MUDAH SAJA ...PAS SAMA BERSATU..BERSATU TU PENGKHIANAAT DARI UMNO- PAS AKAN LAWAN PH DAN UMNO...MUDAH SAJA...TU PUN TAK RETI...

 

‘Tunjuk siapa lawan, siapa kawan’, Pemuda beritahu pemimpin PAS





Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari bercakap di hadapan perwakilan sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-63 di Alor Setar.

ALOR SETAR: Sayap pemuda PAS menggesa kepimpinan parti segera memuktamadkan pembahagian kerusi dan calon agar jentera akar umbi jelas siapa lawan dan kawan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bercakap di hadapan perwakilan sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-63, ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata jentera anak muda sedang menanti arahan dan isyarat pimpinan untuk bergerak melawan musuh.

“Biar jelas siapa boleh dihadap, siapa boleh dibuat kawan. Jangan nanti tabuh berbunyi, baru keris mahu diasah, baru tanjak mahu dicari.

“Gelanggang telah lama ditari musuh, rentak dan gendang sudah lama beraksi, anak muda kita sedang menunggu arahan pimpinan, sebarang isyarat dan arahan akan kami junjung atas batu jemala kami,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sementara itu, Fadhli berkata pendirian Pemuda PAS tetap bertegas tiada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU15.

“Kerosakan yang dilakukan PH selama 22 bulan mereka berkuasa juga tidak boleh dinafikan, dan kesannya masih dirasai rakyat sehingga kini.

“Kami ingin berpesan kepada anak muda, pastikan peristiwa hitam PH memerintah negara yang menyaksikan tunjang negara hampir dirobekkan dengan pendirian negara terhadap ICERD, tidak akan berulang lagi,” katanya.

“Biarlah peristiwa hitam itu kekal sebagai peringatan dan tidak akan diulang kesilapan sama.”

Sejak Selasa lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin “diasak” pemimpin PAS selepas bekas perdana menteri itu dilaporkan “terbuka” kepada kerjasama dengan parti lain, termasuk PH untuk memastikan Umno-Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU15.

PAS menganggap PH, khususnya DAP, sebagai seteru politik utamanya.

FUHH KEDAH MAJU...HEBAT OOO KEDAH LA NIE BAWAH LEBAI MELAYU IELA..


 

ROSMAH MENANGIS KATA DIA DIANIAYAI

 




ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB


TERKINI: Rosmah dipenjara 10 TAHUN!

Denda RM970 juta.

Namun dia tidak terus ke penjara,boleh rayu.

Sebelum itu ROSMAH menangis - nangis dalam mahkamah

kata dia sebenarnya   mangsa.

 

DUA BERITA- YANG BAWAH TU KENA SIASAT ..



 

Rosmah bersalah, usaha mantan Menteri Pendidikan PH dedah korupsi berjaya



Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak disambut baik oleh mantan Menteri Pendidikan era Kerajaan Pakatan Harapan, Dr Maszlee Malik


Beliau yang merupakan Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN lega kerana usahanya membawa kes tersebut ke pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018 lalu telah menyerlahkan kebenaran.


"Kebenaran akhirnya tertegak, keadilan akhirnya terlaksana.


"Kezaliman mengambil hak anak-anak Malaysia di Sarawak yang bergelut dengan kepayahan demi menimba ilmu kini terbalas.


"Saya rasa bersyukur kerana apa yang telah saya dedahkan dan bawakan kepada pihak SPRM dan polis mengenai isu ini pada tahun 2018 ketika di Kementerian Pendidikan Malaysia, hari ini telah terbukti," katanya.


Pengerusi Biro Pendidikan Pakatan Harapan itu juga berharap lebih banyak ahli politik yang menyeleweng akan didapati bersalah dan proses untuk menghadapkan ke mahkamah mana mana koruptor diteruskan.


"Semoga lebih ramai koruptor dan kleptokrat akan menerima hukuman setimpal dengan jenayah mereka.


"Semoga ada sinar buat Malaysia yang lebih bersih," katanya lagi.


Petang tadi, Rosmah Mansur dijatuhkan hukuman bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.


Menurut hakim Zaini, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap Rosmah.


Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion.


mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan denda RM970 juta atau tambahan penjara 30 tahun sekiranya gagal membayar denda di atas kesalahan tersebut.


