PAHANGDAILY AKAN SAMAN SAIFUL RM 2 JUTA


Shukri (kiri) salah seorang blogger ,iaitu "Cucu Mat kilau" dan pernah disiasat oleh PDRM berkaitan dengan saman Saiful , dipercayai salah seorang krew Pahangdaily yang akan menyaman Saiful RM 2 Juta

Pahang Daily Online, sebuah portal berita yang popular, akan menfailkan saman malu balas berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman itu.



Seorang pengendali Pahang Daily memberitahu , saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini.
Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta ke atas penulis laman blog pahangdaily.blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel bersabit aduan polisnya mendakwa kononnya beliau diliwat Anwar Ibrahim.



Bagamaimanapun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal Saiful diliwat sebagaimana yang didakwanya.
Pahang Daily Online sebelum ini mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah pada 15 Ogos 2008.



“Saiful mengugut mahu menyaman kami tapi sehingga ini tidak ada apa-apa tindakan dari beliau untuk membuktikan Pahang daily Online telah memfitnah beliau,” kata pengendali laman itu yang tidak mahu namanya disiarkan buat masa ini.






“Jika dia senyap dan tidak ada tindakan susulan. Ini bermakna apa yang kami dakwa adalah betul. Kalau Saiful yakin dia dipihak yang benar, kami cabar beliau supaya meneruskan usaha saman itu kami,” tambah beliau.



“Sekarang kami pula mahu menyaman dia kerana dakwaan yang dia buat bahawa kami memfitnahnya adalah tidak benar. Kredibiliti kami sebagai sebuah portal berita yang berwibawa telah terjejas kerana tindakan beliau tersebut,” tegas pengendali Pahang Daily Online.

KES ANWAR DITOLAK.DAH TAHU DAHHHHHH..SKRIP LAMA


Kes DSAI untuk memindahkan kes ke mahkamah rendah ditolak.Malah meletakkan kes beliau pada 8 Julai ini untuk di dengar.Esok kes akan mendengar pula permohonan bagi mendapatkan salinan bukti-bukti yang didakwa.Pihak peguam berusaha untuk memindahkan kes ke mahkamah seksyen semula kerana mendakwa Gani Patail masih dalam siasatan kerana kes rasuah salahguna kuasa.
Kes akan di dengar esok pagi

GUAN ENG:KAMPONG BUAH PALA TIDAK AKAN WUJUD JIKA PR TIDAK CAMPURTANGAN

Update 30 Jun




PULAU PINANG-Ketua Menteri Pulau Pinang-Guan Eng berkata Kampung Buah Pala tidak akan wujud pada hari ini jika kerajaan Pakatan Rakyat tidak campur tangan dalam kes kampung Buah Pala dimana ianya melibatkan kerajaan Barisan Nasional dahulu.





Menurut beliau, kampung Buah Pala sebenarnya adalah isu yang mana melibatkan kerajaan terdahulu dan menyalahkan Koh Tsu Koon yang telah menjual tanah tanpa berunding dengan penduduk setempat.





Beliau juga menjelaskan bahawa sebarang tindakan yang akan di ambil ialah haruslah dilakukan dan diambil tindakan kepada pihak pemaju yang telah mendapat perintah mahkamah untuk membangunkan kampung Buah Pala.




Beliau juga membidas Hindraf kerana memberi ugutan kepada kerajaan Pakatan Rakyat kerana sepatutnya, menurut Guan Eng lagi, Hindraf harus megadakan tunjuk perasan kepada Umno,Bn termasuk MIc,MCa dan juga Gerakan kerana didapati mereka adalah antara agen yang melaksanakan penjualan tanah kepada syarikat swasta tersebut.




Menurut Guan Eng lagi, "KohTsu Koon harus menjawab kepada rakyat kenapa menjual tanah tersebut kepada pemaju serendah harga RM10 kepada pemaju sedangkan harganya melebihi dari harga tersebut." demikian jelas Guan Eng lagi.



Sementara itu menurut Guan Eng lagi, krisis yang berlaku di kampung Buah Pala ini bukan secebis isu tetapi ianya adalah isu dimana setiap masaalah adalah ditanggung bersama.Ianya adalah masaalah yang berkaitan dengan isu masyarakat semua kaum.Malah menurut Guan Eng lagi, kerajaan Pakatan Rakyat telah menaikkan taraf kaum india di Malaysia khasnya di Pualau Pinang kerana telah melantik TKM 2 dari kalangan kaum India, malah beliau juga menjelaskan bahawa Hindraf mempunyai hak dan sebagai kerajaan yang mengamalkan demokrasi mereka berhak melakukan demikian.

ADAKAN PILIHANRAYA MAJLIS PERBANDARAN

Penyingkiran Johari Kassim menimbulkan sedikit ribut dalam cawan di kalangan pimpinan PKR.Namun jika dilihat dari apa yang berlaku adalah lebih baik diadakan semula pilihanraya Majlis perbandaran sebagaimana yang pernah dilakukan pada tahun 1955.....ya jika ianya betul memulihkan sebagaimana apa yang berlaku dahulu dan ini sudah tentu akan menjadikan semua orang berpuas hati ............

Malahan menurut salah seorang yang memberi komen ianya adlaah menunjukan sikap tidak "bertanggungjawab dan tiadanya tolak ansur bagi pemerintah yang baru", berlainan pula dengan yang lain.

Maka kerana itu pemerintah yang baru harus menujukkan sikap telus dalam mengendalikan kes penyingkiran seperti ini.. dan yang lebih baik ialah adakan semula pilihanraya majlis perbandaran...

BLOGGER DAN UNDANG-UNDANG




Satu seminar mengenai Blogger dan undang-undang telah di adakan di USM baru-baru ini.Sedikit gambar kiriman Lucia Lai untuk sedikit tatapan.Berita lanjut di Mental Jog...