WANITA PKR SOKONG PERTAHANKAN PM ANWAR

 

Kami berhimpun berdiri teguh menyatakan sokongan terhadap YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia. Kami menolak politik fitnah dan provokasi yang cuba dimainkan pembangkang.






Mereka berhimpun untuk 'Turun Anwar' tetapi rakyat tidak bersama mereka. Alhamdulillah kehadiran mereka hambar, rakyat kita bijak menilai.


Terima kasih kepada semua yang hadir bersama kami tadi. Perjuangan kita belum selesai dan kami tidak akan undur 💪🏻🇲🇾


#NurhidayahCheRose

#WanitaKEADILAN

#SrikandiKEADILAN




(LIVE) Rafizi Ramli Bersama Faiz Ahmad : Podcast YBM (𝗬ang 𝗕erhenti Ment...

MEREKA TAK LAYAK JADI MENTERI


Norshidah Md Daud


 Selain 2 orang yang duduk dari kiri, xde sape dah dalam gambar ni layak dapat jawatan Menteri walau berkelulusan dari oversea 


Akhirnya bekas bakal Presiden UMNO memilih pemimpin UMNO untuk mengisi kekosongan jawatan


Kalau xde pemimpin UMNO, dia lantik senator


Begitulah







82,637 ORANG PETUGAS KESIHATAN TARIK NAFAS LEGA. TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA MADANI.


Sham Ghaz






Hanya perlu bekerja 42 jam/minggu sahaja, bukan 45 jam.


Mereka terdiri Jururawat, Jururawat Masyarakat, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan 


Tahniah DS Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan PMX DS Anwar Ibrahim!



HOI BERUK... NOH HAIHHH.. SG KOROK TEPI JALAN JA SANUSI


 

TUDIAAA AIHHH TANAM BULOH TEPI SUNGAI...


 

TERKINI... SENDIKET PENGUBAHAN WANG HARAM DITAHAN


 

NOHHH... NUOR MUSO

 


KALAU NAK JATUHKAN KERAJAAN BUKAN MAIN. KAWASAN SENDIRI DENGAN KES DADAH DIA DIAM.


 

MP PKR YANG TIADA JAWATAN DALAM KERAJAAN.

 


Iswardy Morni


Berikut adalah Ahli Parlimen PKR (Parlimen Ke‑15) yang tidak memegang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri dalam kerajaan semasa (Julai 2025):


MP PKR Bukan Menteri / Timbalan Menteri


Kedah


1. Dr. Mohammed Taufiq Johari – Sungai Petani 


Pulau Pinang


2. Sim Tze Tzin – Bayan Baru


3. Muhammad Bakhtiar Wan Chik – Balik Pulau ❌


Perak


4. Kesavan Subramaniam – Sungai Siput


5. Tan Kar Hing – Gopeng❌


Selangor/kl


6. William Leong Jee Keen – Selayang


7. Rodziah Ismail – Ampang❌


8. Wong Chen – Subang❌


9. Lee Chean Chung – Petaling Jaya❌


10. Prabakaran Parameswaran – Batu


11. Zahir Hassan – Wangsa Maju❌


Johor


12. Yuneswaran Ramaraj – Segamat❌


13. Syed Ibrahim Syed Noh – Ledang❌


14 Onn Abu Bakar – Batu Pahat❌


15. Jimmy Puah Wee Tse – Tebrau


16.Hassan Abdul Karim – Pasir Gudang❌


Sarawak


17.Chiew Choon Man – Miri




KETIKA KUASA MENUNTUT KORBAN, ISTANA DIBAKAR DEMI EMPAYAR

 Credit: Muammar Gadafi




KETIKA KUASA MENUNTUT KORBAN, ISTANA DIBAKAR DEMI EMPAYAR


Penyingkiran Rafizi Ramli, panglima utama Parti Keadilan Rakyat sebagai Timbalan Presiden KEADILAN adalah satu peristiwa mengejut dan tidak pernah dijangka, sehinggalah ketika ia berlaku. Dan ia membina retak besar dalam KEADILAN itu sendiri. 


Peristiwa ini bukan semata konflik pandangan, bukan juga soal perbezaan strategi politik. Bukan. Ia mungkin dilihat begitu. Tetapi ia bukan begitu. 


Ia adalah kisah tentang kekuasaan yang tidak boleh dicabar. Dan ia adalah kuasa terbesar dalam satu satu parti politik. Ia adalah tentang manusia bernama Anwar Ibrahim.


Sejak awal isu Rafizi, ramai rakan pemuda, aktivis, bahkan tokey kedai makan bertanya kepada saya, tentang mengapa Rafizi, arkitek kemenangan PRU14, penggerak data-driven politics, dan orang yang hidup serta matinya adalah untuk idea-idea pembaharuan, disingkirkan begitu kejam? 


Kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim, pencetus reformasi, tergamak menyingkirkan sosok yang menjadi “pembawa obor” untuk masa depan KEADILAN?


Aku sendiri tidak punya jawapan yang tuntas awalnya, kerana tiada justifikasi tindakan itu. Namun dalam pencarian, saya bertanya beberapa individu,  mereka yang dekat dengan lingkaran kuasa. Dan jawapan mereka, meski dari mulut berbeza, datang dengan nada yang sama: kerana Rafizi canggah Anwar. 


Rafizi konsisten dengan garis reformasi progresif yang bersih dari legasi UMNO dan politik lama. Pandangannya jelas, tegas.


Di sinilah pertembungan berlaku. Dalam dunia politik yang sarat dengan kompromi demi kuasa, Rafizi kekal idealis. Dan idealisme dalam politik adalah bentuk “bahaya” yang tidak semua sanggup tanggung. 


KEMENANGAN PRU16 adalah dengan Perpaduan. Itu formula diyakini Anwar. Namun bukan Rafizi. Soal bila Pru16 pun dikatakan, Anwar dan Rafizi berbeza pandangan.


Anwar tidak lagi sosok yang boleh mengambil risiko. Kalah Pru16 bukan satu pilihan. Anwar bukan Rafizi yang mempunyai waktu. Anwar mengejar waktu. Masuk pilihan raya bagi Anwar adalah untuk menang. Bukan 50-50,  bukan 80-20. Tapi mesti menang.


Namun kita tetap tertanya-tanya, mengapa harus sampai begini? Bukankah perbezaan pandangan itu lumrah dalam politik? Bukankah ini parti yang dibesar dengan gelora intelektual dan debat terbuka?


Lalu saya ajukan satu soalan ringkas kepada kepada setiap mereka yang bertanya: 


Siapa sebenarnya warlord dalam KEADILAN?


Kebanyakan mereka menjawab, Anwar Ibrahim. 


SALAH. 


Rafizi Ramli adalah warlord Keadilan. Dia ialah panglima perang utama dalam medan strategi dan operasi. Dia bukan hanya ahli politik, dia jurutera struktur organisasi, arkitek naratif pilihan raya, dan pengatur langkah jentera.


Jadi jika Rafizi adalah warlord,  maka Anwar Ibrahim siapa? Bukankah dia yang nombor satu?  Bukankah dia Presiden? Bukankah dia punca KEADILAN diasaskan? 


Anwar bukan warlord. Anwar adalah MAHARAJA.


Maharaja dalam sejarah Timur,  Qin Shi Huang, Kublai Khan, Kangxi, Taizong of Tang, tidak pernah tunduk kepada emosi, sentimen atau persahabatan dalam soal kuasa. Mereka sanggup menyingkir, bahkan membunuh, sesiapa sahaja yang dilihat boleh mengganggu kestabilan pemerintahan, mengorbankan sesiapa sahaja meski itu darah daging mereka sendiri, atau panglima terkuat mereka. Kerana mereka percaya bahawa mempertahankan kekuasaan adalah misi tertinggi negara.


Maharaja tidak perlu memberi justifikasi. Mereka tidak berhutang penjelasan kepada sesiapa. Mereka tidak memerlukan sokongan moral untuk tindakan mereka. 


Kerana mereka adalah Maharaja.


Dan seperti maharaja-maharaja besar yang lain, tindakan Anwar mungkin dilihat kejam dari luar, tetapi bagi seorang pemimpin yang sedang meniti tali halus antara kestabilan kerajaan dan idealisme perjuangan, kadangkala keputusan yang paling sukar itu adalah yang paling perlu. 


Dalam dunia sebenar, tidak semua panglima boleh terus hidup jika arah tuju mereka berlawanan dengan negara.


Anwar memilih untuk mengorbankan satu kekuatan demi mengukuhkan kerajaan. Demi memastikan gabungan Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan ini mampu bertahan, memulihkan ekonomi, dan membawa Malaysia keluar dari kemelut politik yang berlarutan sejak 2020. 


Yaa, sejarah akan menilai, tetapi pada hari ini, Anwar Ibrahim memilih tindakan seorang negarawan, bukan hanya seorang pemimpin parti. Bahkan partinya turut menjadi korban.


Dan untuk itu, beliau mengorbankan bukan satu orang yang menjadi kepercayaan dan tulang belakang beliau. 


Rafizi adalah seorang. Dan seorang lagi yang beliau korbanlah adalah..... 


Yang faham akan tulisan diatas. Tahu sosok kedua yang dikorbankan. Dengan begitu dasyat sekali. Hingga kesan kepada sosok terbabit lebih teruk dari terjadi kepada Sdr Rafizi. Hanya jika, anda memahami dan mengetahuinya. 


InsyAllah. Teguh - Kekal berdiri! Bersama Anwar Ibrahim. Reformasi! 


Copas serta Kredit Coretan Muammar Qaddafi.



KAN LAJU BUAT KERJA. TAPI PARTI KIOK NI LAIN DIA PUNYA BIOLNYA.

 Ustaz Al Asri



Dapat je surat Rafizi , 2 pihak laju uturn.Pas dah sokong tanpa syarat .Menteri pun laju buat kajian...






KONTROVERSI KEHAKIMAN: ADA DUA CARA KONTROVERSI INI BOLEH DILERAIKAN, TERMASUK PENGISYTIHARAN DARURAT KEHAKIMAN TANPA PERLU PM LETAK JAWATAN (BACA PENUH, SHARE RA






Artikel ini terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian A membincangkan alasan dan cadangan pembangkang, dan bahagian B adalah ulasan saya yang membangkitkan dua cara leraikan isu ini, termasuk satu cara yang tidak disebut-sebut oleh pembangkang.


Akan ada live kas untuk membincangkan perkara ini malam ini.


------------------------------


A. ALASAN DAN CADANGAN PEMBANGKANG


Pembangkang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengambil cuti sementara ketika isu campur tangan dalam pelantikan hakim masih hangat. Motivasi dan sebab di sebalik desakan ini termasuk:


1. Prinsip Integriti & Konflik Kepentingan


Pembangkang berhujah bahawa Anwar mempunyai potensi konflik kepentingan, kerana beliau terlibat dalam proses yang akhirnya melibatkan hakim – termasuk pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan titah adendum Diraja Najib, yang kesnya dibicarakan di mahkamah.


Dengan mengambil cuti, Perdana Menteri interim boleh menguruskan urusan mengikut Perkara 122B Perlembagaan, memastikan proses itu bebas dari persepsi sandungan atau campur tangan eksekutif.


2. Penghapusan Persepsi Prasangka


PN mendakwa, tanpa cuti, keputusan pelantikan hakim-hakim tinggi boleh dianggap dipengaruhi oleh PM — terutamanya apabila pelantikan Terrirudin dianggap “outsider” dan tidak melalui saluran biasa JAC (Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman).


Langkah itu dilihat boleh mengurangkan keyakinan rakyat bahawa integriti badan kehakiman dipelihara.


3. Kes Sivil Yusoff Rawther dan Imuniti PM


Sebelum Mahkamah melepas dan membebaskan Yusoff Rawther, Anwar menfailkan pemula rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan jika beliau boleh mendapatkan imuniti bersyarat sebagai PM atas beberapa persoalan perlembagaan.


Mahkamah Tinggi menolak permohonan tersebut dan menyatakan tiada asas undang-undang bagi mana-mana PM untuk mendapatkan imuniti sivil berdasarkan Perlembagaan.


Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Anwar untuk mendapatkan penangguhan (stay) prosiding sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.


Oleh kerana rayuan kini di peringkat Mahkamah Persekutuan, timbul soal jika Anwar menasihati Yang Di-Pertuan Agong berhubung pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persektuuan, sebegitu rupa supaya barisan hakim kanan yang baharu memihak kepadanya dan/atau kerajaan.


Situasinya akan menajdi lebih rumit jika Ahmad Terriruddin, yang dikatakan "orang luar" dan tidak dicalonkan oleh JAC, dinaikkan sebagai Ketua Hakim Negara.


4. PM Interim sebagai Mekanisme Penyelesaian


PN mencadangkan pelantikan Perdana Menteri Interim untuk menggantikan Anwar buat sementara—khususnya dalam hal-hal berkaitan pelantikan hakim dan rundingan dengan istana — agar tidak wujud konflik, atau tanggapan tugasan membuat keputusan di tangan individu yang terlibat secara langsung dalam kes semasa.


----------------------


B. ULASAN SAYA 


1. Semua hujah yang dibangkitkan dalam bahagian A menunjukkan secara jelas kewujudan konflik kepentingan jika Anwar terus memiliki kuasa berperlembagaan untuk terlibat dalam proses pelantikan hakim.


2. Namun, jika Anwar bercuti sementara kes beliau selesai, dan jika Timbalan Perdana Menteri menggalas tanggungjawab Perdana Menteri, konflik kepentingan tetap wujud, kerana Anwar masih Perdana Menteri yang sah dan mengetuai kabinet yang diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri.


3. Untuk Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri Interim, perdana menteri semasa perlu meletak jawatan atau hilang kepercayaan majoriti — bercuti sahaja tidak mencukupi secara perlembagaan.


4. ini bermakna kerajaan akan tumbang secara otomatik, dan tugas Perdana Menteri interim boleh digalas oleh sesiapa sahaja asalkan bergelar ahli Dewan Rakyat.


5. Bila kerajaan sudah tumbang, konflik kepentingan yang telah saya bangkitkan dalam poin bernombor 2 di atas masih lagi wujud atas sebab yang telah saya utarakan dalam poin bernombor 12 dan 13 di bawah (rujuk nanti).


6. Maka, salah satu cara untuk leraikan isu ini ialah jika Anwar letak jawatan. 


7. Seterusnya, Yang Di-Pertuan Agong bebas melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri Interim bagi tempoh singkat (contohnya, dua hari atau seminggu) sehingga pencalonan/pelantikan semua hakim (samada telah atau bakal bersara) selesai.


8. Kemudian, setelah mengumumkan keputusan muktamad senarai pelantikan hakim baharu (samada yang sudah atau bakal bersara), Agong bebas untuk melantik semula Anwar sebagai Perdana Menteri atau menilai jika Anwar masih memiliki sokongan majoriti.


9. Alternatifnya, Anwar boleh terus kekal sebagai Perdana Menteri dan mengusulkan pengisytiharan Darurat Kehakiman kepada Yang Di-Pertuan Agong


10. Seterusnya, Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, dan satu ordinan darurat (undang-undang darurat) digubal dan diwartakan agar struktur pentadbiran negara diubah sementara waktu, termasuk:


a. Pemindahan kuasa eksekutif kepada satu jawatankuasa khas atau badan interim,


b. Penggantungan fungsi biasa Parlimen, atau


c. Penggantungan (sementara) proses sedia ada bagi pelantikan hakim.


11. Seterusnya, pencalonan hakim-hakim baharu oleh JAC boleh dipanjangkan oleh jawatankuasa yang berkaitan kepada Yang Di-Pertuan Agong, dengan Darurat dikekalkan sehingga semua kes Anwar selesai perbicaraanya di Mahkamah.


12. Apa pun, saya tetap persoalkan motif pembangkang, kerana pembangkang yang sama turut pernah menekan Perdana Menteri untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Tengku Maimun, yang sememangnya bercanggah dengan kehendak pembangkang "membebaskan sistem kehakiman dari pengaruh kerajaan atau politik."


13. Bagi saya, ini serupa dengan campur tangan politik oleh pembangkang untuk memastikan siapa yang duduk sebagai Ketua Hakim menepati kehendak pembangkang, dan ini dengan sendirinya merupakan konflik kepentingan.


14. Justeru, Darurat Kehakiman hanya akan bermakna jika ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dalam proses pelantikan hakim-hakim baharu tidak membabitkan ahli-ahli parlimen dari blok kerajaan atau pembangkang.


15. Mungkin Yang Di-Pertuan Agong boleh memilih ahli-ahli jawatankuasa ini dari kalangan orang awam yang dikenali atau dihormati atau dari kalangan tokoh-tokoh politik yang sudah bersara dan dianggap tidak berpihak.