Hakim Zaini bagaimanapun membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

HANYA YANG MEMPUNYAI KEMAHUAN POLITIK YANG BAIK AKAN DAPAT MELAKSANKAN YANG TERBAIK

 

MAZLEE MALEK.


 Alhamdulillah,

Kebenaran akhirnya tertegak, keadilan akhirnya terlaksana.

Kezaliman mengambil hak anak-anak Malaysia di Sarawak yang bergelut dengan kepayahan demi menimba ilmu ini terbalas.

Saya rasa bersyukur kerana apa yang saya dedahkan dan bawakan kepada pihak SPRM dan polis mengenai isu ini pada tahun 2018 ketika di KPM hari ini telah terbukti.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Semoga lebih ramai koruptor dan kelptokrat akan menerima hukuman setimpal dengan jenayah mereka.

Semoga ada sinar buat Malaysia yang lebih bersih Description: 🤲

 







MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF

Ingat tuan-tuan, hanya dengan mengundi mereka yang ada political will @ kemahuan politik barulah negara ini dapat di selamatkan.

Kalau BN masih lagi berkuasa, jangan mimpi pesalah yang sakau duit solar anak anak miskin ini ke penjara, silap-silap dia masih berseronok di Hawaii dengan Mat Sakau dan Jho Low.

Kalau anda hendak selamatkan negara kita, kena turun mengundi nanti untuk PRU15. Pastikan kleptokrat, penunggang agama dan pengkhianat amanah rakyat di tolak.

 


OOOO..KAMI FAHAM..DAH NAK DEKAT PILIHANRAYA


 

KALAU DAH JODOH TAK KEMANA


 

Kes rasuah solar: Hanya jalankan tugas, bukan untuk gembira - Sri Ram

BEKAS STAF PERISIKAN TENTERA SOKONG ANWAR IBRAHIM DAN YAKIN HANYA ANWAR ...

RAKYAT HARUS BERI PELUANG KEPADA ANWAR

 UFO TERHEMPAS


Rakyat Malaysia perlu tahu punca sebenarnya kejatuhan kerajaan 22 bulan PAKATAN HARAPAN sebelum membuat keputusan yg akan menyebabkan kerugian, kerosakkan & penyesalan selepas PRU 15 akan memberi impak yg besar pd negara, generasi muda, keluarga, golongan2 miskin, B40 & M40, ekonomi rakyat, sektor perkerjaan & duit simpanan iaitu : 1- kejatuhan kerajaan PH 22 bulan telah dirancang awl pd PRU13 lagi & kemuncaknya langkah seraton. 2- berpunca dari bekas2 pemimpin umno yg menyelinap masuk dlm PH mensabotage & menggagalkan agenda reformasi serta manifesto rakyat. 3- melantik menteri2 kanan dlm kabinet dikalangan bekas pemimpin umno & pemimpin2 dlm PKR yg terlibat .


Dari awal agenda utk sabotage & yg bermusuhan dgn DSAI. 4- melantik jawatan2 penting dlm kerajaan dikalangan bukan melayu sebahagian agenda mewujudkan ISU perkauman. 5- membuat keputusan yg bertentangan dgn agenda reformasi & menggagalkan sebahagian besar manifesto bgi meningkatkan kemarahan rakyat. 6- melakukan dasar2 yg boleh menyebabkan ISU perkauman & agama seperti perhimpuan melayu, icerd, Abu mayat chin peng, ISU tulisan jawi, Kes aidib. 7- punca bekas2 pemimpin umno & pemimpin umno yg ada sekarang ini tidak Selamat jika masih membiarkan kerajaan PH memerintah kerana mrk tahu akan setiap berkaitan salah guna kuasa, pecah Amanah & rasuah akan didedahkan seperti ISU LCS, 1MDB, SRC, kapal selam, helicopter, enjin jet hilang & lain2 lagi yg akan muncul. 8- kerana itu atok tidak menepati janji seperti yg termaktub dlm perjanjian bertulis brsama dgn PAKATAN HARAPAN sblm pru 14 utk menyerahkan jawatan kpd DSAI dlm tempoh 2 tahun pemerintahan. 9- utk meningkatkan lgi kemarahan rakyat maka PAS & UMNO mengambil kesempatan membakar pemikiran rakyat dgn fitnah dgn mempermainkan ISU agama & perkauman.. Itulah serba sedikit punca kejatuhan kerajaan PH 22 bulan yg telah dirancang awl & akhirnya disabotage oleh bekas2 pemimpin umno.. Dan anda tahu siapa mereka yg kini menjadi ketua2 parti serpihan. Tujuan mereka tiada lain utk menyelamatkan diri, keluarga & karoni2 mrk serta kesinambungan hidup dgn kemewahan hasil Dari duit2 negara, BUKAN utk rakyat, bangsa & agama seperti yg mrk laung2 kan. 


