DENGAR APA KATA ANWAR DAN SUDAH TENTU RAMAI YANG TERKESAN : Anwar Ibrahim: Politik Ini Bukan Sepak Terajang Politikus Mencari Helah Taktik Untuk Merebut Kuasa



VIDEO DENGAR DENGAN JELAS : Anwar Ibrahim: Anak Muda Ini Pilih Kerja? Tak Pandai? Malas? Kita Dengar Sendiri



_KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN_



Jumaat, 26 Jun 2020

Kerajaan Malaysia mesti lebih agresif dan berani menjamin pekerjaan di tengah kemerosotan ekonomi

Kemerosotan ekonomi semakin memburuk. Berdasarkan angka terkini Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran telah melonjak dari 3.2% pada bulan Januari kepada 5.0% pada April 2020. Ini adalah kadar pengangguran bulanan paling buruk dalam tempoh lebih sepuluh tahun. Ia akan kian meningkat dengan bertambahnya pemberhentian pekerja oleh syarikat-syarikat sepanjang bulan Mei dan Jun.

Kadar 5.0% (bersamaan hampir 800,000 orang) adalah sangat tinggi. Malangnya, kadar ini tidak menekankan masalah yang sedang kita hadapi. Akibat teknikaliti dalam pengiraan angka tersebut, sekurang-kurangnya dua kelompok tidak termasuk dalam kadar pengangguran 5.0% ini:

● Pertama, 4.9 juta individu yang tidak dimasukkan ke dalam kiraan. Standard yang digunakan Jabatan Statistik dan panduan yang disediakan International Labour Organisation (ILO) mengklasifikasikan kumpulan individu ini sebagai bekerja kerana mereka diandaikan mempunyai pekerjaan untuk kembali semula pada masa akan datang. Namun bersalahan dengan jangkaan ini, tiada jaminan sebenar bahawa pekerjaan tersebut akan terus wujud. Supaya risiko ini diberi perhatian, kalau pun 10% daripada kelompok ini kehilangan pekerjaan mereka, maka kadar pengangguran akan bertambah dua kali ganda berbanding angka April 2020.

● Kedua, 161,000 orang yang telah terkeluar daripada pasaran kerja dan atas sebab itu mereka dikira menganggur oleh Jabatan Statistik. Ramai antaranya yang boleh disebut sebagai telah hilang semangat. Dengan kata lain, mereka telah berputus asa mencari pekerjaan.

Keanehan dalam mengira kadar pengangguran pada saat yang begitu tidak menentu memungkinkan kita meremehkan ketegangan dalam pasaran kerja. Justeru itu, kerajaan mesti mengambil pendekatan yang lebih bersifat pencegahan terhadap data tersebut dan bertindak lebih agresif dalam menangani kemerosotan ekonomi ini, daripada segi menjamin pekerjaan serta menyokong penghasilan peluang pekerjaan baharu.

Perluas sektor kesihatan dan sistem pendidikan awam

Melampaui pemindahan tunai dan bantuan sosial yang diperlukan untuk jangka masa pendek, ketersediaan peluang pekerjaan berkualiti adalah penting dalam membina asas ekonomi yang kukuh bagi memulihkan ekonomi dan mengekalkan standard kehidupan seluruh rakyat Malaysia.

Memandangkan pekerjaan dalam sektor swasta kian menghilang dalam kemerosotan ini, Pakatan Harapan percaya bahawa kerajaan mesti memainkan peranan yang lebih besar dalam mencipta peluang pekerjaan baharu, terutamanya dalam sektor awam.

Kami mencadangkan supaya sektor kesihatan dan pendidikan awam diperluaskan dalam tempoh dua tahun akan datang. Sementara peluasan ini akan memperkukuh sistem kesihatan dan menyediakan peluang pendidikan tambahan untuk lebih ramai rakyat Malaysia, ia juga akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, di saat sektor swasta sedang membuang pekerja. Jika dilaksanakan, cadangan ini membolehkan pengambilan jururawat, doktor, guru, pembantu makmal, pembantu pengajar, pensyarah dan penyelidik; antara lainnya.

