LIVE: PH, BN kongsi pentas dalam ceramah umum PRK DUN Tioman

Kabinet dijangka umum esok, Zahid calon TPM?, Saya tak kata Anwar ejen I...

SAHAM ARAK NAIK ? SEMAK FAKTA SEBELUM SEBAR


 

KASUT PM PUN NAK DIBAHAN. INGAT PM LEPAS LEPAS KAH GUNA BARANG MAHAL HASIL SAKAW


 

LOKMAN ADAM KATA PAS NI MENGAMALKAN MATLAMAT MENGHALALKAN CARA


 

LOKE CERITA BAGAIMANA MAHIADDIN BERJUMPA DAP BILA BELIAU DIPECAT


 

ANWAR MINTA AP BALING MOHON MAAF 3 HARI DARI TARIKH TERIMA SURAT PEGUAM.


 

TAK KATA AIH MANA KAMI KATA


 

WALAUN TAK CERDIK DOK RATIB MINYAK 150- TU MANIFESTO TAHUN 2013 MASA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT.RINGGIT NAIK SEKRANG TAK TAU KA?


 

KENAPA ANWAR BERKERAS HENDAK ADAKAN UNDI PERCAYA TERHADAP PERDANA MENTERI ?







Kenapa Anwar berkeras hendak adakan undi percaya terhadap Perdana Menteri?

Jawapan pendek adalah kerana itu adalah perkara yang sepatutnya di lakukan oleh mana-mana Perdana Menteri untuk membuktikan keabsahan di Parlimen.

Kedua untuk mengangkat institusi parlimen tersebut dan bukan sekadar rubber stamp. Ingat 17 bulan masa Muhyidin jadi Perdana Menteri, sudah la tiada keabsahan, siap buat darurat hanya kerana tak cukup nombor, lepas darurat kes Covid makin naik. Bila YDPA suruh buka parlimen dia dan kabinetnya derhaka. Lepas itu ada hati hendak kritik kata Anwar tak ada keabsahan; sungguh ironis. Dah la dalam masa tersebut, banyak perbelanjaan berbillion di lulus di luar parlimen.

Lagi satu hendak bawa politik islah satu perkara yang susah sebab kita kena buktikan dengan perbuatan yang kata-kata kita selari. Bila Anwar pernah kritik Muhyidin tak ada keabsahan, maknanya Anwar perlu membuktikan yang dia berbeda dari predecessor. Benda ini sesetengah orang nampak kecil, tapi bagi mereka yang ikut undang-undang, ini adalah satu kebanggaan. Contohnya kalau kita berusaha untuk dapatkan sesuatu berpuluh-puluh tahun dengan cara yang betul, dengan sabar walaupun ada orang lain dapat dengan cara menipu. Bila kita dapat benda itu, sudah tentu kita akan rasa bangga.

Sebab ikut kalau kita telusuri ada satu ceramah Anwar waktu kempen, dia ada sebut yang dia hendak jadi role model seorang Melayu dan Muslim yang baik, yang mana orang bukan Islam boleh lihat oh rupanya masih ada lagi orang Melayu Islam yang jujur dan berkempen tidak menyentuh isu perkauman dan agama yang sempit.

Sebab itu bila orang sindir Anwar PM tepi, dia tidak terkesan sebab bagi dia tidak guna jadi Perdana Menteri kalau tidak pertahankan prinsip hidup; dia tidak curi duit rakyat ataupun kayakan kaum keluarga.

Cerita pasal prinsip ini, tak ramai orang yang tahu hargai nilai dan harga sebuah prinsip dan integriti. Sebab itu ucapan Anwar 11 tahun lepas dan sekarang tidak banyak beza, intipatinya masih sama; anak muda kena ada prinsip dan dia istiqamah tentang perkara ini.

"Fight them, and fight them hard. Power? U dont have. Wang? U dont have. What do you have? Integriti. U ada maruah, u ada jiwa, u ada semangat"

Lepas itu dia memetik kisah pemuda Ashabul Kahfi yang lari dari pemerintah yang zalim demi untuk menyelamatkan iman yang mana gist kisah tersebut adalah pergantungan pada Allah SWT. Tidak ramai dari kita yang boleh mentadabur Al-Quran, lagi sedikit yang mempraktikkan apa yang di ajar dalam Al-Quran.

Andainya dia bengkok dalam masa 11 tahun, sudah tentu jutaan rakyat tidak akan ikut dia.

https://www.youtube.com/watch?v=LPSzauPEYlQ

Undi percaya dan tidak percaya juga adalah satu peringatan untuk mana-mana Perdana Menteri supaya sentiasa beringat yang kuasa yang Allah pinjamkan itu adalah amanah dan bukannya ghanimah. Jadi bila mereka buat apa-apa keputusan, rakyat perlulah di utamakan dan bukannya cukong-cukong.

Setiap perkara sudah tentu ada risikonya, kalau Anwar tewas undi percaya nampaknya Perdana Menteri baru lain akan naik, tetapi jika itu takdir Allah, biarkah sahaja ia berlaku. Mungkin ada kebaikan dan ibrah daripada peristiwa tersebut.

 

 

TIADA JANJI MANIS BUAT ZAHID HAMIDI

 




Masa DS Anwar hampir dilantik tempohari, ada yang tanya aku kenapa Zahid nak sokong DS Anwar sedangkan DS Anwar tak mahu berjanji bebaskan dia dari semua pertuduhan di mahkamah.

Jawapan sebenar ada pada Zahid sendiri. Tapi apa yang aku boleh fikirkan, rasanya Zahid dah pasrah dengan nasibnya. Dengan PH, dia tak lepas sebab PH janji takkan campur urusan mahkamah.

Nak kerjasama dengan PN pun dia bakal kena juga sebab dalam PN ramai yang tak suka padanya. Ada ramai yang nak jatuhkan dia supaya tiada halangan lagi untuk mereka telan UMNO hidup hidup.

Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak, Zahid tak ada pilihan. Target majoriti ⅔ rupanya dapat 30 kerusi je. Jadi Zahid kena pilih PN atau PH. Tapi daripada pilih PN yang mana negara jadi hancur, malah lebih dahsyat lagi, UMNO juga akan pupus, baiklah dia pilih PH.

Mungkin bagi Zahid, inilah jasa terakhirnya untuk selamatkan UMNO. Bukan untuk jadi parti dominan semula tapi cukup agar tak mati terus dipijak oleh Mahiaddin dan PN. Agaknya la... Guane boh?

Raja Gelap

.

 

MMMM---TEDIA....


 

AP BALING DISIASAT. TUA TUA NI PATUT DOK ELOK ELOK JA..


KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS SIASAT AP BALING DAKWA ANWAR EJEN ISRAEL

Kuala Lumpur, 30 November 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Ahli Parlimen (AP) Baling, Hassan Saad yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Setiausaha PDRM, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

"Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran. 






 

MAMAI LAGI KE KO NI- MOVE ON LA MAMAT

 

Wan Saiful ni tak perasan ke tempoh kempen dah tamat? PRU dah berlangsung dah. PM pun sudah dilantik. Yang dia masih nak berkempen kenapa?

Sebelum PH kerjasama dengan kluster mahkamah ni, PN dah buat dulu. Bezanya, PH buat atas titah YDP Agong. Tapi PN buat jangankan titah YDP Agong, mandat rakyat pun tak ada.

Ibarat seorang lelaki dan seorang perempuan sudah bernikah suka sama suka. Datang PN culik si isteri, bawa lari dan buat macam isteri sendiri. Berprinsip sangatlah begitu? Guane boh?

Raja Gelap

 


MEREKA DAH RANCANG- KITA SAJA YANG LALAI


 

5 TITAH RAJA RAJA MELAYU




KITA TAHU KAWAN KAWAN YANG SEWAKTU DENGANNYA YANG AKAN DISIASAT DENGAN DAKWAAN 600 BILLION YANG HILANG


 

AYOR LIOR TU KESAT- MEH KITA MENGELOH- TU LE MIKE.....


 

KALAU DAH DIA DIPILIH KENAPA TAK SOKONG DIA...TU SAJA...


 

TERENGGANU ADA PENGANGGURAN SERAMAI INI ?


 

AMBOIIII DAH KHIANAT PUN NAK MENGUTUK PARTI ORANG LAIN LAGI..


 

Parti politik hentikan main isu perkauman, tumpu kebajikan rakyat




 Parti parti politik di Malaysia perlu lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan sokongan rakyat ke atas mereka.



Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Setiawangsa, Muhammad Azha Salahudin, parti politik terutama pembangkang tidak perlu meneruskan agenda kempen pilihan raya selepas 19 November 2022.



Katanya, selepas kerajaan dibentuk tugas parti politik dan penyokongnya ialah memastikan negara maju ke hadapan, bukannya meneruskan permainan politik perkauman dan membongsaikan minda rakyat.



"PRU15 telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 mengetuai kerajaan perpaduan seperti yang dititahkan oleh Yang DiPertuan Agong untuk membina semula kestabilan politik



"Namun ada segelintir kumpulan yang tidak bertanggungjawab mula memainkan isu dan sentimen perkauman dengan niat mencetuskan huru-hara dan ketidakstabilan.



"Kita percaya sentimen perkauman ini telah menjadi peluru terakhir yang dimainkan oleh gabungan parti yang kalah akibat kekecewaan mereka kerana gagal mengekalkan kuasa," katanya dalam satu kenyataan.



Dalam pada itu, hal yang lebih merbahaya, kata Azha adalah kandungan kempen perkauman telah menular termasuk dalam kalangan anak muda, malah yang masih di bangku sekolah.



Katanya, tidak wajar gambar dan klip video yang berunsur provokasi digunakan sebagai modus operandi untuk mempengaruhi minda anak muda dengan alasan perjuangan demi kaum dan agama.



"Sekiranya api perkauman ini tidak dipadamkan, kita risau generasi muda yang kurang pengetahuan tentang sejarah (negara berbilang kaum) akan mudah terpengaruh," ujar Azha.



Namun beliau bersyukur tindakan pantas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengekang ancaman keselamatan telah meredakan sedikit api perkauman yang memuncak.



"Oleh itu, sudah tiba masanya Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar memberi fokus sepenuhnya untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan mengembalikan semula kestabilan politik negara.



"Rakyat menderita akibat kegagalan kerajaaan yang lalu dan sekarang adalah masa melaksanakan agenda reformasi dan mengembalikan semula kegemilangan negara yang pernah dikecapi suatu waktu dahulu," katanya lagi.


Bebas bersuara bukan memfitnah: Usah semai politik kebencian


 Parti parti politik diingatkan agar menggunakan kebebasan bersuara di bawah sistem demokrasi Malaysia dengan matang dan tidak menyemai politik kebencian yang boleh menggugat keharmonian berbilang kaum.


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Kamil Munim berkata, sejak kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu kenyataan kenyataan politik yang dikeluarkan oleh pemimpin PN terutamanya dilihat amat angkuh dan liar.


Katanya, trend ucapan menghina, memfitnah dan mencerca pihak yang tidak sehaluan sejak sebelum PRU sehingga lantikan Perdana Menteri dibuat, seolah olah cuba untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya masyarakat Melayu terhadap bahaya dari luar dan dalam.


"Terakhir dengan mengaitkan Perdana Menteri yang didakwa mempunyai kaitan dengan ejen Israel, modal lama yang dikitar

semula oleh Pas yang jelas berniat jahat untuk menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Melayu-Islam.


"Sementara kita menjunjung hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun

kebebasan itu tidak termasuk untuk menghina dan memfitnah sesuka hati


"Sikap demikian juga tidak sama sekali melambangkan prinsip dan akhlak Islamiyah seperti yang dilaungkan. Bahkan tindakan

tersebut adalah perbuatan yang terkutuk dan hina di sisi agama," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, Kamil menggesa penyokong parti politik yang dikatakan memperjuangkan Islam agar membuka minda masing masing di atas kenyataan pemimpin yang secara semberono menuduh saingan politik mereka dengan pelbagai dakwaan tanpa mengemukakan bukti.


Katanya, Islam amat menjaga kehomatan manusia dan setiap tuduhan wajib dikemukakan bukti kukuh atau pun penuduh walau ulama sekali pun berisiko tidak dipercayai kata katanya di kemudian hari.


"Mempertahankan kepimpinan ulama seharusnya membawa maksud memperteguh nilai-nilai kepimpinan Islam yang

menganjurkan perdamaian dan mempamerkan akhlak pimpinan yang baik, bukan mempertahankan sikap pemimpin

yang penuh dengan adu domba dan caci maki yang akhirnya akan meninggalkan kesan yang buruk kepada masyarakat dan

negara.


"Gejala ini harus dibendung segera bagi memastikan tidak menimbulkan keresahan dan ketidaktenteraman awam.

Pemimpin berkenaan harus segera berhenti menyebar dakyah kebencian yang tidak berasas, sebaliknya menumpukan kepada

usaha membina semula negara dan memperkukuh ekonomi," katanya lagi.