MOHD MUKHLIS
Ada sahabat share
survey katanya sentimen terhadap BN makin tinggi selepas Mail Sabri jadi PM dan
survey sentimen terhadap PH makin teruk. Counter argument saya senang sahaja,
kalau nak ikut survey ini, PAS sudah lama menang PRU14 tempoh hari dan Hadi Awang
sudah lama jadi PM. PH memang dari dulu lagi underdog, tak pernah pun dalam
mana-mana 3rd parti survey pra-PRU14 yang kata PH boleh menang kecuali Invoke.
Dan kita juga jangan
lupa mereka yang buat undi rosak konon-kononya tak percaya pada sistem demokrasi
di negera kita ini. Tapi againts all odd PH berjaya mengalahkan BN yang telah
berkuasa selama 61 tahun dengan jalan demokrasi tanpa pertumpahan darah. Ini
sendiri adalah salah satu titik penting dalam kematangan demokrasi dalam negara
ini.
Betul bila kita lihat
keadaan politik negara ini macam sudah tiada harapan, dengan ahli politik
melompat demi kuasa dan wang, menteri kabinet yang tak berguna, Perdana Menteri
yang takut undi percaya padahal sudah di titahkan oleh YDPA dan termaktub dalam
perlembagaan, ini semua sebagian dari asam garam perjuangan.
Setiap umat dan
bangsa ada struggle mereka sendiri dan bagi kita adalah perjuangan untuk
memandaikan dan memerdekakan bangsa dari penjajahan minda untuk terus relaven
dalam alaf yang baru. Tiada siapa siapa yang cakap perjuangan ini hanya untuk
10 atau 20 tahun, atau untuk 100 tahun. Kalau atuk nenek kita dahulu berputus
asa melawan kebatilan, sudah pasti negara kita ini akan lain coraknya. Jangan
kita mudah berputus asa walaupun jalan di hadapan nampak sukar. Ini yang
baginda Nabi sebut dalam riwayat Ahmad.
"Jika terjadi
hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih
tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka
tanamlah.”
Sedangkan kalau esok
kiamat pun Nabi suruh tanam benih, maksudnya amalan tadi tetap akan di kira
pahala di hari akhirat walaupun kita mungkin tak dapat nikmat hasilnya.
Berjuang ini niat kena betul demi Islah masa depan anak bangsa.
Contoh paling klasik
adalah konsistan dan istiqamah dalam setiap benda. Siapa sangka yang demostrasi
Bersih yang bertahun lepas kini membuahkan hasil macam pengunaan dakwat kekal;
walaupun kita tak dapat semua, at least ada perubahan. Dan perubahan itu
bermula dengan kita. Kalau kita duduk rumah waktu orang berdemo, adakah
Kerajaan waktu itu akan laksanakan tuntutan kita?
"Rakyat tidak
seharusnya takut dengan Kerajaan mereka. Kerajaan harus takut kepada
rakyatnya." Alan Moore, V for Vendetta.
Dalam dunia ini
struggle untuk kebaikan dan kebatilan, pengetahuan dan kebodohan adalah
perjuangan sepanjang zaman. Kerajaan yang korup paling takut dengan rakyat yang
cerdik sebab itu mereka suka dengan rakyat yang bodoh dan mudah di perbodohkan.
Mereka akan buatkan rakyat leka dengan hendonisme, hiburan yang melampau,
mereka cipta bogeyman macam komunis dan kebencian sesama kaum hanya untuk
membuat rakyat di bawah bercakaran sesama sendiri. Bila rakyat di bawah sibuk
bergaduh bab 3R ( race, royalti dan religion) mereka bebas merompak duit
rakyat. Ini modus operandi BN zaman terutama sekali zaman Najib Razak.
Ada yang kata ramai
yang masih bising bab e-wallet 30 ringgek, bagi saya orang macam ini kita
ignore sahaja. Kita kena tumpukan pada rakyat biasa yang atas pagar yang ada
potensi untuk mengundi mana-mana pihak yang releven bagi mereka, yang tak
berapa minat tentang politik tapi masih boleh berfikir baik dan buruk. Dengan
perlaksanaan undi 18, ini mungkin boleh jadi wild card untuk siapa yang boleh
menang PRU15.
Orang yang atas pagar
ini mereka hanya akan lebih cakna bab politik bila parlimen di bubarkan. Masa
itu baru mereka tahu kuasa yang ada tangan mereka untuk menukar undi. Kita kena
yakinkan mereka yang rakyat boleh mengubah kerajaan pada 2018 dan tak mustahil
kita boleh lakukannya sekali lagi.
Kalau siapa yang
perasan AI baru sahaja buat akan TikTok beberapa hari lepas, saya pun baru
sahaja buat 2 minggu lepas akaun tiktok. Ini adalah penting untuk capture
segment pengundi atas pagar yang baru berusia 18 tahun ke atas. Jika kita belum
cuba, jangan kita mudah menghukum yang mereka ini tak mahu berubah. Politik ini
adalah arena menjual idealogi. Sebab itu kita kena gunakan bahasa yang baik dan
tidak maki hamun. Posisikan kita macam penjual laptop di shopping complex. Kita
tak payah burukan kedai yang lain pun, hanya terangkan kelebihan kedai kita dan
servis kita. Kalaupun dia tak beli laptop dengan kita, mungkin di masa hadapan
bila dia perlu pakai laptop, kitalah orang yang pertama dia akan cari.
Satu perkara yang
saya belajar dari AI ialah bagaimana hendak jadi optimistik walau dalam keadaan
yang paling sukar. Betul jalan ini sukar, tak ada siapa yang tahu apa yang
berlaku di masa hadapan. Sedangkan yang dulu berjanji, bersumpah dengan
tandatangan pun boleh berkhianat inikan gabungan yang belum lagi di uji. Kuatkan
kesepakatan antara PH, dan pasti akan ada yang akan menyusul. Kalau kita nak
ajak orang naik bas yang kita pandu, kita kena pastikan bas kita itu reliable
dulu, enticing baru orang hendak naik. Bab bas lain depa nak bertikam sesama
pemandu depa, itu masalah depa bukan masalah kita.
Yang penting mereka
yang berfikir, mereka ini tak suka politik kebencian. Kalau kita terangkan
polisi kita; manisfesto kita, tunjukkan track record kita, yang kita selama ini
berjuang di samping prinsip, orang macam ini yang ada potensi untuk mengundi
untuk kita. Yang penting kita kena berusaha dan jangan putus asa. Insyallah,
pasti akan ada kejayaan.