BAPAK KIOK.. MASA DIA KEMAIN LAGI.. APA LA MAHIADDIN.. LAIN DIAM.. ADA RESIT TUNJUK BARANG NAIK?


 

SEMBANG JA OEMBANGKANG HAPA PUN TARAK. KIOK


 

3 PAGI SAMPAI TERUS MEETING


 

JOM JANGAN SOKONG


 Ana Tahu


Itu pun ramai yang masih sokong..konon rindu zaman abah..walaupun abah reti baca pdf ja





BUKAN MENJATUHKAN TETAPI MEMBANHU KE ARAH LEBIH BERWIBAWA.

 


PKR/PH MEMBANGKANG PKR/PH






Ada pihak melihat kritikan Rafizi sebagai permulaan kepada suatu gelombang yang bakal menggugat dan menjatuhkan PMX.. Saya tidak sependapat. Sebaliknya saya berasa bahawa kerajaan PMX akan semakin kuat.


Rujuk sejarah.


Pakatan Harapan (sebelum ini Pakatan Rakyat) yang dikepalai oleh Parti Keadilan Rakyat tidak pernah takut dikritik, malah mempunyai sejarah menyuburkan pembangkang agar pembangkang mampu menjalankan tugas sebagai pembangkang dengan lebih efisyen.


Sebagai rekod, PH/PKR jugalah kerajaan pertama dalam negara Malaysia yang mengambil inisiatif menguatkan lagi pembangkang agar kerajaan boleh disemak imbang.


Pelik tetapi benar. Kerajaan menguatkan lagi pembangkang agar kerajaan boleh disemak imbang.


Hasil daripada itu, kerajaan tidak jatuh, malah lebih kuat.


Pada tahun 2008, ketika Pakatan Harapan (Pakatan Rakyat pada ketika itu) mengambil alih pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, pembangkang (UMNO/BN pada ketika itu) tidak reti membangkang.


Maka Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat pada ketika itu telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menguatkan lagi pembangkang.


• Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT)

(SELCAT ditubuhkan agar peruntukan ADUN-ADUN kerajaan boleh diteliti, bagi tujuan mencegah penyelewengan)


• Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011

(FOI digubal agar orang awam mempunyai akses kepada maklumat-maklumat yang diingatkan “rahsia”, bagi tujuan mengelak penyelewengan dan pembaziran)


• Peruntukan kepada pembangkang

(Pembangkang diberi peruntukan beratus-ratus ribu, agar fungsi pembangkang tidak dicacatkan)


Dalam keadaan pembangkang UMNO/BN tidak reti membangkang pada ketika itu, kerajaan PKR/PH memberi tongkat kepada pembangkang.


“Kami tidak takut dibangkang, marilah membangkang kami secara se-efisyen mungkin,” demikian mesej kerajaan PKR/PH kepada pembangkang.


Fast forward 17 tahun.


Selepas 17 tahun membangkang diri sendiri, kerajaan yang sama masih mentadbir Selangor dan majoriti pengundi masih berpuas hati dengan kerajaan sedia ada sebagaimana yg ditunjukkan melalui peti undi dalam tiga Pilihan Raya negeri yang lalu.


Di peringkat persekutuan pula, pembangkang PN masih dilihat sebagai tidak berfungsi sebagaimana pembangkang harus berfungsi. Keadaan yang sama sepertimana yang dilalui oleh UMNO/BN di Selangor pada 17 tahun yang lalu.


Pembangkang PN lebih gemar membawa isu picisan seperti “mana kerusi” dan “mana bendera”. Tu je modal pembangkang.


Maka oleh kerana pembangkang sekarang tidak mampu menjalankan kerja-kerja hakiki sebagai pembangkang, maka kerajaan kene mengambil alih kerja-kerja pembangkang dan menyemak imbang diri sendiri melalui Ahli-ahli Parlimen Kerajaan sendiri.




MODEL IPR BERJAYA PADA HAKIKATNYA.

 


Aku terbaca kritikan Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul mengenai idea-idea YB Rafizi Ramli. Aku tertarik dengan kritikan beliau pada poin 3 tentang Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Innovathon.












*Tulisan ini hanya akan memberi ulasan tentang poin no 3 sahaja. Awas, tulisan panjang. 😅


1. Kritikan tentang IPR (khusus di Sabah) sebagai 80% tidak sustainable. Alasannya limitasi isu-isu demografi dan geografi yang kurang difahami.


2. Kritikan tentang program Innovathon sebagai ada "silap besar", ayat yang digunakan beliau kerana tidak mewujudkan kategori khas inovasi akar umbi.


.


Izinkan aku menjawab kritikan no 2 dahulu, sebab itu lebih straight to the point.


Program Innovathon adalah satu usaha sama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains dan Teknologi.


Idea itu muncul seawal bulan-bulan pertama YB Rafizi dilantik menjadi Menteri. Siarannya adalah dalam tempoh tahun pertama (2023) pemerintahan Kerajaan Madani. 


Takdak nak honeymoon lepas jadi Menteri, terus plan, execute, boom. 


Ya, tentunya ada lompong-lompong yang boleh diperbaiki, tapi nak kata sampai "silap besar" itu bagi aku, agak kasar bunyinya.


Jadi apa objektif Innovathon ni? 


Di waktu stesen televisyen penuh dengan rancangan realiti nyanyian dan komedi, Innovathon diwujudkan untuk menyemai rasa minat dengan inovasi.


Rancangan realiti tentunya membentuk budaya. 


Dulu anak muda gemar menonton Akademi Fantasia dan Raja Lawak, ramai yang tiba-tiba bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan pelawak, walaupun tone deaf dan lawak tak sampai.


Jadi, negara harus wujudkan budaya supaya anak muda ni kembali minat dengan STEM, dan ia perlu datang dari pelbagai sudut.


Salah satunya adalah program Innovathon. Bukan matlamat untuk menang pertandingan semata-mata, tapi untuk menyemai minat dan budaya inovasi.


Jabatan Pendidikan juga boleh menyambut budaya ini dengan mengadakan pertandingan di peringkat seawal sekolah rendah.


Dan sebenarnya Innovathon musim ke 2 ada Anugerah Khas Juri untuk peserta dari peringkat sekolah.


Innovathon akan diteruskan dengan musim ketiga, insya Allah.


.


Okey, kemudian mengenai topik yang popular, IPR. Betul ke 80% tidak sustainable di Sabah?


Disember 2024, aku dan rombongan kementerian melawat tapak IPR, penanaman nenas MD2 di Kg. Gana, daerah Kota Marudu.


Bila berborak dengan penyelaras di situ, depa pun cakap ramai orang Sabah sendiri tak pernah sampai ke Kg. Gana.


Jauh jaraknya ke pedalaman, even dari pekan Kota Marudu. Coverage handphone pun takdak.


Tau tak berapa luas penanaman nenas MD2 tersebut?


500 ekar jumlah keseluruhan.


Waktu kami melawat tu, fasa pertama 200 ekar telah ditanam. Dan kami tiba pada musim menuai.


Seramai 180 orang peserta terlibat pada fasa pertama ni, datang daripada 18 kampung berhampiran.


Semuanya golongan miskin tegar dan B40. Bila kita tanya depa berapa jumlah pendapatan, riak muka depa sangat happy, dalam keadaan sangat bersyukur.


Tak pernah terbayang depa akan dapat sekitar RM2,000 sebulan dengan tinggal di Gana, jumlah tu bagi depa adalah sangat-sangat lumayan.


Bayangkan sebelum tu kerja yang ada cuma masuk hutan, tangkap burung, kutip kayu, dan sebagainya. Pendapatan mereka cuma ratusan ringgit sebulan.


Aku sertakan beberapa gambar semasa kami melawat tapak IPR tersebut.


Di Sabah, jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 770 orang, dan sedang dalam pertimbangan kementerian untuk menempatkan lagi 810 orang.


Kat mana 770 orang tu?


Kota Marudu, Kinabatangan, Matunggong, Kudat, Tambunan, Merotai.


Apa tanamannya?


Ada nenas MD2, cili fertigasi, jagung bijirin, halia.


Semua tanaman dipilih mengikut kesesuaian dari segi geografi, tanah, cuaca, dan pelbagai faktor lain.


Yang lagi 810 peserta sedang dalam pertimbangan itu melibatkan projek jagung bijirin, salad, tomato, cili, halia, nenas MD2, bawang, serta cendawan.


Program design IPR ni merupakan serampang beberapa mata.


- Bantu golongan miskin tegar dan B40 dengan peluang pekerjaan 

- Bantu SSR(Kadar Sara Diri) makanan di Malaysia

- Mewujudkan budaya modern farming dengan lebih meluas.

- Penggunaan tanah milik kerajaan negeri yang terbiar yang tidak mendatangkan apa-apa hasil ekonomi.


Apa yang menarik serta ironinya, Sabah adalah negeri yang paling ramai peserta IPR. 


Jadi, hujah mengatakan IPR Sabah 80% tak sustainable tu mungkin cuma teori di bilik kuliah semata-mata, tidak bersandarkan realiti.


Yang pasti, program design IPR tu sentiasa dikemas kini untuk menjadikan success rate tanaman serta peserta berada di paras optimum.


Model IPR bagi aku berjaya mencapai matlamatnya, dan perlu didokong serta diteruskan oleh mana-mana pimpinan dari mana-mana parti politik yang menjadi Kerajaan di masa hadapan.


Najib Bakar 

27 Jun 2025



Secret Talisman (2)



++++++


Phoenix bangkit dari abu adalah gelaran yang diberi oleh dunia kepada saudara Anwar Ibrahim.


https://elibrary.org.uk/m/articles/view/MALAYSIA-ANWAR-IBRAHIM-PHOENIX-RISING-FROM-THE-ASHES


The Asian Renaissance juga diberikan oleh tokoh politik paling berpengaruh di dunia(supergrandmaster) dalam mesyuarat meja bulat high member of council.


Kebolehannya mengulangi “renaissance” politik selepas krisis besar dengan freemas0n sekutu iblis.


Dunia juga mengenali Anwar sebagai figura yang dianggap mampu pulih dan kembali segar selepas dipulau,

didiskriminasi, dipenjara, atau dipinggirkan.


Tulisan Wisata Roh selalu menggambarkan dia adalah "true sigma" yang berjaya kalahkan semua "true alpha" seperti MAHathir. MAHiaddin dan Najib Razak.


Seseorang yang tidak padam, terus bangkit usai ditimpa musibah besar.


Roh Ibrahim melalui Nazri Aziz juga senada dengan WR bahawa PRU akan diadakan pada tahun depan,

kerana loop hole paling terbesar PN adalah tidak sepakat untuk angkat MAHiaddin jadi calon PM.


Kah =D


https://www.thevibes.com/articles/news/104794/i-want-to-return-to-help-anwar-face-ge16-says-nazri-aziz


PAS telah diarahkan Roh Ibrahim supaya kekalkan momentum di Kelantan Terengganu Perlis dan Kedah.

UMNO pegang Perak Pahang Melaka dan Johor.

PKR pula pegang Penang Selangor Nismilan dan Wilayah(Federal).

GRS dan GPS pegang borneo..


Inilah resepi kerajaan perpaduan, maka tidak ada lagi istilah abang besar.

Hal ini kerana mas0n melayu cuba nak singkirkan PMX dengan bawak masuk H2O setelah roh mas0nnya gentayangan gantung tak bertali.

Bila H2O berjaya masuk semula UMNO, maka dia boleh susun bidak catur MAHathir untuk sailang Anwar selepas keputusan PRU16 akhir tahun depan.


Tak dapat jack, hahaha...


Zahid Hamidi masonslayer dah hantar panglima perang kita Lokman Adam yang dapat info ni dulu ,

dia dah 5 tapak kehadapan ketimbang MAHathir.


Makrifat bumi abu thurab , Kak Wan dan Zahid juga dah berjaya telan air bah MAHathir sampai hilang deposit dan menangis air mata buaya.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Sejauh ini, Allah Sang Pemegang Kendali telah menaikkan makam hero malaya jadi orang nombor satu Malaysia,

kini jadi ketua ASEAN, orang nombor satu di Asia Tenggara.


________


Dengan satu panggilan telefon saja Pak Sheikh bisa meleraikan peperangan antara India dan Pakistan.

Dibelakang Anwar itu ada geng sufi centrist kesatria pinisepuh yang control/tundukkan roh(demon) yang telah terpisah dari jasad.


Nak faham ilmu makrifat diri dalam diri ni kita kena komakan diri kita.

Yeah belajar mati sebelum mati.

Ilmu tirai besi yang Anwar dapat , karuniaan di penjara , tidak ada mahar, maqam #YTJT

Saat dunia kini dalam mode koma, gadisku dalam koma..

Koma adalah kondisi ketika minda kita dipegang Allah, tak boleh berhubung dengan jasad.

Tidur pula adalah kondisi ketika jiwa kita dipegang Allah, tak memberi effect kepada jasad.

Jiwa adalah ketika minda dan roh kita berhubung.


Cerita tentang jiwa, barang ini yang dijual beli kepada hidden hand sekutu iblis.