Perlu berani

Dua cadangan ini adalah antara beberapa cadangan besar yang boleh dilaksanakan kerajaan. Banyak yang boleh dilakukan dengan cepat. Contohnya, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini ada merancang untuk melancarkan program Malaysia@Work pada suku kedua 2020. Program insentif gaji dan pengambilan kerja ini dapat menghasilkan 350,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun untuk rakyat Malaysia. Memperluaskan program ini dengan melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan seperti yang dinyatakan tadi akan membantu menghasilkan peluang pekerjaan tambahan yang berkualiti.

Pada saat kemerosotan ekonomi yang dahsyat seperti ini, kerajaan mempunyai peranan unik untuk menstabilkan ekonomi dan memelihara kebajikan orang ramai. Covid-19 sedang mendefinisi semula peranan kerajaan. Normal baharu menuntut kerajaan beralih arah dan bersikap berani mencuba pendekatan-pendekatan dan idea baharu yang sebelum dirasakan tidak boleh dilakukan. 

Kerajaan perlu melakukan apa termampu demi menjamin dan mencipta pekerjaan bagi melindungi mata pencarian rakyat Malaysia pada waktu sukar ini. Adalah lebih penting untuk nenangani masalah ini dan membuat keputusan tegas untuk menyelesaikannya berbanding berspekulasi tentang pilihan raya mengejut. Kegagalan untuk bertindak tegas akan meninggalkan parut ekonomi serta kesan jangka panjang terhadap kualiti kehidupan seluruh rakyat Malaysia. 

YB DS Shamsul Iskandar  
Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN)

YB Datuk Dr Hatta Ramli
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

YB Liew Chin Tong
Parti Tindakan Demokratik 
(DAP)

RUMAH URUT DIBENARKAN BEROPERASI DI BUMI KERAJAAN ISLAM PAS TERENGGANU






JADILAH PENDAMAI, KATA AMANAH






Khalid berkata AMANAH dan DAP telah memujuk Tun Dr Mahathir agar menerima Anwar sebagai Perdana Menteri manakala anak beliau Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri manakala beliau sendiri sebagai menteri mentor. Khalid menjelaskan bahawa menteri mentor ini masih berpengaruh, kerana PAKATAN HARAPAN tidak akan melakukan seperti Tun Abdullah Badawi, mahupun Dato' Seri Najib Razak yang tidak melayan Tun Dr Mahathir selepas menjadi Perdana Menteri. “Kita cuba pujuk dan beri keyakinan dia kepada gabungan ini,” kata Khalid yang turut menjelaskan peranan menteri mentor perlu diperjelaskan dengan baik agar semua pihak senang dengan cadangan itu.

BAIKNYA HATI MAHATHIR...ADAKAH IA MACAM BAIKNYA HATI ABANG JAMIL DALAM MADU TIGA?


“Baik betul hati Abang Jamil tu ya Pak,” kata Rohani, anak Pak Ali kepada bapanya.

Sebelum itu Rohani diberikan wang RM50 oleh Jamil untuk dia membawa bapanya ke klinik bagi rawatan sakit yang dialaminya sejak sekian lama.

“Ya, baik,” kata Pak Ali ringkas,

Tetapi, sebaik Rohani berlalu pergi ke biliknya, Pak Ali seraya berkata, “Baik ada makna tu.”

Di atas adalah sebahagian daripada dialog dalam filem Madu Tiga, lakonan Seniman Agung P Ramlee bersama Seniwati Sarimah.

Bermula dengan bantuan RM50 itu, Jamil berjaya membuatkan Rohani terpesona dengannya, lalu kemudian dapat menjadikan anak Pak Ali yang mempersona itu sebagai isterinya yang ketiga.

Kata kuncinya – bantu.

Dalam perlembangan politik semasa, Tun Mahathir Mohamad juga dilaporkan mahu membantu Anwar Ibrahim mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, bantuan itu mestilah dengan syarat meletakkan dirinya sekali lagi sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu.

Kata Tun Mahathir, Anwar tidak mempunyai sokongan yang cukup dan beliau mahu membantu Presiden PKR itu mencapai cita-citanya.

“Terdapat pihak yang menentang keras jika dia dicalonkan sebagai Perdana Menteri, mereka tidak akan sokongnya.

“Dan kita perlukan sokongan daripada parti kerajaan supaya mempunyai majoriti yang cukup.

“Saya bimbang dia tak dapat majoriti cukup jika bergantung pada dia seorang.

“Saya hendak bantu dia,” kata Tun Mahathir dalam wawancara dengan media Hong Kong, Asia Times.

Kononnya dengan menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga selama enam bulan terlebih dahulu, Tun Mahathir akan dapat membantu Anwar menjadi Perdana Menteri dengan janji akan melakukan peralihan kuasa kepadanya selepas itu.

Kata kuncinya juga sama – bantu.

Jamil mengumpan bantuan kewangan RM50 kepada Rohani untuk tujuan memikat dan menjadikan gadis yang tiba-tiba beliau jatuh cinta itu sebagai isterinya, walaupun ketika itu beliau sudah ada dua isteri, manakala Tun Mahathir yang sudah dua kali jadi Perdana Menteri juga cuba mengumpan Anwar dengan bantuan ingin merealisasikan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.

Amboiii…baiknya hati Tun Mahathir, sama macam baiknya hati Abang Jamil kepada Rohani, anak Pak Ali.

Dah tua-tua dan sudah dua kali menjadi Perdana Menteri pun masih ada perasaan mahu membantu Anwar lagi jadi Perdana Menteri.

Tetapi, bolehkah janji membantu Anwar oleh Tun Mahathir itu dipercayai atau ia seperti bantuan RM50 oleh Jamil kepada Rohani untuk mengubati sakit bapanya, Pak Ali?

Selepas berjaya menjadi Perdana Menteri, meski dengan janji hanya enam bulan, apakah selepas itu Tun Mahathir benar-benar akan melakukan peralihan kuasa kepada Anwar?

Satu lagi musykilnya, kalau betul beliau ingin membantu Anwar, mengapa setelah Anwar menolak untuk bekerjasama dengannya, Pengerusi Bersatu terpecat itu masih tetap mahu menjadi Perdana Menteri melalui jalan lain bersama DAP dan Amanah?

Ini bantu seikhlas hati atau bantu ada makna macam Abang Jamil? (Shahbudindotcom 26/06/2020)