Kini Allah swt tempatkan mereka dlm 3 gabungan agar rakyat Malaysia dpt melihat & tonton tingkah laku mrk dlm gabungan yg memperlihatkan perebutan jawatan & kuasa, ketamakan main bnyk kolam, mempertahankan menegakkan benang yg basah, memfitnah & menuding jari kesalahan keatas org lain, menyanjung, membela, menyokong, bersekongkol dgn perasuah, pengkhianat, pensabotage & penyamun duit negara, penunggang agama dgn dalil, Nas, Firman Allah swt & hadis dipergunakan & dipermainkan utk kepentingan peribadi & berkuasa utk mengaibkan, menzalimi & memfitnah musuh2 politik mrk.. Mereka tidak akan merubah kerana cara hidup mereka sebelum ini dgn kemewahan, hutang keliling pinggang, pinjaman yg bnyk siapa nk byr kalau mereka jatuh & mrk telah sedap berbelanja RATUSAN ribu sebulan tetiba dlm 5 tahun tiada income.. 


Maka fikirlah wahai rakyat Malaysia semua, jangan disebabkan sedikit bantuan kewangan yg telah pun menjadi kewajiban SESIAPA saja menjadi kerajaan, anda semua tutup mata menghalalkan segala tindakan kerakuskan & jenayah yg mrk lakukan.. itu baru dpt brim, bpr, icitra & mcm2 lgi dh menangis mempertahankan, menyokong, menyanjung penjenayah, perompak & perasuah atas kebaikan mrk, itu belum lagi dajjal latnattullah keluar bgi kemewahan harta Wang ringgit & emas kpd setiap sorang rasanya terus mengaku tuhan.. Akhir sekali nasihat Sy sbgai rakyat Malaysia, berfikirlah!! Allah swt kurniakan kita akal & fikiran, hati & Iman utk kita berfikir setiap kebenaran, kebatilan & fitnah, jangan sekali2 kita letakkan kurniaan tersebut di tempat paling Hina hanya kerana mengikut Hawa nafsu, sifat amarah, dendam, kebencian, keegoan, terasa diri tu baik org lain salah dgn membutakan diri utk mengangkat, menyokong, menyanjung golongan2 perosak yg disebut diatas.. 


PRU 15 inilah masa yg terbaik utk semua rakyat Malaysia keluar mengundi & memberi peluang, mandat & keyakinan sepenuhnya kpd PAKATAN HARAPAN dibawah kepimpinan DATUK SERI ANWAR IBRAHIM bakal Perdana menteri Malaysia ke-10 utk membawa Malaysia keluar Dari kemelut politik & ketidakstabilan ekonomi negara mahu pun ekonomi rakyat serta bebas Dari cengkaman perosak, perasuah, salah guna kuasa, pecah Amanah & kronisma ke arah sebuah negara yg berintergiti, berdaya maju, disegani & rakyat hidup aman & makmur.. Pastikan negara mencipta sejarah sebanyak 93% rakyat Malaysia klr mengundi pd PRU15 nanti & insyaallah PAKATAN HARAPAN akan memenangi 147 kerusi parliamen

 

Kes rasuah solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta

 

Kes rasuah solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta



Firdaus Azil
Kes rasuah solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
Kegagalan membayar denda tersebut akan mengakibatkan Rosmah dipenjara sepuluh tahun bagi setiap pertuduhan, dan perlu dijalankan secara berturutan. - fotoREUTERS
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, dan denda RM970 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor.
Kegagalan membayar denda tersebut akan mengakibatkan Rosmah dipenjara sepuluh tahun bagi setiap pertuduhan, dan perlu dijalankan secara berturutan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut membenarkan permohonan pembelaan agar kesemua hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan di peringkat akhir.

HUKUMAN BUAT ROSMAH

 

Hakim Zaini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan, RM970 juta denda.

FINAL VERDICT

KES SOLAR HYBRID FLOM-CERITA PALING MUDAH UNTUK DIFAHAMI

KES SOLAR HYBRID FLOM

 

Hari ni saya akan mula update kes solar hybrid Datin Seri Rosmah Mansur. Kita codingkan FLOM la ya. Sebab pertama kali dalam sejarah Malaysia, isteri PM declare diri sendiri sebagai First Lady of Malaysia (FLOM).

 

LATAR BELAKANG KES

 

1. Kes ini berkaitan dengan Projek Hybrid Solar Sekolah2 Sarawak. Nilai projek: RM1.25bilion.

 

2. FLOM kena tuduh dengan 3 pertuduhan:

(i) Minta rasuah sebanyak RM187.5juta

(ii) Terima rasuah sebanyak RM5juta (tahun 2016)

(iii) Terima rasuah sebanyak RM1.5juta (tahun 2017)

 

3. Rasuah ini diminta kerana FLOM tolong satu syarikat namanya, Jepak Holdings. Senang cerita, RM6.5 juta yang diterima FLOM ialah sebagai komisyen sebab bantu depa ni menang tender.

 

4. FLOM dituduh bawah Akta SPRM, Seksyen 24. Kalau bersalah boleh kena penjara sampai 20 tahun dan kena denda sampai 5 kali nilai rasuah. Maknanya, FLOM boleh kena denda max RM32.5juta.

 

PERJALANAN DAN INTIPATI KES

 

5. Kes mula tahun 2018. Hakim dia namanya Hakim Zaini. Pendakwaraya (DPP): bekas Hakim Gopal Sri Ram. Peguambela FLOM, namanya Datuk Jagjit Singh dan Datuk Alberdin.

 

6. Kes berjalan 44 hari, DPP panggil 23 orang saksi. Peguam FLOM hanya panggil 2 saksi.

 

7. Kes pendakwaan ada saksi utama atau omputih cakap Crown Witness. Dia ni memula kena tuduh sekali dengan FLOM, lepas tu dia bersetuju jadi saksi pendakwaan sebab katanya dia hanya terima arahan. Crown witness ni namanya Rizal Mansor, pegawai khas FLOM sendiri.

 

8. Dia cakap dia deal dengan syarikat Jepak ni bagi pihak FLOM. Duit rasuah pun dia bagi di rumah FLOM di Seri Perdana dan Jalan Duta. Ada ketikanya dia serah sekali dengan director syarikat.

 

9. Ada 2 saksi pendakwaan juga dipanggil. Satu Menteri dan satu lagi KSU Kementerian Pendidikan. DS Madhzir Khalid dan TS Madinah Muhammad. Dua2 sahkan yang mereka terima panggilan dan arahan daripada Rosmah untuk percepatkan kelulusan projek solar tu. Jadi DPP berjaya masukkan bukti adanya campur tangan FLOM di situ.

 

10. Pembelaan FLOM lemah sekali. Dia bela diri sendiri. Dia kata pegawai khas dia menipu dan tidak boleh pakai. Banyak masalah pula. Dia jugak kata dia isteri yang baik dan takkan campur urusan laki dia.

 

11. DPP jawab, kalau dia bermasalah, kenapa FLOM bagi Rizal, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, dapat jadi Dato’ pula.

 

12. FLOM patutnya panggil PM6 jadi saksi, tapi last minute cancel pulak. Tapi untuk tunjuk yang FLOM kawal laki dia, video “can I advise you something” tu pun DPP bawak masuk, bagi Mahkamah dengar.

 

GAME PLAN

 

Patutnya, keputusan kes ni ditetapkan pada 7 Julai lagi. Tapi FLOM mintak tunda ke 1 September, Mahkamah tetap bagi muka. Sementara tu, dia masukkan macam2 permohonan la. Nak DPP Gopal Sri Ram tarik diri, sampai beberapa kali. Semua ditolak Mahkamah kerana tiada merit.

 

Alih2 seminggu lepas, Raja Petra Kamaruddin keluar pulak posting. Katanya keputusan kes secara bertulis bocor pada dia. Siap cakap yang tulis tu orang ketiga. This is too familiar! Mereka pakai MO sama, macam laki dia.

 

True enough, semalam mereka masukkan permohonan nak suruh Hakim tarik diri. Ni lagi sehari nak umum keputusan kes ni. Banyak cantik!

 

Kali ni Mahkamah tak bagi muka. FLOM kena juga dengar keputusan kes pagi ni jam 9. Sama2 kita nantikan.

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 


(function() { var d = document, w = window; w

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI

  Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir ...