ADA STUDIO- TAPI ARTIS PUN TAK TAHU ADA STUDIO- PELIK DAN AJAIB. BILA DAH JUAL , BARU TAHU KENA JUAL.



Dulunya, kalau tak salah di cyberjaya, selain lembah silikon, dibikin juga studio filem. tak tahu wujud atau tidak, berfungsi atau tidak.

tetapi sungguh, janji potong ayam, gua baru tahu rupanya telah bertahun terbina studio filem iskandar. gua pun tak tahu sama ada orang-orang filem atau orang-orang serba tahu filem di finas, tahu atau tak tahu bahawa di negara malaysia yang aman makmur rahmat bahagia ini, wujud studio perfileman bertaraf hollywood.

dan, sesungguhnya studio yang dibina beratus juta ringgit di tapak tanah berekar-ekar dengan pelbagai kemudahan filem itu, dah kena jual.

finas, apa macam?

Pyanhabib Rahman



 

No comments: