TSUNAMI JOHOR 2026: BN BUKAN SEKADAR MENANG, TETAPI MERAMPAS SEMULA HEGEMONI POLITIK JOHOR*

*


*UMNO Kekal Benteng Politik Melayu, Pembangkang* *Tersungkur Akibat Perpecahan Sendiri*

Tidak rasmi 49 BN-7 DAP .


Oleh *Shahbudin Embun*

*Penganalisis Politik*


Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 akan dikenang sebagai antara kemenangan paling bergaya dalam sejarah Barisan Nasional (BN). Sekiranya keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan trend semasa, ia membuktikan bahawa Johor masih merupakan kubu paling kukuh UMNO dan BN.

Rakyat Johor telah memberikan mandat yang jelas. Mereka memilih kestabilan, pengalaman dan kesinambungan pembangunan berbanding ketidaktentuan politik.

Kemenangan besar ini bukan berlaku secara kebetulan. Ia lahir daripada gerak kerja yang tersusun, disiplin jentera yang tinggi, kepimpinan yang mantap serta strategi kempen yang berjaya menyentuh denyut nadi rakyat.

Antara faktor yang wajar diberikan perhatian ialah petunjuk awal bahawa sebahagian penyokong PAS telah memberikan sokongan kepada calon BN di beberapa kawasan. Sekiranya analisis pasca pilihan raya mengesahkan corak tersebut, ia menunjukkan bahawa perpecahan undi Melayu semakin berkurangan dan memberi kelebihan besar kepada BN di banyak kerusi yang sebelum ini dianggap sengit.

Pada masa yang sama, kemunculan Parti BERSAMA yang dipimpin Rafizi Ramli dilihat gagal mencetuskan gelombang baharu. Sebaliknya, kehadiran parti itu berkemungkinan telah memecahkan undi pembangkang di beberapa kawasan. Dalam sistem pilihan raya First-Past-The-Post, perpecahan walaupun kecil boleh menentukan siapa yang menang dan siapa yang tewas. Analisis terperinci keputusan saluran mengundi selepas ini akan dapat mengukur sejauh mana kesan sebenar faktor tersebut.

BN juga memperlihatkan kelebihan dari segi pemilihan calon. Ramai calon mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, dikenali masyarakat setempat dan dibantu oleh jentera akar umbi yang bergerak secara bersepadu sehingga hari mengundi.

Kempen BN turut memberi penekanan kepada kestabilan politik, pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan, pelaburan dan pembangunan infrastruktur. Naratif ini dilihat lebih dekat dengan keutamaan sebahagian besar pengundi berbanding perdebatan politik yang berpanjangan.

Bagi Pakatan Harapan, keputusan ini perlu dijadikan titik muhasabah. Persaingan dalam blok pembangkang, strategi kempen, penyusunan calon dan usaha menyatukan sokongan perlu dinilai secara objektif bagi menghadapi cabaran politik pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, kemenangan besar ini juga membawa amanah yang amat besar kepada BN. Mandat rakyat hendaklah diterjemahkan kepada tadbir urus yang cekap, pentadbiran yang berintegriti serta dasar yang mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor.

PRN Johor 2026 bukan sekadar menentukan kerajaan negeri. Ia menjadi isyarat awal kepada landskap politik nasional menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. Sekiranya momentum ini dapat dikekalkan, BN akan memasuki gelanggang politik nasional dengan keyakinan yang jauh lebih tinggi.

Johor telah membuat pilihan. Pilihan itu cukup jelas. Benteng UMNO masih teguh, Barisan Nasional kembali membuktikan kekuatannya, dan PRN Johor 2026 berpotensi menjadi titik perubahan penting dalam politik Malaysia.

Nota Analisis: Rencana ini merupakan analisis politik berdasarkan pemerhatian terhadap kempen, corak pengundian dan keputusan awal yang sedang diumumkan. Sebarang rumusan berkaitan pemindahan sokongan pengundi PAS kepada BN atau kesan Parti BERSAMA terhadap undi pembangkang memerlukan penelitian lanjut terhadap keputusan rasmi SPR serta analisis pasca pilihan raya.

.

End





PETI UNDI MELAYU CALON PAS DAPAT....


Aman Muhamad. 


 Ada peti undi Melayu, calon PAS dapat 9 undi je.

Nampak tak betapa orang Islam sangat benci kepada PAS?


