian,lihatlah sendiri bagaimana PAS bermain api fitnah dan memburukkan pihak agensi Islam Perak demi kelangsungan politik PAS.Ini sebenarnya cara PAS menunggang Islam.



KEH.. KEH.. KEH.. KENA TROLL PUN KECOH... UPSEREYNAPETEY


 

APA YANG PELIKNYA PESAWAH DI SEKINCHAH TAK MERUNGUT PUN. MEREKA BERJAYA DENAGN 4 MUSIM TUAIAN. PUNCANYA MUDAH SAJA.... JANGAN TANAM DAN TINGGAL.


 

NEGARA KINI BERADA DI LANDASAN TERBAIK


 

BEGINILAH YANG DIPASAK KE MINTA WALAUN.


 

Woiii Rifaat anak Haji Razman Zakaria…

Hasnul Zulkarnain


Kamu sudah melampau batas. Tuduhan dan sangkaan jahat kamu terhadap JAIPK kerana khutbah Jumaat esok bertajuk FITNAH. 





Utk pengetahuan bani PAS yg beria nak pertahan Pak Teh ni, teks khutbah Jumaat telah disediakan awal 3 bulan. Ada jadual turutan teks yg akan diedarkan kpd khatib.


Kebetulan khutbah kena pula dgn kerja fitnah jahat drp bapak kamu. Dan memang sepatutnya kamu terasa kerana bapak kamu tak pernah insaf dgn keceluparan mulut spt otak letak di lutut. 


Satu lagi aku nak tegur kamu, teks khutbah berkaitan Israk Mikraj telah dibaca pd 24 Jan 2025. Kamu tidur ke masa khatib baca khutbah..



JANGAN PERASAN LA SETAKAT 40 KERUSI.


 

RAZMAN FITNAH LAGI. BANTUAN KE SEKOLAH CINA OAS JUGA BERI.. ZAMAN MADANI 150 JUTA UNTUK SEKOLAH AGAMA. TONTON SAMPAI HABIS. SAMAN LIDAH SETAN INI.


 

IMAN ITU TIDAK BOLEH DIWARISI. TAPI KEBANGANGAN BOLEH

 

Selangor Rabel. 


PAS telah membuktikan IMAN tidak boleh diwarisi ,tetapi bangang itu boleh. 




AWAS. JANGAN TERPEDAYA.


 

LEPAS DEEPSEEK US

Fathi Aris Omar


 Selepas DeepSeek menggoncang industri kepintaran buatan (AI), semalam sebuah lagi syarikat China menawarkan model yang lebih hebat.


Alibaba Group Holding dakwa modelnya Qwen 2.5-Max lebih hebat, “comprehensively outperformed”, model DeepSeek-V3, lapor South China Morning Post.


Model baharu Alibaba juga lebih baik daripada dua model syarikat Amerika: GPT-4o milik OpenAI dan juga Llama-3.1-405B keluaran Meta (pemilik Facebook, Instagram dan WhatsApp).


Berita mengejut itu diumum melalui WeChat, aplikasi media sosial China, pada hari sambutan Tahun Baharu Cina.



Syarikat pemula DeepSeek ditubuh hanya pada 2023 dan kurang dikenali tetapi mendakwa mampu mengeluarkan model LLM yang sehebat OpenAI dan Google. 


Dakwaan paling mengejutkan daripada DeepSeek, hingga menggoncangkan keyakinan pelabur teknologi dan AI, ia boleh sehebat itu dengan dana US$5.6 juta sahaja dan cip kurang maju. 


Dakwa DeepSeek, ia menggunakan 2,000 unit Nvidia H800 GPU, cip yang kurang maju, untuk melatih model AI-nya, DeepSeek-R1. 


Sementara OpenAI, syarikat terhebat Amerika Syarikat, menggunakan 25,000 unit H100 GPU, cip lebih maju, dengan dana US$100 juta untuk melatih GPT4.


Sementara Alibaba sudah lama ditubuhkan, 1999, oleh usahawan terkemuka negara itu Jack Ma. Ia menyediakan pelbagai kemudahan teknologi e-dagang, misalnya Alipay, AliExpress dan perkomputeran awan. 


Saham Alibaba naik 1.2 peratus susulan pengumuman terbarunya, lapor Euro News, sementara dalam tempoh enam bulan sudah meningkat 25 peratus.


REAKSI CEMAS industri AI Amerika 

https://www.facebook.com/share/p/1Czs9MBhw5/


SAHAM MERUDUM angkara DeepSeek

https://www.facebook.com/share/p/1QRiWZ6XbW/



MASA DIA DAPAT DUIT, DIA TAK INGAT PUN RAKYAT.

 


Masa dia dapat@ makan duit Rakyat RM600,000.00 ade dia ingat rakyat?



Gaji naik ketika PMX jadi PM. Ko bodek Mahathir 22 tahun berapa kali gaji naik?? 

Ko paling cilaka masa zaman tu. Rakyat tak lupa.



In the face of pain there are no heroes.”


* George Orwell



KEH. KEH.. KEH.. SEBAB MASYUKKK

 


Seorang 𝗽𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗲𝗸𝗮𝘀 𝗰𝗶𝗸𝗴𝘂

Mohd Fairul Al Qasas


Bekas cikgu ni ada buat satu hantaran kat FB dia (𝗿𝘂𝗷𝘂𝗸 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝗻𝗼. 𝟭) berkenaan pertunjukan dron kat KLCC bersempena sambutan Tahun Baru Cina.



Difahamkan dalam pertunjukan tersebut, ada formasi yang mempamerkan kedua-dua bendera jalur gemilang Malaysia dan bendera negara China serta beberapa formasi lain juga. 


Menurut laporan berita Astro Awani (rujuk  https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sambutan-tahun-baharu-cina-lebih-meriah-hasil-hubungan-erat-malaysia-china-ahmad-zahid-506501), ia adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China dan 1000 dron tersebut didatangkan dari China.


Namun, pempengaruh ini cuba membuat naratif lain yang jauh dari fakta sebenar (𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝗻𝗼. 𝟮).



Aku telah balas komen pempengaruh ini yang jelas "𝒎𝒊𝒔𝒍𝒆𝒂𝒅", tapi komen aku dipadam.


Aku pulak tak terfikir nak screen shot komen aku tu, cuma ada simpan sebab sebelum komen tu aku draft dulu 😄


𝗜𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗮𝗸𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻/𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝗻𝗼. 𝟮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗻𝗶:


============


Mohd Fadli Salleh, Janganlah "mislead" cikgu. Maklumat dihujung jari. 


Isu KK Mart jual chicken "ham" - 

Pembekal roti ham telah DIDAKWA di mahkamah salahguna logo halal pada 24 Jan 2025.

Rujukan: https://m.malaysiakini.com/news/732701


---


Isu Chiok Wai Loong berkaitan stoking kalimah Allah - Chiok Wai Loong telah DIDAKWA di mahkamah pada  18 April 2024. 

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/660184/berita/semasa/stoking-kalimah-allah-wai-loong-dituduh-semula-mengaku-tidak-salah


---


Ricky Shane muat naik hina kalimah Allah - telah DIJATUHKAN HUKUMAN penjara 6 bulan & denda pada 21 Mac 2024.

Rujukan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1226368/lelaki-muat-naik-hina-kalimah-allah-dipenjara-6-bulan-denda-rm15000


---


Isu komen Cecilia Yap di status FB Harith Iskandar - Polis telah merakam percakapan Cecilia pada 27 Jan 2025.

Rujukan: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1354443/isu-ham-polis-rakam-percakapan-pemilik-akaun-facebook-cecelia-yap-song-kl


Sudah pasti polis perlu melengkapkan kertas siasatan dan diserah kepada pejabat Peguam Negara untuk proses seterusnya. Trust the process, bukan buat naratif yang bukan-bukan macam pemimpin lebai PAS kaki fitnah.


================


Tapi macam biasa lah, ramai walaun berkumpul kat situ yang bagi sokongan padu kat cikgu pencen tu. 🤭😆


Tak pasti kenapa dia padam komen aku, walhal tak ada pula aku mencaci maki, fitnah atau mencarut. Sekadar memberikan pencerahan, fakta dan rujukan untuk pengunjung FB dia yang nampak dalam kegelapan 😆


Allah SWT telah  berfirman:


"𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧! 𝐇𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫-𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐢𝐥. 𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚𝐧𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐨𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐝𝐢𝐥. 𝐁𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐝𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 (𝐚𝐝𝐢𝐥 𝐢𝐭𝐮) 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐤𝐰𝐚. 𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐤𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧."


(𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐌𝐚'𝐢𝐝𝐚𝐡, 𝟓:𝟖)



TAK CERDIK.


 Adrian Lim


Nama saya Adrian Lim. Lim.




Oleh itu, pak cik pak cik saya di antaranya ialah…


Tan Sri Lim Goh Tong (Genting).

Tan Sri Lim Wee Chai (Top Glove).

Tan Sri Desmond Lim (Pavilion Mall).

Tan Sri Lim Kang Hoo (Ekovest Duke Highway).

Tan Sri Lim Kok Wing (Universiti).

Tan Sri Lim Kit Siang (DAP).

Dato’ Lim Kok Cheong (Spritzer).


Oh… Lim Sian See (Najib) itu abang saya.


Haha. Itulah logik Razman Zakaria Pas Perak. Mangkuk punya manusia. Asalkan “siang” sama, dia ingat semuanya ada pertalian darah 😂



KATA KHURAFAT...


Adrian Lim Che Ann


 "Tarian singa  & Yee Sang mempunyai unsur-unsur kepercayaan khurafat." 


(Firdaus Wong Wai Hung, 28 Januari 2025)







Saya percaya bahawa tidak mungkin Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang-orang alim ugama dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang dihormati akan redha dan sanggup melakukan upacara yang jelas mempunyai unsur khurafat dalam agama Islam.


Barangkali TGHH dan TSMY tidak diberikan info yang tepat daripada kafir-kafir dalam Parti Gerakan tentang upacara Yee Sang.



TAHI DALAM POLITIK MALAYSIA

 

MSO


Mahathir kata Umno sekadar lalat dalam kerajaan, dia pula hari ini sekadar TAHI dalam politik Malaysia. Trims.




SIAPA MENCEMARKAN KERAJAAN MADANI DALAM DBKL?


MSO


Tanpa angin ribut tiba-tiba tasik damai DBKL bergolak apabila Datuk Bandar Maimunah Mohd Sharif mendedahkan DBKL melancarkan siasatan dalaman berhubung pemberian tander tanpa mengikut peraturan bernilai RM4 juta.


Sehubungan itu Menteri Wilayah Dr Zaleha Mustafa pula jadi terjungkit dengan memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan kejadian itu.


Tampaknya dua wanita ini tidak main-main dengan tugas dan tanggungjawab diberikan kepada mereka sebab itu Perdana Menteri melantik mereka untuk kawal dan pantau DBKL.


Serentak dengan isu ini muncul, Setiausaha Politik PM Azman Abidin pula mendedahkan yang namanya dikaitkan dalam kasus ini. Pendedahan itu menunjukkan Azman tidak tahu menahu dan terbabit dengan kasus itu. Penjelasan Azman itu mengesahkan perkara itu. SPRM pula telah menyatakan kesediaannya untuk melakukan siasatan.


Yang jadi tanda tanya dan pertanyaan umum kini sipakah individu yang terbabit dengan salah laku itu? Logiknya apabila ia mengaitkan nama orang kuat PM tentu ia datang daripada parti PH atau BN.


Dalam konteks ini apabila nama Azman dikaitkan tentu person berkenaan datang daripada Keadilan?


Jika benar datang dari Keadilan tentulah mereka yang menyertai atau baru aktif dalam parti itu setelah parti menjadi kerajaan dan bukan pejuang asal diera reformasi.


Sebab kalau mereka yang berjuang diawal reformasi tidak tergamak untuk mengotori kemurnian kerajaan Madani atau gila-gila tagih projek demi kepentingan diri kerana mereka lebih menghormati kerajaan dan akur dengan tatakelola dilaungkan Presiden mereka yang juga PM?


Selepas selesai siasatan kita harap DBKL umumkan individu berkenaan dan jangan sucikan di bawah karpet. Trims.



MUKA TAK MALU BETUL YA RAZMAN.


 𝗣𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗿𝗶 ni lapor polis terhadap 𝘱𝘢𝘨𝘦 𝘵𝘳𝘰𝘭𝘭 𝘍𝘉 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁𝗱𝗮𝗶𝗹𝘆 𝗛𝗗. Katanya, akaun tersebut sebarkan 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮.




Yang paling 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙮𝙖𝙩 𝙝𝙖𝙩𝙞, Razman kata dia laporkan polis kerana dia 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴𝗶 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮.


Memang jenis tak tahu malu betul la orang tua ni.


Pertama sekali, jujur aku tak sangka dia 𝘀𝗲𝗻𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂. Jika tengok keadaannya yang suka buat fitnah, aku ingatkan dia 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗲𝗿𝗮𝗻 sekiranya cerita tak benar tentangnya tersebar.


Kedua, Harakahdaily ni 𝙥𝙖𝙜𝙚 𝙩𝙧𝙤𝙡𝙡. Cerita yang mereka siarkan semuanya dengan tujuan untuk 𝘀𝗮𝘁𝗶𝗿𝗮. 𝗕𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗹𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮.


Ketiga, menipu dan membohongi rakyat memang 𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗽𝘂𝗻. Cuma bukan budaya rakyat la tapi 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶.


Contoh paling dekat, Razman sendiri. Kalau 100 yang dia cakap hampir 100 juga 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻. Berapa kali dia terpaksa minta maaf sebab memfitnah.


Bukan dia je. Lebai lain pun sama. Kira peliklah kalau lebai bercakap benar. Menipu dan membohongi tu kan 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝗮 𝗣𝗔𝗦. 𝘾𝙝𝙞𝙚𝙛 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 pun dah fatwakan menipu itu 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻.


Lebai mangkuk ni dah berapa kali 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶 menipu pun masih nak berlagak suci. Memang dia lahir tanpa rasa malu agaknya. 𝗛𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KAH.. KAH.. KAH.. PAK TEH KOYAK.

Zainuddin Omar


 Kelakarlah Pak Teh ni. 

Takkan dengan page parodi pun koyak?




AGAK AGAK MCMC NAK BUAT APA NIH ? PDRM CUBA SIASAT POSTING GINI.




 

TELAGA MINYAK KAMI PUNYA


Desa HM


 Telaga minyak yang jauh di tengah laut - "itu hak kami!"


Pantai yang terhakis depan mata di negeri sendiri - "itu tanggungjawab pusat!"


🙄




ADA CERMIN DAK DIN


 Terbaik nasihat abahdin, tapi nak tanya dekat rumah abahdin tak ada cermin ke?  


Fakta yang bernilai 1.4 juta. 🫣




BAHAYANYA GOLONGAN INI

RMS







Bahayanya golongan ini kerana mereka beragama, menjadikan agama ini sebagai perniagaan dan barangan dagangan, dipolishnya fatwa, dipolishnya pendapat pendapat , dipolishnya ayat ayat, dipakainya Hadis Hadis  kerana dia berilmu untuk kepentingan pemimpin dan parti mereka..


Jauhilah golongan ini.



BAHAYANYA MEREKA INI.


 RMS


Bahayanya golongan ini kerana mereka pandai agama, menjadikan agama ini sebagai perniagaan dan barangan dagangan, dipolishnya fatwa, dipolishnya pendapat pendapat , dipolishnya ayat ayat, dipakainya Hadis Hadis  kerana dia berilmu untuk kepentingan pemimpin dan parti mereka..


Jauhilah golongan ini.



KHURAFAT TU SESAT LA TU.

 


Firdaus Wong kata tarian singa dan yee sang ada unsur-unsur kepercayaan khurafat 


Adakah Tok Guru Haji Hadi raikan tarian singa dan yee sang khurafat ?





FIRDAUS WONG KATA SESAT.. HAA.. JOM TENGOK.


 

APA LAH


 

NANTI SEDIA DUIT WAKAF SEDEKAH LAGI YA.


 

TIM PRESIDEN PUN PERNAH FITNAH JUGAK KE.

 


Umat Islam tidak pernah lupa Timbalan Presiden PAS juga pernah memfitnah dan mohon maaf selepas kantoi memfitnah.


Dah la fitnah YDP Agong masa tu.


Jadi tak pelik jika yang bawah-bawah ni suka memfitnah jika kepala PAS sendiri suka memfitnah.


;)



AWASILAH SIFAT INI