KHAIRY GESA UMNO ADAKAH PEMILIHAN PRESIDEN BAHARU

TUN MAHATHIR PERLU HENTI KEGHAIRAHAN AHLI PARLIMEN UMNO MASUK BERSATU




Meskipun tindakan keluar UMNO oleh beberapa bekas pemimpinnya adalah pilihan mereka sendiri yang mungkin didorong oleh pelbagai sebab dan faktor, tetapi kemasukan mereka ke dalam Bersatu tidak sewajarnya dialu-alukan, apalagi dibentangkan dengan "karpet merah".

Di sebalik Bersatu mahu menjadi pengganti UMNO, yang dialu-alukan berpindah parti seharusnya ialah ahli di peringkat bawahan atau cawangan dan bukannya pemimpin atasan yang pernah mencaci dan memandang rendah parti itu dan Tun Mahathir Mohamad sendiri sebelum ini.

Yang jelasnya, pemimpin UMNO yang keluar parti dan memilih menyertai Bersatu itu bukanlah kerana mereka yakin dengan perjuangannya atau sebab bersetuju dengan Tun Mahathir, tetapi semata-mata kerana kepentingan peribadi yang disebabkan UMNO sudah tidak lagi berkuasa.

Kalau mereka yakin dengan Bersatu dan mempercayai perjuangan Tun Mahathir, sudah pasti sebelum pilihanraya umum dulu lagi mereka sudah meninggalkan UMNO.

Jika hari ini UMNO masih lagi berkuasa, sudah tentu juga caci maki mereka kekal berterusan terhadap Tun Mahathir dan yang dipuja dan dan disanjung tetaplah Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Alasan kononnya kemasukan ke dalam Bersatu untuk kepentingan rakyat tidak lebih sekadar pemanis mulut untuk menutup segala kepentingan diri mereka.

Selepas masuk ke dalam Bersatu dan berpelung berdamping rapat dengan Perdana Menteri, dengan kedudukan sebagai Ahli Parlimen, Adun atau bekas Ketua UMNO Bahagian, biasanya kecenderungan mereka seterusnya ialah melobi dan mencium tangan Tun Mahathir untuk tujuan memperolehi jawatan dan kedudukan dalam kerajaan.

Akhirnya, bukan saja pejuang-pejuang asal dalam Bersatu akan tenggelam dan ketinggalan, bahkan Bersatu akan dipenuhi dengan oleh "sampah sarap" daripada UMNO belaka.

Apakah keadaan itu yang Tun Mahathir mahukan berlaku kepada Bersatu?

Lagi pula, Pakatan Harapan sudah mempunyai majoriti yang agak selesa dalam Parlimen sekarang ini. Tanpa kemasukan Ahli Parlimen UMNO pun, kerajaan yang ada masih mampu berjalan dengan baik.

Selain bertentangan dengan kehendak rakyat yang telah menolak UMNO dalam pilihanraya umum lalu, penerimaan kemasukan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu, dimulai dengan Mustapa Mohamad, kemudian Ahli Parlimen Bagan Serai dan semalam Ahli Parlimen Masjid Tanah menyerahkan borang keahlian, selepas ini mungkin disusuli pula oleh segerombolan bekas pemimpin dari Sabah dan Ahli Parlimen Semenanjung yang bermasalah, trend ini yang semacam dialu-alukan oleh Tun Mahathir sendiri hanya menyebabkan timbulnya cakap-cakap bahawa beliau ada maksud lain di sebaliknya.

Memandangkan kerajaan Pakatan Harapan sudah stabil dan telah ada persetujuan untuk beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, sebenarnya tiada keperluan sama sekali untuk membawa Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu.

Untuk apa Tun Mahathir mahu menambahkan lagi jumlah Ahli Parlimen dalam Bersatu, sedangkan dalam setahun setengah lagi beliau mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar?

Dalam waktu yang sama, tindakan Tun Mahathir menerima dan menggalakkan kemasukan wakil-wakil rakyat UMNO ke dalam Bersatu juga bertentangan dengan kenyataannya sendiri yang pernah mengatakan bahawa kerajaan memerlukan pembangkang yang kuat bagi memastikannya dapat mentadbir kerajaan dengan betul.

Tun Mahathir menganggap pembangkang yang kuat ibarat cermin yang boleh menjadikan kita sentiasa dalam keadaan baik dan kemas setiap hari.

"Tak usah lama, cuba kita tak payah tengok cermin dalam tiga hari dan kemudian pergi bekerja seperti biasa, ketika itu tengoklah keadaan diri kita," demikian antara kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Tun Mahathir.

Oleh yang demikian, Tun Mahathir perlu menghentikan kemasukan Ahli Parlimen, Adun dan bekas pemimpin UMNO ke dalam Bersatu ini serta biarkan mereka berperanan sebagai pembangkang yang menyumbang ke arah kebaikan kepada kerajaan dan juga negara.

Bagi tujuan itu, Tun Mahathir bukan saja wajib mengeluarkan kenyataan yang tegas tidak akan menerima kemasukan mereka ke dalam Bersatu, bahkan sebaiknya juga tidak melayan sebarang permintaan mereka yang mahu berbuat demikian.

Kerajaan Pakatan Harapan, dengan sokongan rakyat yang telah membuat keputusan menolak UMNO dan BN mesti dikekalkan sehingga PRU14 akan datang. Ini adalah pilihan rakyat yang memberi undi kepada Pakatan Harapan.

Membawa lebih ramai bekas wakil rakyat UMNO ke dalam Bersatu hanya memungkinkan Bersatu menjadi UMNO 2.0 dan bukan menjadikan Bersatu sebagai pengganti UMNO.

Dalam keadaan itu nanti, masihkah rakyat mahu terus memberi sokongan kepada Bersatu? (ShahbudinHusin 14/12/2018)

Hasrat rakyat dikhianati jika terus terima bekas pemimpin UMNO


Tindakan menerima bekas pemimpin UMNO menyertai komponen Pakatan Harapan (PH) akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen gabungan parti pemerintah itu untuk melaksanakan agenda reformasi dan perubahan.

Menurut Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh, tindakan itu juga membelakangi hasrat rakyat yang mengundi PH bagi menghantar UMNO-Barisan Nasional (BN) ke bangku pembangkang.

“Lagi PH layan pihak-pihak yang melompat ini, lagi bertambah kecewa rakyat terhadap PH.

“Perubahan tidak hanya bermaksud mendakwa bekas perdana menteri dan timbalannya dengan pelbagai tuduhan, namun apa yang lebih penting adalah menghapuskan dasar dan membanteras rasuah yang sejak sekian lama menular di bawah pentadbiran UMNO sedekad lalu.

“PH tidak memerlukan bekas wakil rakyat UMNO. Ia perlukan lebih ramai lelaki dan wanita yang berpegang kepada prinsip bagi meneruskan agenda murni reformasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai pemimpin UMNO keluar parti bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam, media melaporkan hampir semua pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti sementara hari ini, bekas Ketua Puteri Wanita UMNO, Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan menyertai Bersatu selepas hampir enam bulan menjadi wakil rakyat bebas.

Mengulas lanjut, Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata Dr Mahathir harus menangani rasa tidak puas hati rakyat terhadap tindakan PH menerima penyertaan bekas wakil rakyat UMNO.

“Untuk menerima mereka menyertai PH sekarang merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat yang mahukan perubahan sebenar.

“Saya tertanya-tanya jika PH ditakdirkan kalah pada pilihan raya seterusnya, adakah wakil rakyat kita akan melakukan perkara serupa dan dengan mudah melompat ke pihak lawan?” soalnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu merujuk kenyataan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu yang mengelar pemimpin UMNO sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’ pada mesyuarat sebelum PRU14.

“Jika mereka sampah yang tidak berguna, saya sangat berharap yang anda tidak jadi pengutip sampah dan terima mereka masuk Bersatu,” kata Ronnie yang juga Adun Sungai Pelek seperti dilapor media.



PEMIMPIN UMNO JENIS TIADA JATI DIRI?



Sejak UMNO kehilangan kuasa pada 9 Mei lalu, dua senario silih berganti berlaku kepada pemimpin-pemimpin parti Melayu itu.

Pertama, satu demi satu pemimpinnya meninggalkan UMNO kerana tidak sedia untuk berada lebih lama sebagai pembangkang, seolah-olah menjalani kehidupan tanpa nikmat jawatan serta kedudukan dalam kerajaan adalah sesuatu yang memedihkan.

Kedua, satu demi satu juga pemimpin UMNO sanggup menebalkan muka bertemu Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sama ada bersendirian atau berkumpulan, secara sunyi-sunyi atau terang-terangan, sedangkan ketika mereka ada jawatan dahulu, lelaki tua berusia 93 tahun itulah yang siang malam dikutuk, dihina dan dicaci demi semata-mata untuk mempertahankan seorang penyamun bernama Najib Razak.

Hanya kerana Tun Mahathir kini berjawatan Perdana Menteri dan mempunyai banyak kuasa, sementara Najib sudah tiada apa-apa gula lagi yang boleh diagih-agihkan, para pemimpin UMNO dengan tiada perasaan malu sama sekali sanggup menjilat ludah sendiri.
Zahid Hamidi sendiri mengakui beliau dua kali mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir, walhal ketika berjawatan timbalan perdana menteri dahulu, tanpa belas kasihan beliau memfitnah Pengerusi Pakatan Harapan itu dengan nama “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.”

Kali ini, melalui gambar yang baru tersebar, terdedah pula pertemuan sekumpulan pemimpin UMNO diketuai Timbalan Presidennya, Mohamad Hassan dengan Perdana Menteri di kediaman peribadinya pada 22 Oktober lalu.

Beberapa kelompok pemimpin UMNO yang lain, di Johor misalnya, turut melakukan kunjungan peribadi terhadap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang pernah dimusuhi dan dinista dengan pelbagai kata-kata celaan.

Di kala mereka berdegar-degar menjeritkan kata-kata perjuangan sehingga timbul urat leher dan meminta ahli bawahan kekal setia bersama UMNO, pemimpin di atas yang sebelumnya ada kedudukan dan jawatan kini bertempiaran menjual serta mempromosi diri kepada orang yang pernah mereka kutuk, hina dan caci sebelum ini.

Apa pun alasannya mereka melompat parti atau mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir yang kini berjawatan Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin UMNO ini bolehlah dikategorikan sebagai jenis yang tiada jati diri sama sekali.

Di mana dan apa nilai perjuangan mereka sebenarnya?

Yang nyata, di sebalik berdegar-degar melantunkan semangat perjuangan di mulut, tetapi matlamat sebenarnya hanyalah perut.

Ketika UMNO berkuasa dan Najib menjadi Perdana Menteri dahulu, adakah kita dengar atau lihat terdapat pemimpin-pemimpin pembangkang pernah masuk ke pejabat atau kediaman Perdana Menteri sepertimana kelakuan pemimpin UMNO setelah jadi pembangkang sekarang ini?

Kenapa di sebalik bersama penyokong sendiri melaungkan kata-kata semangat perjuangan tetapi secara sembunyi-sembunyi sanggup datang ke rumah musuh sendiri?

Kalau pun bertemu Tun Mahathir sekadar untuk merayu agar UMNO tidak dibubarkan sebagimana yang didakwa oleh Mohamad Hassan,  itu cara yang sebetulnya dalam perjuangan dan mengapa tidak dilakukan dengan cara mematuhi peraturan dan undang-undang?

Ketika DAP mahu dibubarkan dahulu, adakah kita pernah dengar Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng mengadakan pertemuan secara rahsia dengan Najib?

Begitu juga ketika Bersatu diarahkan bubar sementara oleh RoS atau sewaktu Pakatan Harapan sepanjang masa ditolak permohonan kelulusannya, adakah kita dengar sesiapa daripada gabungan itu yang teringan untuk merayu dan mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri?

Kenapa pemimpin UMNO tiada sikap untuk melawan secara terbuka sebagaimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin PKR, DAP, Amanah dan Bersatu sebelum ini?

Realitinya, baru tujuh bulan bergelar pembangkang sudah begini sikap mereka, bagaimana untuk meneruskan perjuangan sehingga PRU15 akan datang? (ShahbudinHusin 13/12/2018)

KERJASAMA UMNO – PAS PUNCA PEMIMPIN UMNO SABAH BERHIJRAH?

32 AHLI PARLIMEN UMNO AKAN TINGGALKAN PARTI SECARA BERPERINGKAT?

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar doesn’t rule out possibility of working with Umno