BARU 6 BULAN TAK JUMPA KELUARGA DAH MENGAMUK TUMBUK CERMIN MASJID....ADOIIII

 


Lelaki tumbuk pintu cermin masjid ditemui maut di rumah sewa





Keadaan lantai yang berlumuran darah selepas seorang lelaki bertindak menumbuk cermin pintu masjid di Taman Scientex, Pasir Gudang di Johor. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Gara-gara berang pintu cermin masjid ditutup dan menumbuknya sehingga pecah, seorang lelaki maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan di rumah sewanya di Taman Scientex, Pasir Gudang di Johor.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan awal mendapati pada malam sebelumnya lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan mengamuk di Masjid Taman Scientex berhampiran rumahnya apabila mendapati pintu masjid berkenaan ditutup selepas solat Isyak.

“Dia bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah menyebabkan tangannya berlumuran darah. Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah. Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal turut mendapati kakak lelaki terbabit memaklumkan bahawa adiknya yang merupakan jurutera kimia sebuah syarikat berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarga di Kuala Berang, Terengganu selama kira-kira enam bulan.

Katanya, polis menerima makluman mengenai lelaki itu pada 7.35 pagi Ahad dan mayat telah dirujukkan ke Hospital Sultan Ismail untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan, saluran darah arteri dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” tambah beliau.

No comments: