Pelabur kecewa isu tulisan jawi ‘goncang’ Malaysia
Isu tulisan khat tidak sewajarnya diangkat menjadi isu utama negara. Isu remeh berkenaan sepatutnya diselesaikan dalam rundingan di peringkat kementerian, tidak sehingga polis perlu mengambil perintah mahkamah menyekat penganjuran kongres persatuan pendidikan Cina.
Penganalisis ekonomi, Jameson Tan berkata, isu tulisan jawi mengecewakan pelabur asing di Malaysia yang melihat kerajaan Pakatan Harapan seolah-olah tidak berjaya mewujudkan suasana kondusif untuk menarik lebih banyak modal ke dalam negara.
“Nampaknya isu tulisan Jawi menjadi isu hangat pada hujung tahun dan isu ini mampu memecah-belahkan rakyat jika semua pihak tidak mahu hadir di meja perundingan,” katanya yang mahu isu berkenaan diselesaikan secara tolak-ansur demi semangat perpaduan antara kaum.
“Semua pihak tidak harus berdegil dan keputusan yang terbaik mesti dibuat supaya ia dapat diterima oleh semua golongan. Isu pendidikan adalah isu penting untuk masa depan negara sebab ia akan membina sumber tenaga manusia yang berwibawa, berdisiplin dan berintegriti.
“Justeru itu, kalau isu pendidikan tidak boleh ditangani dengan baik oleh Kerajaan PH, maka anak-anak Malaysia akan menghadapi masa depan tanpa halatuju yang jelas.
“Justeru itu, kalau isu pendidikan tidak boleh ditangani dengan baik oleh Kerajaan PH, maka anak-anak Malaysia akan menghadapi masa depan tanpa halatuju yang jelas.
“Sebenarnya pada ketika ini pun, Kerajaan PH sendiri tiada halatuju yang jelas perihal isu kewangan dan ekonomi dan perkara ini memberi gambaran kepada masyarakat antarabangsa bahawa Kerajaan PH belum lagi mewujudkan satu ‘platform’ atau tahap pentadbiran yang stabil dan berwawasan,” ujarnya lagi.
Pandangan beliau, kerajaan PH perlu menyelesaikan segara masalah yang telah diwarisi dari Kerajaan BN. Gunakan separuh penggal pentadbiran sebelum pilihan raya umum ke 15 untuk menunaikan harapan rakyat
Bagi golongan usahawan, kata Jameson, Kerajaan PH mesti berusaha dengan lebih giat bermula tahun 2020 untuk mengorak langkah ke depan.
“Saya harap mulai awal tahun 2020, Kerajaan PH akan menggandakan usaha untuk lebih pro-aktif dalam semua segi pentadbiran dan semangat lemah-lesu serta tiada keupayaan sepanjang tahun 2019 dapat dikikis dengan serta-merta,” katanya.