PH JAWAB RAMALAN SANUSI DI KEDAH PILIHANRAYA NEGERI AKAN DATANG


 

Piiishhhaaanggg


 

KAH..KAH....ZAMAN BILA WOIIII....


 

SANUSI KOYAK TERUK


 

INGAT LAGI KA PERISTIWA NI. DIA KATA RAFIZI...RUPANYA DIA YANG TAK LAKSANAKAN.


 

PM TEGUR AGENSI KERAJAAN


 

ANJUR PROGRAM NUZUL AL QURAN..TAPI DIA DOK MAKI ORANG-AKAI TAK DAK


 

UMNO KEDAH KATA MEREKA BUKAN BATANG PISANG


 

KENAPA KIT SIANG RAMAL 70% SAHAJA.

 

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yakin Anwar Ibrahim dapat mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri sehingga akhir penggal.

Bagaimanapun, bekas ahli parlimen Iskandar Puteri itu meramalkan peluang itu sekitar 70 peratus sahaja.

“Selepas empat bulan setengah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan selepas lapan minggu Dewan Rakyat bersidang sempena Pembukaan Parlimen ke-15, saya lebih yakin yang Anwar boleh melengkapkan penggalnya sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Sekiranya saya diminta untuk memberikan markah kemungkinan Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri ke-10 sekarang, saya akan berikan 90 peratus kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk setahun, 80 peratus kemungkinan bertahan untuk tiga tahun. Dan 70 peratus kemungkinan bertahan untuk penggal penuh lima tahun.

Kata Lim, jangkaan itu mengambil kira kegagalan pimpinan Perikatan Nasional (PN) menjalankan tanggungjawab mereka di parlimen dan kegagalan mereka menyahut titah Yang di-Pertuan Agong agar menjaga kestabilan politik.

Lim mendakwa PN memainkan peranan dalam merosakkan perpaduan kaum di negara ini melalui retorik perkauman dan agama.

Untuk rekod, Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini menjangkakan kerajaan persekutuan yang diterajui Anwar akan tumbang tidak lama lagi.

Abdul Hadi ketika berucap di Dewan Rakyat juga dilpaorkan berkata pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya pentadbiran PH runtuh sekali lagi.

Sementara itu, Lim berkata peranan Umno sangat penting dalam memastikan Anwar kekal sebagai perdana menteri.

Lim mendakwa PN memainkan peranan dalam merosakkan perpaduan kaum di negara ini melalui retorik perkauman dan agama.

“Satu unsur penting yang menentukan ketahanan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah sama ada Umno dapat memainkan peranan penting untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip-prinsip asas pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Prestasi buruk Umno dalam PRU-15 menjadi bukti bahawa kepercayaan yang pengundi Melayu akan kekal setia dengan BossKu (Najib Abdul Razak) walaupun selepas disabitkan dengan pelbagai pertuduhan berkaitan dengan 1MDB adalah satu kesilapan.

“Sekiranya perkara ini betul, Umno sepatutnya menyaksikan kebangkitan dan bukannya kekalahan besar dalam pilihan raya umum pada November tahun lepas,” katanya.

Kata Lim, pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri yang dijadual selewat-lewanya Ogos ini merupakan ujian besar kepada ketahanan Anwar.

“PRN menjadi ujian besar seterusnya kepada Anwar yang akan menentukan sama ada dia akan kekal menjadi perdana menteri untuk satu penggal selama lima tahunnya,” katanya.

Sumber –mkini


TUNTUTAN KAKITANGAN AWAM DI PENUHI. GAJI DI AWALKAN DARI 17 KE 14 APRIL


 

KENAPA DIKATAKAN SANUSI TERLIBAT ? INI KEMUSKILANNYA YANG MENJADI TANDA TANYA.


 

KISAH MP TEMERLOH PERTIKAI HAPUSKAN MISKIN TEGAR- SEKALI USTAZ HARUN SHAH NI BERI PENERANGAN PANJANG LEBAR


 

JOM DENGAR 5 LAWAK SANUSI. WALAU NAMPAK BODO, IA TETAP MENGHIBURKAN ANDA JIKA SEDANG MENGANTUK


 

BEKAS MB PERLIS DITUDUH 5 PERTUDUHAN


 

PATUT JAKI PADA ZAHID DAN UMNO....RUPANYA ADA ROMBONGAN JUMPA ZAHID HAMIDI NAK ELAK JADI KLUSTER MAHKAMAH

ÑI ANTARA CONTOH WALAUN PENYOKONG PAS..MAKI HAMUN TU BIASA BAGI MEREKA..MAÇAM NI DAPAT TARBIAH KEPIMPINAN ULAMAK...IIISSSHHHH.,..SEMBANG SOKONG PERJUANGAN ISLAM..AKHLAK MEMALUKAN


 

RUPANYA SANUSI NI BANYAK TEMPAT YANG TAK BENARKAN DIA MASUK....


 

ADA STUDIO- TAPI ARTIS PUN TAK TAHU ADA STUDIO- PELIK DAN AJAIB. BILA DAH JUAL , BARU TAHU KENA JUAL.



Dulunya, kalau tak salah di cyberjaya, selain lembah silikon, dibikin juga studio filem. tak tahu wujud atau tidak, berfungsi atau tidak.

tetapi sungguh, janji potong ayam, gua baru tahu rupanya telah bertahun terbina studio filem iskandar. gua pun tak tahu sama ada orang-orang filem atau orang-orang serba tahu filem di finas, tahu atau tak tahu bahawa di negara malaysia yang aman makmur rahmat bahagia ini, wujud studio perfileman bertaraf hollywood.

dan, sesungguhnya studio yang dibina beratus juta ringgit di tapak tanah berekar-ekar dengan pelbagai kemudahan filem itu, dah kena jual.

finas, apa macam?

Pyanhabib Rahman



 

MB BADUT DAN DECORUM KERAJAAN- BELIAU CUBA BERBOHONG DAN MENCARI POPULARITI






ANRIAN LIM CHEE AN



Selaku MB, Sanusi membawa imej seluruh negeri Kedah.

Maka sepatutnya Sanusi menonjol sikap dan akhlak yang harus dipuji agar negeri Kedah boleh berbangga mempunyai pemimpin yang berwibawa.

Masalahnya Sanusi ni satu-satunya MB kat seluruh negara yang langsung takde decorum kerajaan.

Ibarat seorang badut, mulut Sanusi busuk, sikap Sanusi haprak dan disiplin Sanusi pun teruk.

Mana nak cari MB yang boleh kalah saman sebab memfitnah? 

Mana nak cari MB yang boleh kena saman sebab test drive Raptor sewaktu rakyat berkurung? 

Mana nak cari MB yang boleh mengumumkan projek-projek sesuka hati? 

Begitu ke akhlak dan perangai seorang MB?

Maka elok juga kalau Sultan Kedah melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara.

SKN seorang pemimpin yang mempunyai decorum dan mampu meningkatkan imej Kedah.

Beliau lebih berpada, lebih rendah diri dan lebih berdisiplin.

 

KAU GELAR PM BAPA SAMAN NEGARA- MEMANG PATUT PUN KAU KENA SAMAN..KRITIK TAK APA..TAPI FITNAH TAK BOLEH. JOM LIHAT SIAPA YANG KENA SAMAN.


 

KENAPA KITA HARUS MENYOKONG KEPIMPINAN INI?


 

'Negara Islam berdamai, parti Islam Malaysia cuba jatuhkan PM'




Negara negara Islam dunia yang bersengketa sejak puluhan tahun lalu seperti Arab Saudi dan Iran telah pun bersetuju untuk berdamai dalam kerangka memperkukuh Islam.


Bagaimanapun, menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Raja Bahrin Shah keadaan begitu berbeza di Malaysia apabila parti Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam cuba menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pejuang Islam diiktiraf dunia.


"Kerajaan Arab Saudi dan Iran baru baru ini telah berjumpa untuk menjalin semula hubungan diplomatik di bawah initiatif kerajaan China.


"Rombongan Arab Saudi juga telah tiba di Yaman untuk memulakan rundingan damai di bawah usaha bersejarah Oman selepas hampir lapan tahun berperang.


"Di Lubnan, Hizbollah yang ada perbezaan pandangan dengan Hamas mula mengadakan mesyuarat perundingan kerjasama.


"Sementara negara negara Islam lain sedang mengukuhkan kerajaan mereka dan memperkuatkan perpaduan umat Islam, parti yang mengakui diri sebuah parti Islam di Malaysia sebaliknya mahu menjatuhkan Perdana Menteri Islam yang dipilih oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Raja Bahrin turut mempersoalkan propaganda Pas yang dianggapnya ketinggalan zaman berdasarkan tantanan baharu dunia apabila masih melabelkan komunis dan negara komunis sebagai musuh utama Islam.


Sedangkan katanya, di peringkat dunia kebanyakan negara negara Islam mempunyai hubungan haik dengan China dan bekas pengasas ajaran komunis, Rusia.


"Perlu diingat ada pihak yang melabelkan komunis dan bangsa Cina merupakan musuh utama umat Islam di Malaysia.


"Ironinya tuduhan ini. Sedangkan inisiatif negara China komunislah yang telah berjaya mendamaikan dua negara Islam Arab Saudi dan Iran di mana negara Islam lain gagal melakukannya.


"Peristiwa global dunia Islam semasa memerlukan penilaian semula, siapakah sebenarnya menjadi musuh sebenar kepada umat dan negara Islam semasa.


"Pandangan lama bahawa komunis adalah musuh tradisi Islam perlu penilaian dalam konteks antarabangsa hari ini. Hari ini negara komunis seperti China dan Russia mempunyai hubungan baik dengan negara Islam," katanya.


Bagi Raja Bahrin, dengan serba keterbatasan minda pemimpin Pas menelaah politik dunia maka sudah tiba masanya Pas mengubah strategi politiknya daripada berterusan menggunakan fitnah menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, kepada pembangkang yang baik dan menghulur tangan persahabatan kepada pemimpin yang lebih unggul, Datuk Seri Anwar.


"Malaysia pernah menerajui OIC dan Anwar Ibrahim mempunyai ketokohan untuk membawa Malaysia ke tahap kegemilangan dahulu di kalangan negara Islam hari ini.


"Malangnya ada pihak yang ingin mengagalkan peluang Malaysia mencapai tahap kecemerlangan tersebut.


"Adalah lebih baik Pas sebagai sebuah parti yang mengelar diri parti Islam berdamai dan memperkukuhkan kerajaan Malaysia serta tidak cuba mengugat kestabilan dengan usaha berterusan mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang direstui oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam Malaysia.


"Ikutlah contoh global negara Islam lain yang giat berusaha mencari perdamaian dan bukan persengketaan demi penyatuan umat Islam sedunia," katanya lagi.


Justeru, Raja Bahrin berharap dengan semangat Nuzul al Quran dan semangat Ramadan kali ini umat Islam Malaysia boleh berdamai dan melupakan persengketaan panjang politik yang amat merugikan.