Mael noktahkan angan angan tebuk atap hadi awang....

Mael Sakau , betul ke orang umno tak mau PH ???

Empat PPS Dibuka Tempatkan 286 Mangsa Banjir Di Utara Sarawak

 

Empat PPS Dibuka Tempatkan 286 Mangsa Banjir Di Utara Sarawak

Penduduk menerima bantuan daripada beberapa pihak di beberapa PPS aktif di daerah kecil Trusan pada 9 Mac 2025. Foto APM Lawas

LAWAS, 9 Mar – Seramai 286 penduduk di sini dan Limbang di utara Sarawak kini berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kediaman mereka dilanda banjir sejak semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, empat PPS terbabit ialah di Dewan Masyarakat Trusan, Lawas yang menempatkan 100 mangsa daripada 21 keluarga.

PPS Dewan Masyarakat Medamit, Limbang pula menempatkan 119 mangsa daripada 37 keluarga, PPS SJK C Chung Hwa, Trusan seramai 36 mangsa daripada 16 keluarga dan PPS SK Lintang Trusan seramai 31 mangsa daripada tujuh keluarga.

Penduduk memindahkan kenderaan ketika paras air naik di daerah kecil Sundar dan Trusan, Lawas pada 8 Mac 2025. Foto APM Lawas

Banjir melanda beberapa penempatan di utara Sarawak sejak semalam berikutan hujan lebat berterusan melanda kepulauan Borneo termasuk Sabah terutama di Beaufort dan Kimanis yang bersempadan dengan Sarawak.

Sementara itu, dua PPS yang menempatkan mangsa tanah runtuh juga masih aktif hari ini.

PPS terbabit ialah Dewan Masyarakat Kampung Bahagia Jaya Teku, Sibu yang menempatkan 43 mangsa daripada 10 keluarga.

Satu lagi ialah PPS Dewan Kampung Sukan, Miri yang menempatkan 46 mangsa daripada 12 keluarga.



UMNO! - TOLONG DENGAR APA YANG NAZRI AZIZ CAKAP INI | PRU16 - PILIH PH -...

Penjawat awam jangan terlalu bermewah, jika mampu pakai Myvi jangan beli Vios

 




Ramai kakitangan awam suka bermewah dan berbelanja melebihi kemampuan sendiri, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, terdapat anggota perkhidmatan awam yang membuat pinjaman kewangan berlebihan sehingga jatuh bankrap atas desakan untuk menunjuk status sosial.

Beliau menasihatkan sekiranya seseorang pekerja itu hanya mampu menggunakan Perodua Myvi, tidak usah cuba membeli Toyota Vios.

“Terdapat kakitangan awam dianugerahkan kemahiran menguruskan berjuta ringgit wang kerajaan, namun dia tidak mampu menguruskan wang sendiri sehingga terpaksa membuat pinjaman.

“Kita sepatutnya hidup atas kemampuan kita, kalau kita mampu pakai telefon bimbit jenama Xiaomi, jangan cuba pakai iPhone.

“Terdapat kakitangan awam yang suka bermewah dari segi penampilan, sebagai contoh sekiranya mereka mampu memiliki kereta Perodua Myvi, janganlah cuba pakai Toyota Vios,” katanya pada Program Rahmah Ramadan Madani semalam memetik Berita Harian.


Semalam Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk M Bakri Abd Majid mendedahkan gaya hidup golongan muda hari ini yang suka ‘menunjuk-nunjuk’ menjadi punca ramai antara mereka terjerat dengan masalah kewangan, seterusnya diisytiharkan bankrap.





Raja Salman Hadiahkan 25 Tan Kurma Kepada Malaysia

 

Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al-Sulaim (tiga, kiri) pada majlis penyerahan sumbangan Raja Salman termasuk 25 tan kurma dan naskhah al-Quran sempena Ramadan 1446H di Kedutaan Arab Saudi, semalam.

KUALA LUMPUR, 9 Mar – Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menghadiahkan 25 tan kurma untuk rakyat Malaysia sempena Ramadan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al-Sulaim.

Menurutnya, sumbangan itu adalah sebahagian Program Iftar Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud, Penjaga Dua Tanah Suci bagi 2025.

“Program tahunan ini adalah lanjutan daripada kerja amal Penjaga Dua Tanah Suci pada bulan suci ini di mana baginda menyumbang untuk mengeratkan lagi hubungan sesama saudara Islam di seluruh dunia.”

Mesaad berkata, sumbangan itu bukan sekadar pemberian material tetapi adalah mesej solidariti daripada Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia.

Sementara itu majlis turut dihadiri Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri Anggota Majma’ Fuqaha’ Shariah Amerika Syarikat, Dr Muhamad Razak Idris Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr Miszairi Sitiris Timbalan Mufti Selangor.




'Biar dia meroyan seorang' - Kata Nazri Aziz kepada seseorang


Bekas Ahli MKT Umno Nazri Aziz menganggap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sudah tidak relevan dan penting dalam politik. Menurut Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu, kerajaan seharusnya terus bergerak ke hadapan dan tidak mempeduli segala kenyataan Mahathir. Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun ia dipercayai merujuk kepada Mahathir yang pernah meminpin negara sebanyak dua kali. Nazri berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mahathir di media sosialnya yang menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pakar kerajaan pintu belakang dengan membangkitkan 16 September 2008 dan Langkah Kajang.





YG TUKAR ROYALTI TERENGGANU ADALAH PENASIHAT SG4 ! RESPON TERBAIK DR MUJ...

PANAS!! - ZAHID TIDAK DILAYAN DI TERENGGANU - APA KATA AKMAL SALEH? | DR...



Bagaimana boleh suatu majlis Ramadan dihadiri oleh TPM Zahid Hamidi bagi menyampaikan bantuan kepada peneroka FELCRA di perkarangan Masjid di terengganu tidak dibenarkan oleh kerajaan PAS? Seorang TPM boleh dilayan sebegini rupa oleh sebuah negeri yang mencanangkan MB mereka Dr, samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri. Apa kata Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh. Kenapa tidak lantang bila Presiden kamu dilayan sebini rupa oleh Naib Presiden PAS ini?





[TERKINI] Malaysia jalin kerjasama dengan United Kingdom



Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Malaysia akan melakar sejarah dalam industri teknologi global apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan kerjasama strategik antara kerajaan dengan syarikat berpangkalan United Kingdom, yang bakal mengubah landskap kecerdasan buatan dan semikonduktor negara.





Polis Marin Bongkar Ladang Kelapa Sawit Simpan ‘Rahsia Besar’

 

Seorang lelaki berbaju #KeluargaMalaysia ditahan selepas pihak berkuasa menemui pelbagai jenis rokok seludup di dalam sebuah rumah tidak bernombor di kebun kelapa sawit di Kampung Botition, Beluran. Foto PPM

BELURAN, 9 Mar – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya membongkar sebuah lokasi rahsia dipercayai sebagai tempat penyimpanan rokok seludup yang berselindung di sebalik ladang kelapa sawit di Kampung Botition, di sini, semalam.

Rampasan yang dijalankan Unit Gempur PPM Wilayah Empat Sabah menemukan 26 jenis rokok dengan jumlah keseluruhan termasuk cukai RM5.5 juta yang disembunyikan di dalam sebuah rumah tidak bernombor.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan menemui pelbagai jenis rokok yang disyaki tidak bercukai di dalam rumah berkenaan.

“Beberapa kotak ditemui dan terdapat 26 jenis rokok yang berjaya dirampas.

“Pemeriksaan lanjut pasukan serbuan turut menahan seorang lelaki dewasa warga Filipina,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan rokok seludup dianggarkan bernilai RM5,568,00.

“Semua barangan rampasan kemudiannya dibawa Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.



JAHAT SUNGGUH FITNAH DAP. NAMPAK GAYA YANG FITNAH NI LAGI JAHAT.


 

POWER SANGAT KAH PMX.


 

MANA DEPA NAK MALU.. 32-0... DEPA BANGGA PA.. SEBABNYA DAPAT PEKENA SAMA SAMA MELAYU ISLE.


 

KIOK LAGI PAS.


 

PUNYA LA TAK DA ISU. WALAUN NAIK PENIN. KIOK LA PAS KALI NI

 


TUA TUA PUN BODO LAGI.PATUT NEGERI TAK MAJU..MATEMATIK BUDAK TAHUN 3 PUN TAK BOLEH HADAM...LEMAH..KIOK.


 

BETUL KAH ISTANA LARANG BERPOLITIK DI MASJID.?


 Benarkah Istana Terengganu tidak benarkan berpolitik di masjid?


Jawapannya, Ya benar.


Pada Mac 2023, DYMM Sultan Terengganu telah bertitah melarang masjid-masjid dijadikan pentas politik, bahkan Sultan Terengganu juga melarang ahli politik terlibat.








Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu Darul Iman (MAIDAM) telah mengeluarkan perincian larangan Sultan Terengganu, iaitu.


1) Ahli politik berstatus Yang Berhormat (Adun, MP, Senator) tidak dibenarkan memberi kuliah, ceramah atau pengajaran agama di masjid-masjid negeri Terengganu.


2) Ahli politik berstatus Yang Berhomat juga tidak boleh menjadi imam dan khatib solat jumaat.


3) Selain YB, pemimpin-pemimpin parti politik, termasuklah aktivis parti politik juga tidak dibenarkan memberi ceramah, kuliah, jadi imam, jadi khatib dan sebagainya.


Arahan dari Istana Terengganu ni sangat jelas, namun tahukah walaun siapakah yang sangat degil menderhaka Istana Terengganu sampai ke hari ini?


Jawapannya ialah Presiden PAS.


Presiden PAS berterusan menderhaka melanggar arahan Istana Terengganu, lebih teruk lagi Presiden PAS berterusan melanggar undang-undang syariah negeri Terengganu.


Salah satu Undang-undang Syariah Terengganu yang telah digubal pada tahun 2001, ialah tidak boleh mengajar tanpa tauliah di masjid-masjid Terengganu.


Dan apakah Presiden PAS ada tauliah? Berdasarkan semakan langsung tiada nama Presiden PAS sebagai pemegang tauliah.


Lagi satu, apakah walaun tahu siapa yang buat undang-undang tauliah Terengganu pada tahun 2001 tu?


Siapa lagi Presiden PAS lah, dia yang jadi MB Terengganu masa tu. Dia buat undang-undang, dia sendiri langgar undang-undang yang dia buat.


Presiden PAS adalah contoh manusia palinh hipokrit di Malaysia.


Kesimpulannya.


Presiden PAS telah melakukan 2 kesalahan besar, iaitu menderhaka Sultan Terengganu, dan melanggar undang-undang syariah Terengganu.


Berdasarkan undang-undang syariah Terengganu yang dia sendiri buat, Presiden PAS wajar disumbat ke dalam penjara selama 3 tahun.


Kemunafikan Presiden PAS ni sangat jelas dan nyata.


Dulu dia ajak perkasakan undang-undang syariah, walhal dia sendiri yang tegar langgar undang-undang syariah. Memang munafik.


Ada walaun nak spin dia kata, Masjid Rusila tu masjid persendirian, bukan masjid bawah pengurusan majlis agama negeri.


Namun berdasarkan semakan, Masjid Rusila tersenarai di nombor 52 sebagai salah satu masjid di bawah pengurusan majlis agama negeri.


Jadi jika ada umat Islam bertanya kepada walaun, siapakah yang paling kuat menentang Islam? menderhaka Raja? melawan undang-undang syariah?


walaun boleh jawab, orang itu ialah Presiden PAS.



SIAPA DAPAT DUIT DARI MAIL SABRI? DAP PA....


 Siasatan wang tunai yang dijumpai dalam 𝙨𝙖𝙛𝙚𝙝𝙤𝙪𝙨𝙚 itu dikatakan lebih tertumpu soal 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘁𝘂.



Aku rasa silap ni..bukan 830 juta...830 ribu kot...


Bagus siasat tu. Kita nak tahu juga. Sebab dengarnya 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗗𝗔𝗣 𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 sebahagian daripada duit tu.


Cuma bezanya, pemimpin DAP dapat duit tu 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵. Betul ke? Entah. Sebab tu perlu disiasat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PNEUMONIA



 Pelakon Taiwan, Barbie Hsu, dan pelakon China, Liang Youcheng, meninggal dunia akibat komplikasi pneumonia selepas dijangkiti influenza. 



Ini membuktikan betapa cepatnya penyakit pernafasan boleh menjadi serius, termasuk dalam kalangan individu lebih muda.


Pneumonia bukan sekadar selesema dan ketahui punca, gejala serta langkah pencegahan proaktif penyakit ini.


Kredit: Bernama



ANWAR LAKSANAKAN APA YANG DIKATAKAN.


 

KELUARGA MALAYSIA


        Zunar cartoonist fan club

Pas Inginkan Empat Jawatan Menteri Jika Bersama BN??

KANTOI LAGI - RAFIZI BUKA CERITA SEBENAR DAKWAAN HAIM HILMAN | TANAH KUL...

Mael buat duit pandai , bab simpan FAIL.......

KAKAK PEMANDU HONDA JAZZ MOHON KEADILAN, ADIK L4NGG4R LAMPU MERAH RUPA-R...

RUPANYA VIJAYAN DUDUK DI AUSTRALIA

PANAS!! - ZAHID TIDAK DILAYAN DI TERENGGANU - APA KATA AKMAL SALEH? | DR...



Bagaimana boleh suatu majlis Ramadan dihadiri oleh TPM Zahid Hamidi bagi menyampaikan bantuan kepada peneroka FELCRA di perkarangan Masjid di terengganu tidak dibenarkan oleh kerajaan PAS? Seorang TPM boleh dilayan sebegini rupa oleh sebuah negeri yang mencanangkan MB mereka Dr, samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri. Apa kata Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh. Kenapa tidak lantang bila Presiden kamu dilayan sebini rupa oleh Naib Presiden PAS ini?





ISMAIL KATA DIA DILAYAN SEPERTI MUSUH! SIAPA SEBENARNYA INGKAR & LAWAN P...

[[LIVE]] 8.3.25 FAIZAL RAHMAN UTK KUALA SELANGOR? SOSMA & 170 JUTA. DALA...

Akmal Salleh dan MP Masjid Tanah elok sama sama lahabau...

PENDEDAHAN PANAS! ISMAIL DENGAN KES RASUAHNYA APA KAITAN DENGAN PARTI PAS?



Kerajaan yang mentadbir negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan bertunjangkan Barisan Nasional (BN) sebaliknya ia disokong oleh Perikatan Nasional (PN). Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan pimpinan Ismail Sabri wajar dilabel sebagai PN berpandukan kepada majoriti yang dimiliki oleh komponen parti berkenaan. "BN adalah minoriti sebaliknya PN yang dianggotai oleh Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah majoriti," katanya ketika diminta mengulas dakwaan mengatakan bahawa kerajaan Ismail Sabri adalah milik BN. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa perjumpaan tokoh masyarakat di sini pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Abdul Hadi berkata, BN sepatutnya menjelaskan kerajaan campuran yang dibentuk itu adalah PN. Katanya, hal ini kerana semua parti memainkan peranan mendukung PN dan bukan BN semata-mata. Sementara itu, Abdul Hadi memuji pentadbiran yang dipimpin oleh Ismail Sabri dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai kerajaan yang bersih kerana kedua-dua pemimpin itu tidak ada salah laku. Katanya, kedua-dua individu itu adalah Perdana Menteri terbaik dan Pas mendukung kepimpinan mereka.




KAH KAH KAH... KALAH SAMAN FITNAH


 PERMOHONAN MAAF AL MAHI RAJA KEPADA SYIHABUDIN AHMAD









Alhamdulillah, walaupun semalam 7/3/2025 tiada sebarang permohonan maaf dari pihak Al Mahi Raja sekalipun telah diarahkan oleh mahkamah untuk dilakukan hal demikian, hari ini dia sudah upload permohonan maaf (buat masa ini hanya di Tiktok dan Instagram, saya menunggu update untuk facebook). 


Berikut adalah transkrip


TEKS PERMOHONAN MAAF DEFENDAN


Saya, Raja Muhammad Al-Mahi bin Raja Badrol Hisham, dengan ini memohon maaf tanpa syarat kepada Ustaz Mohd Shahabudin bin Md Yatim atas video saya pada 17.03.2022 bertajuk:“Sampai bila kita nak diam membiarkan orang mengkritik ulama’ kita dengan sewenang-wenangnya”“Sampai bila nak diam melihat ulama’ kita dihina????” yang telah saya muat naik di akaun Tiktok milik saya atas nama “Raja Muhd Al-Mahi”, akaun Instagram milik saya atas nama “almahiraja”, dan akaun Facebook milik saya atas nama “Raja Al Mahi (Bekam Sunnah)” (dirujuk sebagai “video tersebut”).


Saya menyatakan bahawa kandungan video tersebut mengandungi kenyataan-kenyataan yang tidak benar yang menjatuhkan maruah dan reputasi Ustaz Mohd Shahabudin bin Md Yatim, dan saya dengan ini menarik balik serta telah memadamkan video tersebut. Saya menyesali perbuatan tersebut dan berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan. Saya berharap permohonan maaf ini dapat membersihkan semula nama baik, reputasi dan maruah Ustaz Mohd Shahabudin bin Md Yatim.


Bertarikh pada 7 Mac, 2025


PERINTAH MAHKAMAH


 1. Mahkamah memerintahkan secara mandatori supaya Defendan memadamkan semua video, hantaran, status, komen dan apa-apa tulisan yang berunsur fitnah terhadap Plaintif, yang telah diterbitkan atau dimuat naik oleh Defendan pada 17 Mac 2022 bertajuk:

 • “Sampai bila kita nak diam membiarkan orang mengkritik ulama’ kita dengan sewenang-wenangnya”

 • “Sampai bila nak diam melihat ulama’ kita dihina????”

dalam mana-mana platform media sosial termasuk tetapi tidak terhad kepada:

 • Akaun TikTok: “Raja Muhd Al-Mahi”

 • Akaun Instagram: “almahiraja”

 • Akaun Facebook: “Raja Al Mahi (Bekam Sunnah)”

Arahan ini hendaklah dilaksanakan serta-merta.


 2. Mahkamah mengeluarkan Perintah Injunksi Kekal (Perpetual Injunction) yang menghalang Defendan daripada menerbitkan sebarang video, hantaran, status, komen atau tulisan berunsur fitnah terhadap Plaintif di mana-mana platform media sosial, termasuk tetapi tidak terhad kepada TikTok, Instagram, Facebook, dan mana-mana platform lain yang serupa.


 3. Defendan diwajibkan membuat dan menerbitkan permohonan maaf bertulis dalam bentuk “pinned post” di akaun:

 • TikTok (“Raja Muhd Al-Mahi”)

 • Instagram (“almahiraja”)

 • Facebook (“Raja Al Mahi (Bekam Sunnah)”)

Permohonan maaf tersebut mesti kekal sebagai “pinned post” selama 3 hari dari tarikh penghakiman direkodkan. Selepas tempoh tersebut, ia tidak lagi perlu sebagai “pinned post”, tetapi hendaklah kekal di akaun-akaun tersebut secara terbuka dan tidak boleh dipadam selama-lamanya.


 4. Teks permohonan maaf yang diterbitkan hendaklah mendapat kelulusan Plaintif terlebih dahulu, sebelum dimuat naik oleh Defendan di mana-mana platform media sosial.


 5. Mahkamah memerintahkan Defendan membayar kos sebanyak RM12,000.00.

 • Bayaran ini perlu dijelaskan dalam tempoh tiga (3) tahun, bermula dari April 2025 sehingga bayaran terakhir pada April 2028.


 6. Penghakiman ini berkuat kuasa serta-merta dari tarikh ia direkodkan.



PENGENDORSAN NOTIS PENAL


Jika Defendan gagal mematuhi mana-mana perintah dalam penghakiman ini dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadapnya.


Bertarikh pada 7 Mac, 2025




PATUT LA MENANG 32-0. TAK KAN LAH SEMUA RAKYAT GANU NI TAK TAHU LANGSUNG. BAB ROYALTI KENA PEMBOHONG DENGAN MB.

 


Ramai rakyat Tgnu tak tahu tentang Royalti ni, tapi MB tidak menjelaskan pada rakyat sebab itu rakyat Tgnu maki hamun DSAI.




Zaman PN 33 bulan, stop bayar. Walhal Pas dalam kerajaan. Bila naik PMX diberi semula, tapi tipu dalam ceramah kata tak dapat 


Bentang kewangan akhir tahun,eh ada rupanya!! Cuba minta audit duit tu, sah mengelupor masing² !!



KATA WALAUN.... HANG TAK MENGAJI KA APA? HANG KOT JATUH KAPIAQ.

 

SUSAH DENGAN WALAUN NI‼️‼️


memang susah nak berlawan dengan walaun ni..

depa kata kat orang takpa..nanti kita balas kata kat pemimpin depa..

mula lah nak koyak..

tapi kalau dah smpai macam ni..

takkan nak tengok saja...😌😌




DENGAR CERITANYA...

 

Orang kita mudah simpati. 




Dengar sesiapa nak pergi Mekah naik basikal dan berjalan kaki, duit dihulur. 


Itu sebab Malaysia ini Darul Scammer.

PAS HANYA NAK JAWATAN MENTERI ? APA PAS BOLEH BUAT ?HINANYA PAS TAMAK KUASA.




Miqdad Zakaria


 Hina sungguh PAS hari ini, ibarat seketul daging babi di dalam sekawah gulai lembu.


Sanggup melutut dan menjilat demi kuasa dan harta dunia.


😅😅



PERPADUAN DIKALANGAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA.

 


DAP BAGAN DATO


8/3/2025 @ 8.00 pagi

Program Gerak Rahmah- Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan di perkarangan Pusat KRT Taman Sri Intan diadakan bertujuan meningkatkan semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan dalam komuniti dan masyarakat setempat.  Selain itu ia juga mencerminkan semangat ukhuwah.










Program ini disertai oleh komuniti Tmn Sri Intan yang terdiri dari berbilang kaum, staf-staf dan pelajar-pelajar dari kolej komuniti Bagan Datuk, Pn. Raja Noor Safeera binti Raja Ibrahim, Pegawai Perpaduan Daerah Bagan Datuk serta Tetamu Kehormat 

Datuk Hj Khairuddin Bin Tarmizi

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) / Ketua Pegawai Khas Ahli Parlimen Bagan Datuk dan

Tuan Supt Mohammad Ali Bin Mohd Jali

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk.


Terima kasih kepada Pn. Nitha,Pengerusi KRT Taman Sri Intan, En. Cheah Swee Teck, Ahli Majlis dan ajk-ajk KRT serta komuniti yang terlibat dan awal persediaan hingga tamat program.  Terima kasih juga kepada Datuk Hj Khairuddin Bin Tarmizi dan Tuan Supt Mohammad Ali Bin Mohd Jali yang sentiasa memberi sokongan dan bersama komuniti Taman Sri Intan.


#MalaysiaMadani 

#StrongerTogether