SEBELUM BUBAR PARLIMEN, UMNO BUBARKAN DUN JOHOR DAHULU – SALAHUDDIN

KHALID SAMAD TIDAK PERLU UNGKIT PENGAMPUNAN AGONG JIKA MAHU PERTAHANKAN TUN M


YB Khalid Samad teruk dihentam nitizen apabila cuba mempertahankan Tun M dengan mengungkit kembali pengampunan Agong terhadap Anwar Ibrahim.
Ingin kita jelaskan, mendapatkan pengampunan Agong terhadap Anwar Ibrahim adalah salah satu yang kita janjikan sekiranya kita berjaya ke Putrajaya. Ini adalah untuk memungkinkan Anwar diangkat untuk menjadi PM selepas Tun M. Bukan kerana jasa dan kehendak peribadi jauh sekali kerana kebaikan Tun M. Ertinya, jika kita berjaya mendapatkan kuasa di Putrajaya, sesiapa pun PM dari PH akan berbuat demikian kerana itu adalah janji kita kepada rakyat. Kebetulan Tun M adalah PM sementara yang kita pilih. Untuk makluman juga, pengampunan Agong ini bukan hanya dilakukan oleh PM seorang tetapi ada lembaga pengampunan atau badan tertentu dibentuk untuk proses ini.
Tidak perlu Khalid Samad ungkit cerita sedemikian kalau pun Khalid Samad telah kekeringan hujah untuk mempertahankan Tun M. Kalau kita mahu ungkit, lagi banyak Tun M makan jasa daripada beliau berjasa. Jasa beliau paling besar kepada kita adalah meletakkan jawatan PM dan kini mahu ambil semula.
Saya rasa adalah wajar Khalid Samad konsisten dengan hujahnya bahawa untuk mendapatkan mandat rakyat, tiada orang lain yang layak dan dapat sokongan Ahli Parlimen, kecuali Tun M. Kekalkan hujah itu lebih baik daripada mengungkit perkara yang bukan-bukan dan tiada kaitan pun.
Sekarang tanpa sokongan Anwar, Tun mungkin telah cukup jumlah dan eloklah segera jumpa Agong agar Khalid boleh jadi menteri semula dengan cepat.
WFAUZDIN NS

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks


PKR tak mahu jatuhkan kerajaan pengkhianat PN?


Kenapa DSAI tak mahu mengangkat Tun jadi PM?
Sebelum tu tengok video ni betul2. Dengar sendiri pengakuan Tun menjatuhkan DSAI. Dalam video ni banyak point kita boleh dapat. Tapi aku cuma nak ulas 2 point terbersar.
Point 1
Dalam video ni jelas Tun mengaku Anwar tak bersalah. Dia menangkap Anwar untuk kepentingan kelangsungan politik dia. Tun langsung tak fikir siapa pun kat sebelah dia. Kalau dia rasa dia nak kick dia kick.
Point 2
Jelas lagi sahih Tun mengatakan kalau ada kuasa, dia boleh buat apa je dia nak. Dia mengaku dengan kuasa dia ada dia boleh salahguna kuasa. 'Tangkap Anwar campak dalam tahanan'.
Video ni bukan untuk merosakkan hubungan PH dengan kumpulan Tun dan Warisan. Cuma nak bagi semua tahu bahawa Anwar tak mahu kena khianat lagi oleh Tun. 2 kali Anwar kena khianat. Cukup lah setakat tu.
Wahai AMANAH dan DAP, lihat la perangai orang yang kamu nak di angkat jadi PM ni. Tun baru tunjuk taringnya 3 bulan lepas. Adakah kamu masih lg percaya dengan Tun lepas apa yang jadi? Cukup lah ditipu.
Lagi satu, kalau ada orang tanya siapa sebenarnya yang salah, Tun ke Anwar? Korang tunjuk video ni bagi diorang faham. Kalau tak faham gak sah la tu walaun.
0:00 / 2:53

MOKHTAR BERCADANG NAK SAMAN ???



W.Faudzin

SEMUA SCREEN SHOT INI DARI

FB Alexander Pittsuwan Thomprason- BELIAU , KALAU TAK SILAP AKU ADALAH ORANG YANG SAMA YANG MELAKUKAN  DAN MENGENAKAN MOKHTAR SENIK INI DALAM KES FAEKAH.KALI INI MOKHTAR SENIK KENA LAGI.


Ada pimpinan minta Tar Snake ni buat laporan polis agar imej parti tidak tercemar. Tak pasal-pasal di cop pengkhianat sebab desak dia buat report polis. Kalau desak lagi, rasanya kena label munafik haraki. Desak kali ketiga, terus dihukum kapir. Maklumlah, ketua dewan olarmakk...hukum kat kepala lutut dia..hahaha

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'Mokhtar Dup Yesterday at 10:30 pm Saya tidak bimbang dengan musuh yg jahat. Tapi saya bimbang dengan sahabat yg khianat. Bicaraku dari perjalanan usia ku. UMS Trengganu 25. June.2020 893 16 comments 50 shares'







NAK TOLONG ANWAR JANGAN LANTIK DIRI SENDIRI


Abdullah Muhammad



Nak tolong Anwar tak bermakna cadang diri sendiri sebagai PM...cara tolong ialah runding dengan GPS-TYT Taib Mahmud dan Abg Johari dan warisan juga team bersatu yang tinggal berlima itu beri sokongan pada Anwar untuk jadi PM9...selesai

UMNO DAMBAKAN PRU

Imej mungkin mengandungi: 4 orang


10 SEBAB DAP, AMANAH PERLU TINGGALKAN MAHATHIR



Walaupun Tun Mahathir Mohamad masih mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah bagi mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri buat kali yang ketiga dengan cuba mencari jalan lain bagi tujuan itu, di sebalik Anwar Ibrahim dan PKR telah muktamad menolak hasrat tersebut, realitinya adalah membuang masa bagi kedua-dua parti itu terus bekerjasama dengan Pengerusi Bersatu yang terpecat itu.
Sebelum keputusan dibuat, sebenar-benarnya adalah lebih wajar, munasabah dan dapat diterima akal jika Amanah dan DAP memilih jalan meninggalkan Tun Mahathir daripada terus bersamanya.
Berikut adalah 10 sebab mengapa Amanah dan DAP perlu membuat keputusan meninggalkan Tun Mahathir:-
1 – Masa depan Amanah dan DAP lebih cerah bersama PKR dan PH berbanding terus terikat dengan Tun Mahathir yang jalan perjuangannya sendiri sudah pun di penghujung, kalau pun belum masuk ke dalam gaung.
Dengan kedudukannya sudah terpecat daripada Bersatu, tidak lagi mempunyai parti, pengaruhnya sudah menurun dan bukan memiliki aura seperti sebelum PRU14 lalu, adalah tindakan “bunuh diri” jika Amanah dan DAP mahu terus bersama dan menobatkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekali lagi.
2 – PKR adalah sebuah parti, sama seperti Amanah dan DAP, manakala Tun Mahathir hanyalah seorang individu yang sukar dikenalpasti sejauh mana ada sokongan di belakangnya.
Bukan saja untuk menjadikan individu tanpa parti sebagai Perdana Menteri sesuatu yang amat mustahil dan tidak pernah berlaku sebelum ini, malah jika Amanah dan DAP terikat dalam hubungan dengan Tun Mahathir sehingga PRU15 akan datang, ia akan terperangkap kepada keadaan yang menyusah dan membebankan.
Sebaliknya, mengekalkan hubungan dengan PKR yang dipimpin oleh Anwar dalam PH, bukan saja masuk akal untuk memperjuangkan Pengerusi PH dan Presiden PKR itu sebagai Perdana Menteri, malah ada peluang lebih cerah mencapai kemenangan dalam PRU akan datang.
Apa masa depan yang ada jika DAP dan Amanah bersama Tun Mahathir?
3 – Tindakan Tun Mahathir menolak Anwar untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata kerana kedudukannya memimpin PKR, sebuah parti pelbagai kaum, dengan jelas menyerlahkan hakikat bahawa Ahli Parlimen Langkawi itu seorang yang memiliki sifat perkauman tegar dalam jiwanya.
Ia tentunya bertentangan sama sekali dengan DAP sebagai parti berbilang kaum serta Amanah, sebuah parti progresif yang menolak amalan perkauman sempit serta melampau dalam beragama.
Untuk bergerak ke hadapan, demi masa depan Malaysia yang bersatu padu dan tidak lagi terkepung dengan amalan perkauman, Amanah dan DAP mesti segera menolak Tun Mahathir ke tepi demi perjuangan murni mereka selama ini.
4 – Berdasarkan pengalaman selama 22 bulan Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri bersama PH sebelum ini, tidak syak lagi beliau tidak mahu melakukan peralihan kuasa kepada Anwar.
Selain banyak berhelah dan berlengah-lengah, tindakan Tun Mahathir meletakkan jawatan dan kemudian ingin kembali berkuasa dengan hasrat menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa parti, ia merupakan satu lagi cubaan berterusan untuk mengingkari janji peralihan kuasa kepada Anwar.
Apakah Amanah dan DAP sedia ditipu sekali lagi oleh Tun Mahathir dalam tempoh enam bulan akan datang jika berjaya menjadikannya sebagai Perdana Menteri sekali lagi?
5 – PH adalah gabungan yang dianggotai oleh tiga parti iaitu PKR, DAP serta Amanah dan apabila PKR tidak mahu lagi bekerjasama dengan Tun Mahathir kerana rekod lampau dan terdekatnya yang sukar dipercayai, manakala Tun Mahathir mahu terus membawa Amanah dan DAP mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri buat ketiga – bukan kali pertama – ini menunjukkan beliau sedaya upaya ingin menjadikan PH berpecah-belah.
Selain tindakannya berkeras sekali lagi mahu menjadi Perdana Menteri menunjukkan keinginan menghalang Anwar menduduki jawatan itu, lebih buruk ialah dengan menarik DAP dan Amanah bersamanya, Tun Mahathir dengan jelas ingin melihat berlakunya perpecahan dalam PH.
Dengan demikian, kalau pun dirinya tidak dapat jadi Perdana Menteri, Tun Mahathir turut mahu Anwar tidak berpeluang juga memegang jawatan itu.
Apakah dalam keadaan ini, DAP dan Amanah masih mahu bersama Tun Mahathir?
6 – Dalam kedudukan Tun Mahathir tidak mempunyai parti dan sokongan rakyat terhadapnya makin mengecil, yang sebetulnya bukan PH memerlukan Tun Mahathir, tetapi Tun Mahathir jauh lebih memerlukan PH.
Oleh itu, Amanah dan DAP sepatutnya menarik Tun Mahathir untuk bersetuju dengan perjuangan PH dan bukannya mereka yang cuba membawa PH, PKR dan Anwar bersetuju dengan perjuangan Tun Mahathir.
7 – Perjuangan Tun Mahathir untuk kembali lagi sebagai Perdana Menteri hanyalah kerana dendam – dendam kepada Muhyiddin Yassin, dendam kepada Najib Razak dan dendam kepada Anwar.
Apakah Amanah dan DAP sebagai sebuah parti yang memiliki gagasan perjuangan besar untuk rakyat dan negara, harus tunduk kepada kehendak serta nafsu seorang individu?
8 – Bersama PKR dan Anwar yang tidak mahu lagi bekerjasama dengan Tun Mahathir lebih mampu menjadikan perjuangan DAP dan Amanah lebih disanjung rakyat pada masa depan.
Ini kerana bukan saja Tun Mahathir sudah tidak relevan diajak dalam perjuangan untuk mencapai apa-apa kemenangan yang ingin dihajati pada masa depan dan kajian Ilham Centre sendiri menunjukkan hakikat itu, terus bersama Tun Mahathir adalah langkah perjuangan yang mengundur ke belakang.
Oleh itu, DAP dan Amanah perlu melangkah ke hadapan bersama PKR untuk menjadikan PH sebagai medium perjuangan masa depan, bukan terperangkap dalam percaturan yang boleh memusnahkan gabungan itu.
9 – Cuba menaikkan semula Tun Mahathir yang sudah dua kali jadi Perdana Menteri dan sekarang untuk kali yang ketiga, meletakkan kedudukan DAP dan Amanah dalam keadaan yang semakin sukar difahami oleh rakyat dan pengundi yang waras fikirannya.
Pisang pun, paling tinggi hanya berbuah sebanyak dua kali dan tidak pernah sehingga tiga kali.
Cukup-cukuplah mendewakan Tun Mahathir, lagi pun memperjuangkan Anwar yang belum pernah jadi Perdana Menteri lebih diterima oleh kewarasan akal berbanding menobatkan dia, dia dan lagi-lagi dia.
10 – DAP dan Amanah harus berhenti bernostalgia terhadap Tun Mahathir dan seolah-olah hanya beliau yang layak memimpin negara ini.
Nostalgia dengan masa silam tidak menjamin kejayaan masa depan, tetapi kejayaan masa depan boleh diperolehi apabila fokus kepada perubahan, kekal dengan setiakawan dan lebih menjadikan pengalaman silam sebagai pengajaran serta sempadan.
Apa pun, segala-galanya terserah kepada DAP dan Amanah membuat pilihan, tetapi pengundi juga tahu membuat pertimbangan siapa yang harus disokong dan siapa yang mesti dilupakan pada masa depan.
Kepada DAP dan Amanah, hati-hati selalu dan lihatlah tingkah laku Tun Mahathir selama ini sebagai neraca pertimbangan dalam membuat keputusan.
Kalau demikian pun masih tersemban juga ke dalam gaung akhirnya nanti, janganlah salahkan sesiapa kerana semua petunjuk yang mudah sudah pun diberikan sejak awal lagi. (Shahbudindotcom 26/06/2020)

MAHATHIR PEMBELIT NOMBOR SATU



Baca dulu petikan apa yg beliau kata apabila ditanya tentang peralihan kuasa PM kepada Anwar sewaktu beliau menjadi PM bawah PH;
Bekas perdana menteri itu memberitahu Asia Times dalam wawancara bahawa sama ada Anwar menjadi perdana menteri atau sebaliknya bergantung pada sokongannya sendiri di kalangan penggubal undang-undang.
Dia mengatakan ini ketika menafikan bahawa dia lebih memilih bekas timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sebagai penggantinya dan bukannya Anwar.
"Tidak. Saya telah menunaikan janji saya. Saya akan mengundurkan diri tetapi selepas itu, terserah kepada anggota Parlimen untuk memberikan sokongan mereka kepada calon.
“Mereka tentu boleh memilih Anwar, tetapi mereka mungkin tidak mahu memilih Anwar. Itu terpulang kepada mereka, bukan saya yang boleh membuat keputusan, ”katanya.
Jelas, Mahathir pembelit nombor wahid dan amat malanglah jika ada pemimpin dari PH ini yang masih percaya kepada orang tua ini.
Sewaktu beliau menandatangani perjanjian dan persefahaman di dalam PH sebelum PRU14 dulu, jelas tertera nama Anwar adalah pengganti beliau selepas Anwar diberi pengampunan dan dibebaskan dari sekatan politik.
Mahathir bersetuju dan menandatangani perjanjian dan persefahaman tersebut tanpa banyak soal. Adakah ketika itu beliau tidak sedar nama Anwar disebut? Adakah beliau menandatanganinya di dalam keadaan hilang akal kalaupun tidak nyanyuk? Bahkan, berkali2 beliau ulang di dalam banyak ucapan atau kenyataannya bahawa Anwar adalah penggantinya. Adakah beliau terlalu nyanyuk sekarang?
Mengapa bila tiba dengan Anwar, beliau kaitkan mesti dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, tetapi sewaktu beliau diangkat menjadi PM oleh PH, beliau tidak sebut pun soal itu? Beliau disokong oleh PH untuk jadi PM bukannya dicalonkan oleh Parlimen. Sewaktu beliau menyerahkan jawatan PM kepada Pak Lah dulu, adakah nama Pak Lah dicalonkan oleh Parlimen?
Mengapa hati Mahathir ini terlalu busuk bila sebut nama Anwar? Apa yang dia bimbang sangat dengan Anwar? Tidak habiskah lagi dendam peribadi beliau terhadap Anwar? Adakah beliau bimbang jika Anwar jadi PM, Anwar akan muncul sebagai PM yang terbaik dan nama Mahathir akan tenggelam dan hanya diingati sebagai "Bapak Pembohong" negara.
WFAUZDIN NS

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan teks