RJ Rithaudeen



MAS DAN KAPALTERBANG BAHARU


Nazri Hamdan


 Malaysia Airlines tengah gear up nak jadi antara pemain besar dalam pasaran A330neo kat Asia Pasifik. 






Diorang baru order 20 buah pesawat A330neo yang baru maknanya fleet MAS akan jadi antara paling banyak pakai model ni. 


Langkah ni penting sebab ia sebahagian daripada strategi nak jadi premium carrier kat rantau ni, lawan terus dengan Singapore Airlines, Cathay Pacific dan syarikat-syarikat besar lain.


Langkah ni juga tunjuk Malaysia Airlines makin agresif dalam merebut pasaran travel yang tengah melonjak semula lepas pandemik. 


Bila ada fleet moden macam A330neo ni, bukan je jimat minyak dan kos operasi, tapi boleh tarik penumpang premium yang nak keselesaan dan servis tip-top. 


Harapnya, dengan fleet baru ni, Malaysia Airlines boleh balik bersaing kuat macam zaman kegemilangan dulu.



Hamzah Zainuddin Minta Anwar Ibrahim Bercuti Dari Jawatan Perdana Menteri ?

WOIII... CARI IDEA MACAMANA NAK MAJUKAN BANGSA..

 





Che Ibrahim


Turun, cuti, siasat, tahan.... Tak letih ke kamu???


Kalau ikut formula kamu, takde sapa boleh jadi PM kecuali Haji Hadi, sebab dia satu satunya pemimpin utama pembangkang yang tidak ada kes mahkamah.



SEBAB APA LAK ANWAR KENA TURUN ?


De De


 Sebab apa PMX Anwar Ibrahim perlu patuh arahan pembangkang untuk letak jawatan?






Sebab kerajaan hari ni buat kerja sungguh-sungguh?

Sebab PMX berjaya laksanakan benda yang depa tak mampu buat masa depa jadi kerajaan 33 bulan dulu? 🤣


Tengok fakta ni: ✅ Gaji penjawat awam naik 7-15%

✅ Gaji minimum naik ke RM1,700

✅ STR & SARA jadi bantuan tunai terbesar RM13 bilion

✅ Pelaburan tertinggi RM329.5 bilion

✅ Negara kita diiktiraf antara paling aman di dunia (Top 10)

✅ Tuntutan MA63 selesai lepas berpuluh tahun

✅ Bantuan kewangan kepada rakyat & murid sekolah tanpa kira pendapatan


Apa depa buat masa berkuasa?

Suruh rakyat korek KWSP sendiri. Duit simpanan hari tua.

Lepas tu ada yang didakwa seleweng duit rakyat masuk akaun parti! (Rujuk kes di mahkamah, bukan cakap kosong ya) 😅


Tak ada pun dalam Perlembagaan yang WAJIB kerajaan bagi bantuan. Tapi atas dasar prihatin dan rasa tanggungjawab, kerajaan MADANI hari ini terus bantu walau dihina dan dimaki setiap hari.


Yang dapat tu, ada terima kasih pun tidak. Minta macam-macam, semua nak percuma.

Macam kerajaan ni mak bapak depa 😏


Jumaat yang penuh barakah ni, marilah kita bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kemudahan yang kita ada.

Jangan sampai nikmat ini ditarik dan kita menyesal di kemudian hari.

Doakanlah agar negara ini terus aman, makmur, dan dipimpin oleh mereka yang jujur dan ikhlas.


🤲🏻 Amin Ya Rabbal ‘Alamin.




Polisi cukai Mahiaddin ikut dan, ikut anak tekak, kata pengkritik pro Pas



Seorang pengkritik pro Pas berpendapat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Yasin tidak mempunyai polisi yang konsisten dalam sistem percukaian yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Dikenali sebagai Tanaka Mustafa, beliau menyarankan Mahiaddin perlu berehat daripada menjadi Perdana Menteri sekali lagi sebaliknya memadai bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen sahaja.

“Tengok kepada carta alir yang tentera siber buat untuk sindir ni pun, kita boleh nampak TS Muhyidin tak ada solusi dalam bab percukaian.


“Hanya pakai polisi ikut dan, ikut anak tekak.

“Asal boleh lawan, kita lawan. Asal boleh tunggang, kita tunggang. Not good,” katanya dalam satu tulisan.

Menurut Tanaka, Presiden Bersatu berkenaan tidak perlu berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri kali kedua.


“Nanti nama akan jadi buruk sebagaimana Tun Mahathir jadi PM7.

“Suasana politik, geopolitik dan ekonomi hari ini, template cara tadbir urus TS Muhyidin akan ketinggalan zaman.


“Elok-elok rakyat suka semasa pentadbirannya semasa Covid-19, nanti kalau jadi PM11 prestasi buruk, sia-sia kena maki,” Tanaka lagi.

Pendirian Mahiaddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berhubung polisi percukaian dilihat tidak konsisten.


Berada di blok pembangkang, Mahiaddin kini mendesak kerajaan memansuhkan SST sebaliknya beliau semasa menjadi Perdana Menteri kelapan bertindak mengekalkan sistem cukai itu.












‘Tiada siapa boleh jadi PM kecuali Haji Hadi, sebabnya…’


 

Pembangkang, termasuk ketuanya Datuk Seri Hamzah Zainudin, dilihat sekadar mengitar semula desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) terus mengulangi tuntutan yang sama dengan matlamat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Mengulas sikap pembangkang terhadap Kerajaan MADANI yang tidak membantu kemajuan negara ini, Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed secara sinis berkata, pembangkang seolah-olah mahu menjadikan Presiden Pas sebagai Perdana Menteri.



“Turun, cuti, siasat, tahan… Tak letih ke kamu (blok pembangkang)?

“Kalau ikut formula kamu, tiada siapa boleh jadi PM kecuali Haji Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang), sebab dia satu-satunya pemimpin utama pembangkang yang tidak ada kes mahkamah,” sindirnya.

Abdul Hadi Awang

PN berterusan agar Anwar mengambil cuti sementara kononnya bimbang berlakunya campur tangan dalam pelantikan kehakiman.


Hamzah dalam kenyataan semalam berkata, dalam tempoh cuti Anwar, seorang Perdana Menteri Interim boleh dilantik bagi menjalankan tanggungjawab menguruskan negara.

Tidak munasabah

Walau bagaimanapun, Pengerusi Biro Undang-Undang AMANAH (Kanun), Dr Zulqarnain Lukman menyifatkan cadangan Hamzah sebagai pelik dan aneh.


Beliau berkata, cadangan supaya Perdana Menteri Interim dilantik semasa PMX bercuti adalah tidak munasabah.



Menurutnya, cadangan Hamzah itu tidak sama dengan tempoh semasa Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan dan sementara Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Mahiaddin Yassin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.



“Pada ketika itu, YDPA telah lantik PM7 sebagai Perdana Menteri Interim,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Walaupun keadaan itu agak kontroversi, Dr Zulqarnain berkata, ia masih lagi boleh dihujahkan peletakan jawatan PM7 tersebut belum berkuatkuasa dan Mahathir telah menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Interim atas sumpahnya sebelum itu.


Justeru, beliau berkata, sekiranya Anwar bercuti, bermakna Ahli Parlimen Tambun itu masih lagi Perdana Menteri.


“Jika PMX masih lagi Perdana Menteri, bagaimana mungkin boleh lantik Perdana Menteri Interim kerana tidak boleh ada dua Perdana Menteri dalam satu masa,” hujahnya.








Muhyiddin Yassin : Ahli Parlimen Kerajaan Perlu Tarik Sokongan Pada Perd...

BAIK SEMAK SENDIRI...SEBAB YANG BERTANYA PUN KIOK .


 

HARAP DIPERMUDAH !! Perolehan 18 Buah Fa 50M Tudm Malaysia Langkah Bijak...

PENDEDAHAN FAOUNDER KELANTAN


 

NAK SANGAT JATUHKAN RAFIZI! SEKARANG JAWABLAH SENDIRI! JADI BODOH SENDIR...

MENERIMA KUNJUNGAN MENTERI LUAR CHINA







 Saya kemudian menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri China, Wang Yi. Kami bicarakan pelbagai aspek hubungan Malaysia–China yang terus diperkukuh menerusi lawatan negara Presiden Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu, yang menyaksikan pemeteraian 31 dokumen persefahaman dan perjanjian.


China kekal rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan dagangan mencecah AS$106 bilion pada 2024. Kami meneroka usaha merapatkan jurang dagangan dan memperluas kerjasama dalam pelabuhan, LNG, air, ekonomi digital dan teknologi hijau.


Terkait isu serantau, saya menyatakan penghargaan atas sokongan China terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN berhubung Myanmar. Saya turut tegaskan pentingnya penyelesaian damai dalam isu Laut China Selatan berasaskan undang-undang antarabangsa dan UNCLOS.


=====


I also welcomed Foreign Minister of China, Wang Yi on his courtesy call this morning. We reaffirmed the strength of Malaysia–China ties, elevated to a Comprehensive Strategic Partnership in 2013 and further deepened by President Xi Jinping’s state visit in April, which saw the exchange of 31 MoUs and agreements.


China has remained Malaysia’s largest trading partner for 16 straight years, with trade reaching US$106 billion in 2024 and over US$36 billion recorded from January to April this year. We discussed narrowing the trade deficit and expanding cooperation in port logistics, LNG, water management, and emerging sectors like the digital economy and green technology.


I also expressed appreciation for China’s constructive role in supporting ASEAN’s Five-Point Consensus on Myanmar. Both sides reiterated the importance of resolving South China Sea issues through peaceful dialogue and adherence to international law, including UNCLOS.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




PN NAK MENANG PILIHANRAYA ?


Nome Nome


 Ini pendapat aku je lah. Kau boleh bersetuju, kau boleh tak bersetuju.







Betul. Kerajaan hari ini tak popular dari kalangan orang Melayu.

Betul. Ramai Melayu tak suka PMX. Heck, even bapak aku yang selama ni tak ambik pot pasal politik pun, pun dia tak suka PMX.


Dan betul. Banyak polisi kerajaan Madani hari ini sebenarnya tak popular. Tak best. Orang Melayu tak excited la bila tiap kali muka PMX bersalam dengan Macron, dengan Lula da Silva, dengan Xi Jinping, melawak dengan Putin pasal bini muda, berpeluk dengan Modi tu semua. Orang Melayu tak heran.


Dalam podcast politik paling badass dan cool di Malaysia hari ini, The Tiger Show yang dikendalikan sahabat merangkap bekas bos, Amin Iskandar, dengan perbualannya dengan pengarah Ilham Centre Hisomuddin Bakar, ada membincangkan tentang ini dan memang betul semua yang aku cakap semua di atas. Orang Melayu memang langsung tak minat dengan PMX.


Tak ada polisi untuk orang muda, selalu naikkan cukai, tong gas ungu la, nanti RON95 la, polisi yang orang Melayu tak minat.


Dan dengan perangai PMX yang asyik sibuk pergi oversea tu je pun, ramai yang menyampah walaupun negara ni ada banyak masalah. Now, bagi orang yang faham geopolitik macam aku, masa sekarang ni PMX memang kena buat perikatan dengan negara-negara luar dalam berdepan dengan konflik antara AS dan China.


Kalau masa ni kau nak buat senyap buat hal sendiri, lunyai dibuatnya Malaysia ni nanti. Masing-masing pun sekarang jumpa pemimpin luar, sebab orde dunia baru yang dikuasai oleh Amerika Syarikat sejak tamat P3rang Dunia Kedua semakin berpecah. Dengan polisi Trump yang peningkan kepala ramai orang lagi.


Dan sebagai Pengerusi ASEAN, memanglah masa ni sebagai Perdana Menteri Malaysia dia memang kena berjumpa dengan orang luar dan bina hubungan perdagangan yang baru.


Tapi optik bagi orang Melayu ialah 'eh mamat ni, negara ni ada macam-macam problem, kau sibuk nak bertandang negara lain ni dah kenapa?'


Okay, aku rasa semua kritikan aku terhadap kerajaan hari ini dah cukup fair, kan? Aku tak bohong atau buat apa-apa propa kan? Sekarang aku nak kritik pembangkang pulak. Karang aku dituduh walanon la apa la.


Berbalik kepada screenshot ni, aku nak tanya, apa sebabnya Tun Faisal rasa Melayu hanya boleh undi PN sahaja? Apa yang PN dah buat kepada orang Melayu sampai mereka deserve untuk dapat undi dari kami?


Hanya sebab kerajaan banyak buat silap je ke? Empat negeri yang kau perintah tu, nampak macam tak ada daya penarik bagi kami pengundi Melayu muda nak undi pun. Pembangunan slow, ekonomi pun tak best.


Ya betul perjuangan Melayu Islam tu pun penting tapi ekonomi pun kena la naikkan jugak, barulah kami confident sikit nak undi PN. Lepas tu bila jadi pembangkang, sendu. Terpaksalah harapkan Akmal Saleh yang bersuara jadi pembangkang dalam kerajaan. Takpun Wee Ka Siong kena buat video TikTok nak kritik.


Walaupun kerajaan ada banyak silap, tapi pembangkang tak mampu nak gerakkan kemarahan tu. Senang kira, tak ada pakar strategis yang bagus untuk counter move kerajaan. Pembangkang lame sebab dia hanya menunggu kerajaan buat mistake lepas tu buat knee-jerk reaction. Hanya sekadar bereaksi tanpa ada sebarang solusi yang boleh buat orang muda berinspirasi. 


Dia macam situasi yang sama macam Parti Demokrat kat Amerika Syarikat sekarang. Banyak gila huru-hara Parti Republikan dan Donald Trump, tapi Demokrat masih lagi mandul dan tak dapat sokongan rakyat Amerika.


Yang Mamdani tu pun sebab dia dari sayap sosialis macam Bernie Sanders, yang memang popular dari kalangan pengundi muda.


Untuk menang pilihan raya ni, sudara-sudara, kalian perlu orang yang berfikiran 'blue ocean thinker'. Blue ocean thinker ni adalah orang yang sanggup buat disruption, ubah paradigma dan jadikan status quo jadi goyang.


Dua orang contoh ialah Trump dan Mamdani. Trump masa tahun 2016 dulu, orang anggap dia tu buat lawak je untuk jadi calon Republikan. Orang rasa Jeb Bush, adik George W. Bush yang akan jadi Presiden.


Tapi disebabkan Trump menggunakan 'blue ocean strategy', dia gunakan taktik media sosial, taktik retorik kasar. Sebab tu dia boleh menang. Dia kata dia nak 'build the wall', ni dah jadi Presiden, besi buruk je dia bubuh kat sempadan Mexico tu. Takde pun tembok yang dijanjikan tu. Tak siap pun. 


Sama juga dengan Mamdani. New York tu bandaraya paling ramai orang Yahoodie selain Tel Aviv. Punyalah ramai Yahoodie muda undi dia walaupun dia anti-Zi0nis. Sebab apa? Dia janjikan harga sewa rumah tak boleh naik, perkhidmatan awam percuma. Benda yang orang New York tak pernah dapat. Sebab tu dia boleh menang lawan Andrew Cuomo, Gabenor New York yang berpengaruh dan ada duit banyak.


Anwar pun masa dia pembangkang dulu dia guna blue ocean strategy. Hari ini menang, 24 jam...saya ulang! Alah Obama pun kata dia janji nak tutup Guantanamo Bay, dah jadi Presiden tak tutup jugak.


Bukanlah aku nak suruh calon jadi penipu janji bukan-bukan benda yang tak boleh buat, tapi cuba janjikan benda yang aku fikir boleh buat. Turunkan harga buku teks sekolah misalnya. Atau turunkan harga tol. Bantuan untuk ibu baru bersalin. Mansuhkan budaya hantaran yang membebankan anak muda untuk berkahwin. Atau tiru je Mamdani haramkan tuan tanah naikkan harga sewa rumah agar tidak membebankan penyewa. Ni contoh je lah. 


Something yang boleh buat pengundi muda rasa 'wow kau menarik tertarik kau memang da bomb', tapi benda yang boleh diselesaikan.


Benda yang buat orang muda excited nak dengar. Barulah orang nak turun mengundi. 


Untuk aku lah kan, strategi untuk kedua-dua pihak pun aku ada. Aku tahu macam mana nak buat side Madani menang, dan aku tahu macam mana nak buat PN menang. Ada strateginya tapi kalau bagi free free je, tak bestlah kan. (112214097872 maybank) 


Aku ada 'blue ocean ideas' untuk kedua-dua belah kalau pemimpin-pemimpin sanggup nak mendengar. Satu je lah aku boleh bagi klu: 60% pengundi dalam PRU16 akan datang terdiri daripada millennials dan Gen Z. Kalau nak menang pilihanraya, menanglah hati orang muda. 


Tapi itulah, kalau ada pun pemimpin millennial dalam politik, perangai pun macam boomer. Macam mana nak raih undi dari kami?


Jadi kalau Tun Faisal rasa satu-satunya parti yang orang Melayu patut undi ialah Perikatan Nasional, buktikanlah benda tu. Ni aku tengok empat negeri tu takde benda yang aku boleh excited pun. Stesen bas kat Kota Bharu yang dijanjikan siap tahun 2012 pun masih tang tu je. Tak payahlah guilt trip pengundi Melayu yang dahagakan pembangunan dengan retorik Melayu-Islam. Boring la. Cakap benda lain la. Cakap la perancangan kau nak bangunkan negara ni, polisi luar kau. Benda yang abstrak ni orang tak nak dengar, orang nak benda yang tangible.


Kalau nak sembang pasal ukhrawi pun, akhirnya hal duniawi pun kena seimbangkan. Tak guna cakap pasal Melayu-Islam kalau orang Melayu tak boleh nak maju dalam ekonomi. Buktikan dulu kat empat negeri tu dulu, barulah orang confident. 


Ni benda yang Wan Fayshal cakap pun penuh berjargon. Orang muda tak faham apa dia cakap. Yang Ketua Pemuda PAS pun aku tengok cam boomer je. 


Aku rasa kritikan aku ni adil dan tak cenderung ke mana-mana pihak. Tapi kalau kau rasa tulisan ni masih lagi macam berpihak, aku tak dapat tolong kau keluar dari kepompong tempurung pemikiran kau tu.




KALAH ATAS PENIPUAN?


 

LUDAH KE LANGIT


 

AYAT BARU


Zainuddin Omar 


Hari ini saya belajar ayat baru - Cold Violence. 





Apa kata ChatGPT:


“Cold violence” dalam konteks rumah tangga merujuk kepada keganasan emosi yang senyap dan tidak fizikal, tetapi tetap sangat menyakitkan dan merosakkan jiwa pasangan. 


Dalam Bahasa Melayu, istilah ini boleh digambarkan sebagai “keganasan dingin” atau “kekerasan emosi secara senyap”.


Maksud dan Ciri-Ciri Cold Violence:


Ia bukanlah pukulan atau jeritan, tetapi lebih kepada perlakuan pasif-agresif yang menyebabkan pasangan merasa diseksa secara batin. Antara bentuknya:


 1. Sengaja berdiam diri (silent treatment) — tidak bercakap langsung atau enggan berkomunikasi walaupun tinggal serumah.

 2. Menyisihkan pasangan — tidak mahu tidur bersama, tidak mahu makan bersama, enggan bersosial atau bergurau seperti biasa.

 3. Menolak kehadiran secara halus — seperti tidak peduli jika pasangan bercakap, mengelak kontak mata, dan sentiasa mengabaikan keperluan emosi pasangan.

 4. Memperlekeh atau memandang rendah secara berterusan, kadang-kadang dalam bentuk sindiran halus.

 5. Menarik diri secara emosi dan fizikal tanpa sebarang penjelasan.


Kesan Cold Violence:

 • Menyebabkan tekanan emosi mendalam

 • Menurunkan harga diri pasangan

 • Merosakkan komunikasi dan kepercayaan dalam rumah tangga

 • Menyumbang kepada kemurungan atau trauma psikologi


Contoh ayat:


Dalam diam, suami/isteri menghukumnya dengan cold violence – tidak bercakap selama berminggu-minggu, tidak peduli akan kehadirannya, dan menjadikan rumah seperti penjara emosi.


Jika dalam perundangan Malaysia, ia sukar dibuktikan kerana tiada kesan fizikal, tetapi dalam kaunseling perkahwinan, “cold violence” adalah bentuk keganasan rumah tangga psikologi yang perlu ditangani serius.




MENTERI AZALINA BERMESYUARAT

 

MADANI BEKERJA




Tengah hari tadi, saya mengadakan satu perbincangan awal berhubung keprihatinan rakyat mengenai reformasi sistem kehakiman negara bagi menjamin integriti institusi kehakiman sebagai tunjang kedaulatan undang-undang bersama-sama dengan YB Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Insol (Ahli Dewan Negara), selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas SemakanUndang-Undang, Dewan Negara, serta YB Tuan William Leong Jee Keen (Ahli Parlimen Selayang), selaku Pengerusi JawatankuasaPilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Dewan Rakyat.


Kami bersetuju untuk antara lain melaksanakan kajian perbandingan awal (preliminary comparative research) mengenai pendekatan sistem pelantikan kehakiman yang diamalkan oleh negara-negara maju. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai model pelantikan kehakiman yang berkesan, mengenal pasti amalan terbaik dan mengesyorkan pembaharuan yang sesuai bagi konteks Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.


Kami ingin mengalu-alukan semua pandangan dan maklum balas orang awam berhubung perkara ini. Kerajaan MADANI kekal komited untuk memperkukuhkeyakinan awam dengan melaksanakan reformasi yang berasaskan keterangan dan telus.


#YBAOS

#MalaysiaMADANI 

#MADANIBekerja 

#ReformasiInstitusi



BIARLAH ANAK MUDA NAK BELAJAR BERHIMPUN. PM ANWAR TAK TUMBANG LAH.

 

Hamdan Taha


Bila ada gerakan dari anak muda dan pembangkang buat perhimpunan Turun anwar maka penyokong PH terutama PKR semua keluarkan hujah hujah melucukan pada saya lah pada mereka mungkin bernas termasuk jcom


Mereka kata apa perlunya berhimpun sedangkan kita ada kerajaan yang stabil, perdana menteri bertaraf terbaik di dunia, perdana menteri paling sabar di dunia dan kenapa tak guna parlimen apa perlunya berhimpun, dah tak ada otak ke, pembangkang bodoh, pembangkang cuba tebuk atap, merosakan negara, sabotaj negara ... Saya ketawa tu kerana masa PH selama 25 tahun terutama PKR buat Demo itu lah ayat penyokong BN tapi semua penyokong PH tak terima malah mereka kata BN punya penyokong bodoh pula...


Sebenarnya ilmu Demo ni Pmx yang mulakan dan ajar, saya percaya Turun Anwar ni bukan mereka maksudkan anwar boleh di turunkan oleh perhimpunan tersebut, tapi itu adalah Gerakan MASA untuk ujudkan Persepsi bahawa Perdana Menteri malaysia adalah seorang yang ada masalah dalam negara tak dapat sokongan penuh dan ada gerakan untuk menjatuhkan beliau, dan orang muda suka Demo ni dan mereka nak tarik sokongan penyokong mereka dan rakyat, menjelang PRK dan PRU yang bukan lah lama lagi pun..


Jika ada serangan dan kawalan yang menyebabkan ada pergaduhan antara pendemo dan pdrm itu lah yang di cari cari kerana Perdana Menteri sekarang dan Menteri KDN adalah pejuang kebebasan bersuara dan perhimpunan aman. Jika tiba tiba PDRM kasar maka untung lah mereka dan serangan akan lebih kuat lagi pada Kerajaan...


Jumlah pendemo seperti di shah alam kata malaysia kini 100 orang tapi saya dapat berita yang sahih ada sekitar 400 ke 500 orang, malaysia kini ambil tugas Utusan Malaysia seperti kerajaan BN dulu, datang 10 ribu dia akan kata 2 ribu, datang 2 ribu katanya 200,ini peranan media pro kerajaan sama saja, pada hal malaysia kini masa PH belum Kerajaan jika ada Demo datang 1000 dia akan kata 5000,datang 30 ribu dia akan lapur 100 ribu... Ini biasa... Penyokong pun percaya dan ketawa, apa barang 100 orang... Tapi itu pemulaan untuk memulakan gerakan, dapat 500 hebat dah tu di zaman media sosial kuat ni...


Sekarang MPT pkr yang dulu menyerang kerajaan kali ni bertahan mempertahankan kerajaan dan PM walaupun di balas dengan kutukan pengampu oleh orang ramai termasuk ahli parti mereka, ahli PKR ahli biasa ni tak sama macam ahli umno, mereka berani bersuara kerana mereka tak ada kepentingan mereka pejuang keadilan dan nakkan kerajaan yang baik dan PM yang baik... Jadi bila tak kena je di hati mereka maka mereka tunjukan tanda tidak setuju, saya ni sama lah juga orang tak ada kepentingan dalam apa juga keadaan dengan kerajaan atau parti pembangkang, jadi saya boleh tulis apa saja... Bebas untuk sokong atau tak sokong...


Jcom yang ada sekarang mereka ahli pkr dan ada amanah dan ada umno, yang dari umno akan buat kerja jika umno kena hentam, jika pkr dan pm kena hentam mereka relax je buat tak kisah je sebab bos mereka umno dan zahid, dari pkr baru akan bertahan tapi masalahnya mereka dulu dari kelompok pendemo dan pengkritik kerajaan jadi hujah mereka tu tak cantik...


KP jcom kawan saya lah, tapi dia pun tau masa Muhidden jadi PM gunakan bahasa diri ABAH jadi bahan kritikan dan mainan oleh penyokong PH dan Rakyat, tiba tiba KP Jcom guna nama yang sama Tok Abah jadi bahan ketawa sahaja kerana pegang jawatan panas KP jcom, kalau tak pegang jawatan ok jer Tok abah ke tok Janggut ke... Tapi dia nampaknya lebih bagus lah dari Prof sebelum ini... Dan dari Puad.... Masa BN... Tapi jadi penyokong kerajaaan dan tugas pula nak pertahan kerajaan memang bukan senang... Tapi itu lah yang jentera kerajaan dulu rasa... Sekarang mereka pula rasa...


Jadi bagi penyokong ph jangan lah ketawa dan hina pendemo dari pembangkang atau anak muda atau sesiapa sahaja kerana saudara semua datang dari kandang yang sama.... Bagi lah mereka pula kali ni, lagi pun PMX bukan boleh jatuh dan di turunkan.... Kalau rasa tak puas hati guna skil yang ada buat pula perhimpunan pertahan PMX kumpul 10 juta orang atau paling tidak 50 ribu la, dulu masa belum kerajaan boleh kumpul 50 ribu tak kan dah jadi kerajaan tak boleh dapat 1 juta kot... Buat tengok Hidup PMX Hidup PMX ayatnya.... Dulu Hidup Najib Hidup Najib I love PM.... I Love PM zaman najib u all ketawa sekarang buat lah pula kan.... Hahahahahahahaha saya suka dan ketawa... Nanti PKR ahli dan penyokong mereka komen di wall saya... Komen lah apa pun jangan maki je... Saya ok je




LEN KALI JANGAN LAYAN ORANG TAK CERDIK

 Spark Nauza


Bosan melayan walaun sekor ni..

Nak komen pun pakai fake acc..


Mencarut carut pulak tu.. duduk dalam parti isle.. itu ke yg dia belajar ( selain fitnah, kafirkan orang )


Mu bodoww






PANDAI ULAS BAB EKONOMI TETAPI MENGARUT


 

KES PENYAKAW BERLAMBAK BELOM SELESAI. TUNGGU DULU.


 

POLITIK PENYAKAW

 


JADUAL PM ANWAR SOLAT BERSAMA RAKYAT

 


Jadual YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim





Jumaat, 11 Julai 2025 


Solat Jumaat

Masa: 1 tengah hari

Tempat: Surau Ar-Rahim, Presint 15, Putrajaya

(https://maps.app.goo.gl/Ygg3xDncUpi5yYxC7?g_st=ipc)