MASING MASING JUAL NAMA ORANG YANG TELAH MENINGGAL




Tidak cukup dengan Tuan Ibrahim Tuan Man yang “menjual” nama orang yang sudah meninggal dunia untuk mewajarkan kerjasama UMNO dan Pas, perkara yang sama rupa-rupanya berterusan lagi.
Tuan Ibrahim semalam berkata, kerjasama UMNO dan Pas adalah selaras dengan kehendak bekas Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Entah di mana ia dikatakan selaras dengan kehendak Nik Aziz sukar pula untuk difahami kerana bekas Menteri Besar Kelantan itu diketahui memang kuat menentang sebarang usaha ke arah itu sepanjang hidupnya.
Malah beliau dilaporkan pernah berkata akan meludah muka orang yang berani membuat cadangan itu kepadanya.
Hari ini, yang lebih memeranjatkan, kedua-dua Presiden UMNO dan Pas iaitu Zahid Hamidi dan Hadi Awang tanpa segan-segan turut melakukan perkara yang sama.
Sama seperti Tuan Ibrahim, Hadi Awang juga “menjual” nama Tok Guru Nik Aziz untuk menghalalkan kerjasama ini.
Kata beliau, perkara kerjasama ini pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Pas ketika Tok Guru Nik Aziz masih hidup lagi.
Ya, mungkin pernah dibincangkan, tapi apakah benar Tok Guru Nik Aziz bersetuju dengannya?
Soalnya, oleh kerana Tok Guru NIk Aziz sudah tiada, siapakah yang boleh mengesahkan perkara itu?
Kenapa hanya hari ini perkara itu dibangkitkan?
Kenapa semasa Tok Guru Nik Aziz masih hidup, ia tidak pernah diperkatakan?
Berbeza dengan Tuan Ibrahim dan Hadi Awang yang “menjual” nama Tok Guru Nik Aziz, Zahid Hamidi sebaliknya “menjual” nama Haron Din pula.
Kononnya, kata Zahid, Haron Din pernah berkata suatu ketika dahulu bahawa beliau mahu melihat kerjasama UMNO dan Pas ini menjadi kenyataan.
Sekali lagi, oleh kerana Haron Din sudah meninggal dunia, siapakah yang boleh mengesahkan kata-kata Zahid Hamidi itu?
Yang menjadi kemusykilan di sini, kenapa semua orang nampaknya begitu ghairah mahu “menjual” dan memperguna nama orang yang sudah meninggal dunia untuk perkara semasa serta untuk kepentingan mereka?
Apakah nama orang yang masih hidup, termasuk nama Zahid Hamidi, Hadi Awang dan Tuan Ibrahim sudah tidak laku untuk “dijual” bagi meyakinkan penyokong kedua-dua parti tentang kerjasama ini? (Shahbudindotcom 14/09/2019)


JUJURKAH PAS PERJUANGANKAN ISLAM?

VIDEO VIDEO PENJELASAN UG YANG PATUT DIDENGARI SEMULA DAN KINI MENJADI NYATA.





YB KHALID SAMAD MENDEDAHKAN KISAH SEJAK 2008





PENJELASAN USTAZ AHMAD AWANG







PENJELASAN USTAZ AHMAD AWANG ISU LAWAN HADI AWANG






Ustaz Ahmad Awang AMANAH-Hadi Awang Punca Pakatan Rakyat Berpecah Kerana Nak Berbaik Dengan UMNO







BERSYUKUR KERANA TERBUKTI DAKWAAN KITA TEPAT BILA PAS TELAH BEKERJASAMA DENGAN UMNO







Saya telah lama sebut, sebelum PRU14 lagi bahawa Pas dan Umno pasti bergabung dan bekerjasama. Waktu itu ramai walaun berkata bahkan pemimpin Pas berkata, mustahil Pas dan Umno bekerjasama kerana berpuluh tahun Pas lawan Umno, Keadilam baru saja lawan Umno, kata mereka.

Us Tuan Ibrahim kata, lebih baik Pas dibubarkan jika bekerjasama dengan Umno. Hadi Awang pula kata, Pas kuat bersendirian kerana Allah akan bantu Pas. Pas mahu jadi "King Maker" , kata Hadi lagi. Us Nasrudin atau "sudin cecopong" dari Kelantan pernah berkata bersama Umno ini seperti "pengat taik". Itulah di antara banyak jawapan dari Pas apabila kita mengatakan bahawa parti itu tetap akan melutut dengan Umno akhirnya.

Nah, terbukti dakwaan kita tepat. Adakah salah Pas bergabung dengan Umno? Jawapannya, tentulah tidak kerana mana-mana parti politik di dalam negara ini tidak akan mampu bersendirian. Cuma, kita mahu nyatakan bahawa lebai-lebai ini menipu pengikutnya sekian lama. Hari ini, mereka tanpa segan silu beramai-ramai berpesta menjamu 'pengat taik".

Sekali lagi digunakan istilah agama iaitu "perpaduan ummah" kononnya, sedangkan hanya sekadar perpaduan umno-Pas dalam pesta makan "pengat taik".


WFAUZDIN NS

AKHIRNYA UMNO TERJERAT OLEH PAS




Oleh: Mat Zahari Ali


Image result for umno pas bergabung



Dua bulan lalu hadi awang menyatakan beliau tak 'berselera' dengan PH setelah DrM menjemput Pas sertai bersatu demi perpaduan ummah.

Nyata selera gairah hadi lebih kepada umno yang baru saja hilang kuasanya. Sekali imbas ditilik seolah Pas punya pendirian tersendiri selepas pasca pru14.


Namun dunia politik mudah dibaca selepas tindakan yang diambil pas untuk kuasai keahlian umno.
Pas sedar sejak awal lagi bahawa akan tiba detiknya Umno aakan diharam ekoran skandal Najib. Siri-siri kes mahkamah ketika ini dilihat lebih memihak kepada kesalahan najib yang setentunya akan membawa kepada pengharaman Umno oleh pendaftar pertubuhan.

Pembekuan akaun-akaun  hampir semua pejabat perhubungan Umno di seluruh negara juga menjurus kepada parti tersebut akan menerima nasib yang buruk.

Penganalisa politik telah membayangkn setelah kekalahan Umno selepas pru14 parti-parti politik yang kalah akan membentuk pakatan pembangkang.... Dan ianya telah berlaku. Namun Pas berjaya melihat peluang lebih besar dari kesepakatan yang telah terjalin antara umno dan pas.

Pas dilihat telah.membantu calon-calon umno secara total hinggakn 3 prk yang dijalankan pada awal 2019 berjaya dimenangi calon Umno.
Manakala himpunan muafakat ummah yang blangsung hari ini dianggap sebagai puncak kepada dua musuh politik tersebut sebelum ini.

Pas sedar walau berkerat rotan pun ahli pas dan pemimpinnya tidak akan serta umno disebabkan sentimennya terlalu mendalam antara keduanya.

Justeru Pas telah melihat ruang amat besar disaat umno yang akan diharamkn itu untuk menarik sebanyak mungkin ahli dan pemimpin unmo untuk sertai parti itu.

Pada Umno, parti tersebut sedang tersepit dengan belenggu yang amat kronik. Selepas Najib, Zahid pula akan dibicarakan dan selepas itu akan di rentati dengan beberapa lagi pemimpin umno..... Dan Pas menyedari realiti ini dan lukah yang dipasang kini sedang dinanti dengan penuh berahi.
.... MZA1598

SEJARAH UMNO PAS




PETALING JAYA: Umno dan PAS, dua parti politik terbesar berteraskan Melayu-Islam, mempunyai sejarah panjang.
Kedua-dua parti itu dalam bersaing untuk mencari tapak yang kukuh dalam hati pengundi, terutamanya masyarakat Melayu-Islam, telah cuba dan masih berusaha untuk membentuk ikatan politik yang mantap serta kekal berkuasa.
FMT menggariskan peristiwa-peristiwa penting sepanjang 6 dekad lalu bagi menggambarkan turun naik hubungan Umno-PAS menjelang Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung selama 2 hari di premis Umno iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra dan Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
1951
Golongan ulama dalam Umno menubukan Persatuan Islam Se-Malaya dengan keahlian longgar, dengan Ahmad Fuad Hassan dilantik menjadi presiden.
1955
Dalam pilihan raya umum pertama Tanah Melayu, Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi manakala PAS satu.
1969
PRU pertama selepas pembentukan Malaysian menyaksikan Perikatan terdiri daripada Umno-MCA-MIC hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
1974
Perdana Menteri Abdul Razak Hussein menggerakkan usaha menubuhkan Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan Perikatan. PAS turut serta.
PAS yang bersama BN menang besar dalam PRU, di mana manifesto BN berteraskan “memuliakan Islam sebagai agama rasmi negara”.
Susulan kemenangan PRU, Mohamed Nasir dilantik sebagai menteri besar Kelantan tetapimenimbulkan rasa tidak senang di kalangan ahli PAS.
1976
Nasir serah surat letak jawatan.
1977
PAS memutuskan untuk memecat Nasir yang tidak jadi letak jawatan.
DUN Kelantan membawa usul tidak percaya terhadap Nasir dan selepas usul diluluskan, demonstrasi dicetuskan penyokong Nasir bertukar menjadi rusuhan.
Dewan Rakyat mengisythiharkan darurat di Kelantan, dan pentadbiran negeri diletakkan di bawah kuasa seorang pegawai persekutuan.
Majlis Tertinggi BN memberi tempoh 4 hari kepada PAS untuk memecat ahli Parlimen yang menentang Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977.
Yang Dipertua PAS Mohamed Asri Muda mengumumkan PAS keluar dari BN.
1978
Perintah darurat di Kelantan ditarik balik. Nasir menubuhkan parti Berjasa.
BN menubuhkan kerajaan campuran di Kelantan bersama Berjasa selepas menewaskan PAS.
1981
Orang kuat PAS Terengganu Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan yang kemudiannya dikenali sebagai “Amanat Hadi”, yang kemudiannya diwartakan Majlis Fatwa Kebangsaan 2 dekad selepas itu sebagai bercanggah dari segi Islam.
1984
PAS lahir hasrat debat bersama Umno tetapi ia tidak menjadi kenyataan ekoran nasihat Majlis Raja-Raja yang tidak berkenan.
1985
Peristiwa Memali di Kampung Memali, Baling Kedah melibatkan penyokong PAS, menyemarakkan lagi permusuhan Umno dan PAS.
1987
Pemimpin PAS antara puluhan ahli politik dan aktivis yang ditahan ISA di bawah Operasi Lalang.
1989
Mohd Nakhaie Ahmad, bekas naib presiden PAS menyertai Umno, setahun sebelum PRU 1990.
1990
Selepas Umno berpecah dua (Team A dan Team B), PAS dan parti serpihan Umno Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, menjalin kerjasama di bawah Angkatan Perpaduan Ummah.
PAS menawan Kelantan, dengan Mursyidul Am Nik Abdul Nik Mat dilantik menjadi menteri besar.
1993
Kelantan menyatakan hasrat memperkenalkan hudud dan meluluskan enakmen berkaitan di Dewan Undangan Negeri. Ia ditentang oleh Umno di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
1998-1999
Kemasukan besar-besaran ahli Umno ke dalam PAS di sebalik slogan “Dulu Umno Sekarang PAS” susulan pemecatan Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan.
1999
PAS menang besar pilihan raya yang diadakan di sebalik kehilangan sokongan Melayu kepada Umno, tawan Terengganu.
2000
Susulan keputusan PRU 1999, perwakilan Perhimpunan Agung Umno mendesak pimpinan tidak membayar royalti minyak kepada kerajaaan Terengganu yang dipimpin PAS. Mahathir menggantikan bayaran royalti kepada “wang ihsan”.
2002
Sejarah dicipta apabila Presiden Umno Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Fadzil Noor muncul satu pentas di Dewan Bahasa dan Pustaka berkongsi pandangan mengenai perpaduan Melayu-Islam dan perhimpunan anti-Israel.
2008
PAS menjalin kerjasama bersama PKR dan DAP membawa pembentukan Pakatan Rakyat. PAS menerajui kerajaan negeri Kedah dan Perak.
2009
Muncul desas-desus beberapa pemimpin PAS mengadakan perbincangan sulit dengan Umno membentuk “Kerajaan Perpaduan” di Selangor dan Perak. Ia menerima bantahan keras Nik Aziz.
GAMBAR GAMBAR ASAL PERISTIWA KEJATUAN KERAJAAN NEGERIPERAK 2009 LALU OLEH WRLR
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, orang ramai, langit dan luaranImej mungkin mengandungi: 2 orang, orang ramai dan luaranImej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang ramai, malam, langit dan luaranImej mungkin mengandungi: 8 orang, orang berdiri, orang ramai dan luaranImej mungkin mengandungi: 1 orang, langit dan luaranImej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang duduk, orang berdiri dan dalaman
2014
Pakatan Rakyat mula bergolak, dengan PAS tidak setuju pendekatan DAP dan PKR dalam krisis menteri besar Selangor. Isu Negara Islam antara DAP dan PAS juga timbul lagi.
2015
Nik Aziz, tokoh utama PAS yang menentang sebarang kerjasama dengan Umno, meninggal dunia. Pemergiannya dilihat membuka jalan ke arah usaha kerjasama PAS-Umno.
Pada Disember, Presiden Umno Najib Razak buat pertama kali berkongsi pentas dengan rakan sejawat PAS, Hadi, pada majlis anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia.
Pergolakan Pakatan Rakyat berhubung isu “Negara Islam” semakin merapakatkan PAS dan Umno. DAP keluar Pakatan Rakyat, sekali gus menamatkan riwayat pakatan itu.
2016
Hadi atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Marang mengemukakan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355). Ia menerima sokongan kebanyakan wakil rakyat Umno.
Najib melawat Hadi yang menjalani pembedahan jantung di IJN, dalam apa yang dilihat mengesahkan spekulasi kerjasama Umno dan PAS.
Najib dan Hadi hadir sekali lagi berkongsi pentas, kali ini dalam himpunan solidariti bersama etnik Rohingya, di Kuala Lumpur.
2017
Pemimpin Umno dan PAS semakin kerap berkogsi pentas dalam pelbagai isu melibatkan umat Islam sejagat.
2018
Mahathir menziarahi pusara bekas presiden PAS Fadzil Noor, beberapa hari sebelum PRU yang menjatuhkan kerajaan BN.
Kerjasama Umno-PAS lebih menonjol selepas kekalahan BN, yang menjadikan dua parti Melayu-Islam itu pembangkang terbesar.
2018-2019
PAS dan Umno mula menjamin persefahaman politik menghadapi beberapa pilihan raya kecil. Kedua-dua parti bersetuju tidak bertindih dalam pencalonan, sekali gus membawa kemenangan kepada pembangkang di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.
September 2019
Umno dan PAS menganjurkan Himpunan Penyatuan Ummah, menandatangani piagam kerjasama pada PRU akan datang.

TAAWUN SIYASI: SIAPA KUAT KAFIRKAN UMNO AKAN BERSAMA UMNO?

KERJASAMA PAS – UMNO: BUKAN PENYATUAN TAPI PECAHBELAH UMMAH?

KENAPA MASIH JAJA NAMA NIK AZIZ DAN TAK GUNA NAMA HADI AWANG.



Pas nampaknya masih tidak ada keyakinan bahawa tindakannya menjalin kerjasama dengan UMNO benar-benar mendapat sokongan ahli akar umbinya.
Sebab itu Pas tidak ada pilihan selain terpaksa menggunakan nama Nik Aziz Nik Mat untuk menghalalkan tindakannya itu.
Pas sedar nama Nik Aziz bukan saja masih kuat dalam pemikiran sebahagian besar ahli-ahlinya, maka nama beliau terus digunakan untuk kepentingan politik semasanya biar pun mereka tahu bekas Musyidul Am itu begitu kuat menentang sebarang bentuk kerjasama atau persefahaman dengan UMNO semasa hayatnya.
Disebabkan pendirian teguhnya itulah beliau kekal disanjung dan dihormati sehingga ke akhirnya hayatnya oleh ahli-ahli Pas.
Suatu ketika, sewaktu masih hidup apabila ditanya tentang bekerjasama dengan UMNO, Nik Aziz pernah berkata, beliau akan meludah jika ada orang yang memberi cadangan sedemikian kepadanya.
Sejak itu, tidak ada sesiapa lagi dalam Pas yang berani bercakap atau memberi cadangan untuk berbaik-baik dengan UMNO.



Tetapi kini, pastinya kerana Pas perlu meyakinkan ahli-ahli bawahannya, nama Nik Aziz terpaksa dipergunakan, biar pun ia ternyata amat bertentangan dengan pendirian semasa hidupnya.
Hendak menggunakan nama Nik Abduh sebagai anak Nik Aziz untuk tujuan itu takut ianya tidak laku dan dibimbangi menjadi bahan ejekan ramai, nampaknya terpaksalah Tuan Ibrahim Tuan Man selaku anak saudara arwah dijadikan sandaran baru.
Kesian….
Tindakan Tuan Ibrahim “menjual” nama Nik Aziz dengan sesuatu yang bertentangan dengan pendirian semasa hidupnya jelas adalah tindakan tidak beretika dan paling tidak bermaruah sekali.
Hakikatnya, meskipun sebagai anak saudara, Nik Aziz yang sudah meninggal dunia sudah tidak mampu lagi mempertahan diri atau menjelaskan tentang sesuatu berkenaan dirinya.
Kenapa nama baik Nik Aziz cuba dijual murah dan dirosakkan dengan kuasa dunia yang begitu murah?
Bukankah lebih wajar nama Nik Aziz diperkatakan dengan sesuatu yang selari dengan pendirian sewaktu hidupnya?
Dalam hal, mengapa tidak “dijual” saja nama Hadi Awang selaku Presiden Pas yang masih hidup untuk mewajarkan tindakan parti itu bekerjasama dengan UMNO sekarang?
Mengapa mesti nama Nik Aziz yang sudah meninggal dunia terus dipergunakan?
Adakah nama Hadi Awang tidak cukup kuat dan ilmu agamanya tidak cukup tinggi berbanding Nik Aziz?
Soalnya, benarkah jika Nik Aziz masih hidup, beliau akan menyokong usaha bekerjasama dengan UMNO ini?
Atau mungkinkah Tuan Ibrahim adalah orang pertama akan kena ludah dengan Nik Aziz? (Shahbudindotcom 14/09/2019)

(function() { var d = document, w = window; w

Sajat ‘Kebal’ Di Thailand, Dapat Perlindungan Bukan Calang-Calang Orang.

  PπšŽπš›πšπšŠπš—πšŠ π™ΌπšŽπš—πšπšŽπš›πš’ πšƒπš‘πšŠπš’πš•πšŠπš—πš π™ΌπšŠπšœπšžπš” π™²πšŠπš–πš™πšžπš›? π™³πšŽπš—πšπšŠπš— πš™πšŽπš›πš•πš’πš—πšπšžπš—πšπšŠπš— πšπšŠπš›πš’πš™πšŠπšπšŠ πš”πšŽπš›πšŠπš“πšŠ...