Semalam dalam perbahasan Belanjawan 2027 di Parlimen, Hamzah Zainudin keluarkan satu ayat yang agak luar biasa.
“Segala yang baik akan kita ambil dan akan kita musnahkan segala-galanya.”
Begitulah petikan ucapan Ketua Pembangkang yang kini tular. Mula-mula nak ambil yang baik, kemudian nak musnahkan segala-galanya pula. Macam ada sesuatu yang tak kena.
Mungkin Hamzah tersasul. Mungkin juga maksud sebenar beliau lain. Tapi apabila seorang Ketua Pembangkang bercakap tentang rancangan mengambil alih kerajaan, tentulah rakyat berhak bertanya apa sebenarnya yang mahu dimusnahkan.
Sekarang kerajaan PMX sedang melaksanakan pelbagai dasar dan inisiatif, daripada bantuan rakyat, reformasi pentadbiran hinggalah usaha menarik pelaburan dan membangunkan ekonomi negara.
Kalau berlaku pertukaran kerajaan, apakah semua dasar ini akan diteruskan, diperbaiki atau dibatalkan?
Dalam politik, kerajaan boleh bertukar. Dasar pun boleh berubah. Tetapi sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat tak sepatutnya dihapuskan semata-mata kerana ia diperkenalkan oleh kerajaan sebelumnya.
Hamzah mungkin perlu jelaskan semula maksud ucapan beliau.
Sebab rakyat bukan nak tengok siapa paling hebat meruntuhkan apa yang orang lain bina.
Rakyat nak tahu siapa yang mampu membina sesuatu yang lebih baik.
#AhmadMursi

No comments:
Post a Comment