Kawalan udara tak berfungsi, syarikat anak Jamaluddin Jarjis bertanggungjawab

Saiz Teks: A A A

Kawalan udara tak berfungsi, syarikat anak Jamaluddin Jarjis bertanggungjawab



SUBANG 21 September: Pusat kawalan udara di ibu negara tidak berfungsi minggu lalu ekoran kegagalan sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata,  fungsi radar dan radio tergendala selama dua jam menyebabkan semua penerbangan dibatalkan dan kawalan ruang udara diserahkan kepada negara jiran.
Beliau mendedahkan laporan interim Jabatan Penerbangan Awam (DCA) oleh kontraktor penyelenggaraan sistem pada 12 September, jam 2.50 pagi bagi membuktikan perkara itu.
Menurut Izzah, syarikat bertanggungjawab mengawalselia sistem terbabit adalah Advanced Air Traffic Systems Sdn Bhd (AAT) yang dimiliki  anak bekas  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Jamaluddin Jarjis.
“Pelbagai kenyataan media, permintaan penjelasan dan audit bebas terhadap sistem yang dibangun dan diselenggara SELEX Sistemi Integrati dan AAT dibuat.
“Namun Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak mengendahkan, malah memperkecil catatan sistem yang menelan belanja 26.05 juta Euro (RM128.4 juta),” katanya pada sidang media di hadapan DCA, di Subang hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Naib Presiden Keadilan, N Surendran dan Ketua Biro Keselamatan Keadilan, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.
Justeru, beliau persoal bagaimana Kementerian Pengangkutan dan DCA boleh melulus dan membenarkan sistem tersebut beroperasi tanpa sokongan sistem interim dan lewah (redundancy).
Tegasnya, kegagalan sistem ini menimbulkan syak jutaan ringgit yang dibelanja dalam pembangunan sistem di KLIA2 mungkin mengalami nasib sama yang menjejaskan keselamatan orang ramai.
“Kita mesti pastikan semua projek berkaitan keselamatan dalam sektor penerbangan tidak dianugerah kepada syarikat tidak memiliki kemampuan teknikal, pada waktu ini dan masa hadapan,” kata Izzah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36481

Menjangka kerajaan persekutuan akan bertukar, IPP selamatkan diri

Penjana Tenaga Bebas atau Independent Power Producers (IPP) yang diwujudkan untuk membolehkan kroni umno/BN mengaut keuntungan mudah tanpa risiko. Tempoh perjanjian dua buah IPP generasi pertama akan tamat pada tahun 2016 dan 2017.

Kerana bimbang kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, kedua-dua IPP ini, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd milik Tan Sri Ananda Krishna dan Mastika Lagenda Sdn Bhd milik Genting Bhd telah bertindak menjualkan IPP ini kepada pihak kerajaan melalui 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Bacaan seterusnya di sini:   1MDB beli IPP selamatkan kroni

APABILA KETAKUTAN DI TAHAP GABAN


Dana asing: 'BN lihat puaka yang tak wujud'
10:41AM Sep 22 2012
Serangan serentak kerajaan menggunakan media perdana yang mendakwa berlaku penjajahan bentuk baru NGO prodemokrasi melalui tajaan dana di negara ini terang-terangan hanya kes "paranoia", kata PKR Sarawak.

NONE"Ia cubaan terdesak BN untuk memperkecilkan perniagaan yang sah, masyarakat sivil dan organisasi dengan sindiran tak langsung, bahawa Malaysia secara rahsia dilemahkan oleh negara asing, bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menunjukkan bagaimana BN menggunakan taktik menakutkan-nakutkan di peringkat antarabangsa.

"Taktik momokan ini sebenarnya hanya menunjukkan ketakutan BN sendiri terhadap demokrasi sebenar dan lebih penting lagi mereka melihat puaka yang tidak wujud," kata Ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam kenyataan semalam.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan akhbar berkaitan Umno Berita Harian dan New Straits Times semalam melaporkan di muka depan NGO berpangkalan di Amerika Syarikat National Endowment for Democracy (NED) dan badan lain di peringkat antarabangsa mendanai NGO di Malaysia.

Laporan sama juga ditayangkan dalam waktu perdana TV3 semalam yang menyifatkan perkara itu sebagai penjajahan bentuk baru