‘Langkah Kinabalu 2.0 antara Umno dan Warisan telah dimulakan’


 

Keputusan Umno Sabah untuk tidak meletakkan calon menentang Parti Warisan di Semporna pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang menunjukkan bahawa Langkah Kinabalu 2.0 telah dimulakan.

Pengerusi STAR Sabah Bahagian Kepayan, Bernard A. Logijin, sependapat dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, James Ligunjang, bahawa kedua-dua parti tersebut sekali lagi bekerjasama untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Langkah Kinabalu, yang melibatkan kedua-dua parti itu, sebelum ini gagal menumbangkan kerajaan GRS-PH pimpinan Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bernard berkata, dakwaan Warisan baru-baru ini bahawa mereka akan bergerak secara solo untuk membentuk kerajaan Sabah yang terdiri daripada parti-parti tempatan semata-mata kini kelihatan hanyalah retorik politik kosong untuk memancing undi.

Sehubungan itu, Bernard menasihatkan para pengundi supaya tidak terpedaya dengan Umno Sabah dan Warisan.

“Saya percaya versi 2.0 akan menghadapi nasib yang sama kerana para pengundi kini lebih matang, bijak dan berani membuat perubahan besar bagi melindungi kepentingan serta hak diri mereka dan generasi akan datang,” katanya, lapor Daily Express.

Dalam perkembangan berkaitan timbalan ketua pegawai eksekutif AirAsia Aviation Group Datuk Kapten Chester Voo diura-urakan akan menyertai Warisan.






HARI INI DALAM SEJARAH BUAT SANUSI. KIOK

 


Apa asas UMNO untuk terima kembali Khairy Jamaluddin?


 


Pengarah komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan asas untuk menerima kembali mantan ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam keadaan di mana Khairy tidak meminta maaf mahupun menulis surat kepada UMNO.


“Kita tak sepatutnya bincang perkara ini. Dia tak yakin dengan Bersatu dan Pas.


“Ego dia, dia tak nak rayu.


“Dia punca ramai kawan kita kalah.

“Sekurang-kurangnya dia perlu mohon maaf atau tulis surat.”


Empat hari lalu, Khairy berteka – teki dengan media berhubung spekulasi bahawa beliau akan kembali kepada Umno


Khairy telah dipecat dari Umno susulan serangan yang dibuatnya terhadap presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa kempen pilihan raya umum ke-15 pada 2023.


Ada ura-ura mengatakan bahawa Khairy akan ditawarkan bertanding di kerusi parlimen Kepala Batas yang pernah diwakili bapa mertuanya.





Isu subsidi petrol kepada warga asing: Ini status siasatan SKMM melibatkan Mahiaddin


 

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih berterusan berhubung kandungan video melibatkan kenyataan Tan Sri Mahiaddin Yassin (PN-Pagoh).


“SKMM telah menerima satu laporan daripada orang awam berkaitan kandungan yang melibatkan Ahli Parlimen Pagoh berhubung isu subsidi petrol kepada warga asing.


“Buat masa ini, siasatan tersebut masih dijalankan selaras dengan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan belum dimuktamadkan.”


Fahmi berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta status siasatan SKMM berkaitan tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mahiaddin berhubung isu subsidi petrol kepada warga asing.



Kerjasama Erat Pelbagai Pihak Cerminan Prestasi Positif Negara – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prestasi negara yang kini menunjukkan perkembangan positif mencerminkan kerjasama erat dan efektif antara pimpinan politik serta penjawat awam, disokong oleh kestabilan politik dan pelaksanaan dasar yang berkesan.

Perdana Menteri berkata, pencapaian tersebut bukan sesuatu yang mudah dicapai memandangkan saiz ekonomi dan penduduk Malaysia yang sederhana.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Malah ujarnya, prestasi berkenaan turut menyaksikan pelaburan bertambah, prestasi ringgit semakin meningkat serta taraf hidup rakyat lebih baik.

“Kita bersyukur kepada Allah SWT, bahawa kesemua angka dan data terakhir sangat membanggakan, menyaksikan nilai pelaburan tertinggi, kadar pengangguran rendah, ringgit semakin kukuh, dan prestasi ekonomi terbaik di Asia,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Bagaimanapun, beliau mengingatkan penjawat awam supaya terus memperbaiki mutu perkhidmatan dan berusaha melampaui pencapaian sedia ada.

“Soalnya ialah kesatuan dan pentadbiran kita serta cabarannya. Bayangkan jika setengah juta penjawat awam bangkit dengan semangat baharu, kita bukan sekadar menyelamatkan, tetapi berusaha memastikan Malaysia terus muncul sebagai negara kompetitif yang hebat,” jelas beliau lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Perdana Menteri turut menzahirkan kebanggaannya terhadap pasukan penjawat awam dan menyeru semua pihak untuk mengekalkan semangat kerjasama demi pembangunan negara, keluarga, dan kesejahteraan rakyat.

“Saya bangga bekerja dengan pasukan penjawat awam kerana kesungguhan mereka telah menjadikan negara dan keluarga kita lebih baik daripada sekarang. Memang tidak mudah kerana setiap hari kita akan berdepan masalah baharu, namun pencapaian ini cukup meyakinkan,” tambah beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam ucapan bersempena Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di sini.




ANWAR JAWAB ISU 40%


 

KENA BALIK-KOTA BHARU MENTERI KEHAKIMAN - KIOK- Apakah Takrifan 40% Hasil Kepada Negeri Sabah? PMX Jawab Soalan Kota Bha...

LEBAI SESUAI JADI PEMBANGKANG! JAWAPAN MANTAP YB MENTERI KERAJAAN MADANI!

PEMBANGKANG MINTA TAMBAH PERUNTUKKAN! TAPI MEREKA MAHU GAGALKAN BUDGET 2...

BARU DOK KIRA KIRA JADI MB...SAMBUNG LAGI..BOLEH PAKAI ROLL ROYCE.....DUIT DAH BANYAK ....DAPAT NEGERI HASIL TOP 5 DALAM NEGARA



 Che Ibrahim



Aduhhhh.. ambo baru dok khayal nak merasa Padang Kota bawah pentadbiran Pas, jambatan Pulau Pinang bertukar nama jadi Jambatan Kedah.....




SU AKHBAR MB RASID. AJAK DEBAT MENIKUS.

 


Sham Ghaz


Muhamad Mat Yakim Su Akhbar MB Sanusi Kedah rasis?







Marah benar kat YB Teh, siap buat posting di FB. Kononnya dia marah YB Teh Swee Leong guna perkataan “Hang” kepada MB Sanusi, lepas tu YB Teh elok2 minta maaf guna perkataan BELIAU. 


Malah suh YB Teh rujuk buku Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Kononya hebat la.


Last last dia mai komen di wall saya: “PERASAN BETUI LA BABI NI” 


Memang spesis Pas Kedah ya laguni? 


Ajak debat Bajet 2026 penakut! Setakat gelar gelar budak Pasti pun takda perangai macam tu.


Pakcik dah kategori warga emas dah, elok cakap sopan sikit lah spt di FB tu. 


Malu lah Logo Pas di dada cakap BABI mcm tu je. Saya dulu Ex Pas juga, sempatlah kerja dgn arwah MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz, tapi dia tak ajar perangai buruk mcmni. Dia suh berbaik sesama Muslim dan kaum lain, supaya kaum lain masuk Islam.


Tak tahulah takut Sanusi ajak mcmtu.





𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿, 𝗣𝗞𝗥, 𝗡𝘂𝗿𝘂𝗹 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 & 𝗚𝗲𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 — 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗶𝗻𝘀𝗶𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮



- 𝘔𝘈𝘐𝘕 𝘛𝘐𝘛𝘓𝘌 [𝘜𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘴𝘦𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘚𝘪𝘳𝘪 1-4]:







(𝘚𝘪𝘳𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘱 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘭𝘪𝘳𝘢𝘵 — 𝘥𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘪𝘥𝘦𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦 𝘥𝘪𝘶𝘫𝘪, 𝘬𝘦𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘵𝘢𝘸𝘢𝘳, 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘰𝘥𝘢 𝘫𝘪𝘸𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯.)


𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭: 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 & 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗨𝗦𝗔 — 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗥𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗹 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗥𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂𝗵


(𝘋𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘶𝘱𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘪𝘳𝘪 𝘱𝘦𝘥𝘢𝘴 𝘪𝘯𝘪, 𝘢𝘬𝘶 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘦𝘯𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘱𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘺𝘶 𝘭𝘢𝘮𝘢 — 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘪𝘯𝘥𝘢𝘩, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘵𝘢𝘫𝘢𝘮 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘯𝘨𝘬𝘢𝘱 𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘰𝘥𝘦𝘯 𝘨𝘢𝘨𝘢𝘭 𝘵𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩.)


Perkataan hari ini: “𝗥𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂𝗵” — ertinya memeluk dengan rakus, merangkul dengan niat memiliki, bukan menyayangi.


Justeru, bila reformasi yang dulu berjiwa rakyat kini berubah jadi politik rangkul semua, maka pelukan itu bukan lagi kasih — tapi 𝙧𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪𝙝 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖.


𝘚𝘶𝘣𝘵𝘢𝘫𝘶𝘬:

𝘼𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙍𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙧𝙚𝙖𝙡𝙥𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠: 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙝 𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙘𝙚𝙧𝙢𝙞𝙣 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙪𝙝 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙥𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙟𝙪𝙖𝙡 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙣𝙖𝙢𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙥𝙖𝙙𝙪𝙖𝙣.


𝗕𝗔𝗕 𝟭: 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝘂𝘀𝗮


Seperti dijanjikan — siri panas ni bukan untuk yang cepat sentap. Ini untuk mereka yang berani menatap wajah sebenar politik hari ini.


Rafizi baru-baru ni sudah lontarkan peluru sinis: katanya “𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪, 𝘬𝘦 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘯𝘢𝘯, 𝘬𝘪𝘯𝘪 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘶𝘴𝘢.”

Satu frasa pendek, tapi sarat makna. Ia bukan sekadar sindiran kepada calon anak bekas Ketua Menteri, tetapi satu teguran dalam terhadap hala tuju perjuangan reformasi yang makin kabur di bawah slogan dari "𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵" ke “𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘪𝘤𝘪𝘯" ke "𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘳𝘢𝘯𝘨𝘬𝘶𝘭 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢.”


Pada mulanya, Reformasi meletup macam api unggun di jalan raya — semangat membara, rakyat menyalakan bara harapan, menentang elit lama tanpa takut.


Tapi bila Rafizi mula dijauhi, ditegur halus tapi diberi ejekan oleh Geng Damai, bara itu mula '𝙢𝙤𝙧𝙥𝙝' (berubah).

Semangat yang dulu menyala atas 𝙥𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥 𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙪𝙠𝙖𝙧 menjadi api yang dikawal, diukur, dan diselaraskan 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙧𝙖 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖.


Rafizi, yang dulu dianggap pembakar semangat, dikata jarang turun padang. “𝘋𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵” seperti yang dicanang geng Damai bahawa ia tidak menampung cabang-cabang parti yang dahaga untuk terus berjuang.

Maka lahirlah istilah sinis — Reformanan — versi Reformasi yang diubah suai. Ibarat Ramanan 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙝𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙪𝙠𝙪𝙥 𝙧𝙖𝙨𝙖, Rafizi tak beri cukup makan, tapi tetap dijulang.


Ini bukan tuduhan melulu, tapi 𝙢𝙤𝙧𝙛𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞 semangat reformasi: dari nyala awal yang tulus, ke nyala yang dikawal, diukur, dan akhirnya disesuaikan dengan realiti politik.


Dan dari sinilah kita lihat jalan menuju Reformusa: versi final di mana 𝙥𝙚𝙡𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙧𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪𝙝, prinsip ikut 𝙩𝙚𝙧𝙥𝙚𝙡𝙪𝙠, dan semangat asal yang membara kini tersimpan di bawah 𝙗𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙩𝙧𝙖𝙩𝙚𝙜𝙞.


Dulu reformasi 𝙢𝙚𝙣𝙤𝙡𝙖𝙠 budaya elitis.

Kini, ia seperti sedang 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙚𝙢𝙥𝙪𝙩 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙬𝙖𝙟𝙖𝙝 𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙪𝙡𝙪 𝙙𝙞𝙩𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 — cuma kali ini, diberi jenama baru: politik matang dan sejahtera... konon. 


𝗕𝗔𝗕 𝟮: 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 — 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗨𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴?


Sabah kini bukan sekadar negeri di bawah bayu, tapi di bawah pemerhatian.

Anwar dan GRS 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙚𝙡𝙪𝙠 𝙚𝙧𝙖𝙩, tapi di sebalik pelukan itu, rakyat tertanya: 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘭𝘶𝘬 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢?


Gabungan GRS bukan suci daripada dosa politik. Isu rasuah, kronisme dan permainan projek masih menghantui legasi mereka.

Dan bila nama seperti Albert Tei muncul dalam episod “𝘴𝘬𝘢𝘯𝘥𝘢𝘭 𝘮𝘪𝘯𝘦𝘳𝘢𝘭” — ramai tertanya, 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙩𝙞𝙥𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙥𝙪?


Albert Tei — dikatakan bukan pemberi rasuah, tapi 𝙢𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖 𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢 𝙡𝙖𝙢𝙖 yang terpaksa “𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘨𝘦𝘭𝘢𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘨.”

Kalau ini benar, maka “𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘳𝘢𝘯𝘨𝘬𝘶𝘭 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢” bukan saja gagal memulihkan integriti, tapi mungkin 𝙢𝙚𝙣𝙤𝙧𝙢𝙖𝙡𝙞𝙨𝙖𝙨𝙞 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙗𝙪𝙙𝙖𝙮𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙤𝙣𝙤𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙞 𝙙𝙪𝙡𝙪.


𝗕𝗔𝗕 𝟯: 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺


PKR dulu lahir dari idealisme. Dari jalan raya ke parlimen, dari air mata ke manifesto. Tapi bila prinsip diganti “𝘱𝘳𝘰𝘧𝘪𝘭 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪” dan “𝘱𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘶𝘩 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳𝘨𝘢”, maka roh perjuangan pun ikut berubah.


Rafizi sendiri akui — dalam parti, ada 𝙙𝙪𝙖 𝙥𝙖𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣: 


1️⃣ Yang mahu calon lompat sebagai 𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙥𝙞𝙣𝙩𝙖𝙨 𝙠𝙚 𝙠𝙚𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣.

2️⃣ Yang masih percaya pada calon 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥 𝙝𝙖𝙨𝙞𝙡 𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙧𝙩𝙞.


Masalahnya, bila idealisme 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙚𝙢𝙗𝙪𝙣𝙜 dengan pragmatisme — keputusan akhirnya bergantung pada 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 menjustifikasi dosa.

Dan di sinilah Reformusa lahir — sebagai 𝙨𝙞𝙢𝙗𝙤𝙡 “𝙧𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙨𝙚𝙧𝙖𝙥 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙣𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙚 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙪𝙡𝙪 𝙢𝙖𝙝𝙪 𝙙𝙞𝙟𝙖𝙩𝙪𝙝𝙠𝙖𝙣.”


𝗕𝗔𝗕 𝟰: 𝗚𝗥𝗦 — 𝗚𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗚𝘂𝗻𝘂𝗻𝗴 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵?


Nama GRS kini sinonim dengan stabiliti politik, tapi di padang rakyat, ia kedengaran seperti “𝘎𝘶𝘯𝘶𝘯𝘨 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘢𝘩 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩”.

Di puncak kelihatan kukuh, di akar reput: dari projek mega hingga lesen pasir, semuanya ada “𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘳𝘢𝘯”.


Bila Anwar memilih untuk berpeluk dengan mereka atas nama perpaduan, ramai bertanya:


• Strategi mengawal dari dalam?


• Atau sekadar menyerah kepada sistem lama yang kononnya hendak diperangi?


> 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙝𝙪 𝙥𝙚𝙧𝙪𝙗𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙠𝙞𝙩 𝙩𝙖𝙬𝙖𝙧 𝙝𝙖𝙩𝙞, 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙡𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙧𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪𝙝 𝙞𝙣𝙞.


𝗕𝗔𝗕 𝟱: 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝘁𝗶


Kita tahu Anwar mahu stabilkan Sabah, tapi caranya kini jadi bahan debat.

Bila calon-calon payung terjun disusun atas alasan “𝘱𝘳𝘰𝘧𝘪𝘭 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪”, rakyat bawah mula terasa kecil.

Yang setia dari bawah parti terpinggir, yang lompat masuk diberi spotlight — macam watak cameo tapi dapat anugerah pelakon utama.


Dan inilah 𝙧𝙞𝙨𝙞𝙠𝙤 𝙥𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠 rangkul semua — 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙡𝙪𝙠, 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙥𝙖𝙩𝙪𝙩𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙪𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙥𝙚𝙡𝙪𝙠.


𝗕𝗔𝗕 𝟲: 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗥𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗹 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗥𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂𝗵


Kita faham 𝙣𝙞𝙖𝙩 nak satukan semua. Tapi kadang, dalam rangkulan yang terlalu luas, ada tangan yang sedang 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙚𝙡𝙞𝙩.

Dan bila pelukan itu bukan lagi dari semangat reformasi, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙚𝙩𝙖𝙠𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙝𝙞𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 — di situ, reformasi bertukar jadi reformanan, dan akhirnya menjelma jadi Reformusa.


𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗣𝗲𝗱𝗮𝘀:

Sabah kini bukan sekadar gelanggang pilihan raya, 𝙩𝙖𝙥𝙞 cermin masa depan — 𝙖𝙥𝙖𝙠𝙖𝙝 𝙍𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥, atau sudah jadi jenama politik kitar semula?


𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗻𝗼𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗹 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂𝗵 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻.


====>>>

✍️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘌𝘤𝘩𝘰𝘦𝘴...

𝘒𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘱𝘳𝘪𝘯𝘴𝘪𝘱 𝘪𝘣𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘭𝘢𝘳 — 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘴𝘳𝘢, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘭𝘢𝘯.


𝘕𝘦𝘹𝘵 𝘚𝘪𝘳𝘪:

𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮 — 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵: 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗔𝗶𝗿 𝗸𝗲 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗧𝗮𝘄𝗮𝗿?

𝘚𝘪𝘯𝘰𝘱𝘴𝘪𝘴:

Apabila idealisme mula dijual di pasar politik, siapakah pembeli setia dan siapa yang cuma datang tawar-menawar demi kuasa?

Bersedia untuk Siri kedua — lebih panas, lebih menyengat, dan mungkin lebih benar dari yang ramai sangka.

•••





MAHATHIR YANG KESUNYIAN

 

MSO


Catatan berupa posting Mahathir dalam Facebook ini menunjukkan betapa sakitnya jiwa orang tua ini. 


Kalau kesunyian dan rasa tersisih sangat elok buka kedai runcit, boleh melepaskan kesunyian dan bermain serta bersembang dengan pelanggan. Terhibur juga hati. Trims.





RAHMAN DAHLAN DISAILANG OLEH BUNG MOKTAR


Adrian Lim Chee Ann








* Bung Moktar adalah orang No.1 UMNO Sabah (Pengerusi)

* Rahman Dahlan adalah orang No.2 UMNO Sabah (Timbalan Pengerusi)

* Hajiji Noor adalah orang No.1 PGRS (Presiden)


Bad blood dan rivalry di antara No.1 UMNO Sabah dan No.2 UMNO Sabah bukan perkara baharu.


Pada tahun 2023, semasa Bung (No.1 UMNO Sabah) dan Hajiji (No.1 PGRS) bertembung sejurusnya berlaku Langkah Kinabalu, Rahman (No.2 UMNO Sabah) telah memihak kepada Hajiji (No.1 PGRS) berbanding ketua partinya sendiri iaitu Bung (No.1 UMNO).


Pada tahun 2024, Rahman (No.2 UMNO Sabah) telah dikritik oleh Bung (No.1 UMNO Sabah) kerana menjemput orang luar seperti Hajiji (No.1 PGRS) bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Tuaran, manakala Bung (No.1 UMNO Sabah) pula tidak dijemput.


Pada awal tahun 2025 pula, Bung (No.1 UMNO Sabah) secara sinis telah memberitahu media bahawa UMNO/BN bersedia mencalonkan Rahman (No.2 UMNO Sabah) di kerusi DUN Sulaman, di mana penyandangnya adalah Hajiji (No.1 PGRS).


Nampak coraknya setakat ini?


No.2 UMNO Sabah tidak ngam dengan No.1 PGRS dan No.2 UMNO Sabah. Oleh sedemikian, selaku No.1 UMNO Sabah, Bung tawarkan No.2 UMNO Sabah bertanding menentang No.1 PGRS. Apa pun keputusan perlawanan ini, ianya akan memberi senyuman kepada No.1 UMNO Sabah.


Tetapi akhirnya Rahman tidak dicalonkan di Sulaman, sebaliknya di DUN Tempasuk.


Baik.


Mohd Arsad Bistari merupakan penyandang DUN Tempasuk di mana pada PRN2020, Arsad telah menang besar di kerusi tersebut.


Semasa Langkah Kinabalu berlaku, Arsad di antara lima ADUN UMNO Sabah yang tidak memihak kepada No.1 UMNO Sabah (Bung), sebaliknya memihak kepada No.1 PGRS (Hajiji).


Arsad kemudiannya melompat ke PGRS dan kini menjadi calon PGRS bagi mempertahankan kerusi tersebut.


Sebab itu No.1 UMNO Sabah tawarkan DUN Tempasuk kepada No.2 UMNO Sabah.


Rahman telah disailang oleh Bung.




POLIS NI KENA KE. MAHKAMAH

 







Inspektor Sheila kat Mahkamah Kuala Lumpur bagi kes pendakwaan memperlekeh anggota polis..

Jap Jap dia nak pi Mahkamah ke apa pakai macamtu?? Dia Inspektor Polis takkan tak tahu etika pemakaian kat Mahkamah??


📷 NST/ Malaysia Gazette



PEMAIN TAK DIKENALI RAMAI


 Semasa menonton badminton di Thailand tempohari saya melihat kelibat seorang pemain mewakili Malaysia.





Rentak permainannya yang bersemangat membuatkan saya teringat ingat untuk menulis berkenaan beliau.


Namun apabila diselidiki beliau bergerak sendiri dan bukan naungan BAM.


Aidil Sholeh Ali Sadikin (25 tahun) ialah seorang pemain badminton perseorangan lelaki profesional dari Malaysia. 


Berikut adalah maklumat penting mengenai beliau sebagai pemain badminton negara:


Status Semasa: 

Beliau kini beraksi sebagai pemain profesional di bawah bimbingan jurulatih Nova Armada, setelah meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada tahun 2024.


Pencapaian: 

Sejak bergerak secara profesional, beliau telah menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara, termasuk:


Merangkul gelaran Juara Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2025.


Mara ke final Masters Al Ain 2025.


Ranking Dunia: 

Berdasarkan kemas kini ranking dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) pada Minggu ke-45 (4 November 2025), Aidil Sholeh berada di kedudukan ke-47 dunia dalam acara perseorangan lelaki.


Potensi: 

Beliau dilihat sebagai salah seorang pemain yang berpotensi untuk menembusi kelompok 32 terbaik dunia menjelang 2026.


Mewakili Malaysia: 

Walaupun berstatus pemain profesional, beliau masih mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa dan menyatakan hasrat untuk terus menyumbang kepada negara, termasuk menyasarkan slot ke Sukan SEA.


Kita nantikan aksi beliau kelak.


Gambar: Lukman Yant



WALAUN NI TAK FAHAM.. BUKAN ISU DAP, TAPI ISU RAKYAT


 

SOALAN PANAS! PERDANA MENTERI JAWAB ISU 40% SABAH YANG DITUNGGANG!

PM Anwar Ibrahim jelaskan keputusan kerajaan tidak buat rayuan terhadap ...

Ini keputusan kerajaan pusat terhadap 40% hasil Sabah



Kerajaan pusat telah memutuskan untuk tidak membuat sebarang rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung 40 peratus hasil di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan pusat juga kan memulakan proses rundingan Bersama dengan kerajaan Sabah pada kadar segera.

“Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” umum Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan bersama.


“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak akan membuat rayuan terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar segera.”

Dalam pada Peguam Negara telah menyatakan kecacatan di dalam alasan penghakiman tersebut.


“Antaranya dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan. Dakwaanini bakal membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sejak tahun 1974.


“Alasan penghakiman juga menyatakan bahawa kajian semula selepas tahun 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional, terdapat ketidakaturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran.

Oleh itu rayuan akan dibuat terhadap kecacatan dalam alasan penghakiman.



 

Keputusan kerajaan dalam kes 40% hasil, keputusan mahkamah dalam kes Amri, Koh, fokus Dewan Rakyat


 


Waktu pertanyaan Menteri hari ini meyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan rasional kepada keputusan Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkenaan 40% hasil kepada Sabah dan implikasi keputusan ini.


Perkara ini dibangkitkan oleh Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) di Dewan Rakyat

Selain itu beliau turut menjelaskan langkah kerajaan seterusnya dalam keputusan kes Amri Che Mat dan Paderi Koh. Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang mengangkat isu turut bertanya bertanya isu SOP dan kewibawaan siasatan PDRM.


Kapten Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) pula bertanya berkenaan cabaran utama kampung tradisi di Kuala Lumpur di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 termasuk pemilikan tanah, kemudahan asas, kepadatan dan tekanan pembangunan.


Sesi jawab lisan pula menyaksikan pula menyaksikan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) bertanya sama ada kerajaan akan menghapuskan hukuman mati secara keseluruhan dalam masa terdekat. Pada ketika ini hukuman mati bukan mandatori.



PM Anwar perjelas punca rayuan dibuat terhadap alasan penghakiman dalam kes tuntutan 40% hasil Sabah


 


Rayuan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam kes tuntutan 40% hasil Sabah perlu dibuat kerana keterlanjutan di dalam alasan penghakiman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Tiada rayuan dalam pemberian khas. Yang dibangkitkan ialah kekhilafan dalam penghakiman kerana alasan byk terlanjur. Ada dakwaan kajian semula pemberian khas slps 2021 salah undang-undang.


“Ia dikaitkan dengan kesalahan kerajaan sejak 1974. Ini bermakna sejak Tun Razak, Fuad Stephens semuanya bersalah.


“Ada dakwaan terlanjur, illegal, irrational dan abai tanggungjawab kepada Sabah.


“Saya tidak mahu ini jadi politik dalam soal 40 %.

(Alasan penghakiman) Tidak tepat harus dirayu. Tanpa rayuan bermakna kerjaan persekutuan sejak 1974 dan kerajaan Sabah sejak 1974 salah.


Beliau turut menyifatkannya sebagai keputusan yang menghukum kerajaan negeri dan persekutuan yang perlu dirayu.

“Ada kenyataan pengabaian, tuduhan ketepikan perlembagaan kita tak boleh terima.


“Ia mesti dirayu. Kit mahu ia dibatalkan. Ia tuduhan keras,” Anwar berkata demikian sewaktu menjawab soalan Datuk Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) ketika Waktu Pertanyaan Menteri.


Sementara itu dalam menjawab soalan susulan Datuk Takiyuddin Hasan (PN-Kota Bharu), Anwar bertanya sama ada Takiyuddin sanggup menerima tuduhan tersebut memandangkan Takiyuddin pernah menjadi Menteri Undang-Undang ketika pentadbiran Perikatan Nasional.



Pulau Pinang bukan milik Kedah, namun tindakan Mahkamah Sanusi dialu-alukan

CARA ORANG MELAYU NAK CEPAT KAYA

Norman Radzuan


 Orang Mesir belajar bina Piramid dari orang Melayu

CARA ORANG MELAYU NAK CEPAT KAYA






Saya tersenyum bila lihat Sanusi nak mulakan proses undang2 pajakan Pulau Pinang. Negara dah Merdeka lebih 60 tahun… dapat dkt kamu jadi MB tak tahu cari pelabur, nak tuntut pajakan dan mcm2 lagi.


Kedah negeri besar berkali kali ganda dari Penang. Kedah ada Sungai, ada pulau Langkawi, sempadan dgn Thai, kaya dgn hasil padi… tapi ekonomi tak maju2. 


Jadi nak mudah dpt duit buat tuntutan pada Pulau Pinang. Ini jenis tipikal Melayu berfikir… tak ada idea, tak kreatif nak cari income negeri.


Betul la kalau dia berjaya… lepas ini nak tuntut balik Singapura atau Pulau Batu Putih panggillah Sanusi ni.


Yg lucu dia panggil Prof yg mcm2 buat saya ketawa sebelum ini. Baru2 ini Prof Dr Solehah kata, 'Rom belajar bina kapal daripada orang Melayu'. 


Prof….bangsa Romawi berkembang sekitar abad ke8 SM hingga abad ke5 M. Bangsa Melayu baru dikenali dlm sumber sejarah sekitar abad ke1 M hingga abad ke7 M dikenali dgn Nusantara.


Kalau kita lihat kronologis ini, Romawi sudah memiliki kemampuan maritim jauh lebih awal. Rom itu telah lama gahnya.


Bangunan kota Rom yg terkenal adalah Colosseum dan Panteon. Ia dibina ketika org Melayu nak buat jarum pun masih tidak reti.


Kenapa Prof tak cakap je bangsa Mesir itu belajar bina Piramid daripada bungkusan Nasi Lemak bangsa Melayu… kan lebih org percaya🤭


Prof jgn bina WhatsApp University… kesian bangsa kita ini. Motor diisi dgn minyak diesel pun ada org Melayu percaya siap takbir lagi… please Prof stop it, that’s not funny!



BANYAK CAM NI...JENIS SEKOLAH DO KELAS AKHIR...MAK AYAH HANTAR PI SEKOLAH AGAMA,CAM TU LA DIA




 Ok dak jawab mcmni. Jawab panjang dan bagi data bukannya faham pun. 







Beratus juta duit masuk ke akaun state Kelantan dan Terengganu, berbillion projek persekutuan diberikan.


Budak ni tak tahu kot saya pernah kerja di Pusat Kajian Strategik dan Glc direct bawah dagu arwah Tok Guru Nik Aziz dulu 😔


Nak goreng orang lain boleh lah. 


Al Fatihah untuk Murabbi ummah arwah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat 🤲🏻



PMX MENJAWAB SOALAN SOALAN PANAS KETIRISAN, 1MDB DAN LAIN2

DIASAK DENGAN PELBAGAI SOALAN DS MAT SABU TENANG MENJAWAB SOALAN!

WOII SANUSI...HANG PI LA CARI DUIT BILLION BILLION..CINA DAP BELI KEDAH HABIS TANAH MELAYU.

 

Perlembagaan Batal Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkata, Perlembagaan secara jelas memperuntukkan kedaulatan semua negeri dalam Malaysia, termasuk Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Kedudukan Perlembagaan Persekutuan mengatasi sebarang dakwaan sejarah bahawa Pulau Pinang milik Kedah, tegas Ahli Parlimen penyokong kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkata, Perlembagaan secara jelas memperuntukkan kedaulatan semua negeri dalam Malaysia, termasuk Pulau Pinang.

“Perlembagaan turut mengiktiraf Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang berdaulat,” katanya membidas dakwaan seorang Ahli Parlimen pembangkang bahawa Pulau Pinang hak milik kesultanan Kedah.

Perdebatan tercetus apabila Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mencadangkan agar sejarah Pulau Pinang dikaji semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah.

Ahmad Tarmizi mendakwa, pendudukan Francis Light di pulau itu pada 1786 adalah ‘tidak sah’ kerana perjanjian yang dimeterai tidak melibatkan kerajaan British.

Jelasnya, Light ‘menduduki’ Pulau Pinang secara haram memandangkan tiada sebarang perjanjian termeterai antara kesultanan Kedah dengan pihak British.

“Pihak Kedah menyatakan bahawa Pulau Pinang hak milik kesultanan Kedah di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah. Isu ini wajar dibuka dan dikaji semula bagi menentukan kesahihannya,” katanya.

RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudiannya menegaskan bahawa Perkara 4(1) dan 4(2) Perlembagaan menyatakan Pulau Pinang adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, justeru kedaulatannya tidak boleh dipertikaikan.

“Ia tidak boleh dituntut oleh sesiapa pun, termasuk Kedah,” kata Rayer.

Malah pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Muhammad Sanusi yang mendakwa kononnya Pulau Pinang masih hak Kedah.

Anwar berkata sebagai seorang Menteri Besar, Muhammad Sanusi seharusnya memahami Perlembagaan dan terikat dengan aspek perundangan.

Tegas beliau, setiap pemimpin juga perlu menghormati perjanjian Perlembagaan yang telah diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah dalam isu berkenaan.

Dakwaan Tarmizi itu dibuat beberapa hari selepas laporan menyebut kerajaan Kedah berada pada fasa akhir pelantikan pasukan peguam bagi memulakan tindakan mahkamah berhubung status dan hubungan negeri itu dengan Pulau Pinang.

Menteri Besar Sanusi Nor berkata, tindakan mahkamah itu adalah sebagai respons kepada titah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 2023 yang mahu sejarah Kedah, khususnya persoalan Pulau Pinang ‘dipajak’, diperjelas secara telus.

Pada 2021, Kedah menuntut ‘bayaran pajakan’ sebanyak RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan untuk Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang bertegas bahawa kesultanan Kedah telah menyerahkan wilayah-wilayah tersebut secara muktamad selepas Merdeka.

Pada November tahun lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai berbaur hasutan.