:)



🔴 KEPUTUSAN PRN-16 JOHOR | 11.7.2026


 

PUSAT INFORMASI | JOHOR UNTUK SEMUA

 

🔴 KEPUTUSAN PRN-16 JOHOR | 11.7.2026
PUSAT INFORMASI | JOHOR UNTUK SEMUA




LANGSUNG: PH-BN saing sengit di kubu kuat DAP Johor Jaya

 


LANGSUNG: PH-BN saing sengit di kubu kuat DAP Johor Jaya

Tumpuan kini terarah kepada parti mana bakal mendapat mandat baharu untuk mentadbir Johor.

logo BN PH
PETALING JAYA:
Tepat 6 petang tadi semua 1,076 pusat mengundi membabitkan 4,889 saluran bagi PRN Johor ditutup.

Ia menandakan bermulanya proses pengiraan dalam menentukan parti bakal mendapat mandat baharu untuk mentadbir Johor.

Berdasarkan pengiraan undi awal, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mendahului di beberapa kerusi.

Berdasarkan perkongsian terakhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi 67.44% membabitkan 1.8 juta pengundi.

Seramai 2.73 juta orang layak mengundi dalam PRN Johor yang diadakan susulan pembubaran DUN pada 1 Jun.

Selain BN dan PH, PRN Johor juga ditandingi Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Muda, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan bebas.

Ikuti liputan langsung FMT yang akan membawakan perkembangan terkini PRN Johor.

Laporan FMT disediakan wartawan Minderjeet Kaur, Faiz Zainudin, Mohamad Fadli dan Nur Alif Hazmi.

Turut berada di lapangan jurugambar Muhammad Fauzi Md Yunus, ⁠Mohd Afizi Ismail, ⁠Muhammad Rabbani Jamian dan ⁠Moganraj Villavan.

  • BN mendahului di Tangkak dengan lebih 6,800 undi.
  • BN mendahului di Tangkak dengan lebih 8,000 undi.
  • BN mendahului di Pekan Nanas dengan lebih 7,600 undi.
  • PH mendahului persaingan sengit dengan BN di Johor Jaya. PH mendapat 12,640 undi, manakala BN mengekori dengan 12,072 undi. PH menang kerusi ini pada 2022.
  • BN mendahului di Paloh dengan lebih 3,000 undi. BN menang kerusi ini pada 2022.
  • PH mendahului di Bentayan dengan lebih 9,000 undi. PH menang kerusi ini pada 2022.
  • PH mendahului di Perling dengan lebih 10,100 undi. PH menang kerusi ini pada 2022.
  • PH mendahului di Skudai dengan lebih 2,300 undi.
  • PH mendahului di Stulang dengan lebih 3,800 undi.
  • BN dan PH bersaing sengit di Jementah. PH menang kerusi ini pada 2022.
  • PH mendahului saingan sengit dengan BN di Johor Jaya. PH memperoleh 8,733 undi, manakala BN meraih 8,503 undi. PH menang kerusi ini pada 2022.
  • PH mendahului di Mengkibol dengan lebih 8,000 undi.
  • BN mendahului di Buloh Kasap dengan lebih 5,200 undi.
  • BN mendahului di Sungai Balang dengan lebih 3,200 undi.
  • BN mendahului di Serom dan Sri Medan dengan lebih 4,000 undi. Kedua-dua kerusi itu dimenangi BN pada 2022.
  • BN mendahului di Serom dengan lebih 4,500 undi.
  • PH mendahului di Bukit Naning dengan lebih 1,000 undi. BN menang kerusi ini pada 2022.
  • BN mendahului di Bekok dengan 5,913 undi.
  • BN mendahului di Johor Lama dengan 8,187 undi.
  • BN dan PH bersaing sengit di Bukit Permai. Kerusi ini dimenangi BN pada 2022.
  • PH mendahului di Tiram dengan lebih 1,500 undi. BN menang kerusi ini pada 2022.
  • BN mendahului di Tenggaroh dengan lebih 5,800 undi.
  • PH mendahului di Bentayan dengan lebih 4,000 undi.
  • Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dakwa BN menang besar di semua saluran tentera.
  • BN mendahului di Bekok dengan lebih 3,000 undi.
  • BN dan PH bersaing sengit di Mengkibol serta Tangkak, kedua-dua kerusi itu dimenangi PH pada 2022.
  • BN mendahului di Yong Peng dengan lebih 2,600 undi.
  • BN mendahului di Pekan Nanas dengan lebih 1,700 undi.
  • PH mendahului di Bentayan dengan kira-kira 1,000 undi.
  • BN mendahului di Mengkibol dengan lebih 2,000 undi.
  • PH mendahului di Skudai dengan lebih 1,500 undi.
  • PH mendahului di Penggaram dengan lebih 1,200 undi.
  • BN mendahului di Mahkota dengan lebih 3,400 undi.
  • PH mendahului di Perling dengan lebih 1,400 undi.
  • Umno dakwa BN mendahului di 41 kerusi, manakala PH mendahului di sembilan kerusi. Majoriti mudah 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan Johor, manakala majoriti dua pertiga ialah 39 kerusi.
  • BN mendahului di Tenggaroh dengan kira-kira 2,165 undi.
  • BN mendahului di Bekok dengan lebih 1,000 undi. Pada 2022, BN menang kerusi ini.
  • BN mendahului di Jementah dengan kira-kira 656 undi.
  • BN mendahului di Paloh dengan kira-kira 1,244 undi.
  • Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dakwa BN mendahului di 33 kerusi.
  • BN mendahului di Mahkota dengan kira-kira 1,100 undi.
  • BN mendahului di Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Permas, Kempas, Kota Iskandar, Bukit Permai, Bukit Batu, Senai dan Pulai Sebatang.
  • PH mendahului di Stulang, Jementah, Pekan Nanas, Johar Jaya dan Senai, manakala BN mendahului di Skudai, Bukit Permai, Mengkibol, Paloh, Perling, Tangkak, Bentayan serta Bekok berdasarkan kiraan undi awal tidak rasmi.
  • BN terima 1,348 undi manakala PH 387 di Johor Jaya, kerusi itu dimenangi PH menerusi DAP pada PRN 2022.
  • BN mendahului di Gambir, Buloh Kasap, Kemelah, Bukit Kepong dan Semarang.
  • BN mendahului di Jementah, Tangkak, Bentayan dan Mengkibol yang kesemuanya disandang DAP.


JUSTICE FOR WAN AHMAD FARIS


Che Ibrahim Mohamed


 Itulah langkah terbaik setelah pihak kerajaan buat tak tahu penderitaan keluarga.... Kalah menang soal kedua.

Kalau kalah, kita tengok sejauh mana kerajaan akan memaksa pihak keluarga membayar kos mahkamah, kalau menang, sekurang kurangnya pihak keluarga terasa ada pembelaan.



ELOK SAMA PERANGAI NGAN LEBAI PAS

 



PRN 2022 vs 2026

 


Syam Ghaz



PRN 2022 vs 2026

09:00 am : 6% (7.97%)
10:00 am : 13% (17.26%)
11:09 am : 22% (26.43%)
12:00 pm : 29% (34.78%)
01:00 pm : 35% (42.16%)
02:00 pm : 40% (48.91%)
03:00 pm : 46% (56.77%)
04:00 pm : 50% (63.13%)
05:00 pm : 59% (67.44%)

BIAR BETUL ?

 

De De





Keputusan PRN Johor 2026 [TIDAK RASMI]

 


Keputusan PRN Johor 2026 [TIDAK RASMI]

‼️
BN dilaporkan telah mendahului 11 kerusi, manakala PH pula hanya 3 kerusi sahaja setakat jam 6.30 petang.



LANGSUNG | Kadar mengundi di kubu BN lebih tinggi dari kawasan PH


Pusat pengundian telah ditutup, dan tiba masanya untuk mengira keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.

Malaysiakini membawakan anda keputusan secara langsung.


ADS

6.50 petang: BN mendakwa bahawa ia mendahului dalam 41 daripada 56 kerusi di mana undi mula dikira mengikut keputusan tidak rasmi.

Seterunya, PH, mendahului dalam sembilan kerusi, menurut kiraan tidak rasmi dari bilik gerakan BN Johor.

Sorakan Maju Johor kedengaran daripada ahli Umno apabila setiausaha agung parti, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan keputusan tersebut.

Menurut kiraan tidak rasmi daripada sumber lain, BN nampaknya mendahului termasuk di kubu kuat PH seperti Mengkibol, Johor Jaya dan Bentayan.

Bentayan dan Mengkibol adalah antara kerusi yang BN kalah dalam tsunami politik 2008 apabila gabungan pemerintah ketika itu kehilangan kawalan ke atas lima negeri buat kali pertama dalam sejarah.