GrandMaster Freemas0n kat Mesia skang ni adalah TM.

TM yang kontrol ketua hakim TM.


Proksi Roh Ibrahim, Nazri dah pancung habis mantan CJ TM kerana masih tak nak insaf setelah diberi peluang kali kedua.

2 TM ni yang penjarakan Najib Razak.

Kesilapan dan kebodohan(dosa Najib) paling besar sampai kena karma meringkuk dalam jail.

Disangkakan dapat PM tepi kan Anwar sampai bila-bila.

Liwat 1.0(Azizan) dan 2.0(Saiful) adalah kerja MAHathir dan Najib.

MAHiaddin pula create Liwat 3.0(Yusoff), time tu dia KDN,

untuk dia hijack MAHathir jadi kerajaan melayu islam tebuk atap.


Azizan dan Saiful dah tak releven.

Yusoff pula sekadar peluru kapur, takde effect langsung kepada PMX,

malah akan kuatkan lagi sokongan pengundi putih PAS(sekitar 8%) kepada PMX.


Ok biar WR spill the tea terus, dari pangkat tertinggi semua orang kanan PAS,

Hadi Awang, Tuan Ibrahim, Sanusi, Dr Sam, etc takde sorang pun yang ulas pasal Yusoff ni dalam medsos FB mereka.

So dalam PAS, mereka sebenarnya tahu kerja siapa.

Semua arif dalam ugama, cukup tahu hukum dosa qazaf, pelakunya tak sah untuk jadi wali.


PAS juga reject jawatan dalam PN, Dr Sam ludah gitu je PN..

hanya tinggal Afnan ketua pemuda je dalam jawatan hierarki PN.

So PAS hanya bersuara dalam rangka PN pasal peluru kapur yusoff , bukan dalam rangka PAS.

Ulang part ni banyak kali.


So dah terang lagi bersuluh PAS akan tinggalkan PN;

atau game kan BERSATU supaya mereka skor dan menang negeri SG4.


Ini level politik tertinggi,

macam UMNO buat-buat lemah supaya Anwar leh naik jadi PM untuk selamatkan dari dibunuh oleh 2 MAH.


Dr Zul sampaikan salam PMX kepada presiden PAS,

PRU tahun depan PAS akan cah keting habis BERSATU;

kini PAS dah jadi penasihat SPRM,

lepas PRU16 tak mustahil akan jadi penasihat PM..


So duit dari BERSATU pun dapat, apa yang PM suruh, semua PAS akan ikut.

Time tu PAS yang akan bongkarkan habis dimana broker MAHathir simpan duit,

skang House of Daim dah kena lauk habis, sampai tinggal tulang, padan muka...


Untuk MAHathir, tungguuuu waktunya..

Hanya PAS yang layak tikam Atok,

Itulah seni Phoenix kita geng kitab kuning yang akan pancung semua sihir mas0n..


Mereka yang masih mentah dalam politik high member of council ni duk diam saja.

Kini adalah pertempuran Anwar adalah dengan naga² di atas , a.k.a elit oligarki yang mengawal dunia.


Boleh baca tulisan laduni Wisata Roh di sini,

posting tahun lepas tapi isinya masih releven dan berlaku depan mata..

Dari kes dadah, culik baby, ritual IJN, etc


https://www.facebook.com/bunga.lalang.353/posts/pfbid0u77BoVrWBFo36YWU3MBrhodXkPyorb7z8wiCYDRqvgTECi9gQVvLbRKYKNTepK45l


Nak gempur dak dak mas0n sekutu iblis ni kena power SB penyamaran..

Kini union baru sedang on the right track.


PM Thailand request nak join, dak dak mas0n marah terus nak singkirkan dia dari meeting..

Siam atau Thai adalah negara yang paling tinggi tahap kerohaniannya , buddhist paling baik di dunia.

Negara yang tak pernah kena jajah , sama macam Iran, next post saya ulas pasal Iran.


Kat Thai ni kau susah nak temu bangkai binatang kat tengah jalan,

dorang punya spiritual(kerohanian) ni cepat je dapat tahu dan alihkan.

Barokah geng geng malaikat di negeri Siam ni kalau nak berguru memang terbaik.

Sebab tu banyak ulama pondok kita asal muasal mesti dari salasilah guru sana.

The real kitab kuning.

Mereka bermusuh ketat dengan wahabi mas0n.


Kalau nak tokan, tok bomoh, tabib, pawang, nak "cai" duit, nakkan harta takhta wanita dan apa benda la nikmat dunia,

dunia siam ni memang dunia segala roh.


Dunia telah mengiktiraf dan jaga tanah siam dengan baik sekali.


Roh jahat(demon) mereka control yaba(pil kuda) skang ni..

Tokan yang lebih 80% dari Kelantan, founder produk timbang kilo, tokey judi, saudagar ketum, semua dari sempadan thailand malaysia.


Kalau masuk lagi dalam, naik lagi atas, akan straight sampai ke bermuda triangle.

Penyembah iblis ada di sini.


Yang mas0n melayu kat Malaysia skang ni hanya sekitar 6% je yang dah jual jiwa kepada mereka.

Tak boleh sebut nama, cuma yang sekutu dengan dorang ni bukan kaleng-kaleng punya jawatan.

Dari peguam, doktor, engineer, speaker, hakim, pendakwaraya, etc...


Ketua tentera simpson yang berdarah judas iscariot juga backup CJ TM, haha kantoi disitu siapa culprit dibelakangnya.

Dari posting sebelum PRU15 Wisata Roh dah pecahkan, TM akan tarik orang kuat Najib dan Anwar supaya sekutu dengan dia dalam diam.


Dulu Isham J jumpa Datuk K bidak catur Atok, kemudian apek LSS, semuanya dah terang benderang skang sokong PN slurp Atok.

Kesian plak Abah MAHiaddin, kah kah kah ~


Posting saya time tu react tak sampai 30 orang, tapi tetapi meladuni zaman berzaman..


Sebab tu bila i kata tak pelik pun kalau tentera simpson ni akan follow walaun,

tumpang kekuatan Atok dan haters PMX untuk jatuhkan Anwar Ibrahim.


Skang ni mereka dah kawtim dengan tukar tiub, dan geng liberal yang anti Anwar sebab lantang perjuangkan Palestin.

Mereka saman dan ugut team PKR yang bukan cai dia,

diorang kerja apa dapat duit banyak gitu,

kerana dibelakang mereka kita dah tahu siapa kan..

Wahabi mas0n sepakat habis gantikan tempat H.o.N yang jadi deep state...


Pun tak cukup kuat untuk jatuhkan Anwar.

Sebenarnya ada formula yang ampuh,

tapi kena berguru dengan wisata roh la camne nak jatuhkan seseorang pemimpin tu dalam diam.


Hint dia create kan 2 team, polis, kehakiman, bla bla bla...

Semua dah dalam fasa ni..


GrandMaster MAHathir dan Super GrandMaster Anwar dah on the right track da.

Cuma bila sampai kepada titik "who should you trust?"

menangnya sudah tentu Anwar.


Dari 2 team , kena ada orang tengah..

Sufi selalu menekankan hidup ini adalah imbang, titik tengah.

Untukku untukmu untuk siapa aja hasilnya tetap nol ~


Kerajaan Madani fasa insan

Roh Ibrahim fasa roh

Sufi Centrist fasa minda

Geng Kitab Kuning fasa dan akar jasad


3 + 1 , akhirnya dah lengkap semua angka barulah jadi insan kamil.

Manusia yang Allah cipta sebaik-baik ciptaan.

Ahli suffah juga selalu menekankan semuanya sudah ada, dalam sendiri..

*

*

*

Saya ulang bagi yang terlepas...

Yang dah tahu boleh semak saja.


Dalam meladuni makrifat iqra' kitabaka(bacalah kitabmu sendiri)


Umum mengetahui hidden hand mas0n illu-minati conquer dunia melalui 3 serangkai.


Politik

Sukan

Hiburan


Tuhan karuniakan bani Adam umat manusia mata hati yang juga mempunyai 3 serangkai.


Fikiran

Penglihatan

Pendengaran


Nak makrifat dalam politik, kena banyak berfikir

Nak faham taghayyur sukan, kena banyak melihat

Nak kenal seni mashdar hiburan, you kena banyak mendengar


Master WR


TAMAT




PAS ada kaitan dengan sindiket dadah & pil kuda?


Aman Muhammad








Mari kita renungkan.


1. AKSEM atau Agensi Kawalan Sempadan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2015.


2. Tujuan penubuhan AKSEM ialah menangani jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan barang terlarang (seperti dadah), pemerdagangan manusia, dan penyusupan pendatang asing tanpa izin (PATI).


3. Selepas PAS jadi kerajaan, tiba-tiba AKSEM dibubarkan pada tahun 2021.


4. Apa yang lebih menarik, selepas pembubaran AKSEM, tiba-tiba juga berlaku peningkatan mendadak kes-kes dadah di Kelantan. 


5. Laku keras pula dadah & pil kuda di Kelantan selepas PAS bubarkan AKSEM, kan?


6. Untuk tahun 2022 sahaja, Kelantan telah merekodkan kes-kes dadah di mahkamah paling tinggi di Malaysia. Data ini didedahkan sendiri oleh Tun Tunku Maimun, Ketua Hakim Negara pada ketika itu.


7. Berkebetulan juga, tahun 2022 adalah tahun pilihanraya umum. Apakah sindiket dadah & pil kuda telah menaja PAS dalam pilihanraya umum dan negeri sebelum ini?


8. Selepas Madani menjadi kerajaan, kawalan keselamatan sempadan semakin diperketatkan.


10. Pada 4 Mei 2025, PDRM telah memdedahkan kejayaan mereka  menutup lebih 200 pengkalan haram di sepanjang Sungai Golok Kelantan.


11. Namun begitu, sebulan sebelum itu, pada April 2025, Ketua Polis Kelantan telah mendedahkan sindiket dadah & pil kuda didalangi oleh pempengaruh kosmetik dan perniagaan tempatan.


12. Apa yang lebih menarik, kenyataan Ketua Polis itu telah disanggah oleh seorang Adun PAS, lalu memfitnah dan memaki Ketua Polis Kelantan sebagai "tiada fakta, tiada data, hanya mahu beri gambaran negatif kepada Kelantan"


13. Alhamdulillah, awal Julai 2025, pasukan polis Kelantan telah berjaya menumpaskan sindiket dadah di Pasir Mas, rampasan lebih kurang bernilai RM6 juta, dan enam orang yang disyaki pengundi MP PAS Pasir Mas telah ditahan.


14. Tumpasnya sindiket dadah & pil kuda walaun ini juga menjadi bukti jelas Ketua Polis Kelantan ada data ada fakta, dan Adun PAS sebenarnya telah berbohong.


15. Jika melihat kronologi di atas, agak musykil juga kenapa Adun PAS begitu bersungguh menyanggah Ketua Polis Kelantan, seolah-olah memberi gambaran PAS sangat gigih mempertahankan sindiket dadah & pil kuda di negeri itu.


16. Kena ingat, sindiket dadah & pil kuda walaun di Pasir Mas tu hanyalah level ikan bilis sahaja. Jerung-jerung masih lagi bebas di luar sana, dan jerung -jerung ni sentiasa kebal sebab ada bekap dari orang politik.


17. Kami umat Islam berdiri teguh di belakang polis, semoga polis terus berjaya menumpaskan lebih banyak lagi sindiket dadah & pil kuda walaun di masa akan datang.


Kesimpulan: 


Bermula dari pembubaran AKSEM, pastu kes dadah naik mendadak, dan 'berkebetulan' pula ada PRU dan PRN, apakah hasil jualan dadah tu digunakan sebagai dana pilihanraya,?


Ini semua kita patut renung dan fikirkan.


Dadah musuh negara.

PAS musuh agama.


:)




JOM BACA FALAQ NI. IANYA DARI PENULIS BERNAMA WISATA ROH.




 Rafizi is another Azmin Ali (1)


+++++++++


MAHathir menangis teresak-esak sebab CJ dan separuh hakim mahkamah persekutuan bidak catur dia dah tamat tempoh(wajib bersara).

Dia tahu nasibnya akan teruk tahun yang akan datang, Anwar by hook or by crook mesti dijatuhkan.


Kartel dadah dia dalam dunia underworld pun telah dikacau dan sedang dalam pembersihan oleh Dr Z.

Wahabi Mas0n pula dah kena checkmate ngan Geng Kitab Kuning , playmaker nya saudara Kamil Munim.

Tauke Judi yang semua orang tahu funder besar pembangkang , diketuai Hamzah Zainudin House of Daim.


Anwar Ibrahim vs tauke judi & ketua pembangkang

Dr Zaliha vs kartel dadah GrandMaster 

Kamil Munim vs dak dak mas0n dalam PKR


3 sosok ni diserang kaw kaw oleh tentera simpson.


_________


Dan harini juga penasihat old timer Tun Mahathir, Kadir J menyokong penuh 9 MP PKR (baca kartel 2.0) yang desak Anwar Ibrahim kekalkan CJ dan separuh hakim mahkamah persekutuan lantikan MAHathir.


Game yang paling mudah dibaca.


PMX sudah berapa kali terangkan tidak ada campur tangan, semua telah diberi ruang dan peluang sehingga tamat tempoh persaraan.


Ketua Simpson , Rafizi  marah dan ugut Anwar supaya kekalkan mereka.


Jahat tak boleh bawak bincang..


https://www.facebook.com/100064645185457/posts/1155119096652919/?rdid=dYL7jKKB3PuBncu9#


Yeah history is repeating..


Tahun 2020 MAHathir suruh Azmin Kartel 1.0 tarik sokongan.


Maka 11 MP PKR keluar PKR.


Mereka yang keluar ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang),

Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau),

Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal),

Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat),

Ali Biju (Saratok) ,Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).


Baru Bian penghujungnya u-turn. So tinggal 10 MP.


Tahun 2025 MAHathir suruh Rafizi Kartel 2.0 tarik sokongan(baca isytihar perang dingin) walau dah ada akta anti lompat.


Maka 9 MP PKR ugut PKR.


CJ TM blessing dari TM wajib dikekalkan , Anwar jangan tukar hakim bidak catur Atok 😂


Mereka yang ugut ialah RAFIZI RAMLI (Pandan) , NIK NAZMI NIK AHMAD (Setiawangsa),

WONG CHEN (Subang), RODZIAH ISMAIL (Ampang),

ZAHIR HASSAN (Wangsa Maju),BAKHTIAR WAN CHIK (Balik Pulau),

SYED IBRAHIM SYED NOH (Ledang), S KESAVAN (Sungai Siput),

ONN ABU BAKAR (Batu Pahat).

*

*

*

Ada 3 lagi yang ada jawatan menteri, timbalan menteri, dan MB.


MB Nismilan sudah pasti akan ikut langkah MB Selangor,

akhirnya dia akan tunjukkan kesetiaan tak berbelah bahagi kepada presiden.


Rafizi clone Azmin Ali

Kak Rodz fotostat Kak Zu


Sorang Menteri dan sorang Timbalan Menteri lagi akan tungguuuu...

Tunggu next move MAHathir dan Rafizi.


+++++++++


Wisata Roh dah rungkai lama da apa akan berlaku jika Rafizi ugut, posting laduni 2 bulan lepas masih releven,


whats next selepas futuhul ghaib bagi PKR..??


https://www.facebook.com/bunga.lalang.353/posts/pfbid02qKA8EaCSgvcKZ61wV8xhj7zaX9VGEYczM5WYDhCPUAFEcPGuv1TQn1CB6raZiAECl


Saya copy paste semula kat sini,

kita lihat dari sudut statistik , data dan angka.


Mengikut sejarah hierarki Parti Keadlian Rakyat, Azmin sentiasa di atas Rafizi, dalam perlawanan Azmin selalu menang dengan Rafizi.

Menang cara bersih atau kotor itu cerita kedua, kita nak cerita dari sudut kekuatan angka.


Time tu dengan kekuatan MAHathir dan blackmagicnya , dia orang nombor 1 Malaysia,

dan ketika itu team Azmin dah lobi bahawa boss dia bakal TPM.


So media duk up isu Azmin ni, bla bla bla bila Azmin keluar PKR, habis la Anwar..

Tup tup mmg jadi sungguh , plan dah lama nak singkirkan Anwar...


Berapa kerat je yang undi dari PKR berpindah kepada team Azmin atau bahsa mudahnya PN?

Tak sampai 5%.


Parti serpihan team Azmin , PBM pun hanya mampu bertapak 1 kerusi di Sarawak, tu pun ehsan PH bagi laluan mudah.


So Azmin > Rafizi

*

*

*

Ketika MAHathir di puncak kuasa buat kali kedua pun tak dapat hancurkan Anwar dan PKR,

inikan pula MAHathir di maqam paling hina kena tengok depan mata Anwar berjaya hapuskan rasuah.


Yang ditikam(Anwar) tak mati, yang menikam(MAHathir) hilang deposit.


Itulah hakikat yang sukar ditelan.


Point kedua yang saya nak ulang, kawasan luar bandar ni hanya ada UMNO dan PAS.

PH kalau tak hilang deposit itu kira dah berjaya la tu.. :P


UMNO Anwar dah dapat,

Sabah Sarawak PMX dah conquer,

PAS adalah anak panah Pak Sheikh, geng kitab kuning yang disimpan untuk endingkan riwayat MAHathir.


Its an open secret.


Wisata Roh adalah penulis politik Malaysia yang pertama dedahkan warlord PAS tak pernah waima keluarkan satu ayat pun kes Yusoff peluru kapur Hamzah dan MAHathir.


Kalian boleh check sendiri di medsos official masing-masing.


Sanusi panglima perang PAS pun dah banyak bagi hint,

ada pihak tak senang hubungan baiknya dengan Perdana Menteri.

Tuan Ibrahim berapa kali duk bagi buah, PAS 18 kerusi boleh jadi kerajaan, inikan pula parti paling besar dalam parlimen.

PAS hanya bersuara melalui platform PN.

Hanya Afnan je yang ada pangkat dalam PN.

Hok lain dibolot habis oleh BERSATU sampai Dr Sam mengamuk dan ludah MAHiaddin.


So PAS akan kata, ehh kita bersuara, kita lancarkan jentera turunkan Anwar, bla bla bla...

Padahal belakang tabir dah deal boek nye untuk pancung 2 Mah.


Setakat ni melalui sumber trust me bro mereka haters Anwar hanya dapat pegang Taki,

lebih 2/3 MP PAS masih sayang dan jaga Anwar dari dijatuhkan 2 Mah, Rafizi dan Najib.


Dari presiden timbalan dan naib, semua dah jadi House of Anwar secara tak rasmi.


Tuhan punya jalan cerita memang misteri, hanya PAS dan roh pakatan rakyat(ketuanya kini phoenix) lah yang layak kasi benam MAHathir,


Setakat Azmin kartel 1.0 dan Rafizi kartel 2.0 bidak catur MAHathir tu celah gigi geng kitab kuning saja.


Dari tahun 2008 UMNO yang dikontrol MAHathir Daim teruk kena sabotaj.

Kini Daim dah kiok, Hamzah adalah lauk PMX, kita wajib kekalkan.

Kini tinggal MAHathir keseorangan.


MAHiaddin plak menyampah gila dengan MAHathir sebab dah kena titik kat Langkawi pun masih cuba nak arah arah dia.

Benda ni real guyssss...


Kah kAh kaH 🤣🤣🤣


So jangan risau, aset terbesar Anwar iaitu PN akan disabotaj teruk,

anak panah sakti Atok iaitu Teresa Kok(Team LGE) dan Rafizi(Geng Simpson) , hari ini 7 July sempena angka akar(jasad) bagi MAHathir , terbukti tidak ampuh untuk jatuhkan Anwar.


Perang baru bermula,

banyak lagi cerita di belakang tabir yang WR akan rungkai makna hakikatnya.. 


Buat masa ni kita relax dulu one corner ~


+++++++++


Penutup, saya akan bukak lagi rahsia besar;


Korang takkan pernah dengar dan baca melainkan follower tegar tulisan FB Wisata Roh.


UMNO dan MRR(baca Roh Ibrahim) hanya gunakan Anwar untuk kalahkan 2 Mah yang nak haramkan UMNO,

bila UMNO diharamkan MRR akan dibekukan, Malaysia akan jadi negara republik.


Itulah matlamat Atok.


Sebab tu Anwar happy dan steady je PAS conquer 4 negeri.


Semua parti sebenarnya dah join kerajaan PERPADUAN secara tak rasmi, tapi strategi tak boleh obvious.


Dia macam tokan dadah founder Kelantan produk timbang kilo, kita dah tahu da, cuma tunggu bukti dan masa je.

Begitulah cara geng malaikat bekerja.


Apa yang PMX nak, Sabah Sarawak akan ikut,

Dan ada rahsia UMNO yang saya tak boleh cerita,

cukup u olz tahu yang sebenarnya presiden UMNO sokong kes Yusoff.

Ya saya tahu itu kan boss dia.


Makrifat "tunggu sekejap" memang mahal ;

sampai masa kita akan keluarkan.


___________


Nyawa kerajaan PERPADUAN sebenarnya terletak dalam PAS dan roh pakatan rakyat(ketuanya kini phoenix).


Jatuh PAS, jatuhlah Anwar.

Hanya kekuatan PAS saja boleh menggagalkan siapa nak jadi abang besar.

So PAS kena duduk dalam pembangkang, baca penyamaran.

Tahun 2024 End Game (unsur api besar) 8

Tahun 2025 Awakening (unsur kayu besar) 9

Tahun 2026 Epic Battle (unsur besi kecik) 1

Tahun 2027 New Union (unsur air kecik) 2

Tahun 2028 Transform (unsur api kecik) 3

Tahun 2029 Resilience(Ketahanan Baru) unsur kayu kecik 4

Tahun 2030 Grow(Menumbuh) (unsur tanah/bumi) 5

Tahun 2031 Glory (unsur besi besar) 6

Tahun 2032 Legacy (unsur air besar) 7

Phoenix ketika itu bukan lagi burung yang bangkit dari api, tetapi cahaya itu sendiri.

Ulang part ni banyak kali.


Add-on sambung kat bahagian komen,


Master WR




KENAPA SARAWAK PERLU KEPADA PECAHAN KAWASAN



 Peratusan populasi rakyat Sarawak ini boleh dijadikan panduan untuk persempadanan dan pembahagian 99 kerusi DUN Sarawak. Saiz kawasan dan keadaan infrastruktur juga perlu diambilkira. 





Bersama kita bersuara demi keadilan untuk semua rakyat Sarawak.


Roland Engan



MENGKRITIK BUKAN MENJATUHKAN.TETAPI MEMANTAPKAN PENTADBIRAN. INI DISEBABKAN KITA ADA PEMBANGKANG YANG HANYA TAHU MENYAKAW .

 



KUMPULAN 9 AHLI PARLIMEN PKR TIDAK MAMPU JATUHKAN PM, TAPI…


8 July 2025


Ada pelbagai pro dan kontra kedengaran berikutan tindakan Rafizi Ramli mengadakan sidang media bersama lapan Ahli Parlimen PKR menuntut kerajaan menubuhkan RCI atau Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan isu kehakiman.


Ada yang  setuju dan memuji tindakan beliau itu, tetapi tidak kurang yang bersikap sinis serta mempertikaikannya atas alasan RCI yang disarankan tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan.


Meskipun bagi yang radikal sikit, mereka malah mencadangkan Rafizi sepatutnya mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan atau mengemukakan usul tidak percaya pada sidang Parlimen bermula 21 Julai hingga 28 Ogos depan, namun bagi penyokong Perdana Menteri, mereka beranggapan, Anwar Ibrahim sama sekali tidak tergugat dengan apa yang dilakukan bekas Menteri Ekonomi itu.


Anwar tidak mungkin jatuh, kata mereka.


Dalam sidang media semalam, sembilan Ahli Parlimen memberi komitmen tandatangan sokongan untuk penubuhqn RCI berkenaan iaitu Rafizi sendiri (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), S Kesavan (Sungai Siput) dan Onn Abu Bakar ( Batu Pahat). 


S Kesavan dan Onn Abu Bakar bagaimanapun tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Secara kasarnya memang diakui Anwar tidak akan tumbang melalui isu kehakiman yang dibangkitkan Kumpulan 9 ini, tetapi daripada segi politik, ia dengan sendirinya memperlihatkan Rafizi mempunyai sokongan sekurang-kurangnya 9 daripada 31 Ahli Parlimen PKR sekarang ini.


Dipercayai ada tiga atau empat orang lagi Ahli Parlimen PKR yang tetap setia bersama Rafizi, cuma disebabkan mereka ada jawatan dalam kerajaan menyebabkan mereka tidak ikut sama menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan.


Dengan jumlah Ahli Parlimen yang ada bersama Rafizi itu, walaupun beliau tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan, ini memperlihatkan pengaruhnya tidak boleh dipandang ringan.


Jika berlaku sesuatu undian di Parlimen, mereka bila-bila masa boleh menjadi penentu kemenangan atau membawa kekalahan kepada kerajaan.


Begitu juga jika Rafizi terus mengkritik dan menuntut itu dan ini daripada kerajaan bersama sejumlah Ahli-Ahli Parlimen PKR itu, di mata umum ia dengan sendirinya memperlihatkan ketidakstabilan parti yang menerajui kerajaan. 


Satu perkara lagi ialah Rafizi mempunyai kebolehan membina naratif apabila membangkitkan sesuatu isu dan ketika berlawan dengan musuh politiknya.


Sekarang ini pun sudah dapat dilihat bagaimana beliau menonjolkan dan meletakkan dirinya di hati rakyat dan pengundi atas pagar sejak tidak lagi berada dalam kerajaan susulan dikalahkan dalam pertandingan parti, Mei lalu.


Hari-hari seterusnya dan sehingga PRU16 akan datang, Rafizi dipercayai tidak akan duduk diam, malah akan terus mengembangkan pengaruhnya.


Maka itu, pihak kerajaan dan khususnya PKR, mereka tidak harus sekadar duduk diam saja menyaksikan pementasan demi pementasan yang bakal dipanggungkan oleh Rafizi bersama  kumpulannya.


Berdiam diri, gagal menjawab atau tidak berbuat sesuatu, semua itu hanya akan memungkinkan penolakan rakyat melebar dan terus melebar kepada kerajaan menjelang PRU16 akan datang. – ShahbudinHusin 08July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/kumpulan-9-ahli-parlimen-tidak-mampu-jatuhkan-pm-tapi/




PKR PARTI YANG PUNYA PRINSIP.

 



1. Parti KeADILan dicemburui teman dan pesaing. Malahan dirindui oleh bekas pemuka yang lari meninggalkan pejuangan kami.


2.Baru-baru ini riuh-rendah dan hiruk-pikuk di semua saluran media. Kononnya Parti KeADILan sedang menuju kehancuran, menuju perpecahan dan kemusnahan selepas pemilihan.


3.Ini mungkin doa yang diharapkan mustajab oleh pembenci PMX, musuh Kerajaan MADANI dan pesaing yang selalu tercicir.


4.Hakikatnya ahli, bahkan pimpinan kami, terutamanya Wakil Rakyat kami dari dahulu sampai kini sentiasa menjadi peneraju dan jurucakap suara terbanyak rakyat tanpa gentar.


5.Vokal lantang dan keberanian kami, sentiasa terbilang, menerajui segala keberanian, dahulunya mencabar penguasa zalim, menentang ketidakadilan kepada rakyat, membela golongan yang lemah dan menjadi musuh kepada perasuah.


6. Di awal penubuhan parti sampai kini, kami tidak pernah mengubah kemudi dan arus perjuangan kami. Jika ditoreh tangan kami, nescaya darah yang keluar itu, tetap menjadi tinta perjuangan mengangkat martabat rakyat terbanyak di negara ini.


7.Justeru itu, apabila wakil rakyat pembangkang hilang tumpuan, berebut kuasa sesama sendiri, hilang kecekapan. Wakil rakyat kami tidak segan silu maju ke depan menjadi jurucakap rakyat, walaupun ditohmah pelbagai persepsi.


8.Vokal 9 orang wakil rakyat kami tidak boleh ditaksirkan sebagai penderhakaan, kerana taat setia dan sumpah keramat kami, adalah mengangkat suara rakyat tanpa gentar, laksana semak dan imbang untuk kebaikan rakyat dan negara.


9.Wakil rakyat kami dibayar gaji dari hasil cukai rakyat. Justeru itu, harus buat kerja, mereka malu makan gaji buta. KeADILan sama ada dalam kerajaan atau pembangkang kedua-duanya menjadi pelopor perjuangan dan arus perubahan. 


10. Suara kami sudah biasa jadi suara rakyat yang tidak terbungkam. Inilah kelebihan dan kekuatan KeADILan dari dahulu, kini dan pada masa akan datang. 


11.Ketika mentadbir kami bawa idealisme dan reformasi, kami cipta perubahan dari segenap lapisan. Pimpinan kami sentiasa terbuka dan bekerja untuk rakyat dalam semua lapangan. 


12.Berhentilah melaga-lagakan kami, kerana usaha ini sia-sia. Kami tahu siapa kami, dimana kami berdiri, dan kenapa kami ada di sini. Tiada sesiapa pun yang akan berjaya merobek-robek dan memecah belahkan KeADILan, sebab perjuangan kami ikhlas, tak gentar hilang jawatan dan sanjungan.


Haji Baharul Kalam bin Hj Zainun

KeADILan Tanjong Malim





RUMAH CONTOH

 


Apa yang syarikat Malaysia dan rakyat dapat dari lawatan PMX ke Paris?









OLEH: A. ZAHID



Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Paris baru-baru ini bukan sekadar lawatan diplomatik, ia menandakan satu lembaran baharu dalam hubungan dagang antara Malaysia dan Perancis.

Dalam era persaingan ekonomi dan transisi tenaga global, pertemuan dua hala ini membawa manfaat nyata yang tidak boleh dipandang ringan, bukan sahaja kepada syarikat gergasi seperti PETRONAS dan AirAsia, malah kepada rakyat biasa yang bakal menikmati limpahan ekonomi dari kerjasama ini.

Salah satu aspek terpenting ialah kerjasama tenaga antara PETRONAS dengan tiga syarikat utama Perancis: Engie SA, TotalEnergies SE, dan Thales SA.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada tenaga bersih, utiliti elektrik dan penyelesaian lestari yang sejajar dengan agenda peralihan tenaga negara.

Dalam dunia yang sedang beralih ke arah tenaga hijau, penglibatan PETRONAS dalam projek tenaga boleh diperbaharui akan mempercepatkan transformasi Malaysia ke arah ekonomi karbon rendah.



Ini bukan sahaja memelihara alam sekitar, tetapi mewujudkan pekerjaan baharu dalam bidang kejuruteraan tenaga dan teknologi lestari, terutamanya bagi graduan TVET dan juruteknik tempatan.

Sektor perlombongan negara turut meraih manfaat besar. Perjanjian persefahaman antara syarikat Malaysia, Malaco Mining Sdn Bhd dan syarikat Perancis, Carester dalam penapisan dan kitar semula nadir bumi merupakan langkah strategik.


Sumber nadir bumi adalah kunci kepada teknologi moden, daripada bateri kereta elektrik hingga cip semikonduktor.



Dengan wujudnya kemudahan penapisan berteknologi tinggi di Malaysia, negara tidak lagi sekadar pengeksport bahan mentah, sebaliknya bakal menjadi hab pemprosesan nilai tambah yang berpotensi menjana pendapatan tinggi dan memperkukuh kedaulatan sumber.



 Industri penerbangan pula menyaksikan anjakan besar. Komitmen AirAsia dan Malaysia Aviation Group (MAG) terhadap pesawat A330 Neo keluaran Airbus menunjukkan keyakinan sektor penerbangan tempatan terhadap teknologi Perancis. Pembelian ini bukan sekadar memperkukuh sektor penerbangan, tetapi memastikan operasi yang lebih efisien, jimat tenaga dan mesra alam.


Dalam masa yang sama, ia menyokong industri penerbangan yang pulih pasca pandemik dan menjana lebih banyak pekerjaan dalam sektor penyelenggaraan, kejuruteraan dan pelancongan.



Apa kaitan semua ini dengan rakyat? Jawapannya terletak pada limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan. Bila syarikat besar seperti PETRONAS melabur dalam tenaga hijau, bila kilang nadir bumi dibangunkan dan bila syarikat penerbangan tempatan berkembang, ia mencipta permintaan untuk tenaga kerja tempatan.



Juruteknik, operator mesin, jurutera muda, dan pengusaha kecil akan mendapat peluang baharu. Tambahan pula, peningkatan perdagangan dua hala yang kini mencecah RM15.95 bilion menunjukkan Malaysia semakin dipercayai sebagai rakan dagang utama Kesatuan Eropah (EU) yang akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan KDNK dan kestabilan ekonomi makro.



Lawatan ini mengingatkan kita bahawa diplomasi ekonomi bukan sekadar retorik antarabangsa. Ia adalah alat pembangunan negara.

Dan apabila pemimpin tampil dengan visi yang jelas dan strategi yang berani, rakyatlah yang akhirnya menerima manfaat paling nyata sama ada dalam bentuk peluang, pekerjaan dan pendapatan yang lestari.





RAFIZI DIKEKALKAN SEBAGAI GENERAL PERANGG PKR? IZZAH TARIK DIRI?

DULU KINI BERSATU NIPIS IDEA.

 


Gelak aku baca tajuk berita ni. 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗻𝘀𝘂𝗵 𝗦𝗦𝗧. Mula-mula aku ingatkan macai yang kata. Rupanya 𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻. Mak ai! Dari Presiden sampai ke machai semua bodoh. Dah macam PAS!






SST ni cukai paling asas. Dah lama gila wujud. Aku ingat masa Mahiaddin jilat kasut DS Anwar lagi pun SST dah wujud. Lama sebelum GST. Tiba-tiba dia nak suruh mansuh. Mahiaddin ni faham ekonomi tak?


Kerajaan nak uruskan negara macamana kalau tiada sumber. Tak mungkin sistem cukai ni dihapuskan. Malah kalau Mahiaddin jadi PM lagi pun (na'uzubillah) dia takkan buat. Dah kalau kerajaan tak ada hasil, dia 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶?


Terbukti Mahiaddin ni bebal. Kalau bijak, dia tak sebut 𝗺𝗮𝗻𝘀𝘂𝗵 tapi 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗸𝗼𝗽, kurangkan peratusan atau tambah senarai perkhidmatan yang dikecualikan dari SST. Begitu barulah munasabah.


PAS dengan Bersatu ni sama. Orang yang otaknya tak berapa berfungsi diangkat jadi ketua. Memang patut duduk dalam koalisi yang sama. 𝘽𝙞𝙧𝙙𝙨 𝙤𝙛 𝙖 𝙛𝙚𝙖𝙩𝙝𝙚𝙧 𝙛𝙡𝙤𝙘𝙠 𝙩𝙤𝙜𝙚𝙩𝙝𝙚𝙧. Memang kena la tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PMX buat perubahan besar dalam perolehan aset tentera, kita bukan lalui orang tengah tetapi G2G


 

Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengubah pendekatan perolehan aset ketenteraan secara government-to-government (G2G) disifatkan sebagai satu reformasi besar demi menyelamatkan fiskal negara.

Ia juga bagi menamatkan budaya pelobi dan orang tengah dalam rundingan pertahanan, kata pengamal undang-undang, Dr Zulqarnain Lukman.

Menurut beliau, Kaedah G2G ini membolehkan kerajaan mendapatkan aset ketenteraan terus daripada kerajaan negara pembekal tanpa campur tangan syarikat pihak ketiga.



Mekanisme ini bukan sahaja mempercepatkan proses penghantaran aset tetapi turut memastikan kos lebih berpatutan dan spesifikasi aset menepati keperluan sebenar pengguna iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Langkah PMX mengubah cara perolehan aset tentera secara G2G ini adalah satu langkah besar untuk fiskal negara. Dari dahulu lagi cara perolehan aset tentera ini menjadi tempat lubuk pelobi kontrak kerajaan. Kerajaan boleh menjimatkan berjuta-juta malah ratusan juta ringgit.

“Tidak menggunakan orang tengah dalam perolehan aset tentera bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan bahkan boleh memberikan jaminan bahawa aset itu akan diperoleh mengikut jadual dan kehendak kerajaan serta kehendak user iaitu tentera sendiri.


“Keputusan kerajaan sepatutnya tidak dipengaruhi oleh pelobi kontrak,” ujarnya dalam satu ulasan di Facebook.

Dr. Zulqarnain yang juga Pengerusi KANUN AMANAH, turut merujuk kepada beberapa skandal lampau sebagai bukti kepincangan sistem perolehan pertahanan yang terlalu bergantung kepada orang tengah dan syarikat kroni.

Antaranya termasuk perolehan kapal selam Scorpene yang mengaitkan nama tokoh tertentu seperti Abdul Razak Baginda; skandal kapal tempur pesisir (LCS) bernilai berbilion ringgit; serta pembelian helikopter tempur ringan MD530G oleh Halaman Optima Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin politik.

Dalam satu pendedahan di Parlimen pada 9 Disember 2021, Anwar ketika itu Ketua Pembangkang pernah menyentuh soalpembelian helikopter MD530G:


“Saya bagi contoh. Enam buah helikopter MD-530G, siapa yang perolehi? Halaman Optima Sdn. Bhd tahun 2015. Dikemukakan oleh siapa? Datuk Harrison bin Hassan, Timbalan Ketua UMNO bahagian Subang. Saya tidak ada masalah siapa pun.

“Akan tetapi kalau ada laporan ketirisan penyelewengan begini, mesti diambil tindakan. Kemudian Unit Perancang Ekonomi diminta supaya mengecualikan perolehan itu dari pemeriksaan pengurusan nilai, value management.

“Bagaimana boleh kita terima kenyataan, satu perolehan kelengkapan tentera yang besar diketepikan soal value management yang ditetapkan oleh EPU. Kontrak bernilai RM340 juta.

“Ini yang MD-530G, pembelian dilakukan secara tergesa-gesa, harga yang diragui RM340 juta. Akan tetapi kalau ikut original equipment manufacturer, harga yang ditetapkan itu lebih kurang RM184 juta…”

Beliau turut mempersoalkan bagaimana urus niaga berskala besar itu boleh lulus tanpa penilaian kewangan menyeluruh oleh Kementerian Kewangan, seperti sepatutnya.

Walaupun helikopter itu akhirnya dihantar kepada kerajaan, kelewatan tetap berlaku dan keberkesanan aset tersebut masih dipertikai.

Pada masa sama, Zulqarnain turut mengepilkan jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 16 Mac 2022, yang dianggap tidak munasabah.