TIBA MASANYA RAKYAT DIMAKLUMKAN HASIL SIASATAN KES VIDEO SEMBURIT - APA STATUS KES INI?



PDRM telah melantik khidmat pakar dari Amerika Syarikat (AS) untuk menilai kesahihan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri dan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.  Kes ini begitu hangat diperkatakan kerana melibatkan nama seorang pemimpin besar di dalam parti kerajaan.

Mengikut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed sebelum ini bahawa beliau yakin keputusan berkenaan ujian tersebut akan diperolehi sebelum hujung tahun.  Rujuk  https://www.malaysiakini.com/news/500564

Tahun 2019 tinggal satu hari saja lagi.  Hari ini atau esok adalah hujung tahun 2019.  Kita mahu tahu, adakah ujian tersebut telah selesai diadakan dan apakah statusnya sekarang?  Adakah pihak Polis telah menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara atau masihkah Pejabat Peguam Negara mengembalikan semula laporan kes tersebut seperti tujuh atau lapan kali dipulangkan semula seperti sebelum ini?

Sekiranya ada kes yang telah disiasat oleh pihak Polis dan setelah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara namun fail kes tersebut terlalu kerap di 'reject",  maksudnya apa?  Mungkin siasatan pihak Polis tidak lengkap dan apabila terlalu kerap tidak lengkap ini membuktikan kelemahan di pihak Polis.  Seharusnya KPN merasa malu dengan kejadian seperti itu.  Saya yakin, untuk kali ini siasatan lebih lengkap kerana video tersebut telah diuji di luar negara dengan menggunakan pakar yang berpengalaman.  Saya yakin dengan AG yang tidak akan sengaja menjadikan fail kes ini seperti 'bola'.  Jadi, apakah yang telah berlaku sekarang?

Kita telah menghabiskan banyak masa, tenaga dan wang rakyat untuk kes ini, maka seharusnya kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.  Maruah Haziq dan pasangannya yang dikatakan mirip Azmin itu harus dihormati, jangan biarkan terlalu lama kes ini untuk diselesaikan.  Kita tidak mahu rakyat melihat atau menuduh mana-mana pihak melindungi seseorang demi kepentingan tertentu

Sekali lagi, menjadi harapan kita agar kerajaan PH sekarang benar-benar mahu mereformasikan semua institusi bukan sahaja mesti telus tetapi mesti dilihat telus. Kita dicemuh kerana gagal membawa pulang Jho Low, apakah kita akan terus dicemuh kerana kegagalan menyelesaikan kes besar yang mengaitkan kononnya pimpinan kerajaan ini?

Lakukanlah yang terbaik, adil dan telus sebelum rakyat terutamanya penyokong kerajaan sendiri hilang kepercayaan kepada institusi yang ada. 

WFAUZDIN NS



No comments: