Paul Low berjaya ditransformasikan (LM)

Paul Low, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) yang sebelum ini lantang bersuara agar menteri-menteri mengisytiharkan harta masing-masing, dalam tempoh seminggu dilantik menjadi Menteri pintu belakang kerajaan 47%, telah menukar nada.

Hanya dengan sekali jentik di tel*rnya, Paul Low kini menukar haluan, mempertahankan bahawa ahli kabinet Najib tidak perlu mengisytiharkan harta demi keselamatan menteri-menteri. Demi keselamatan atau demi menyembunyikan jumlah harta kekayaan para menteri daripada diketahui Rakyat?

...Beginilah akibatnya jika sudah masuk ke dalam tong taik... tong tak bersih, muka berlumuran taik...

PENJELASAN RAFIZI PAKATAN MENANG PRU 13








AZRAN .....AIR ASIA KITA BOLEH BG IKLAN PERCUMA.UTUSAN BUKAN LAKU


Bahasa

‘Utusan’: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Rani Omar minta maaf

By Md Izwan

Azran dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau. - Gambar fail KUALA LUMPUR, 19 Mei — Harga iklan syarikat penerbangan AirAsia lebih murah daripada iklan-iklan kecil yang lain, kata Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini, serta menggesa ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani, meminta maaf.

Awang Selamat dalam ruang kolum tersebut mendakwa harga iklan yang diberikan kepada AirAsia adalah terlalu murah dan tidak memberikan sebarang keuntungan kepada Utusan Malaysia, malah lebih rendah daripada iklan-iklan kecil yang lain.

“Tanpa Air Asia, Utusan tidak akan hadapi sebarang masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut,” kata Awang Selamat yang dipetik berkata dalam akhbar tersebut.

“Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan AirAsia,” kata Awang Selamat yang dipetik dalam Utusan Malaysia hari ini.
Dalam ruang itu lagi, Awang Selamat juga membuat perbandingan antara AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS), yang mana menyifatkan MAS sebagai memiliki khidmat yang lebih baik dan kental nasionalismenya.
“Kepada yang berbudi kita berbahasa, terutama penerbangan Malaysia yang servisnya lebih baik dan kental nasionalismenya,” kata Awang Selamat lagi.

Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau.
Beliau dilaporkan meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan editor akhbar tersebut akhir-akhir ini.

Beliau dilaporkan turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit.
 
Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu kemudiaan menyiarkan kenyataan dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar Azran sebagai “bongkak” dan “lupa diri”.

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia