PENDIDIKAN BUAT SEMUA !!!


RMS

Hai semua. Cikgu Peka https://www.facebook.com/PEKAMALAYSIA/ nak ajar lagi kepada si pemimpin kurang akal dan si pembalak tamak antara sebab banjir berlaku.Jangan di bodohkan mereka tau...last-last yang mandi banjir dan rosak harta benda ialah rakyat.Mereka akan datang bagi derma nasi dan barang dapur.Tapi rumah rakyat miskin tetap musnah.
Rupa-rupanya ada lagi pihak MENAFIKAN bahawa Pembalakan penyebab Banjir.Nah satu lagi Gambarajah untuk mereka-mereka yang kurang akal tersebut.Tolong Tag pihak-pihak berkaitan.
INILAH LOGIK SI PEMIMPIN KURANG BIJAK.
MARI BERTINDAK!
Sudah tiba masanya untuk anda membantah bersama kami.Tolong klik di sini untuk PETISYEN kepada kerajaan supaya BERHENTI PEMBALAKAN buat sementara ini dan jangan di kacau Taman-taman Negara yang telah di gazet.
-----》 https://www.change.org/p/say-no-to-deforestation-in-malaysia



MAIL SENDIRI KENA HENTAM

 

Tengok sendiri pendedahan lemah tak lemah teruk tak teruknya kerajaan BN UMNO,PPBM,GPS pimpinan ISMAIL SABRI MP BN UMNO BERA,PAHANG urus bencana banjir https://twitter.com/zunarkartunis/status/1473297725798031362

MAEL jadi MENTERI PERTAHANAN,KANAN,SOP lingkup,jadi PM9 pun hancur lebur.Letak jawatan je terus semua jemaah kabinet.Ramai terkorban banjir ni akibat kabinet yg gagal teruk serba serbi.Syok sendiri markah 90%.MP TANJUNG KARANG BN UMNO mampu nganga jelah dengar leteran mangsa banjir dia yg ketua MKN SELANGOR bukannya AMIRUDIN SHARI

NADMA di bawah tanggungjawab :

@IsmailSabri60 UMNO

ATM di bawah tanggungjawab :

@HishammuddinH2O UMNO

Pengerusi Majlis Pemulihan Nasional :

@MahiaddinYassin PPBM

Menteri Alam Sekitar :

@titm_official PAS

Kau nak salahkan siapa lagi?

 



ORANG UMNO KEKAL BODOH RUPANYA...YB MUDA MUDA BUAT KERJA DIA PULAK MELALAK DENGAN MEMFITNAH ADOIIII POKCIK..KELAUT RUPENYA

 

Ada sahabat camp UMNO tak senang saya posting gambar pemimpin muda berkhidmat ketika banjir. Rasanya yang tak senang tu sebab gambar yang disiar semua blok pembangkang.

Masa saya promote geng UMNO, Dira Abu Zahar jadi YB di Melaka, mereka ok ja. Itulah namanya politaik, tuan puan Description: 😂

Mereka kata gambar2 banjir yang saya siar semuanya YB2 muda ni propa. Hanya wayang untuk tangkap gambar. Bila minta bagi gambar geng UMNO, diaorg kona baring suruh cari sendiri pula.

Takkan la saya nak post video Ahmad Maslan cuci rumah start depan gate rumah? Tu lagi tak boleh pakai kan?

Yang tak best geng diaorg ni. Dah takde modal, attack personaliti. Digelar YB Young Syefura Othman janda padahal dah kahwin. Sekali suami dia datang terjah di wall. Agar tak dijadikan fitnah lanjut.

Tu sebab saya kata, politician dinosaur kita kena flush out. Cara politik dinosaur yang serang peribadi pun kita kena elakkan.

Harap tuan puan pilih yang muda, bijak dan ikhlas berkhidmat untuk PRU15. Jangan lagi pangkah pemimpin hampeh tangkap muat.

 

LIYANA MARZUKI







ABDUL LATIF ELOK LETAK JAWATAN

 

RAJA AHMAD ADRIENNE


Mangsa banjir tengah struggle SEKARANG dengan bantuan-bantuan kemanusian sedangkan ko sibuk dengan jawatan makan gaji buta ko..

ko cuma hantar si zaprul dengan penjilat
dy je atas boat buat wayang..





 

DATUK ZAHRIN HENTAM NOH UDANG

 


LIHAT KAUM INDIA BANTU BERSIHKAN MASJID


 

PH TAK PERLU PUN AMBIL JOHOR.

 

Kematian Osman Sapian menjadikan kerajaan negeri Johor tidak stabil. Sekarang gabungan PN dan BN cuma ada kelebihan satu kerusi.

Aku mohon agar PH Johor jangan buat tindakan terburu-buru dengan cuba menggegarkan kerajaan negeri. Masanya tidak sesuai.
Biarkan saja BN dan PN teraju Johor hingga PRU15. Utamakan kesejahteraan rakyat buat masa ini. PRN tidak akan membantu hidup rakyat.
Aku juga tak suka BN apatah lagi PN. Tapi andainya berlaku PRN ketika keadaan seperti sekarang ini, rakyat akan marah kepada PH.
Apa yang berlaku di Melaka dan Sarawak, akan juga berlaku di Johor. Jadi aku harap, pada waktu ini usah ada usaha tukar kerajaan negeri.

KHEMAH BESAR - PH JANGAN TERHEGEH-HEGEH



Kalau kamu ada anak dara, jangan jaja cerita merata-rata kononnya betapa bagusnya jika anak dara kamu itu bersuamikan si anu. Bermacam-macam cerita baik kamu jaja tentang si anu untuk membolehkan kamu bermenantukan dia
Walhal, si anu itu tidak pernah teringin pun dengan anak dara kamu. Kamu saja yang perasan dan tiada malu. Sanggup bergaduh suami isteri kerana mahukan si anu yang tidak pandang pun kepada anak dara kamu.
Siapa pernah dengar Pejuang mahu sertai PH? Siapa pernah dengar Warisan atau Muda mahu sertai PH? Mengapa ada dua tiga orang pimpinan dalam PH yang perasan? Hari-hari bercakap pasal khemah besar.
Cukup-cukuplah bercakap soal khemah besar sekiranya mahu sebut si tua saka itu. Biarlah dia mereput sendiri kerana itu hukuman buat beliau yang khianat kepada mandat rakyat apabila dengan sengaja meletakkan jawatan PM. Bila dia letak jawatan, maka jatuhlah kerajaan. Bukankah bangsat namanya?
PH harus menjauhkan diri dari pengkhianat seperti ini. Jangan jadi terlalu murah dengan menyembah tapak kaki mereka. Rata-rata rakyat bencikan si tua kutuk itu. So, jangan cari pasal.
WFAUZDIN NS



BERSUKUR SANGAT SANGAT






Banjir- 37 terkorban, 10 lagi tak dapat dikesan. Mesti AJK Pas pusat, Dr Halimah Ali kata "bersyukur tidak ramai yg mati". Maklumlah, lebai dah jadi kerajaan...


W.FAUDZIN


APA KHABAR DENGAN HARGA BARANG- REGA SAWIT DAN GETAH PUN MAHAL-AIMAN TAK KISAH..


 

KESIAPSIAGAAN NEGARA HADAPI BENCANA LEMAH


Beliau berkata, NADMA hanya menjaga urusan pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai dari negeri. Usaha untuk menangani bencana banjir ini menjadi semakin kucar-kacir apabila jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri dipegang oleh Ketua UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, bukan Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari.





KESIAN HANGPA DOK WAT MAIN KE DIA NI. RAKYAT DOAKAN AGAR RINA KEMBALI ASAL



 

Noh tempelak Amiruddin, dakwa dirinya masih Pengerusi MKN Selangor

 


Terkini! Noh tempelak Amiruddin, dakwa dirinya masih Pengerusi MKN Selangor


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar memaklumkan bahawa beliau masih lagi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

Bercakap dalam satu sidang media, Noh menafikan dakwaan yang dibuat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bahawa jawatan Pengerusi MKN telah bertukar tangan.

Malah Noh juga mendakwa apa yang dilakukan oleh Amirudin adalah cubaan untuk lepas tangan dari tanggungjawab yang sebenarnya.

“Saya nak bagitahu, saya terpaksa ‘sekolahkan’ Menteri Besar Selangor sebab apa yang viral semalam, nampaknya dia tidak faham sebenarnya.

“Saya masih lagi Pengerusi MKN Selangor bukan MB Selangor seperti yang viral semalam, harap Amirudin boleh faham.

“Menteri Besar jangan lepas tangan, jangan tunding jari salahkan sesiapa. Kalau dia nak lepas tangan lebih baik dia lepaskan jawatan,” katanya pada sidang media pada Rabu.

Noh menjelaskan, sekiranya Amirudin memahami bidang tugasnya tidak akan timbul cakap-cakap kononnya tidak boleh mempengerusikan mesyuarat seperti yang didakwa.

Beliau juga menjelaskan terpaksa mengadakan sidang media bagi membetulkan salah faham yang timbul akibat berita yang tular pada Selasa.

“Menteri Besar mungkin dia tidak faham ada dua arahan berbeza dibawah MKN iaitu pertama pengurusan keselamatan negara.

“Yang kedua ialah Majlis Keselamatan Negara, Semakan Semula Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana negara, ini dua yang berbeza.

“Ini menunjukkan bila ada dua arahan ini maknanya ada dua jawatankuasa. Saya dilantik dibawah arahan nombor 1 iaitu isu keselamatan negara.

“Yang sepatutnya menteri besar tengok ialah arahan nombor 20 iaitu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya lagi.

Dalam sidang media itu, Noh memaklumkan Amirudin telah memohon maaf ekoran salah faham yang timbul berkenaan isu Pengerusi MKN Selangor.

“Saya pun nak mohon maaf juga sebab terpaksa buat sidang media ini untuk jelaskan kekeliruan yang timbul dan saya telah maafkan beliau,” katanya, memetik Astro Awani.

Dalam sidang media itu, Noh juga menyenaraikan apa yang telah beliau lakukan sejak banjir melanda beberapa kawasan di Selangor.

Pada Selasa, Amirudin berkata beliau telah mendapat panggilan daripada MKN untuk mempengerusikan MKN Negeri Selangor ekoran bencana banjir di negeri berkenaan.

PM Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, belliau telah memaklumkan dalam mesyuarat MKN semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Menteri Perumahan serta Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terlibat dengan Majlis Daerah dan sebagainya, supaya Menteri Besar boleh mengeluarkan arahan, juga kepada Pegawai Daerah (DO).

Ekoran itu, beberapa portal berita termasuk Malaysiakini dan FriendsofSelangor melaporkan Amirudin telah dilantik selepas satu mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri pagi Selasa, berkuat kuasa hari ini (Rabu).

‘MELAWAT’ DENGAN ‘MEMBANTU’ MANGSA BANJIR TAK SAMA






“Kita tak boleh menerima apabila dia kata NADMA hanya urus pampasan yang tidak terlibat dalam kerja kejadian bencana alam yang sedang terjadi,” katanya dalam kenyataan, lapor beberapa media. Beliau mengulas kenyataan Abdul Latiff bahawa NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.





KISAH LAWAK 3- PEMIMPIN MACAM LALAT


 

KISAH LAWAK 2- TONTON SAMPAI HABIS


 

KISAH LAWAK 1 - KISAH LEBAI RINGTON DANGDUT-TU PUN ADA..


 

RAKYAT TIDAK LAGI YAKIN KERAJAAN GAGAL








 

RAKYAT TENGAH MENDERITA BENCANA BANJIR- SEMPAT LAGI BUAT PERLANTIKAN AHLI DEWAN NEGARA

 


Oi! Rakyat tengah menderita oi! Korang tak abis lagi kejar pangkat & harta. Apa jenis haram jadah ni? Tak boleh tunggu lepas habis bencana ni ke? Perlantikan ni boleh selesaikan masalah rakyat ke?

INI LEBIH KERANG AJAR

 

Ini lebih super kurang ajar.

Ada menteri bongok yang tak buat kerja sebagai menteri tapi sibuk nak cuci rumah orang. Yang itu pun dah cukup huduh.

Yang ini lagi jahanam. Orang lain yang buat, dia tak terlibat langsung pun, tau tau main bubuh nama je. Apa jenis manusia ni?

Ini zaman media sosial. Tak semudah itu untuk menipu. Sekarang orang dalam gambar sendiri pecah lobang.

Eh... Tak reti malu ke korang ni?

Raja Gelap






PERMUDAHKAN


Hari itu, saya dan ramai lagi di kalangan kita cadangkan penggunaan drones untuk tinjau kawasan banjir dan selamatkan mangsa. Lepas 4 hari, keluar dalam paper Kerajaan akan guna drones. Ok lah, better late than never. Yang baik kita puji.

Sekarang era pasca banjir, lagi banyak kerja yang perlu dibuat. Pohon Kerajaan boleh juga pertimbangkan cadangan berikut untuk mudahkan rakyat:

1. Boleh buka kaunter polis, BSN dan agensi Kerajaan di semua PPS untuk terus proses bantuan tunai Kerajaan.

Mereka ni dah kehilangan kereta dan harta benda. Nak ke Balai Polis pun satu hal. Kalau Kerajaan boleh bantu senang kan proses mendapatkan bantuan tunai, ni dapat meringankan beban.

2. Claim insurans kereta yang total loss. Ramai yang keliru dan tidak tahu. MOF atau BNM yang menyelia syarikat insurans boleh tolong keluarkan kenyataan dan penjelasan. Apa yang nak dibuat.

3. Kalau tak layak dapat insurans, harap Kerajaan boleh pertimbangkan untuk arahkan pihak Bank bagi interest rendah atau syarikat kereta bagi diskaun tertentu bagi mangsa banjir untuk dapatkan kenderaan baru.

4. Kontraktor tempatan dan persatuannya mungkin boleh promosikan perkhidmatan dengan diskaun tertentu bagi mangsa banjir bina kembali rumah. Atau perbaiki kerosakan. Boleh senaraikan khidmat di PPS. Senang orang kampung nak hubungi.

5. Kerajaan perlu lebih rapat dengan NGO. Jadi kan mereka kawan rapat. Jangan disisihkan. Ramai yang nak membantu tapi tiada penyelarasan.

Kalau tiada lagi, boleh tubuh suatu Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Kerajaan-Swasta-NGO. Ini bagi mengelak oversupply dan wastage barangan sumbangan.

Ini 5 dulu. Harap dapat membantu

 

LIYANA MARZUKI

Anwar Ibrahim: Kelemahan Utama Berhubung Kesiapsiagaan Negara Menghadapi...

Mat Sabu: Kemusnahan Harta Benda Akibat Banjir Kali Ini Agak Luar Biasa...

Pengurusan Bencana Negara Gagal?

Mat Sabu Menyeru Pihak Negeri & Federal Bercepatkan Kutipan Sampah Yang ...

359 Jebat Derhaka: Pokey Mak Aler Uto Org P0litik

RENTASAN 1034 | GEMPAR!!! INI SEBABNYA ATM TERPAKSA BERTINDAK SENDIRI SE...




MENARIK DALAM RENTASAN 1034 1. SELANGOR PEDULI, WALAU DIANAKTIRI 2. KESIAPSIAGAAN NEGARA HADAPI BENCANA LEMAH 3. ‘MELAWAT’ DENGAN ‘MEMBANTU’ MANGSA BANJIR TAK SAMA 4. TAK PERLU VELLFIRE, YANG PENTING IKHLAS





WELCOME BACK SRIKANDI PKR... SITI AISHAH



Selepas Ezam dtg menyokong kembali DS Anwar walaupun dari luar parti, kini Siti Aishah mantan srikandi PKR bakal kembali. Kita menantikan Rafizi dan Nurul Izzah pula dan keyakinan sy tinggi kedua mereka akn mengganas kembali. Mereka semua ini adalah singa2 PKR yg hilang dari radar yg sgt2 diperlukan parti di saat2 begini.
2 telur ayam telah mengajar kita ketempangan yg ada dlm parti. Biarlah kabilah2 ada kerana ia perkara biasa dlm mana2 parti tetapi yg penting bersatu hati melawan kerosakkan pemimpin2 yg semakin menggila memperbodohkan rakyat.
Kasihani rakyat, kasihani ahli2 bawahan yg hanya mahu PH menang tetapi mereka tidak faham pergolakkan dalaman. Jika kabilah2 sibuk dgn warna jersi akn hancurlah parti.
Jika gabungan anak2 muda ini kita tolak krisis kecil yg berlaku sebelum ini dan menganggap ibarat selisih faham keluarga... kita tidak perlu khemah besar, cukup keluarga besar... bersatu teguh bercerai roboh.
Nyata DS Anwar berjiwa besar bukan seperti yg ditohmahkan sebelum ini. Saya dpt melihat pelbagai ragam dan lagak kabilah2 yg ada. Saya tidak peduli semua tu.. saya mahu semua mereka bersatu jika tidak nasib Melaka dan Sarawak akan menimpa PRU15 nanti jika kita sibuk ingin menjatuhkan hero2 parti sesama sendiri.
Apa kata Aishah dlm pertemuan dgn DS Anwar...
"Terima kasih orang tokun,hampir 3 tahun tak jumpa dsai...lepas jumpa dsai orang tanya macam mana ok ka? saya jawab roadtax dah renew, kata bos jalan terus.. Alhamdulillah..hadiah anniversary kata en suami Muhammad Ridzuan Mansor."


SEMALAM SEKALI LAGI ZAHID UMUM 10k KWSP. SENI POLITIK UMNO BUAT KITA TEWAS


Seni politik UMNO buat kita tewas

Duit masa depan... saat ini sudah di depan

SEMALAM SEKALI LAGI ZAHID UMUM 10k KWSP

Semalam dan kali ini dah masuk kali kedua Zahid minta i-Citra RM 10k. Sains Politik atau seni politik pemimpin UMNO saya tabik. Nampak remeh tapi ia berikan impak yg sgt besar.

Ada org berkata mengapa kita perlu ikut cara Najib gula2 kan rakyat ? Saya kata kita bukan ikut cara rasuah Najib tapi kita ikut kemahuan popular org Melayu. Ia sesuatu yg berbeza walaupun ia masih kaitan dgn RM.

Ada org kata kita kena berprinsip. Prinsip apa? Apa salahnya izinkan mereka yg perlukan wang mengeluarkan wang KWSP mereka. Kita kena belajar kejayaan BN selepas tewas kerana apa. Mereka berjaya sb mereka tahu kelemahan dan kemahuan org Melayu.

Kita kena belajar kenapa rakyat menolak PKR hingga dua kali PRN dapat telur ayam dan hilang wang deposit. Semua itu kerana prinsip. Semua itu kerana kita mahu rakyat2 di kampung memahami tentang ekonomi secara akademik.

Reverse psychology adalah yg utama dlm Sains Politik atau seni politik. Kita kena belajar seni politik Erdogan hingga bukan sahaja berjaya meletakkan Turki seperti ala pemerintahan Uthamniah tetapi berjaya meningkatkan ekonomi rakyat negara tersebut.

Selepas partinya gagal Recep Tayyip Erdogan mengubah pendekatan parti AK dgn membuat janji kpd para Jeneral dan rakyat Turki yg masih hidup kebaratan penangan pemerintahan Kamal Artatuk iaitu dia akn mempertahankan sistem sekular. Formulanya berjaya sehingga kini sejak tahun 2002 partinya terus menangi hati rakyat Turki.

Begitulah juga negara sosialis dan komunis meletakkan perkataan demokrasi pada jenama negaranya tetapi mereka tetap melaksanakan pendekatan dictatorship yg memaksa rakyat lebih kejam daripada demokrasi Barat yg liberal. Itu semua utk melahirkan persepsi kpd rakyat dan pelabur2 asing.

Saya pernah menulis bagaimana tektikal atau bahasa kampung penipuan peperangan tentera Parsi menawan Mesir dgn menggunakan kucing kerana Raja Parsi tahu org Mesir menganggap kucing adalah binatang yg mulia.

Dlm buku Art Of War ada menceritakan Jeneral Sun Bin Qi berjaya menggunakan tipu daya dlm operasi ketenteraan kerajaannya. Kedua org Mongol termasuk Chinggis Khan sering melakukan penipuan dlm penaklukan tentera mereka. Art Of War kita boleh kaitkan dgn dunia politik dan perniagaan kerana ketiga2 tiga berkait rapat.

Pemimpin2 BN juga tidak kurang hebatnya. PH semakin lemah apabila rakyat terutama org Melayu hilang kepercayaan kerana 'perang politik' (penipuan dgn melahirkan persepsi).

Bukan kerana PH itu parti korup tetapi BN telah berjaya menyakinkan org Melayu PH ini menipu, dikuasai Cina DAP, menolak RU355. UMNO main sentimen bangsa dan PAS main sentimen agama.

Formula mereka berjaya. UMNO akn sentiasa mencari bola2 tanggung seperti isu KWSP ink utk mereka dilihat sebagai hero Melayu. Dulu digula gulakan dgn BRIM dan kali ini mereka gula2kan dgn KWSP.

Zahid itu Presiden, Tok Mat itu Timbalan, Najib itu bekas Presiden... mereka semua ini boleh ajak PM Mail duduk dkt Coffee House dan arahkan saja. Tapi mereka menggunakan media kerana jika i-Citra 10 ribu dibenarkan... org2 Melayu akn melihat UMNO lah memperjuangkan nasib Melayu.

UMNO sentiasa mengambil peluang sensitiviti dan suatu yg popular di kalangan org Melayu. Kita pula masih bercerita soal projek 5G. UMNO tahu kini mata tertumpu kpd mangsa banjir dan kawasan yg berlaku banjir 80% melibatkan org Melayu.

Kita masih bicara soal akademik. Mengharap kerajaan hulurkan bantuan dan bercerita duit KWSP duit hari tuaDescription: 😂...Cara berfikir begini macam berpolitik minggu lepas. Bukan mereka tak kenal BN... utk rakyat RM 1k utk kroni berjuta juta. Ada antara kita pula bercerita itu wang masa depan hari tua.

Bagi saya skg ini pun ramai yg sudah tidak melihat masa depan. Skg ini... ini lah yg paling ke depan. Ada dibuang kerja kerana pandemik, kini hilang harta benda dan sedikit masa lagi anak mahu ke sekolah. Saat ini duit sgt diperlukan.

Cuba kita tanya kpd mangsa2 banjir adakah saat ini mereka perlukan wang sebanyak RM 10k? Saya jamin 90% akn berkata ya. Saya kenal bangsa saya dan saya tahu sgt kesusahan mereka ketika ini.

Dgn RM 10k mereka mampu menggunakan wang tersebut membaiki kenderaan, membeli pakaian sekolah anak dan membeli keperluan atau barangan dapur yg rosak. Ia sgt besar maknanya kpd mereka.

Saya masih hairan susah sgt ke pemimpin2 PH bersuara utk bantu mereka yg terdesak. Esok bila kalah PRU dan hilang jawatan sebagai Ahli Parlimen barulah mereka kambing hitam org2 tertentu dan kata org Melayu termakan fitnah. Sejak bila pembangkang tak difitnah dan diberi keadilan???

 

“NOH OMAR JUGA PATUT DIPECAT SEBAGAI MENTERI, BAGAIMANA DIA BOLEH DAPAT MARKAH 90%?”

 

Noh Omar bukan sahaja perlu disingkirkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, beliau juga perlu dipecat daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana prestasi buruknya dalam

 mengendalikan bencana banjir besar di Selangor.Bagaimana Noh boleh mendapat markah 90% untuk prestasi 100 hari pertamanya sebagai Menteri sedangkan apa yang beliau layak terima hanyalah -90% untuk prestasinya sebagai Pengerusi MKN Selangor dengan pengurusan buruknya dalam bencana banjir besar di Selangor.

Memang layaklah beliau dihentam teruk semasa melawat pusat pemindahan di Selangor oleh seorang mangsa banjir mengenai pengalaman mengerikan beliau dalam berhadapan dengan bencana banjir ini dengan respons dari pihak kerajaan yang lambat dalam menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Sikap tidak bertanggungjawab dan kecuaian Noh ditonjolkan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang berkata jika beliau menjadi ketua MKN Selangor, beliau akan memanggil tentera dan tentera untuk membantu menguruskan banjir besar itu.

Majlis Keselamatan Negara berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan pada November jawatan Pengerusi MKN Selangor diserahkan kepada menteri persekutuan – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar.

Adakah Noh Omar mengadakan sebarang mesyuarat MKN Selangor sebelum banjir besar di Selangor hujung minggu lalu?

Amirudin hanya dilantik semula sebagai pengerusi MKN Selangor semalam.

Satu lagi cabang kerajaan yang sangat lalai ialah Dewan Rakyat sendiri yang enggan mengadakan perbahasan khas mengenai banjir besar di Selangor dan Pahang yang setakat ini telah meragut 27 nyawa dengan lebih banyak kematian dijangkakan.

Walaupun ahli parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng, meminta seorang Menteri memberi penjelasan mengenai langkah-langkah yang diambil dalam isu itu, tiada Menteri yang menjawab dan Speaker, Azhar Azizan Harun, enggan membenarkan perbahasan atas alasan ia bertentangan dengan Aturan Urusan Mesyuarat.

Akibatnya, kita bukan sahaja mempunyai Menteri “Kelas D”, kita mempunyai Kabinet “Kelas D” dan Parlimen “Kelas D”.

Saya bersetuju sepenuhnya dengan gesaan ketua pembangkang parlimen, Anwar Ibrahim, supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pengurusan bencana banjir besar di Selangor dan Pahang, sebelum dan selepas banjir diadakan, berserta dengan jawatankuasa khas parlimen mengenai tindak balas lambat kerajaan terhadap bencana banjir besar ini.

LIM KIT SIANG

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor.


(function() { var d = document, w = window; w

PENGIKTIRAFAN KETUA AUDIT NEGARA TERHADAP KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

  " Syukur Alhamdulillah ! penghargaan yang cukup berharga dari Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ...