KUALA LUMPUR- Tidak lama cucu saudara Dr Mahathir Jalil Rasheed dilantik sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutifnya sudah dijangka beliau akan melakukan kejutan baru. 
Ogos lalu Pelantikan Jalil bekas CEO Invesco mengejutkan semua pihak termasuk Dr Mahathir tidak tahu menahu mengenai pelantikan Jalil kerana Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi PNB tidak memaklumkannya.
cucu saudara mahathir.jpg
Terbaru atas alasan kadar pendudukan yang rendah iaitu sekitar 60 peratus menjadi alasan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menjual Plaza Damansara yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
plaza damansara2.jpg
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Jalil Rasheed, selain kadar pendudukan yang rendah, pengurusan rumah kedai juga tidak memberikan pulangan yang diharapkan.
“Ia menyukarkan kami mendapatkan pulangan yang kami mahu.
“Apabila kami melihat semula portfolio hartanah, kami membuat keputusan tidak mahu lagi memiliki Plaza Damansara.
“Kami tidak mahu lagi memiliki kompleks rumah kedai dan mempunyai pelbagai jenis penyewa. Kita tidak bercakap mengenai satu atau dua lot rumah kedai tetapi (Plaza Damansara) memiliki lebih 100 lot.
“Kami mahukan portfolio hartanah PNB yang lebih fokus,” katanya semasa sidang media pengumuman agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera serta perkembangan terkini PNB 2019 di sini hari ini.
jalil zeti2.jpg
Dalam pada itu, Pengerusi PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, penjualan kompleks rumah kedai itu adalah sebahagian daripada strategi PNB untuk mengitar semula modal bagi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.
“Kami melihat terdapat peluang untuk mengoptimumkan pelaburan, jadi kami rebut peluang tersebut.
“Tambahan pula, kami mendapat peluang untuk menjualnya secara en bloc dan bukan seunit demi seunit,” katanya lagi.
PNB bagaimanapun tidak mendedahkan butiran transaksi penjualan berkenaan.
Apakah Plaza Damasara akan dijual kepada kroni seperti  syarikat Tun Daim Zainudin?

Chiqui Don-2 plaza
Antara restoran popular 
di Plaza Damansara

Sumber-sumber berkata Jalil bekas Ketua Pegawai Eksekutif Invesco budak Tun Daim sedang membalas budi kepada Tun Daim sekarang bakal mendapat manfaat apa sahaja dari urusan PNB. Zeti dan Daim adalah Ahli Majlis Penasihat Kerajaan PH sebelum ini.
Tan Sri Zeti sekarang adalah Pengerusi PNB dan juga Sime Darby Property Berhad hampir melantik  Dato Voon Tin Yow yang juga Pengarah Eksekutif Eco World Development Group Berhad, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Property dengan gaji RM265,000 sebulan.  Terdapat desas-desus Sime Darby Property Berhad dan Eco World Development Group Berhad mahu digabungkan. Pelantikan itu dibatalkan selepas tular dan dibantah netizen.
sp-setia-eco.jpg
18 Disember lalu PNB mengumumkan pembayaran pengagihan 5.50 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pembayaran pengagihan itu adalah terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990. Ia mendapat kritikan daripada netizen 
dividen rendah jalil.jpg