PESANAN BUAT AHLI UMNO- JANGANLAH KAMU SEMUA PERCAYA KATA-KATA KHAIRY JAMALUDDIN- JIKA MEREKA MENANG KJ DAN H2O AKAN MENARIK SOKONGAN.UMNO LENYAP DITELAN BERSATU DAN PAS.


 

PULAK...TAK KAN DAH PEGANG BERTAHUN TAHUN NAK SALAHKAN JUGA KERAJAAN LAIN.- NAK PERLI ANWAR LA TU...KEH KEH....


 

WAN AZIZAH MELAWAT MASJID- TAK MACAM ISTERI PM LAIN


 

ISLAM TERANCAM: WAKTU JADI KERAJAAN MENGAPA PAS TIDAK BERTINDAK ?


WARISAN, UMNO TERIMA CADANGAN BENTUK KERAJAAN PERPADUAN

 

OOOWHHH KERJASAMA DENGAN CHINA KOMUNIS OK PULAK YA...GAMAKNYA DAP SAJA KOT MOMENEH ? AIH TAK TAKUT KAH SPY CHINA MASUK KEDAH ?


 

JANGAN JADI HAMBA DAN CITA CITA MUHYIDDIN DAN HADI AWANG - HANYA HADI AWANG MAKAN GAJI BUTA- MALU LAH


 

BAB JUMLAH PUN NAK MENIPU


 

PANDANGAN PENGANALISIS BERKAITAN DENGAN KRISIS SABAH


 

AKHIRNYA KES MENCABAR PENGAMPUNAN DIBATALKAN- KESIAN ATOK


 

BERITA BAIK UNTUK SANUSI

 


APA YANG KAMU BUAT KAMU TERIMA-


 

MMMMM- NUSI SEMBANG...PEGANG JA DIA..


 

NASIB BUNG MOKTAR DIGUGURKAN


 

PENAT HADI AWANG


 

Aumm..Senyap dua tiga hari, sekarang start balik. Kalau tak ratib DAP cepat nyanyok, pendik umur katanya




 

KEH..KEH...MELAYU MUDAH MENIRU APA YANG ARAB BUAT...


 

KOMITMENT BELIAU UNTUK MEMBENTERAS RASUAH


 

BEZA ANTARA 3 PM NI


 

KENAPA ANAK MUDA PILIH PN ? JOM KITA TENGOK ...


 

CONTOH BERFIKIR CARA RASIS DAN TAK CERDIK


 

NAMPAK SANGAT WALAUNTIT NI NAK FITNAH SAJA YA


 

ERTINYA JIKA KEPIMPINAN UMNO BERUBAH, YANG BERTUKAR HANYA PENYANDANG JAWATAN TPM DAN BUKAN PM


 Tanpa mengesahkan sama ada dirinya atau Hishammuddin Hussein yang benar-benar akan bertanding jawatan Presiden UMNO, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tampil memberi komitmen sokongannya yang berterusan kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri yang memimpin kerajaan perpaduan.

Katanya, jika beliau atau sekutunya menang sebagai Presiden UMNO nanti, mereka akan tetap memberi sokongan kepada Anwar.

Khairy atau KJ berkata, beliau tidak menyokong “kaedah pintu belakang” untuk perubahan dalam pentadbiran kerajaan, sambil menambah, dirinya bahkan mahu kerajaan Anwar terus kekal dan stabil.

“Terdapat kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO, ia akan membawa ketidakstabilan politik yang akan membawa kepada kejatuhan kerajaan, satu lagi Langkah Sheraton, dan satu lagi kerajaan akan masuk dan seorang Perdana Menteri baru mengangkat sumpah.

“Loke, saya ingin menyatakan ini dengan jelas di hadapan semua orang di sini: jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan Presiden UMNO, memenangi kepimpinan parti saya, kami akan memberikan sokongan kami kepada kerajaan perpaduan, kepada Anwar Ibrahim dan kepada anda,” katanya ketika berucap pada forum anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak Singapura yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Beliau seterusnya menjelaskan, pemilihan UMNO akan datang ini adalah sangat penting dalam konteks untuk membawa pembaharuan kepada parti.

“Ia akan menentukan sama ada UMNO akan kekal relevan atau “bersemadi”, tambahnya lagi.

Malah, dalam konteks berkaitan, KJ turut menawarkan perjanjian jangka panjang antara PH dengan BN bagi menjamin kestabilan yang berkekalan selepas beliau atau sekutunya memenangi pemilihan UMNO nanti.

Tegas beliau, perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara kedua-dua pihak dalam kerajaan perpaduan sebelum ini yang turut melibatkan GPS, GRS dan Warisan adalah perjanjian jangka pendek yang lebih memfokus kepada pembaharuan.

“Sekiranya kita mahu membawa haluan dan visi yang lebih ‘sentris’ di negara ini di mana anda (Loke) dan saya boleh bekerjasama, marilah kita membentuk semula struktur sedia ada.

“Dan marilah kita membawa visi itu untuk menentang mono-etnik blok pembangkang (Perikatan Nasional) dan membentangkannya kepada rakyat Malaysia,” tegas KJ lagi.

Jadi, mahu dibimbangi apa lagi sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO?

Dengan jaminan tersebut, hakikatnya tiada apa lagi yang ditakuti dari segi kesan pemilihan UMNO nanti kepada kedudukan Anwar dan kestabilan kerajaan perpaduan yang penubuhannya adalah atas titah Yang Dipertuan Agong.

Pemilihan UMNO tidak lebih hanya merupakan suatu proses parti itu yang dibenarkan oleh perlembagaan untuk menentukan nasib masa depannya sendiri.

Bagi ahli UMNO yang prihatin, dengan kemerosotan prestasi kemenangan cuma 26 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu berbanding 54 kerusi pada PRU14 dan 88 kerusi pada PRU12, keperluan “berubah jika tak mahu terus rebah” adalah prinsip yang tidak dapat dielakkan lagi.

Takut-takut kalau tidak ada perubahan, kerusi UMNO hanya tinggal 16 atau mungkin 6 saja lagi selepas PRU16 nanti.

Namun, dengan jaminan KJ itu, siapa pun yang memimpin UMNO selepas pemilihan nanti, sokongan kepada kerajaan perpaduan dan Anwar selaku Perdana Menteri tetap tetap berkekalan.

Ertinya, selain kerajaan perpaduan ini akan terus kekal, kedudukan Anwar juga sama sekali tidak terjejas.

Yang barangkali perlu berubah selepas berubahnya kepimpinan UMNO hanyalah dari segi pengisian baru bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Oleh kerjasama yang terikat untuk membentuk kerajaan adalah antara PH dan BN, maka Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang baru sudah semestinya perlu dilantik memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan bagi menggantikan penyandang yang lama.

Kesimpulannya, berubahnya kepimpinan UMNO hanya menyebabkan bertukar penyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri saja, manakala Anwar sebagai Perdana Menteri bersama kerajaan perpaduan yang dipimpinnya sekarang akan terus kekal menerajui negara ini.

Dengan itu, kenapa tidak kita sama-sama meraikan demokrasi pertandingan dalam UMNO dengan hati dan kepala yang dingin? – ShahbudinHusin 11/01/2023.


Jemaah Menteri baharu Sabah formula kerajaan perpaduan PM, kata Shahelmey

 

Timbalan Ketua Menteri 3 Sabah yang baru dilantik, Shahelmey Yahya berkata rombakan Jemaah Menteri itu adalah formula kerajaan perpaduan disarankan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri 3 Sabah yang baharu dilantik, Shahelmey Yahya berkata, rombakan Kabinet yang dilakukan ini merupakan salah satu formula kerajaan perpaduan seperti disarankan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Beliau berkata keputusan untuk tidak memasukkan Warisan dan sebuah lagi kumpulan yang menentang Ketua Menteri Hajiji Noor ke dalam Jemaah Menteri juga dibuat atas persetujuan bersama kerajaan negeri.

“Ya ini merupakan satu daripada formula kerajaan perpaduan, kerana dengan rakan Kabinet yang baru saja diumumkan telah memasukkan tiga muka baharu daripada PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional…dua PH dan satu BN.

“Daripada warisan dan satu kumpulan yang nyatakan penentangan terhadap hajiji, kami telah persetujui bersama untuk tidak menerima mereka, jadi mereka kena terima hakikat, bertenang, jadilah pembangkang yang membina dan sama-sama kita tumpukan urusan membangunkan Sabah.

“Bila tiba masa 2025, penggal (DUN) berakhir, baru kita dapatkan semula mandat daripada rakyat,” katanya ketika ditemui media ketika keluar dari gerbang Istana Negeri, di sini.

Sementara itu, Shahelmey berkata, beliau setakat ini masih belum menerima sebarang khabar daripada pimpinan Umno berhubung tindakannya membelakangi keputusan parti bagi menarik balik sokongan kepada Hajiji.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan ada bertemu dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika timbalan perdana menteri itu datang ke Sabah pada Isnin, namun mengatakan tiada perbincangan dibuat antara mereka.

“Saya masih ahli Umno dan tidak mendapat sebarang khabar daripada pimpinan Umno.

“Saya ada berjumpa dengan Datuk presiden (Zahid) sebentar sewaktu beliau datang ke Sabah baru-baru ini, tapi tidak ada apa-apa, cuma angguk-angguk dan salam sajalah,” katanya.

Shahelmey juga mengesahkan tidak akan hadir ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) kerana beliau bukan perwakilan selain terlibat dengan portfolio baharunya.


KETUA MENTERI MEMPUNYAI MAJORITI



 

LIKABILIRASI- NAK TINGGAL ATAU NAK SAMBUNG KERJA-PEKERJA ASING YANG TELAH SEDIA ADA


 

LANGKAH CEPAT


 

WALAUN MEROYAN BILA REGA TELUR AYAM DAN BARANGAN LAIN SEMAKIN MENURUN


 

MB TERENGGANU BERI ANUGERAH KEPADA PEMFITNAH.


 

RASANYA MAMAT NI BAKAL KENA KUTIP SEBAB MENGHINA MAHKAMAH. KES SEDANG BERJALAN


 

JAM TANGAN MURAH PM JADI PERBUALAN RAKYAT INDONESIA


 

ULANG LANGKAH SHERATON MENDERHAKA


 

BOLEH BERSAMA GERAKAN YA


 

KEH..KEH....ADA DALAM KAWASAN ATAU LUAR PANTAI KELANTAN.BAH PERNAH JELASKAN


 

ADAKAH ISLAM TERHALANG- BERNIAT JAHAT-TIBA TIBA PAS DAPAT KERUSI PALING BANYAK?


 

TERUS KERJA


 

SERAH KEPADA KEBIJAKSANAAN DEWAN SABAH


 

DAH CUKUP JOMLAH- SEHINGGA KINI PEMIMPIN PAS BELUM MOVE ON


 

PENDEDAHAN BORHAN DOLLAH- BEKAS PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM


 

KEMELUT SABAH TANDA KEGAGALAN ZAHID HAMIDI?

 

Nampak macam selesai tapi sebenarnya tidak selesai – itulah barangkali gambaran yang boleh disimpulkan berkenaan keadaan politik di Sabah ketika ini.

Walaupun pembentukan kerajaan perpaduan telah dicadangkan dan Anwar Ibrahim serta Zahid Hamidi sendiri telah turun ke Sabah untuk membentangkan formula penyelesaian, namun Ketua Menteri, Hajiji Noor ternampak agak keberatan untuk memenuhi cadangan itu.

Sebab paling kukuh untuk beliau berbuat demikian adalah kerana sokongan yang memihak kepadanya sudah lebih daripada mencukupi iaitu 44 Adun, termasuk 5 daripada UMNO sendiri.

Logiknya untuk apa lagi beliau mahu mewujudkan kerajaan perpaduan kerana kerajaan perpaduan hanya perlu jika majoriti masih tidak mencukupi?

Tetapi sekarang untuk Hajiji berdiri sebagai kerajaan sudah lebih daripada mencukupi.

Lantaran itu, kedudukan Adun BN dalam Sidang DUN Sabah hari ini telah diletakkan di blok pembangkang.

Bagaimanapun, kedudukan tempat duduk lima Adun BN Sabah yang secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Hajiji kekal tidak berubah di blok kerajaan.

Akhirnya, siapa yang rugi?

Elok-elok jadi kerajaan sebelum ini, kini dalam sekelip mata sudah bertukar menjadi pembangkang.

Sebab lain kenapa Hajiji dilihat keberatan mewujudkan kerajaan perpaduan ialah kerana enggan menerima kembali Bung Mokhtar Radin berada dalam kerajaan pimpinannya setelah mengumumkan menarik sokongan terhadapnya, baru-baru ini.

Di pihak UMNO dan BN, jika keadaan ini berterusan, siapa yang harus memikul beban kerugian itu?

Zahid Hamidi atau Bung Mokhtar?

Terutama kepada Zahid Hamidi, tidak terasakah beliau bahawa semua ini petanda kegagalannya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN dalam memastikan Adun BN Sabah benar-benar solid dan bersatu hati?

Sudah tentu lebih merupakan tamparan kepada Zahid Hamidi jika dalam susunan kabinet negeri yang bakal diumumkan Hajiji nanti, Bung Mokhtar terus digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan tempatnya digantikan dengan salah seorang daripada lima Adun UMNO yang secara terbuka mengumumkan sokongan terhadap Ketua Menteri.

Masihkah Zahid Hamidi mahu berbangga dengan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 10/01/2023.