"LARUT DENGKI PMX & KERAJAAN MADANI" ! KECOH DEWAN RAKYAT !


 

Kej4m! Bukan Pasu Bunga Tapi Besi || SATU PERSATU MULA TERBONGKAR, POLIS PERINCIKAN HASIL SIASATAN


 

"Suspek adalah anak guru" | IRENE SOFIYA - DIBXNUH RAKAN SEKELAS DALAM DEWAN SEKOLAH


 

Kes bunuh Irene Sofiya: Polis rampas batang besi, cinta ditolak antara motif


 

RUNDINGAN PMX & PAS ? UMNO TOLAK BELANJAWAN ?


 

BEKAS PEMUDA UMNO KEMBALI KE SPRM, NETIZEN GURAU “NANTI DIA SURUH SPRM TANYA CHATGPT”







Bekas pemimpin Pemuda UMNO, Datuk Seri Nazir Hussin, dijadual hadir semula ke SPRM hari ini bagi membantu siasatan.
Minggu lepas, masa sidang media, wartawan tanya apa pekerjaan dia, berapa banyak syarikat dia ada dan apa jenis perniagaan yang dijalankan.
Jawapan dia mudah saja. “Tanya ChatGPT, semua keluar.”
Haaa, bila keluar berita dia dipanggil semula ke SPRM, netizen pun mula menyakat.
“Kalau SPRM tanya, nanti dia suruh SPRM tanya ChatGPT. Tu yang dia buat bila wartawan tanya dia dalam sidang akhbar.” 😂😂😂
Aduhai. Rakyat Malaysia memang laju kalau bab mengusik.
Tapi ada satu perkara yang mungkin ramai tak sedar.
Zaman sekarang, sesiapa pun boleh cipta maklumat mengenai diri sendiri, lambakkan dalam pelbagai website, kemudian sebarkan pula melalui media sosial.
Bila orang tanya ChatGPT, maklumat daripada website tadi boleh muncul sebagai jawapan. Tapi itu tak bermaksud semua maklumat tersebut sudah disahkan benar.
Sebab itu kalau nak buktikan seseorang benar-benar berjaya dalam perniagaan, bukan sekadar tunjuk nama syarikat yang keluar dalam ChatGPT.
Kena tengok dokumen yang sah. Rekod kewangan beraudit, keuntungan sebenar, pemilikan syarikat dan bukti projek yang berjaya dilaksanakan.
Barulah orang boleh nilai sejauh mana kejayaan perniagaan tersebut.
Apa pun, Nazir telah menafikan berlaku penyelewengan dalam isu pelaburan RM10 juta Yayasan Bank Rakyat. Biarlah SPRM menjalankan siasatan berdasarkan bukti.
Cuma satu sajalah. ChatGPT boleh bantu cari maklumat, tapi kalau pegawai SPRM nak periksa dokumen kewangan, tuan badan juga yang kena tunjuk.
Takkan nak suruh ChatGPT keluarkan penyata bank pula? 😂

PANAS! KANTOI DUIT KERAJAAN RM314 JUTA LESAP?! MyEG & Zetrix AI Disiasat Pecah Amanah!


 

YB BELURAN KOYAK DALAM DEWAN ! MEMALUKAN PEMBANGKANG !


 

Bang Mat Sabu Jawab Pertanyaan Bagi Jawab Lisan Jerai


 

ZAHID HAMIDI : RUNGKAI 47 KES YAYASAN AKAL BUDI, 100 JUTA KELUAR MASUK?


 

ABANG MAT BONGKARKAN ? SPRM DAH MASUK & SIASAT SAMPAI LUBANG CACING !


 

Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Penyerahan Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Bas Sekolah


 

Tapi bila orang tanya janji kerajaan PAS Kelantan sendiri, apa jawapannya?





Ahmad Mursi


 Fadhli Shaari sibuk pertikai janji PMX. Tapi bila orang tanya janji kerajaan PAS Kelantan sendiri, apa jawapannya?

KB Sentral dulu dijangka siap hujung 2025. Kemudian disebut 2026. Sekarang sasaran dah bergerak ke hujung 2028.
Rakyat tunggu stesen bas. Yang bergerak laju pula tarikh siapnya.
Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra siap pada zaman kerajaan PMX. Dalam Belanjawan 2027, PMX umum pula pembinaan stesen bas di ECRL Kota Bharu.
Nak kritik, kritiklah. Tapi pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat Kelantan tu, susah sangat ke nak akui?
Orang berbudi, kita berbahasa. Takkan bab janji orang lain saja pandai kira, janji sendiri asyik tambah tahun?




@EdmundLim0928 Subscribe Siapa ahli parlimen paling rajin dan siapa


 

@jasmadimin Subscribe minyak paket pun hilang... lagi nak sembang..


 

@saifulnizam Subscribe UMNO-PAS PENYATUAN UMMAH ATAU


 

@jasonyew_ Join "KPKT sentiasa mengamalkan dasar pintu


 

PERIKATAN PEMUSNAH NEDARA


 

@edyesdotcom Subscribe TokMat Hassan Puji PMX di Parlimen


 

Dia pulak beriya fikirkan untuk speedmart....

 






Dia pulak beriya fikirkan untuk speedmart....

Speedmart bayar shareholders almost RM380 juta in dividen last year. more than 60% of net profit (RM614 juta) 👍






KEH..KEH..KEH.... @LensaTv3 Subscribe Haji Hadi Hadir Ke Dewan Parlimen


 

MAKSUD LIGHAD DI SISI IBN KATHIR

 







MAKSUD LIGHAD DI SISI IBN KATHIR

Ibn Kathir ( ابن كثير ) ketika mentafsir ayat ( ولتنظر نفس بما قدمت لغد....) katanya:
حاسبوا انفسكم قبل ان تحاسبوا...
Yakni hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab di hari Akhirat nanti.
Maknanya, setiap masa, sekarang, hari ini, hari esok, hari lusa dan hari hari yang akan datang, setiap masa kita perlu menghisab diri kita sebelum kita dihisab di hadapan Allah nanti.





Mudah bercakap soal intergriti, Khairy dicabar buktikan keberanian kepada pemimpin sendiri

 


Bercakap mengenai integriti, menolak rasuah dan mempertahankan prinsip bahawa sesuatu yang salah tetap salah mungkin mudah dilakukan di hadapan khalayak, tetapi sejauh mana keberanian itu mampu dipertahankan apabila melibatkan pemimpin dan sekutu politik sendiri?

Persoalan itu dibangkitkan penulis komentar politik, Nehru Sathiamoorthy, yang mengkritik kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengenai keperluan ahli politik berani menentang rasuah tanpa mengira siapa yang terlibat.

Menerusi komentar bertajuk Khairy Is Wrong Again, Nehru mempersoalkan sama ada seruan Khairy itu benar-benar mencerminkan pendirian politik yang konsisten atau sekadar prinsip yang mudah diungkapkan tetapi sukar dilaksanakan.

Masalah timbul apabila individu yang pernah memberikan bantuan itu kemudian mengharapkan balasan selepas pemimpin berkenaan memperoleh kedudukan dan kuasa.

Dalam keadaan sedemikian, Nehru mempersoalkan berapa ramai pemimpin sanggup menegur atau mengambil tindakan terhadap penyokong sendiri apabila mereka melakukan kesalahan.

Baginya, keberanian sebenar bukan sekadar mengkritik pihak lawan atau mengeluarkan kenyataan mengenai integriti, tetapi kesanggupan mempertahankan prinsip apabila tindakan tersebut boleh menjejaskan kepentingan politik dan hubungan peribadi.

Namun, kritikan Nehru merupakan pandangan beliau dan tidak dengan sendirinya membuktikan Khairy mempertahankan sebarang salah laku. Khairy juga pernah secara terbuka mempertikaikan kepimpinan Umno, termasuk selepas kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2018.

Perbahasan yang dibangkitkan itu sekali gus memperlihatkan cabaran lebih besar dalam politik Malaysia, iaitu bagaimana memastikan prinsip integriti tidak terhenti pada ucapan, sebaliknya diterjemahkan melalui pendirian dan tindakan yang boleh dinilai oleh rakyat.

Persoalannya, adakah pemimpin politik bersedia mempertahankan prinsip yang sama apabila mereka sendiri atau sekutu rapat berdepan kontroversi?



Perbezaan peruntukkan untuk memertabatkan Islam zaman Madani dibandingkan saman PAS jadi kerajaan

 




Perbezaan peruntukkan untuk memertabatkan Islam zaman Madani dibandingkan saman PAS jadi kerajaan





FA-50 TUDM Dilengkapi Radar AESA Dengan Jarak Pengesanan Melebihi 150 KM

 











FA-50 TUDM Dilengkapi Radar AESA Dengan Jarak Pengesanan Melebihi 150 KM

🔎
Radar Active Electronically Scanned Array (AESA) PhantomStrike yang dibangunkan oleh Raytheon. Radar ini memberikan keupayaan tinggi untuk mengesan sasaran pelbagai dalam persekitaran pertempuran moden.
Raytheon PhantomStrike AESA Menggunakan teknologi gallium nitride (GaN), digital beamforming, dan steering.
Keupayaan radar ini membolehkan operasi di luar jarak visual (BVR) dan mampu mengesan sasaran udara serta darat secara serentak.
Dilengkapi dengan Link 16 Block Upgrade 2 (sistem pautan data taktikal) dan Lockheed Martin Sniper Advanced Targeting Pod (ATP).
Varian FA-50M juga akan dilengkapi dengan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe).
Penggunaan radar PhantomStrike menempatkan FA-50M TUDM sebagai salah satu pesawat pejuang ringan yang paling moden di rantau ini 💥 ✅
Rujukan pelbagai,
Oleh Salman Al Farisy

Hadir ke Dewan Rakyat hari ini bagi bacaan usul pelantikan empat Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen,




 Hadir ke Dewan Rakyat hari ini bagi bacaan usul pelantikan empat Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen, terdiri daripada dua Ahli Kerajaan dan dua Ahli Kumpulan Pembangkang, selaras dengan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869].

Ahli Kerajaan:
1. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
2. Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad
Ahli Kumpulan Pembangkang:
1. Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
2. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Selepas lebih tiga dekad dimansuhkan, Akta Perkhidmatan Parlimen kembali berkuat kuasa bagi memberikan autonomi kepada Parlimen untuk mengurus pentadbiran dan hal ehwalnya sendiri. Langkah ini merupakan penanda aras penting dalam reformasi institusi Parlimen, sekali gus memperkukuh kedudukan Parlimen sebagai tonggak demokrasi berparlimen negara.
Moga amanah yang diberikan kepada keempat-empat Ahli Dewan Rakyat ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, tanggungjawab dan semangat kerjasama, demi memastikan Parlimen terus berfungsi sebagai institusi yang bebas, berwibawa dan mengutamakan kepentingan rakyat.

GEMPAK! KEMELUT NEGERI SEMBILAN MEMBARA: Khabar Angin Usul Jatuhkan MB Ismail Lasim Terbongkar!


 

PRU16: BN-PAS tiada 'wow' factor seperti PH, mungkin kalah terus jika PH lakukan perkara ini...


 

Anwar: “Kita bukan membina negara untuk satu tahun fiskal, tetapi untuk satu generasi.”


 

@jasonyew_ Join "Inilah kali pertama Yang di-Pertua Dewan


 

@thekapitanMY LEPAS FITNAH KUTIP DERMA TABUNG MILO


 

KANTOI UCAPAN HAMZAH! Mahu Musnahkan Segala-galanya: Calon PM Melalut di Parlimen?!


 

Selepas pertikaian Undang Luak, Jelebu saksi istiadat bersejarah di Seri Menanti hari ini

 


Selepas beberapa bulan institusi adat Negeri Sembilan menjadi perhatian berikutan pertikaian kedudukan Undang Luak dan kemelut melibatkan Dewan Keadilan dan Undang (DKU), satu lagi perkembangan penting bakal berlangsung di Istana Besar Seri Menanti hari ini.

Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu ke-17 dijadual berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut laporan Sinar Harian, istiadat yang bermula jam 2.30 petang itu turut dijadual dihadiri Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, diiringi Putera Yang Empat. Rombongan Undang Luak Jelebu pula dijadual memasuki Balairung Seri pada jam 3 petang.

Istiadat berkenaan menyusuli pengisytiharan Datuk Azrin Khairi, 51, sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 pada 29 Ogos lalu di Kampung Mengkan, Kuala Klawang. Azrin merupakan seorang pengurus besar kanan sebuah syarikat telekomunikasi yang mempunyai latar belakang dalam pentadbiran perniagaan serta pengalaman profesional dan kemasyarakatan.

Pengisytiharan itu dibuat oleh Ismail Mohd Zin yang mengaku sebagai pemangku Undang Luak Jelebu dengan gelaran Dato’ Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari. Bagaimanapun, majlis berkenaan turut menerima bantahan sekumpulan Dato’ Lembaga yang mempertikaikan kesahihan proses tersebut.

Perkembangan ini mempunyai latar belakang yang panjang apabila DKU dalam persidangan pada 31 Julai lalu menerima keputusan Waris Berundang daripada tiga Perut Kemin, iaitu Kemin Teriang, Kemin Beringin dan Kemin Bemban, berhubung pemecatan Datuk Maarof Mat Rashad sebagai Undang Luak Jelebu ke-16, berkuat kuasa 31 Mei 2023.

DKU turut menyatakan bahawa jawatan Undang Luak Jelebu menjadi kosong selepas keputusan tersebut, manakala tindakan yang dibuat oleh Maarof selepas tarikh berkenaan dianggap tidak sah menurut pendirian dewan itu.

Bagaimanapun, kedudukan Maarof dan beberapa Undang Luak lain terus menjadi pertikaian. Pada minggu lalu, kumpulan Undang Yang Empat termasuk mereka yang dipertikaikan turut menyanggah kenyataan Setiausaha DKU mengenai kemelut institusi adat negeri itu, sekali gus memperlihatkan perbezaan pendirian yang masih wujud.

Dalam perkembangan berkaitan, empat Undang Luak yang kedudukannya dipertikaikan dilaporkan menarik balik permohonan semakan kehakiman berhubung isu proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz, selepas memaklumkan bahawa permohonan berkenaan telah menjadi akademik susulan perkembangan berkaitan tandatangan Menteri Besar pada dokumen proklamasi.

Justeru, istiadat hari ini bukan sekadar acara adat bagi menzahirkan penyandang baharu Undang Luak Jelebu, malah menjadi satu perkembangan penting dalam perjalanan institusi adat Negeri Sembilan ketika pelbagai persoalan mengenai kedudukan Undang dan tafsiran Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 masih mendapat perhatian.

Istiadat di Seri Menanti itu dijangka menjadi tumpuan pemerhati adat dan masyarakat Negeri Sembilan, khususnya untuk melihat perjalanan proses penzahiran Undang Luak Jelebu ke-17 dalam suasana pertikaian yang belum sepenuhnya reda.

Apa yang pasti, perhatian hari ini tertumpu kepada Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti, tempat satu lagi lembaran sejarah institusi adat Negeri Sembilan dijadual berlangsung.




BUDI Diesel: 52,133 Pemilik Pikap, Jip Di Sabah Terima Tambahan 100 Liter – MOF

 

IMG_4994

Kerajaan turut mengambil kira keperluan kumpulan tertentu yang bergantung pada diesel untuk kegunaan harian, termasuk pengusaha bot. Foto KPDN Sabah

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan permohonan sebanyak 52,133 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di Sabah bagi kelayakan tambahan 100 liter diesel menerusi inisiatif BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) setakat 12 Oktober 2026.

Menerusi satu kenyataan malam tadi, penetapan kelayakan tambahan itu mengambil kira keperluan penggunaan diesel yang lebih tinggi, khususnya dalam kalangan penduduk luar bandar, peniaga kecil, petani dan mereka yang menggunakan kenderaan diesel bagi menjana pendapatan.

Manakala sebanyak 19,008 permohonan pemindahan kelayakan BUDI Diesel telah diluluskan dengan 5,555 daripadanya melibatkan pemohon dari Sabah bagi memudahkan urusan harian mereka.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan kerajaan bagi pembaharuan penyasaran subsidi diesel melalui BUDI Diesel secara berperingkat bermula 27 Jun 2026, sebelum pelaksanaannya diperluaskan ke seluruh negara pada 1 Julai 2026.

Penjelasan berkenaan dibuat bagi menjawab pertanyaan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) mengenai mekanisme subsidi diesel di Sabah menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Untuk pengguna selain pemilik kenderaan individu, MoF menjelaskan bahawa kerajaan turut mengambil kira keperluan kumpulan tertentu yang bergantung pada diesel untuk kegunaan harian, termasuk pengusaha bot, pengguna set janakuasa bergerak dan pam air di kawasan pedalaman.

Menurut MOF, golongan tersebut boleh dipertimbangkan untuk menerima bantuan BUDI Diesel melalui mekanisme MyKad, tertakluk kepada syarat kelayakan dan pengesahan kerajaan negeri serta agensi berkaitan seperti pejabat daerah, pejabat residen atau agensi negeri yang ditetapkan.

Langkah itu bertujuan memastikan kumpulan yang benar-benar bergantung pada diesel dalam memenuhi keperluan harian tidak tercicir daripada menerima bantuan.

Pemantauan secara turun padang dilakukan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bertujuan mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai pelaksanaan kuota BUDI95 dan BUDI Diesel termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan BUDI Diesel berdasarkan data penggunaan, maklum balas pengguna, input kerajaan negeri serta keperluan sektor yang terlibat.

“Sebarang penambahbaikan akan diperhalusi secara data supaya subsidi diesel dapat disalurkan dengan lebih mudah, adil, bersasar dan mampan kepada pengguna yang benar-benar layak, tanpa membuka ruang kepada ketirisan atau penyalahgunaan subsidi,” kata MOF.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut: