PERLANTIKAN MAHIADDIN JADI MPN BETULKAH NAJIB ?

 

Najib kata dia akan lawan kalau PM buat perkara yang salah…nak tanya bossku, perlantikan Mahiaddin sebagai Pengerusi MPN betul atau salah?


May be an image of ‎1 person, standing and ‎text that says "‎F ۔ PRIHATIN HOME NEWS BERITA TOKYO 2020 OLYMPI 'Kalau salah, saya lawan', Najib jawab warganet dakwa dia tidak kritik Ismail FMT Reporters September 8, 2021 10:20 AM 71 Shares f Panasonic upo99.99% DISCOVERMORE Najib Razak dan Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan sejam Pejabat Perdana Menteri membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19. (Gambar Facebook)‎"‎‎

PATUT BANTUAN TAK BERAPA NAK ADA DIA SIMPAN HABIH..KAH.....

 May be an image of 1 person and text that says "Nasional Kedah catat simpanan kewangan tertinggi September 7, 2021 f ALOR SETAR: Kerajaan Kedah menempa sejarah apabila berjaya mencapai simpanan kewangan negeri tertinggi sekarang iaitu sebanyak RM635 juta. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata ia merupakan yang tertinggi sejak 16 bulan Kedah diterajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermula 17 Mei 2020 lalu."

TAK PAYAH TERKEDU LA DERIS...5 HARI KAMU TU SEMBANG SAJA

 

RAMZAN AHMAD


Stakat terkedu jaa kaa Derihhh ??? mana bunyi2 pongpang pongpang zaman ceramah tin milo dulu tu Derihhh ??? Menteri agama kott laaa...takkan terkedu saja kotttt ????Description: 😏

#ManaDiaAngPunya5HariDerihhhhDescription: 😏

 

May be an image of 1 person and text that says "NEGARA MERDEKA negaramerdeka.com Kebenaran operasi pawagam dan sektor industri hiburan, Idris terkedu dengan keputusan kabinet September7,2021901 7, 2021 September pm"

ORANG SARAWAK-SEDARLAH AKAN KESILAPAN KAMU

 

1. Siapa yg pilih BN = Org Sarawak.

2. Siapa yg pilih PN/GPS = Org Sarawak.

3. Siapa yg pilih Pemimpin yg sign semua Minyak di Sarawak bagi sama Malaya = Org Sarawak.

4. Siapa yg kasih Tanah sama Malaya ( TH, Austral, SimeDarby, dll) = Org Sarawak juga.

5. Siapa yg bagi semua hasil Kayu Balak sama Orang Kaya = Org Sarawak juga

6. Siapa yg menyokong Negara Sarawak down grade pigi Negeri Sarawak = Org Sarawak sendiri juga.

7. Siapa yang tidak sokong Perlembagaan Persekutuan diubah seperti sediakala 1963 = Orang Sarawak juga.

8. Siapa yang sokong TSA 2012 yang serah wilayah luar pantai Sarawak lebih dari 3 batu kepada Malaya = Orang Sarawak juga.

8. Siapa yg rela jadi hamba Malaya = Org Sarawak juga.

Sekarang Kamu sendiri yg pilih BN/PN/GPS bertahun tahun lama tapi banyak bising-bising kenapa???

Malaya tidak pernah ambil pistol paksa Org Sarawak Pilih/Undi Malaya tapi kamu sendiri yg mahu Pilih/undi Malaya masa Pilihanraya tapi lepas Itu complain konon Malaya makan semua hasil Sarawak ..

Setiap Kali pilihanraya BN/PN/GPS biasa menang kecuali Mei9/2018 di Putrajaya. Yang perintah Sarawak sekarang pun BN/PN/GPS tapi masih cakap Malaya buli Sarawak sedangkan GPS tidur satu katil dengan Malaya tapi tuduh PH/DAP yang buat maksiat dgn Malaya.

Kenapa kamu sendiri yg pilih/undi pemimpin Malaya tapi mahu complain?? Sy tidak faham

Sy boleh bagi antara sebab sebab

1. Org Sarawak kurang cerdik.

2. RM50-200 sudah boleh jual Undi & jual Negara Sarawak sama Malaya. Tapi cakap nanti Anwar kalau jadi PM akan jual Malaysia.

3. Bila tong biru / kelabu logo BN / GPS datang rumah panjang lupa sudah masalah tanah, jln raya tiada, sekolah tiada, klinik tiada, internet tiada, segala jenis kemudahan serba kekurangan. Habis pilihanraya, bangun pagi komplen Malaya tindas orang Sarawak lagi. Hampir 60 Tahun dlm Malaysia Sarawak masih kurang cerdik.

Salam Sahabat Pengundi Kurang cerdik.

 

NAK JADI SPEKER APANYA KALAU KES SEDANG DIBICARAKAN....MENGARUT KOT

 

Ahmad Maslan calon blok kerajaan untuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat - Nazri Aziz


Irwan Muhammad Zain
Ahmad Maslan calon blok kerajaan untuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat - Nazri Aziz
Nazri menjelaskan tidak timbul isu Ahmad akan memberi implikasi buruk kepada kerajaan kerana belum disabitkan dengan sebarang kesalahan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan satu-satunya calon dari blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat baharu.
Menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, nama Ahmad dicalonkan bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
"Ahmad Maslan satu-satunya calon dari blok kerajaan dan kita tidak akan akan memberi ruang kepada calon dari pembangkang untuk mengisi jawatan tersebut.

"Ada ura-ura pembangkang cuba mencalonkan Nga Kor Ming, namun kita berasakan jawatan Timbalan Speaker tetap perlu dari blok kerajaan.
"Pembangkang ini cakap saja pandai, perlu ada keseimbangan lah, keadilan lah tetapi masa Pakatan Harapan jadi kerajaan, mereka pun tak lantik timbalan speaker dari pembangkang," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Nazri menjelaskan tidak timbul isu Ahmad akan memberi implikasi buruk kepada kerajaan kerana belum disabitkan dengan sebarang kesalahan.
"Beliau belum didapati bersalah, baru nak mula perbicaraan. Pada saya selagi belum dijatuhkan hukuman dan masih Ahli Parlimen, Ahmad boleh dilantik sebagai Timbalan Speaker," katanya lagi.
Mengulas desakan agar khidmat Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ditamatkan, Nazri menegaskan perkara itu tidak timbul.

JIKA SOKONGAN 114 TIDAK PALSU, TIADA SEBAB ISMAIL SABRI PERLU TAKUT BERDEPAN UNDI PERCAYA

 


Sebagaimana kita semua sedia maklum, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan sokongan 114 Ahli Parlimen yang dimilikinya.

Dikira daripada 220 Ahli Parlimen yang ada sekarang, jumlah 114 itu adalah lebih tiga undi daripada majoriti paling minimum sebanyak 111.

Dengan sokongan 114 itu, jika benar ia asli dan diperolehi dengan cara betul, tidak ada sebab untuk beliau takut membentangkan usul undi percaya di Parlimen bagi memastikan kedudukan tidak lagi menjadi pertikaian.

Lagi pula, mengikut kiraan hari ini, termenjadinya beliau sebagai Perdana Menteri baru memasuki hari yang ke-19.

Amat mustahil sebenarnya dalam tempoh sesingkat ini sudah timbul ketakutan dalam diri Ismail Sabri tentang kemungkinan berlaku perubahan sokongan terhadapnya.

Apabila Yang Dipertuan Agong sebelum ini menitahkan agar Perdana Menteri baru yang dilantik baginda selepas perletakan jawatan Mahiaddin Md Yasin perlu membentangkan usul undi percaya, ia tidak lain adalah untuk mengesah dan mengabsahkan sokongan majoriti yang dimilikinya.

Dengan adanya keabsahan itu, kedudukan Perdana Menteri tidak lagi menjadi pertikaian dan membolehkannya mentadbir negara dengan selesa serta aman.

Lainlah jika mandat menubuhkan kerajaan itu cukup besar dan ia benar-benar diperolehi melalui pengundian dan kemenangan dalam PRU, maka mengabsahkan kedudukan Perdana Menteri di Parlimen tidak lagi bukan lagi menjadi suatu keperluan.

Begitu pun, Tun Hussein On dan Tun Abdullah Badawi telah menunjukkan jiwa besar mereka, di sebalik mandat besar yang sedia dimiliki kerajaan ketika itu, tetapi membenarkan usul undi percaya dibawa di Parlimen.

Dalam kes Ismail Sabri, sudahlah UMNO kalah PRU14 lalu, bersama sokongan 114 Ahli Parlimen terhadapnya itu, Agong sebenarnya adalah berniat amat suci apabila menitahkan perlunya usul undi percaya dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Ia agar Perdana Menteri selepas itu selesa mentadbir negara dan tidak menerima nasib seperti Mahiaddin yang berterusan dipertikaikan kerana sikapnya yang bukan saja enggan membenarkan usul undi percaya, malah menggantung Parlimen juga.

Tambahan lagi, yang dititahkan Agong ialah usul undi percaya, bukannya usul undi tidak percaya.

Ismail Sabri mungkin wajar berasa bimbang tentang nasib masa depannya jika Agong bertitah mahukan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadapnya.

Bermakna dengan titah usul percaya itu, Agong lebih mempercayai dan meyakini Ismail Sabri, cuma kedudukannya itu perlu diabsahkan di Parlimen sebagai sebahagian proses demokrasi dan bagi memenuhi kehendak Perlembagaan.

Lantaran itu, dengan sokongan majoriti sedia ada 114 yang dimilikinya, tidak ada sebab sama sekali Ismail Sabri jadi takut dan tidak berani berdepan usul undi percaya.

Takkan Perdana Menteri dengan segala kuasa yang ada bak Maharaja tidak mampu menjaga 114 orang cuma?

Kalau 114 pun tak mampu dijaga, bagaimana mahu menjaga puluhan ribu pengundi di kawasan Parlimen dan jutaan rakyat lagi bagi memastikan parti mampu menjadi pilihan dalam PRU akan datang?

Atau mungkinkah angka 114 itu merupakan sokongan palsu, paksaan dan diperolehi melalui tekanan?

Selebihnya, lekeh sangatlah Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, jika belum sampai sebulan memegang jawatan penuh kekuasaan, tetapi tiada kewibawaan dan kecerdikan untuk menjaga hanya 114 Ahli Parlimen yang menjadikannya sebagai orang paling berkuasa dalam negara. – 


ShahbudinHusin 08/09/2021.



Muafakat Nasional : UMNO Di Khianati Oleh PAS?

BUAT MASA INI ULAMAK KURANG DIMINTA BERI PENDAPAT ..TETAPI LEBIH KEPADA PENDAPATAN


 

Di Sini Semua Kluster Mahkamah Bermula

HAMPIR SEBULAN, PRESTASI KERAJAAN MAIL TERUK


SESUAIKAH PRESIDEN PAS TERUS JADI DUTA KE TIMUR TENGAH?


MANA SLOGAN ‘TUTUP KILANG’ NAJIB?


Hakim tegur anak Zahid komen kes bapanya di media sosial

 

Panas! Hakim tegur anak Zahid komen kes bapanya di media sosial


Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berlangsung.

Amaran itu dikeluarkan Datuk Collin Lawrence Sequerah setelah Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah telah membuat hantaran mengenai kes bapanya di Instagram.

“Mahkamah perlu memberi amaran tentang komen seperti itu yang boleh membawa kepada sub-judice. Komen seperti itu tidak boleh dibuat semasa perbicaraan sedang berlangsung,” kata Hakim Sequerah.

Terdahulu, Raja Rozela berkata pihak pendakwaan percaya Nurulhidayah membuat hantaran berhubung isu imuniti semalam di Instagramnya, nurul.zahid.

“Kami percaya penulisnya ialah anak perempuan Ahmad Zahid. Komen ini tidak berasas dan prejudis. Tidak adil bagi pihak pendakwaan kerana kes ini masih berjalan.

“Saya tidak diarahkan supaya memulakan prosiding menghina tetapi memadai memaklumkan orang ramai supaya supaya tidak membuat sebarang komen berhubung prosiding ini,” katanya dan menambah bahawa mahkamah perlu melarang penulis (Nurulhidayah) dan orang ramai daripada membuat sebarang komen mengenai kes itu.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid kemudiannya bangun dan memberitahu mahkamah bahawa beliau akan meminta penulis (Nurulhidayah) supaya menarik balik komen tersebut.

“Pertamanya, kami memohon maaf kepada mahkamah. Kami akan meminta penulis supaya memadam hantaran itu jika mahkamah mahu ia dikeluarkan,” kata peguam itu.

Semakan Bernama di Instagram Nurulhidayah mendapati beliau telah memadamkan hantaran berkenaan dan memuat naik catatan baharu yang meminta maaf kepada mahkamah mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak sepatutnya berkongsi atau komen apa yang berlaku semasa prosiding. Ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan melibatkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan kesnya kini di peringkat penghujahan pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan.

Rayuan Najib ditolak, Sri Ram kekal sebagai pendakwa kes 1MDB

 Panas! Rayuan Najib ditolak, Sri Ram kekal sebagai pendakwa kes 1MDB


Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram kekal sebagai sebahagian pasukan pendakwaan dalam kes berkaitan 1MDB melibatkan Najib Razak.

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Najib agar Sri Ram digugurkan sebagai timbalan pendakwa raya dalam perbicaraannya.

Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dalam beberapa perbicaraan berkaitan 1MDB terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, antaranya kes pindaan laporan audit 1MDB dan kes rasuah dana RM2.28 bilion.

Najib membuat rayuan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Februari lalu memutuskan untuk menolak permohonannya untuk menggugurkan Sri Ram.

Antara permohonan yang telah difailkan bekas perdana menteri itu untuk tujuan tersebut adalah semakan kehakiman yang ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Ogos tahun lalu.

Panel tiga hakim hari ini dipengerusikan Yaacob Md Sam. Panel lain adalah Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali.

Panel hakim menyampaikan keputusan setelah mendengar hujah Sri Ram dan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah hari ini.

Antara yang dibangkitkan pasukan peguam Najib adalah Sri Ram berat sebelah dan dalam konflik kepentingan.

Mereka membangkitkan dakwaan pertemuan antara Sri Ram dengan Mohamed Apandi Ali, ketika itu peguam negara, pada Januari 2018.

Apandi sebelum ini mendakwa Sri Ram cuba memujuknya agar memainkan peranan untuk menahan Najib yang ketika itu menjadi perdana menteri.

Peguam juga berkata pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya oleh bekas peguam negara Tommy Thomas sebagai tidak sah, mendakwa surat pelantikan bertarikh 30 Ogos 2018 turut secara salah memberi kuasa penyiasatan kepadanya.

Bagaimanapun Yaacob memutuskan yang Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dengan menolak permohonan Najib.

“Kami berpandangan tiada kesilapan yang boleh dirayu yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi dalam menolak permohonan perayu.

“Tiada merit dalam rayuan ini. Kami menolak rayuan ini dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya.

NAK LAWAN APANYA...NAK KE SUNGAI BULOH DAH

 


Panas! Najib kata akan lawan Ismail Sabri!



Panas! Najib kata akan lawan Ismail Sabri!



Bekas perdana menteri Najib Razak menolak dakwaan warganet bahawa beliau tidak lagi lantang menyuarakan kritikan serta pandangan terhadap kerajaan baharu di bawah pimpinan Ismail Sabri Yaakob.

“Prinsip dan pendirian saya jelas. Jika ada peluang tambah baik, saya cadangkan. Jika salah, saya lawan. Jika baik, saya sokong,” kata beliau.

“Face to face, atau kat media sosial. Kaedahnya terpulang kepada yang sudi memahami dan mendengar suara rakyat,” kata beliau di Facebook.

Kalangan warganet membuat teguran itu setelah Najib dan Ismail berkongsi gambar perjumpaan mereka di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya semalam.

“Alhamdulillah hari ini saya bertemu dengan YAB Perdana Menteri (Ismail) bagi membincangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil,” kata Najib.

Ismail turut berkongsi gambar sama dan menjelaskan dalam pertemuan selama sejam semalam, mereka membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19.

“(Dato’ Sri) Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,” kata Ismail.

Sementara itu, Najib membayangkan pertemuan itu menerokai usaha membantu Malaysia keluar daripada krisis yang memberi kesan kepada ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat.

“Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran. Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada pelabur asing selepas 2018.

“Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita. Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing,” tambahnya.

Beliau berkata, tidak ada ruang lagi untuk berdolak dalik dalam mengatasi kemelut ekonomi dan kesihatan yang melanda rakyat.

“Kita tidak mampu gagal lagi. Demi Keluarga Malaysia,” katanya.

SEMENTARA SAJA ATAU TERUS, UMNO AKAN DIBENCI RAKYAT

 


Zahid tegaskan, kerajaan hari ini hanya sementara


Zahid tegaskan, kerajaan hari ini hanya sementara


Kerajaan yang ada hari ini hanya bersifat sementara sehingga mandat mutlak diperoleh daripada rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya perkara itu antara dua mandat besar akar umbi yang diamanahkan kepadanya dan kepimpinan parti melalui ketetapan Perhimpunan Agung Umno dan Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) sebelum ini.

“Pertamanya, kerajaan hari ini hanyalah bersifat sementara selagi mana tidak memiliki mandat mutlak rakyat.

“Justeru sebagaimana diputuskan dalam MKT lepas dan berpedomankan Titah saranan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, apabila pandemik Covid-19 mulai berakhir dan setelah imuniti kelompok (herd immunity) dicapai, maka Pilihan Raya Umum Ke-15 perlulah diadakan bagi membolehkan mandat mutlak diperolehi untuk membentuk sebuah Kerajaan yang stabil dan dipilih oleh rakyat.

“Keduanya, kehendak akar umbi yang menghendaki agar kerusi-kerusi tradisi Umno dan kerusi-kerusi yang dikhianati setelah diamanahkan oleh rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional pada PRU-14 lalu tidak boleh sesekali dikompromikan dan mesti diambil kembali untuk ditandingi.

“Ini termasuklah ketetapan PAU yang membataskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya setelah parlimen dibubarkan untuk PRU-15 yang akan datang,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Ahmad Zahid mengulas perkembangan politik terbaru kira-kira dua minggu selepas pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin sebelum ini meletakkan jawatan selepas ahli-ahli parlimen Umno yang diketuai Ahmad Zahid menarik balik sokongan terhadapnya dan kerajaan PN.

Selepas Ismail dilantik sebagai perdana menteri ke sembilan, kabinet memutuskan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Bagaimanapun pelantikan itu dipertikaikan banyak pihak termasuk daripada Umno sendiri.

‘Tak ulangi kesilapan kerajaan lalu’

Kata Ahmad Zahid, dia menerima banyak pertanyaan mengenai apakah pendirian Umno dalam pembentukan jemaah menteri dan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN bertaraf menteri.

Jelasnya, Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan Ismail Sabri untuk membuat keputusan yang dirasakan sesuai.

“Parti telah membuat pendirian menyokong perlantikan YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

“Ini bermakna, parti menyerahkan kebijaksanaan kepada beliau sebagai perdana menteri dalam membuat keputusan atau kebijakan-kebijakan yang beliau rasakan sesuai dalam mengemudi pentadbiran negara,” katanya.

Pun begitu, dia mengingatkan kerajaan yang dipimpin Ismail supaya tidak mengulangi ‘kesilapan’ kerajaan lalu.

“Pendirian parti ini juga boleh ditakwilkan bahawa perdana menteri yang mengetuai kerajaan hari ini mempunyai kuasa-kuasa perlembagaan dan sehubungan itu, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi dengan baik dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan kerajaan terdahulu.

“Umno konsisten dalam pendiriannya. Kita telah pun memberikan sokongan kepada perdana menteri dan bagi pihak parti, saya akan memastikan kita akan terus menjadi mata, telinga dan suara rakyat dalam menyentuh soal-soal kesejahteraan mereka dan kemakmuran negara,” jelasnya.

BARU 6 BULAN TAK JUMPA KELUARGA DAH MENGAMUK TUMBUK CERMIN MASJID....ADOIIII

 


Lelaki tumbuk pintu cermin masjid ditemui maut di rumah sewa





Keadaan lantai yang berlumuran darah selepas seorang lelaki bertindak menumbuk cermin pintu masjid di Taman Scientex, Pasir Gudang di Johor. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Gara-gara berang pintu cermin masjid ditutup dan menumbuknya sehingga pecah, seorang lelaki maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan di rumah sewanya di Taman Scientex, Pasir Gudang di Johor.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan awal mendapati pada malam sebelumnya lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan mengamuk di Masjid Taman Scientex berhampiran rumahnya apabila mendapati pintu masjid berkenaan ditutup selepas solat Isyak.

“Dia bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah menyebabkan tangannya berlumuran darah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah. Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal turut mendapati kakak lelaki terbabit memaklumkan bahawa adiknya yang merupakan jurutera kimia sebuah syarikat berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarga di Kuala Berang, Terengganu selama kira-kira enam bulan.

Katanya, polis menerima makluman mengenai lelaki itu pada 7.35 pagi Ahad dan mayat telah dirujukkan ke Hospital Sultan Ismail untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan, saluran darah arteri dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” tambah beliau.

MENTERI AGAMA JANGAN DUDUK DIAM. PELACUR BANYAK KATA PENGARAH IMIGRESEN

 Gempar! Pengarah Imigresen dedah Malaysia jadi negara pilihan pelacur


Gempar! Pengarah Imigresen dedah Malaysia jadi negara pilihan pelacur



Bayaran lumayan menjadi pendorong ribuan wanita warga asing menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menjalankan aktiviti persundalan.

Difahamkan permintaan tinggi turut menjadi faktor bayaran perkhidmatan seks yang ditawarkan kepada lelaki hidung belang di negara ini melambung.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, wanita warga asing itu boleh mendapat tips antara RM300 hingga RM500 untuk satu malam sahaja dan anggaran kasar mereka mampu peroleh RM5,000 hingga RM10,000 sebulan.

“Ia merupakan harga biasa ditawarkan dan mengikut paras rupa. Mereka yang muda dan menawan akan dibayar mahal berbanding wanita berusia,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian.

Menurut Khairul Dzaimee, sindiket pelacuran ini turut mempunyai kelas tersendiri.

“Berdasarkan temu bual dan siasatan yang dijalankan, bagi kelas A, wanita itu dibayar RM700 hingga RM800 hanya untuk semalam.

“Malah kadar itu akan meningkat kalau ada permintaan yang tinggi. Anggaran kasar mereka boleh peroleh antara RM12,000 hingga RM15,000 sebulan,” katanya.

Tegasnya, adalah sesuatu yang dangkal sekiranya wanita warga asing itu mendakwa dieksploitasi kerana pendapatan yang mereka peroleh amat tinggi.

“Siasatan yang kita jalankan, tiada unsur kesemua wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti pelacuran itu dikurung. Mereka terima habuan yang lumayan, tiada sekatan,” katanya.

Jelasnya, sindiket pelacuran di negara ini lebih bersifat setempat dan bukannya rangkaian antarabangsa.

“Ia dibuktikan menerusi jumlah operasi yang kita jalankan.

“Sehingga 5 Ogos lalu, sebanyak 39 operasi dijalankan di rumah urut serta premis hiburan dengan tangkapan seramai 89 individu warga asing dan 12 majikan.

“Bagi serbuan pada tahun 2020, sebanyak 253 operasi dijalankan di rumah urut dan premis hiburan dengan tangkapan seramai 1,197 warga asing dan 73 majikan,” katanya.

Warga China paling ramai

Wanita Asia terutama dari China mendahului senarai tertinggi yang ditahan terlibat dalam aktiviti pelacuran.

“Disusuli Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina disebabkan faktor pelanggan khususnya warga tempatan.

“Turut terdapat sebilangan kecil wanita warga asing dari Bangladesh, namun mereka ini dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan senegara mereka sahaja,” katanya.

Kesan kegiatan pelacuran

Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kaedah tersendiri mengesan kegiatan pelacuran di kalangan warga asing yang masuk ke negara ini.

Khairul Dzaimee berkata, warga asing yang terlibat dalam sindiket pelacuran ini kebanyakannya masuk secara sah dengan menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelancong.

“Menerusi pas pelancong, kebenaran untuk mereka berada di negara ini selama 30 hari dan dalam tempoh itu mereka mengambil kesempatan menawarkan kegiatan seks.

“Siasatan juga mendapati, warga asing yang terlibat kegiatan pelacuran ini masuk melalui mana-mana pintu masuk negara sama ada di lapangan terbang atau terminal laut dengan syarat yang mencukupi.

“Imigresen akan semak segala aspek termasuk dokumen perjalanan. Kita juga akan periksa tempat tinggal mereka sepanjang mereka berada di negara ini termasuk adakah wang yang ada pada mereka mencukupi atau tidak,” katanya.

Tegasnya, mereka yang menawarkan perkhidmatan seks atau bekerja sebagai tukang urut sering kembali ke negara asal dalam tempoh dua bulan.

“Selepas itu, akan masuk semula sebagai pelancong dan dari pemerhatian kami, kegiatan ini berlarutan sehingga mereka ditangkap dalam mana-mana operasi yang dijalankan,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, terdapat segelintir wanita warga asing ditahan akan mendakwa menjadi mangsa diperdagangkan, namun ia sukar dibuktikan.

“Mereka ini bergerak bebas dan tidak dikurung, mereka bebas keluar masuk tempat mereka menjalankan aktiviti.

“Kita percaya ada pihak yang urus mereka, mungkin dari segi bayaran, makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya. Hendak mengatakan mereka jadi mangsa itu sukar dibuktikan,” katanya.

Beliau berkata, ada juga yang memberi alasan sekadar berhibur atau menemani kawan.

Khairul Dzaimee berkata, pelbagai usaha yang digunakan sindiket untuk menggagal atau melambatkan operasi yang dijalankan.

“Antara yang kita kesan terdapat premis yang menyediakan laluan dan bilik rahsia bagi melindungi wanita warga asing ketika operasi dilaksanakan.

“Selain itu, ada juga pemilik premis yang cuba melengahkan operasi untuk memberi peluang wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti pelacuran ini melarikan diri,” katanya.

Sekiranya warga asing yang ditahan terlibat dalam aktiviti pelacuran, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 16(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b), peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan akan disenarai hitam daripada memasuki negara ini.

Wanita warga asing terlibat kegiatan pelacuran dikesan menggunakan pas pelancong atau pas lawatan sosial.

Faktor penggunaan wanita warga asing di pusat hiburan/rumah urut bagi menarik pelanggan warga tempatan.

Noh Omar cakap Bahasa Inggeris (Ekonkuntrulate Ekonkuntrulate) #Speaking...Guna penterjemah jika tak fasih bahasa Inggeris, ahli politik diberitahu



James Masing berkata, kebanyakan menteri luar bertutur dalam bahasa ibunda ketika berucap di hadapan perwakilan antarabangsa dan ia bukan sesuatu yang perlu dimalukan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli politik yang tidak fasih berbahasa Inggeris sepatutnya menggunakan penterjemah bagi mewakili mereka, bukan memalukan diri sendiri dengan mengungkapkan sebutan salah dalam penggunaan bahasa itu.

Mencadangkan perkara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing berkata, bertutur dalam bahasa Inggeris bukan petunjuk kepintaran seseorang individu.

Baru-baru ini, dua rakaman video tersebar di media sosial membabitkan menteri yang berucap dalam bahasa Inggeris pada forum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengundang kecaman susulan penguasaan lemah bahasa berkenaan.

Masing yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) ketika mengimbau kembali pertemuan dengan seorang menteri dari Itali yang mempunyai pendidikan Inggeris, namun memilih menggunakan penterjemah dalam lawatan kerjanya.

Katanya, tindakan menteri dari Itali itu menggunakan penterjemah disifatkan sebagai bijak dengan menteri terbabit menggunakan masa antara perterjemahan untuk menjawab soalan dikemukakan oleh delegasi Malaysia.

Masing berkata, kebanyakan menteri luar bertutur dalam bahasa ibunda ketika berucap di hadapan perwakilan antarabangsa dan ia bukan sesuatu yang perlu dimalukan.

Katanya, presiden Perancis, Rusia dan China bertutur dalam bahasa ibunda ketika berucap dalam persidangan antarabangsa.

“Saya pasti mereka semuanya mampu bertutur dan membaca dalam bahasa Inggeris.

“Kefasihan berbahasa Inggeris bukan penanda aras kepada kepintaran. Lebih cepat ahli politik Malaysia memahami perkara itu lebih baik untuk mereka.

“Penyampaian yang teruk ketika berucap dalam bahasa Inggeris membuatkan saya ‘segan’,” katanya menurut laporan Dayak Daily.





BERTARAF MARHAEN VS BERTARAF MENTERI



BERTARAF MENTERI vs BERTARAF MARHAEN!

Please Share.

More @ www.zunar.my


HUSAM MUSA DAPAT GANTIRUGI DARI LEBAI PAS BERJUMLAH 206,000

 Alhamdulillah


Hari ini Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Dato Roslan Abu Bakar anugerahkan ganti rugi dan kos sejumlah RM 206,000 kepada saya dalam kes saman fitnah  terhadap Dato Dr Wan Zawawi Wan Ismail, bekas Ketua Eksekutif PKINK. 


Sebelum ini Mahkamah sama memerintahkan Dato Dr Wan Zawawi membayar kos sejumlah RM 50 ribu kepada saya.


Husam Musa

1 Safar 1443

8 September 2021


Iswardy Mempersoal Kredibiliti SPRM Kerana Gugurkan Pendakwaan?

PdPR: Ibu Bapa Tiada Ilmu Bantu Anak-Anak Belajar



Mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menegaskan, kerajaan perlu mewujudkan rancangan khusus di media untuk membimbing ibu bapa dalam membantu anak-anak belajar di rumah Katanya program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hari ini kurang berjaya kerana ibu bapa tidak tahu bagaimana untuk membantu pembelajaran anak-anak mereka Di Mesir katanya, wujud program tv pendidikan untuk memberi skil kepada ibu bapa dalam mengajar anak-anak untuk lebih mudah menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru secara atas talian.

(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media