TIBA TIBA NAK JADI TERPALING CINA. TAK INGAT KAH KAMU SEMASA JADI KERAJAAN 33 BULAN DULU ? BUKANKAH LAUNGAN MELAYU TERANCAM SANGAT SINONIM ?


 Tiba-tiba semua nak berlakon jadi terpaling Cina…

OLEH LIYANA MARZUKI



Ingat dulu, ketika Sheraton Move, memekak mereka ini mahukan Kerajaan Melayu Islam. Katanya Melayu dan Islam terancam.


Mereka jatuhkan Kerajaan supaya mereka dapat memerintah 33 bulan, dimana 90% pemimpin Melayu Islam di dalam Kabinet. UMNO+Pas+Bersatymenerajui ketika Covid.


Namun apa terjadi? Judi naik dari 8 ke 21 kali, arak Timah Malaysia dilancarkan, Jana Wibawa jadi projek curi duit rakyat, Pas rasuah pengundi, Menteri Pas langgar PKP dan ke Thailand berkahwin lari.

Bukan itu sahaja, mereka bergaduh sakan. Saban bulan, kita dengar tak puas hati. UMN rasa dianaktiri. Dua menteri Kabinet buat open war, yang satu dipanggil Penyu dan satu lagi dipanggil Kunyit. Orang tengok pun naik pening.


To top that, mereka derhaka Agong lagi. Sebab nak berpegang kepada kuasa, mereka buat darurat berpanjangan, Agong ditolak tepi. Bila tak dapat berkuasa, bekas PM mereka menghina Agong pula.


Itu ceritanya, “Kerajaan Melayu Islam” kita. Sebagai Melayu dan Islam, malu saya nak mengaku. Tiada langsung perangai Melayu dan Islam disitu.


Rasuah dikatakan sedekah, menipu dikatakan harus, fitnah disucikan. Manakala, pemimpin mereka memperlekeh Raja Melayu.


Saya dah tulis banyak kali kerajaan Melayu Islam itu hanya wayang dan naratif politik semata. Takkan kekal lama. Masin mulut saya.


Nahhhh… sekarang mereka sudah tukar wayang gambar.

Sejak jatuhnya kerajaan 33 bulan. Set-set ini makin liberal ya. Acah-acah pro berbilang bangsa.



Tetiba Tahun Baru Cina semua berpusu-pusu nak blend in jadi Cina. Yee Sang dan Tarian Cina, pendakwah kata khurafat tapi pemimpin PN buat jugak. Punya bangga mereka memakai baju merah sambil Yeee Sang, Yee Sang angkat chopstick.


Pemuda Pas buat ucapan Tahun Baru Cina. Hanya dalam bahasa Mandarin ya. Tiada langsung bahasa Kebangsaan. Sanggup tadah telinga dikecam. Dulu Kalau orang lain buat, mereka akan kata Bahasa Melayu terancam.


Itulah dia tuan puan. Politik ini seperti gusti. Mereka olok-olok bergaduh dan membenci. Tetapi sebab kuasa sanggup telan ludah sendiri.


Satu data yang kita kena hadam selalu. Melayu Islam di Malaysia hanya 58%. Dalam konteks bina negara, penduduk majoriti kena berkongsi kuasa.


Ini yang Pemimpin PN baru tersedar. Pengundi Melayu mereka sudah tepu. Itu sebab pengundi Cina 21% pula mereka buru.


Sebagai pengundi dalam negara multi racial ini. Our role wajib selalu award the centrist. Mereka yang progresif dan moderate. Yang tidak terpaling kanan atau kiri.


Dalam Islam pun minta kita ber-wasatiyah. Duduk tengah-tengah.

Namun, kita tengok betul-betul politikus. Sebab nakkan undi kita, banyaknya wayang.


Ini contoh-contoh langkah desperate politikus, bila sudah langgar dinding. Unta pun boleh terbang.




No comments: